Assalamualaikum,
Untuk perhatian perokok perokok di luar sana....
Harga baru rokok yang berkuatkuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:
DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90
*Sumber : Astro Awani
Alhamdulillah dalam keluarga aku takde yang merokok. Ayah, abang 2 orang dan mr pumpkin juga tidak merokok. Oh kenapa la mesti merokok. It does not bring any good pun kan.. Semua orang pun tahu rokok membahayakan kesihatan. But people choose not to listen, not to care.. Hmmmm... Kalau tak sayang nyawa sendiri, sayangilah orang yang di sekeliling tu especially ahli keluarga...
Saturday, June 8, 2013
Thursday, June 6, 2013
Shaheem yang Suka Masukkan Barang dalam Mulut
Assalamualaikum,
Al Saif Al Shaheem kan kan.. suka betul masukkan bendasing dalam mulut! Aku geram sungguhlaaa... Dia pantang nampak benda, tak kira besar kecik, dapat je kat tangan, ngapppp masuk mulut. Kekadang dia gonggong benda tu dengan gigi. Takde keje kannn... Kalo barang besar-besar ni aku ok la lagi walaupun hangin jugak. Kalau benda kecik-kecik tu yang buat aku risau. Risau takut dia tercekik! Allah, mintak jauhla. Lindungila anakku daripada kejadian-kejadian serupa itu.
Yang paling teruk dia pernah kunyah anak lipas. Pastu kat kampung dia penah makan kumbang. Sampai muntah-muntah tapi takdenye dia serik. Kalau jumpa habuk ke rambut ke ape-ape jelah atas lantai, sepantas kilat dia kutip pastu masukkan dalam mulut tu. Kalau aku ternampak bolehla aku marah-marah dan halang dia daripada makan. Kalau aku tak nampak? Aku risau sangat takut dia sakit perut dok makan benda-benda ngarut :(
Makan kertas!! Favourite tuh.
Kalo dapat duit kertas tu memang dia kunyah-kunyah sampai basah lencun.
Nasib material duit sekarang dari polimer, tak mudah koyak.
Kalau takkkk... hmmm
Oh, duit syiling memang aku tak simpan dalam purse. Akan make sure tak tercapai pun dek Shaheem kalau ada. Bahaya woo.. Dia main masuk je, bukan tau ape huhu
Ni tengah makan ape pun tak taula ni
Eh gambar lama ni. Rambut pendek haha.. Sekarang rambut panjang hampir tutup mata dah
Haa.. container storage rack dia pun dia kokak jugak. Lapar sangat ke???
Ni style mengonggong. Kang nanti dia gonggong je blocks tu ke mana-mana
Alahai anak, ape pesen ni...
Toys dia tu semua aku rasa ada DNA air liur dia tu. Semua dah selamat digigit, dikulum.
Peristiwa terbaru, dia dok main ambulans mainan yang abah dia beli.. Kat tayar ambulans tu ada rim. Senang pulakla rim tu tercabut. Almaklum mainan tak berapa nak mahal kan. Dah tercabut tu takpela, apa boleh buat. Yang tak tahannya cik Shaheem ni la. Pegi masukkan rim tu dalam mulut. The whole thing tau! Ya Allah aku punye terkejut cepat-cepat korek mulut dia. Menangis pun menangislaa.. Dah ke dalam dah rim tu. Aku menjerit-jerit jugak time tu. Bila dah berjaya keluarkan, pokkkkkkk montot dia sedass.. Haa geramnya mama! Aku membebel berbakul-bakul. Tapi Shaheem buat muka relax je. Muka innocent habis macam takde ape berlaku. Allahuakbar anak. Kamu benar-benar menguji mama huhu.. Nangis tak berlagula mama kalau apa-apa jadi kat sayang mama ni :'(
Risau betull aku.. Memang takleh tinggalkan Shaheem berseorangan. Nanti tah pape dia jumpa dia masukkan dalam mulut. Risau tau tak! Macamana nak bagi stop ni huhuhu.. Aku cari dalam Baby Center pasal ni, and ada sorang doktor ni jawab persoalan tentang anak yang suka masukkan barang dalam mulut. Oh rupanya bukan anak aku sorang jela ye huhu..
Why does my baby put everything in her mouth?
Your baby's mouth has more nerve endings per square millimetre than any other part of her body, so if she really wants to find out what something tastes or feels like, she puts it in her mouth. If you don't want something to go into your baby's mouth, don't leave it where she can get hold of it.
