Thursday, May 31, 2012

Nama Melayu Bila Dijepunkan.....

Assalamualaikum,

Dapat ni dari Facebook. Kelakar gilee hokkay. Berdekah-dekah aku gelak depan laptop. Sampai terjaga anak dari tidur yang lena. Dah mak nye gelak cam gergasi manala tak terjaga hehe...


Jom try test guna nama anak buah aku..

Nur Nazneen Alia - Todoshi Tokaztokukuto Katakika

Khaleeda Hanin - Merikatakukuteka Rikatokito

Hafiy Ariff - Rikalukifu Kashikilulu

Khalis Haikal - Merikatakiari Rikakimekata

Daneen Alissa - Tekatokukuto Katakiariarika

Ahmad Ady Luqman - Karirinte Katefu Tadokerinkato

Ahmad Ady Imran - Karirinte Katefu Kirinshikato

Huahuahuahuahua... Tah papa semua nama...Cuba try test nama sendiri dan nama anak..

Alwani Amalini - Katameitoki Karinkatakitoki

Saif Shaheem - Arikakilu Aririkarikukurin

Hahahahahahaha nama anakkuuuuuu.. Adei sabar jela!

Just for fun ok! hehe

Pesanan Buat Suami

Wednesday, May 30, 2012

Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar

GENETIK - Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR - Perempuan yang berumur 35- 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET - Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG - Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.



Syoknye, bestnye kalau dapat anak kembar kan? Mesti meriah je hidup hehe.. Meriah dengan kerenah 2 orang anak kecik! Macamanala nak menjaganya. Aku jaga Shaheem sorang ni pun dah berpeluh-peluh haha... Aku ada 2 pasang cousin kembar. Cousin pertama anak uncle yang sulung (abang sulung mak aku). Kembar lelaki. Cousin kedua pulak anak mak cik bongsu (adik bongsu mak aku), kembar lelaki dan perempuan. Dua-dua dari belah mak aku sebab ayah aku anak tunggal hehe.. So agak-agak ada chance tak aku nak dapat anak kembar jugak? Hehehe berangans! Tapi kalau Allah nak bagi, aku suka! :D

Tuesday, May 29, 2012

Gambar Kristine Hermosa Mengandung

Aku memang minat gile dengan Kristine Hermosa ni *harap maklum*








Ahhh cun nye dia time pregnant. Glowing betul muka!

Ermm tengok pic pregnant ni, rindu pulak time pregnantkan Shaheem dulu.. Rindu dengan perut buncit, rindu dengan rasa perut gerak-gerak Shaheem tendang hehe... Tapi sabar sabar... Tunggu setahun lagi baru pregnant lagi! Insyaallah :)

Monday, May 28, 2012

Gambar Anak Perempuan Kristine Hermosa & Oyo Sotto

Ingat lagi aku share video kawin Kristine Hermosa yang sweet mweet dulu? 4 bulan selepas kawin dia mengandung dan selamat bersalin dah pun... Yep yep, Kristine Hermosa dapat anak perempuan.. Boleh main-main cinta dengan Shaheem tak?muehehe... Dia bersalin pada 26 Dis 2011. Wah a day after Christmas. Namanya, ONDREA BLISS.. Seberat 2.68kg (alahai teciknye) dan dilahirkan secara normal...

Ondrea bermaksud "strong and courageous." Bliss pula bermaksud, "unmeasurable joy."










Comel kan??? Sebijik muka bapak dia hahaha... Anak perempuan bese camtula kan.. Sama dengan bapak.. Manja pun lebih manja dengan bapak hehe.. Oh ye, Kristine ada anak angkat laki sorang.. Namanya Quiel yang berusia 3 tahun....

Esok aku share gambar Kristine masa pregnant :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...