Thursday, June 30, 2011

*Wordless*Emotionless*Speechless*

Assalamualaikum,

Tak tahulah nak update ape kat blog..

Macam takde perasaan je 2,3 hari ni..

Tuesday, June 28, 2011

Macamana Nak Tahan Lama

Assalamualaikum...

Apa yang tahan lama tu? Kehkehkeh.. Jangan pikir bukan-bukan ye :P

Ini tips macamana nak buat bateri henpon tu tahan lama. Aku amik dari blog ini. Cuba try test..


Untuk bateri yang tahan lama:-



1) OFF telefon sewaktu ‘charge’ telefon


2) Charge telefon sehingga maksimum, kemudian barulah gunakan telefon


3) ‘Turn Off’ mana-mana perisian yang tidak digunakan, contohnya WiFi, Bluetooth dan sebagainya


4) Sewaktu ‘charge’ telefon, jangan buat panggilan atau membalas sms


5) Jangan ‘charge’ telefon guna ‘car-charger’ kerana akan menyebabkan bateri ‘kembung’ dan tidak tahan lama. Ini kerana arus elektrik kereta tidak stabil.


6) Kurangkan kecerahan skrin. Lebih cerah skrin – lebih banyak kuasa digunakan


7) Gunakan kuasa bateri sehingga habis – kemudian barulah ‘charge’.


Henpon ni yang selalu buat hal baterinye lah kan. Aku memang cuak cuak sket kalau bateri rosak. Rasa macam the whole phone tak function huhuh.. Bayangkan baru cakap telepon 2 3 saat, tetiba tret tet tettt.. bateri abes. Rasa cam nak baling baling je henpon tu kat dinding. Since dah beli henpon baru yang suam-suam kuku mahalnye eheh, maka saya dah beriltizam nak menjaga baterinya dengan baik. Mari kita sama-sama amalkan! :D

Sunday, June 26, 2011

Kata-kata Hikmah Suami #2

Assalamualaikum,

Ini status gedik-gedik saya di Facebook:



And here come my husband with his magic words:




Then my heart melts.......



Ye abang.. Cinta sayang pada abang ialah CINTA BESAR. 
Insyaallah... 

Yayy, dah beli handphone baru! :D

Assalamualaikum,

Terima kasih pada Ije & Mama Noriz yang beri cadangan kat entry aku pasal handphone hari tu. Aku dah beli dah pon handphone eheh.. Sorry tak ikut suggestion korang sebab aku macam tak mampu nak beli hanpun yang korang suggest. Mungkin kalau saya dapat pembiayaan lebih sket maybe saya bleh belila hihih.. Tapi ni pembiayaan peribadi makanya terpaksala berpada-pada bila membeli. Aku beli handphone yang murah-murah aje. 

Nak kena jaga bebaik handphone ni. Biar bertahan lama sket. Last handphone bertahan 2 years je. Aku la tak reti jaga. Pastu time emo buat tak sedar diri. Sesuka hati baling ke dinding. Bajet banyak duit ar nak ganti baru, hamik ko bape bulan ni baru mampu beli lain... Padan muka sendiri. So lepas ni tak mau lagi kejadian yang sama berlaku. Nak jadi pengguna dan tuan punya yang baik. Emo emo kalu, takmo baling hp. Nak baling benda lain pulak. Ape eh? Ada cadangan? huhuhu.. Agaknye aku kena beli stress ball sebijik...

Apa brandkah handphone yang saya telah beli? Sony Ericsson of course! hehe.. Aku memang dah jatuh chenta dengan Sony. Though after last handphone rosak haritu aku dok pakai Nokia, still teringat-ingat kat Sony. I always adore Sony punye camera and sound. Gambar memang cantik and sound pun kuat. 