Babies go on putting things in their mouths well into their second year -- although it's because they become increasingly interested in what their toys can do, rather than what they taste or feel like. But at that age they start to explore using their fingers and eyes most of the time. Toy manufacturers specify that certain toys are not for children under three years old because they contain small parts which could stick in your baby's throat if swallowed. By three, most children have stopped putting toys into their mouths.
On the other hand, many babies like to add to what they know about the food they eat and the liquids they drink by examining them with their hands as well. Many babies like to let their fingers puddle in their juice or enjoy the feeling of pasta squished between their palms.
Babies often mouth toys more when a new tooth is just breaking through the gum. The mouthing is also accompanied by drooling and generally being off colour -- it's painful pushing a tooth through. Some babies get looser stools and a sore bottom too.
Reviewed by Dr Winston Yong Sin Chuen, a former associate professor at Universiti Kebangsaan Malaysia, and now a consultant paediatrician in private practice in the Klang Valley
Adehh, umur 3 tahun baru stop eh? Aiyarkkkk lambat lagila. Nampaknya mama kena bertahan dan terus pantau lah ye huhuhu... Pasal nak tumbuh gigi tu mungkin betulla sebab Shaheem memang ada 2 gigi geraham yang tengah nak keluar. Agaknya dia gatal gusi tu yang abes benda dia nak gigit gigit..
Ragam anak membesar, macam-macam! Sekarang baru ku tahu macamana mak handle anak-anak dulu. Huu rindu mak!
Kids Teeth Diagram
Shaheem dah ada 10 batang gigi..
Upper teeth ada 4 batang: 2 central incisor & 2 lateral incisor
Lower teeth ada 6 batang: 2 central incisor & 2 lateral incisor & latest baru nak keluar, first molar, kiri dan kanan.
Wednesday, June 5, 2013
Bengang dengan Pos Laju huhu
Assalamualaikum,
Akhirnyaaa barang yang kutunggu-tunggu dari last week selamat sampai semalam. Laaamanya perjalanan nak sampai ke rumah aku ni haa.. Seller post hari Isnin, 27 May, Selasa 4 June baru sampai. Haihla.. Pos Laju dah tukar nama jadi Pos Lembab ke ape ni huhuhuhu.. Aku memang terrsangat geram dengan PL ni. Korang tengok status tracking number aku ni eh...
Seller pos barang 27 Mei (Isnin). Dua orang seller so dua tracking number. Dua-dua status sama.
28 Mei dah sampai KK and dah attempting delivery. But then tetiba petang tu kata Missed delivery. Aku tak tahu apa maksud missed delivery. Dia tak nampak parcel aku ke apa.. The next day 29 Mei, attempting lagi sekali. Aku dah excited la menunggu kat rumah.Tapi sampai ke petang tak datang-datang van pos laju nih.
Check tracking, UNABLE TO DELIVER DUE TO ADDRESSEE NOT AROUND AT TME OF DELIVERY. HOIIII ni aku nak marah ni. Pos Laju ni bab menipu status pandai kan. Suka suka kata aku takde kat rumah. Aku ni housewife aka JAGA kat rumah ni. Aku takde ke mana-mana pun. Tercongok depan pintu tunggu orang datang hantar barang. Ehh sesuka hati cakap aku takde kat rumah. Kalau aku takde kat rumah mananye slip kata aku takde kat rumah tu?? Nombor phone aku kan ada kat consignment note, kenapa tak call?? Ni memang dia tak datang langsung pastu letak status sesuka hati. Dahla status yang nak salahkan aku. Yang aku sangat geramnya, 30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) Sabah cuti Kaamatan. Memang delay sampai ke minggu ni la barang aku. Ni sah sah driver tu nak cuti awal. Takmo datang Tuaran ye. Grrrrrrr....
Takpe takpe, aku sabar menunggu hingga hari Isnin (3 Jun). Tapi sampai ke petang Isnin tu tak datang datang. Check tracking, CONSIGNMENT TO BE COLLECTED AT COUNTER DELIVERY - PPL KOTA KINABALU. Haaaaa ni BIKIN PANAS ni.. Ko malas nak hantar barang aku pastu ko suruh aku pegi amik sendiri pulak ye. Baaaaanyak cantek!! Ingat Tuaran dengan KK dekat ke??? Korang tu yang patut hantar barang tu sampai depan pintu rumah aku, bukan aku yang kena pegi amik. Berasap telinga aku haritu menahan marah.
