Assalamualaikum,
Disebabkan tak tahan dengan godaan, saya ke Lumut lagi weekend lepas. Kalau dikira-kira, bulan 7 ni, every weekend kitorang jumpa. Either my pumpkin turun Putrajaya atau aku ke Lumut.
And weekend 30hb haritu, aku tak plan pun nak pegi. Tapi my pumpin bagi ayat menggoda haha.. Katanya dia free weekend tu, sepatutnya dia duty tapi dah tukar hari lain. Then lagi katanya nak belanja sempena birthday aku. Ah aku pantang digoda dan dipujuk kann.. Terus beli tiket hihi..
Naik bas macam biasa, Jumaat malam pukul 8.50 malam, sampai di Lumut jam 1.30 pagi. Takdela selewat masa pergi time Bersih dulu tu. Aku sampai pukul 3 pagi masa tu. Huh cramp punggung!
Sabtu tengahari, kitorang pergi klinik untuk 2nd checkup aku. Alhamdulillah, everything is fine and baby is developing well. Dah ada heart beat dah! So sweet :)
Lepas happy happy jumpa doktor, aku pun menuntut janji la kann.. Kata nak belanja makan ehe.. Klinik tu dekat je dengan Secret Recipe, so kitorang pergila makan kat situ...
Ordered my pumpkin's fave cake - chocolate banana. Order 1 slice je sebab aku tak lalu sangat nak makan huhu.. Kalo order dua takut tak habis pulak.
| my pumpkin nak bawak lari. nak makan sorang-sorang yeee :P |
Untuk makan pulak, kitorang order semangkuk Tom Yam Kung. Order satu jugak sebab aku takut aku takleh habiskan. Order tom yam sebab malam tu aku ada mimpi makan bihun tom yam haha.. Mengidam ke apa aku ni weh...
| Kopi tu milik my pumpkin. Aku minum plain water rege 50sen jekk |
Lepas makan-makan kat situ, kitorang pergi Tesco. My pumpkin nak cari buku kat Popular. Dia sekarang minat betul baca buku-buku motivasi. Bagusla kan ehe.. Dia beli 2 buku. Satu tulisan Dr Fadzillah Kamsah mengenai motivasi diri di tempat kerja. Satu lagi buku tulisan Ridhuan Tee mengenai nasib Melayu di Bumi Melayu. Unik kan, kisah orang Melayu tapi yang menulisnya, orang bangsa Cina. Memang bagus buku tu...
Lepas ke Tesco, pergi Billion pulak. Cari barang dapo. My pumpin takmo beli kat Tesco. Sebab dia tak suka. Dan katanya takut barang yang dia nak tu takde. So baik cari kat tempat yang dia biasa pergi. Ikut ajelaa.. dah tempat dia kan ehe..
Malamnye, aku bisik-bisik dengan dia aku nak makan char koay tiaw kat Stadium Manjung. Aku dengar-dengar orang kata sedap. Sahihla aku mengidam ni kan haha.. Thank you my darling pumpkin! Dapat jugak aku makan eheh..
| Char koay tiaw special. Udang banyak gile! Kuah pun banjir. Melimpah-limpah.. Sedap sedap :) |
Sabtu tu memang kitorang jalan sakan. Yelah, Ahad aku nak balik dah. Huu sedih betul bila time nak balik tu. Tapi cekalkan jela hati. Jumpa lagi nanti my dear! :)
char kuew teow stadium....slalu gak g ctu...tp hubby je mkn...sbb mai mmg tak blh mkn udang@campuran udang...so mkn ns lemak bungkus jer...sedap...tp tak tau ns lemak tu ader lg ke tak...yg bungkus daun pisang...
ReplyDeletefav lin gak kek coklat banana tu, shedapppp
ReplyDeletemai
ReplyDeleteoh ada nasik lemak gak ke.. wani tak perasan pulak. ingat kat situ ada jual char koay tiaw je..
azrin zelina
yum yum kek tu memang sedap! ops pose nih ehe
sedap ka car keutew kat citu..nak p cuba la nnt..ingtkan xbalik lumut tidak boleh tumpang ana..
ReplyDeleteadna madiha
ReplyDeleteboleh tahan sedap jugakla. nnt pegi try eh. a'ah balik lumut haritu :)
wahhh terliur tgk char kuey tiow!!!!!
ReplyDeletesedap kan... tp ana suke yg kat hospital lg.. kalo kt hosp ramai org bru pg yg kat stadium :D
ryehanna
ReplyDeletekat hospital mana ana? Hosp Manjung ke? Nanti nak kena pegi gak nih haha
sedapnye banana cake tue..alamak teringin nk makan..
ReplyDeletezura
ReplyDeletehaha saabar naa.. pose nih. karang pergi Secret Recipe, beli utk berbuka eh ehehe