Saturday, February 23, 2013

Shaheem Makan Ape Ni???!!!

Assalamualaikum,

Anak bertuah mama.. Aku tak perasan pun dia dah masukkan sesuatu dalam mulut. Yang aku perasan dia dok tengok aku semacam je. Mulut tutup rapat sambil control control senyum. Haaaa memangla ada something dalam mulut dia tu grrrr.. Bila orang nak korek dia akan larikan diri atau palingkan muka. Aku pegang dia kuat-kuat. Dia katup mulut rapat-rapat ni. Bila aku berjaya masukkan jari dalam mulut, dia gigit pulak! Urghhhh.. Tapi mama memang takkan putus asa la.. Korek sampai jumpa. Korek korek, jumpa la ini....

Nampak tak ape tuuuu??

Kita kasi zoom sikett

Anak lipas uolssssss!


Huwaaaaaaaa pitam mama tengok ini yang keluar dari mulut Shaheem. Aduhhhhh.. Dia relax leh senyum senyum. Ini bukan makanan anak oiiii.. Kan mama dah suap nasik dengan sup, nape Shaheem makan anak lipas ni pulak?? Aduila anakkkk...

Lipas dah tak cukup anggota dah. Kepala dah takde, kaki tinggal satu. Yang lain dah selamat masuk dalam perut Shaheem kot huwaaa.. Esok mama kena make sure Shaheem berak and mama akan belek belek taik Shaheem. Mintak mintak keluarla balik huhu.. 

Sebelum ni dia dok kutip semut hitam je buh dalam mulut. Ni da teradvance makan lipas pulak. Kat rumah ni pulak memang ada banyak serangga dua jenis ni. Nak spray spray racun serangga atau letak kapur racun ke apa bahaya pulak kan kita ada anak kecik ni. Habis tu acanerrr... Next week balik kampung. Lagila tinggal rumah 2 minggu. Seronokla dorang ni membiak nanti. Haishhhh.. 

Risau gak ni dia dah tergigit lipas tu. Hopefully takde benda buruk la kan. Tengok dia main ok je. Sekarang dah tido tergolek dah. Esokla tanya hubby nak bawak pegi klinik tak huhu. Takut kan, kalau-kalau lipas ni ada bawak benda tak elok. Erm mintak jauhla tapi.....

Shaheem Shaheem.. mama mampu geleng kepala je. Nak besar ni macam-macam peel kamu ye.. 

Mata overrr sepet sebab baru bangun tido masa ni hehehe

11 comments:

  1. ya Allah..sabar je la..shaheem shaheem..moga xde pape efek ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Shaheemmmmmmmm ngeri je tw. Tp kelakar pn ye!

    ReplyDelete
  3. ieja
    huhuhu sedapla kot bg dia..

    ibu wafa
    aduii harapnye xde papela

    ReplyDelete
  4. hayati
    rs mcm kelakar tp pikir2 balik aduii gelii!

    ReplyDelete
  5. eamy
    huhuhu shaheem ni sume benda pun makan acik emy!

    ReplyDelete
  6. uish, power shaheem.. kalau ilyaas dia penakut serangga. semut ke, nyamuk ke semua dia takut. yg binatang besar2 dia berani mcm kucing semua tu..
    btw dear,i guna serai wangi hafihanis. berkesan la jugak.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ank dara sy smlm mnikmati mknn yg sma :-( huwaa risauuuu

      Delete
  8. juliana roslan
    saya x bawak pegi klinik pun sbb nampak dia ok huhu.. kalau anak awak muntah2 better bawakla ye.. sabar jelah ngn anak2 yg suke mengutip ni huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...