Terus call hotline Pos Laju 1 300 300 300. Aku tanya operator tu, apahal pulak kata aku takde kat rumah. Kalau aku takde kat rumah mana slip nya?? Operator tu cakap, ni driver kami kata puan takde kat rumah dan takde nombor telefon kat consignment slip. Haa nampak sangatla kan menipu. Seller tu siap paste gambar parcel aku lagi. Memang ada no phone aku.. Hangin betulla aku. Nak kata aku salahla ni. Aku cakap dengan operator tu suruh hantar kali kedua. Tak kuasa aku nak pegi amik. Nasib baikla operator tu cakap lembut-lembut dan baik-baik je. Sejukla sket hati ni. Kalau tak, mendidih jugakla huhuhu.. Operator tu cakap dia akan arrange untuk 2nd delivery tapi hari Selasa la baru bleh buat sebab masa aku call tu dah petang dah. Aku tak kisahla, yang penting barang tu dihantar pada aku, bukan aku yang kena pegi PPL KK.
Selasa (4 Jun) pagi aku check tracking, alhamdulillah, courier is attempting delivery. Aku tunggu tunggu.. Lebih kurang pukul 12 lebih ada orang ketuk pintu rumah aku. Bukak bukak orang PL la kan. Huuu nampak di tangannya 2 parcel yang ditunggu..
Aku cakap je ngan orang tu, lama saya tunggu ni tau. Seminggu lebih. Dia pun cakap, saya ganti orang ni cik. Patutnya orang lain. Tapi dia cuti. Dan dan la kan ganti orang ape sume hehe.. Takut aku marah letteww.. Pastu dia cakap, erm kat parcel ni tulis suruh 2nd delivery 7 Jun, tapi saya pelik jugak kenapa 7 Jun. Harini kan baru 4 Jun. Tu saya hantar jugak. Haa sapela yang nak khianat tu kann.. Saje je tau. Mentang mentang aku call hotline sebab nak buat aduan ko terus nak hantar barang aku 7 Jun pulak ye huhuhu.. Sampai hati. Takpela aku pikir positif, orang yang menulis tu lupa tarikh kot..
Ni haa barang yang ditunggu..
2 pasang Busha sets - untuk Shaheem pakai siang hari
2 cd baru! hehe PemPem & Bebibum :D
Maaflah kalau ada terkasar bahasa huhu.. Sekadar meluahkan rasa geram dalam hati. Sekarang dah legaaaaa.. Takmo dah guna alamat rumah.. Actually selalunya guna alamat tempat keje hubby kalau pos pos barang ni. Tapi kali ni guna alamat rumah sebab aku beli tanpa pengetahuan hubby. Konon-konon nak sorok dari diala. Dah sampai baru nak tunjuk haha.. Padan muka. Balasan la nih huahua.. Ampun banggg..
Tuesday, June 4, 2013
4 Jun 2013 -2nd Anniversary
Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik sekejap je kan, dah 2 tahun berlalu.
Erm baaanyak sangat peristiwa pahit dan manis berlaku sepanjang 2 tahun ni. Nak kira memang tak terhitung. Gaduh, masam muka, oh banyak sangat. Haih asam garam hidup berumah tangga betul tak? Orang kata 5 tahun pertama ni tahun untuk mengenali pasangan dengan lebih baik. Betulla kot. Banyak benda lagi yang aku tak tau tentang suami aku dan begitu juga dia. 2 tahun kawin ni baru dia tau betapa isteri dia ni liat nak bangun pagi huahuahua... Ampun bang..
Anywayyyy, takmo ingat yang tak besh. Yang tak besh tu kita lupakan. Kita amik yang jernih, lupakan yang keruh keruh.. Kita cuba teliti kat mana silap salah sepanjang 2 tahun ni dan kita ubah. Kena ubah macamana sekalipun! Tapi kalau ada benda tak boleh nak ubah, terima lah daku seadanya huhu..
Thanks abang sebab sentiasa ada bersama sayang. Thanks sebab selalu tegur-tegur sayang bila sayang buat silap. Sayang mintak maaf sayang ni banyak menyusahkan dari menyenangkan..
I love you!
Subscribe to:
Posts (Atom)




