Assalamualaikum,
Dalam sibuk-sibuk kita kita ni dok menyibuk hal Khairul Fahmi dengan Elia putus tunang (tak tau dah betul-betul putus ke belom), rupa-rupanya si jejaka tampan Ally Iskandar ni yang sah putus tunang dulu.. Ish ish.. terkejut jugak aku.. Yela, aku ada buat entry pasal dia tunang dulu.. Tup tup bukak Metro online pagi ni, ada cerita dia putus tunang pulak. Aku ingat cerita pasal Apek & Elia, tapi orang lain rupa-rupanya ye...
Hmmm.. jodoh pertemuan tu sume di tangan Tuhan kan.. Macam biasa, kita ni hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Dah takde jodoh ape boleh buat. Mungkin dorang ni akan jumpa yang lebih baik.... Jangan dah lepas putus tunang ni gaduh-gaduh pulak. Buang yang keruh, ambil yang jernih kan kan.. Pikir positif, ada hikmah di sebalik kejadian....
![]() |
| Tinggal kenangan.... |
Berita dari Harian Metro:
Tak Serasi
SHAH ALAM: “Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.
“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.
Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.
“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.
Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.
Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.
“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.
Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.
Ketika diajukan soalan mengenai tindakan Nur Aisyah memuatkan kenyataan ‘I officially single’ (secara rasmi saya masih belum berpunya) di lama facebook, Ally menganggap perkara itu adalah hak peribadi bekas tunangnya.

terkejut jugak dgr drg dh putus..
ReplyDeleteTerkejut jugak dengar...apa2pun jodoh pertemuan diaturkan oleh Allah.
ReplyDeleteoh ally..
ReplyDeleteada harapan nih.. hee .. (ish x ptut btoi)
sedih.
ReplyDeletezura
ReplyDeletetetiba je kan.. xde angin takde ribut, tau2 dah putus..
azrin zelina
betul2. apa2 pon jodoh pertemuan ni sumenye di tangan Tuhan
wan sidah
haha ape lagi. ngoratla. ally dah single tuh ehe
solehah
emm.. apa boleh buat.. takde jodoh