So here's my new phone :)

Sony Ericsson Elm J10i2



ModelSony Ericsson Elm J10i2
Form factorBlock
Networks2G - 850/900/1800/1900
3G - 900/2100
HSCSDNo
GPRSYes
EDGEYes
UMTSYes
HSDPAYes
HSPA+No
WiMAXNo
LTE (4G light)No
WLAN / Wi-FiYes
Weight90 gram
Dimensions (HxWxD)110 x 45 x 14mm
BatteryNA
Standby time (h)430
Talktime (m)600
SMSYes
MMSYes
EmailYes
IrDANo
BluetoothYes
USB ConnectivityYes
GPSYes
JavaYes
FM RadioYes
CameraYesExample photos
Camera resolution5 megapixels, 4x digital zoom, autofocus, smile detection
Camera Flash/LightYes
Second CameraNA
Video recordingYes
Colour displayYes
Number of colours16,777,216
Display resolution (WxH)240 x 320 pixels
LCD Inch2.20
Second DisplayNA
TouchscreenNo
Memory280 MB. Expandable up to 16 GB with microSD card
Ringtones / Music file formatMP3, AAC
MP3Yes
GamesYes
CalendarYes
VoicedialingNo
Predictive textYes
Browser2.0 XHTML, HTML
RSS readerYes
VoicememoYes
PC SynchronizationYes
SyncMLYes
CPUNA
Operating SystemOther
WebsiteWebsite 
NA = Not Applicable. No data available






Baru sehari guna jadinye tak sempat nak explore habis lagi. Gambar ok jela huhuh.. Cuma kena pandai-pandai adjust. Aku kan malas, reti nak snap snap aje. So far takde masalah problem lagi and hopefully takkan ada la. Oh cumanya WiFi macam belum ok. Aku dah try connect tapi tak dapat. Eh dapat connect tapi bila nak masuk webpage tu macam tak boleh. Agak frust sedikit di situ. Or maybe wifi connection kat tempat tu very low ke ape aku tak taula. Nantila try lagi.

Doa-doala handphone ni bertahan lama yeeee ehehehe

Dah ada henpon berkamera ni, tidak sah kalo tak tempek muka sendiri dalam blog kan kan kan :P

@Ikea


Thursday, June 23, 2011

Pembantu Bekalan Rantai

Assalamualaikum,

Aku kan.. cukup tak suka mengisi borang dalam bahasa Melayu seperti borang nikah haritu, borang keje gomen dan pelbagai borang lagilah yang dalam bahasa Melayu. Bukan aku tak suka dengan bahasa ibunda sendiri (tolong jangan salah tafsir), tapi aku selalu rasa sukar bila nak isi ruang PEKERJAAN. 

Kenapa?

Sebab nama jawatan aku ialah, SUPPLY CHAIN ASSISTANT.

Kesukarannya ialah.. aku tak tahu apa dia supply chain assistant ni dipanggil dalam bahasa Melayu? huahuahua..

Bila nak isi borang tu berpuluh-puluh kali aku pikir nak isi ape laa kat ruang keje nih. Kang tulis je supply chain assistant tu macam pelik pulak. Ruang lain elok je jawab dalam BM, alih-alih pekerjaan dalam bahasa omputih. Macam tak kena pulak kan?

Jantina: Perempuan
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Status: Berkahwin
Pendidikan: Ijazah
Pekerjaan: Supply Chain Assistant

Huahua aku rasa sedikit kelakar di situ. Macam tiba-tiba ada orang putih sesat di celah-celah orang Melayu.

Disebabkan itulah aku selalu menipu bila isi borang nih. Bukan menipu ape pon, menipu sunat je nih. Saya tak tahu Supply Chain Assistant dipanggil apa dalam BM, jadi selalunye dalam ruang pekerjaan, saya akan tulis, PEGAWAI TADBIR atau PEMBANTU TADBIR atau KERANI. Sebab aku rasa itulah keje yang terdekat dengan keje yang aku buat sekarang. Kira sewaktu dengannya. 

Mungkin sebab aku letak keje yang salahla kot aku tak dapat-dapat nak keje gomen sampai ke harini. Tapi aku tak bersalah dalam hal ini!!! Saya tidak tahu tuan! huhuhu

Baiklah, lepas ni aku tulis PEMBANTU BEKALAN RANTAI jelah. Direct translation eheh..


U guys tahu ke dalam BM apa nama keje nih? Tolong bagitau aku sebelum aku bagitau sendiri......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...