Monday, February 7, 2011

Mengandung Anak Kembar - Bagaimana Rupanya?

Assalamualaikum,

Eh tidak tidak.. Saya tak mengandung! Kahwin pun belum lagi niiii.. Insyaallah lepas bulan 9 nanti baru aku mengandung (erk? :P). 

Ape cite pasal mengandung kembar ni? Actually, semenjak dua tiga menjak ni blog aku menjadi tumpuan pelawat-pelawat maya yang menaip keyword seperti di bawah





Ini semua gara-gara post aku yang ini.

http://amalini.blogspot.com/2010/12/gambar-perut-ibu-mengandung-anak-kembar.html

Ramai jugak yang baca post tu. Maybe mereka bakal menimang cahaya mata kembar dan nak sangat tahu macamana rupanya mengandung kembar ni.

Aku ada google and terjumpa satu website ni, memang bagos untuk bakal ibu. Ada dia tunjukkan fetal development for twins week by week. Meh aku share. Sila bawak bersabar kalo gambar lambat nak load. Salahkan internet provider anda!!!! :D


3 weeks pregnant 

4 weeks pregnant

8 weeks pregnant

12 weeks pregnant

16 weeks pregnant

20 weeks pregnant

24 weeks pregnant

28 weeks pregnant

32 weeks pregnant
36 weeks pregnant

Hebat kan ciptaan Allah? Kadang-kadang tak terjangkau dek akal kita macamana baby tu boleh duduk dalam perut yang sempit. Sorang atau dua tu macam biasa lagi. Cuba kalau kembar tiga? Kembar empat? Kembar lapan?! Huh...... tak boleh nak bayang!

Wanita yang mengandungkan anak kembar ni memang bertuah. Allah bagi rezeki berganda-ganda buat dia. Ini bukan sebarang rezeki. Tak semua orang dapat. Allah bagi kerana Allah tahu dia mampu untuk jaga lebih daripada seorang anak tak seperti orang lain.

Haih teringin jugak nak dapat anak kembar. Orang kata nak anak kembar kena make sure generasi kembar ada dalam keluarga. Dalam family aku ada 2 pasang sepupu kembar. Boleh tak agak-agaknya aku pulak pregnant kembar nanti? heheeh *gedikkkkkk*

Bakal ibu boleh lawati website ni untuk dapatkan lebih banyak info tentang dunia pregnancy dan baby :D


Nak tengok gambar-gambar real perut ibu yang mengandung anak kembar macam kat bawah ni? Boleh klik kat bawah gambar tu ye :D



I found another website yang super cool!! Dia tunjuk real pics of  week by week baby development dalam perut through ultrasound scan and 4D Scan. Super duper cool kan? And lagi dia share jugak apa yang ibu-ibu akan alami setiap minggu tu. So, ibu-ibu yang mengandung kembar dua atau tiga, bolehla salin nota macam kat sekolah dulu ehehe.. Lawati laman web berikut:

Twin pregnancy:

Triplet pregnancy: 


Oh ada lagi laman web yang comel! Meet Cherry Menlove yang sangat beautiful ni! Dalam website dia ni ada diari masa dia pregnantkan twins dia yang dah pun selamat dilahirkan dan cute gile! Alala geram je tengok. Jeles tau. Mari jeles sama-sama! :D


Sori, aku takkan letak video saat-saat baby kembar dilahirkan. Sebabnya aku tak suka nak tengok! Ngeri! Karang dah tengok, jadi takut pulak nak beranak..Biarla nanti aku rasa sendiri ye. Nak rasa sakit je, takmo tengok keadaan kat bawah tu yang koyak rabak. Erkkkk... Kalau korang nak tengok, silala cari sendiri di You Tube. Bersepah-sepah video beranak. Okay!

Selamat mengutip ilmu! :)

Main Dengan Mak?!

Assalamualaikum,


"0__o


Main ape ni?

Main masak-masak?
Main congkak?
Main batu seremban?
Main ting ting?
Main bola?
Main sorok-sorok?

Kenapa tak habiskan ayat tu?
Jangan buat saya tertanya-tanya!

Pengsan!!!~

Sunday, February 6, 2011

Kenangan Kecik-kecik Dulu~

Assalamualaikum,



Masa kecik-kecik dulu aku......

- Pernah kena marah dengan ayah. Lupa kenapa. Tapi aku kena kejar sekeliling rumah dengan ayah. Ayah bawak rotan kot? Lupe dah. Ape la kesalahan aku. Pasti besar gile sebab ayah bukan senang nak marah anak huhu

- Pernah jugak menangis meraung-raung kat tangga rumah sebab ayah tak nak bawak aku pegi mana tah. Ayah bawak abang je kot. Jelos punye pasal and takmo duduk rumah, nak mengikut. Aku nangis kuat gile sampai rasa-rasanya satu kampung pun boleh dengar. Dah lepas nangis, tido dengan lena :D

- Suka round-round kampung dengan basikal lerun abang aku yang tinggi tuh. Patutla aku hitam semacam ahaha.. Family aku sume putih-putih tau. Aku jek yang gelap, mendung, kelam dan sebagainya. Now I remember why eheheh..

- Suka makan ayam goreng esp drumstick! Selalu berebut dengan abang aku.

- Masa bila tah, kat rumah ada pasir. Maybe masa tu ayah tengah renovate rumah ke ape. Aku main dengan abang-abang aku. Buat bukit, siap baring-baring lagi. Lagak macam kat pantai. Pastu amik bunga kertas mak letak kat bukit tuh. Dah rupa kubur plak ahaha.. Pastu amik kucing kesayangan masa tu, Pendek, letak kat puncak bukit. Apa motif tahla..

- Satu lagi masa main pasir kitorang suka letak pasir atas kepala muahaha.. Gile ah kotor. Patut ar kecik-kecik ada kutu ahaha.. Dah letak pasir garu-garu bagi pasir keluar. Mak tahu mak membebel non stop. Ampon mak, Dili yang ajar! hahaha

- Selalu jadi orang suruhan kedua-dua akak aku bila dorang balik ke rumah during semester break. Selalunya aku disuruh pergi ke kedai 'Kak Dah' beli asam atau maggi. Aku suka lari-lari pergi 'Kedai Kak Dah.' Dah lari tu, kaki pulak tak stabil, jatuh. Jatuh atas tar tuuuu.... Dan hasilnye, kepala lutut dah berparut-parut +_+ Sampai ke besar ada weyy...

- Suka makan Maggi sorok-sorok. Makan maggi hanya bila mak dan ayah takde kat rumah. Mak, esp Ayah tak berapa gemar kitorang makan Maggi. Tapi besenye yang dilarang tula yang kita suka kan? huhuhu.. Bila masak Maggi je, makan senyap-senyap dalam bilik. Siap berkunci bagai haha.. Beli maggi pon sorok-sorok. Tak macam sekarang, siap buat stock kat rumah lagi tuuu ehehe..

- Dulu kat rumah, bila musim banjir je, rumah pun turut dinaiki air. Sebabnye Sungai Kelantan kat belakang rumah je. Malam sebelum tu bila hujan tak berhenti, dok sibuk dah tengok air naik. Tapi malam-malam mana nak nampak. Bangun pagi esoknya tengok air dah naik sampai ke tangga rumah, Syokla wey! Terus pasang boat pelampung ayah :D

- Tragedi berdarah musim banjir: Aku dengan abang berdiri kat beranda rumah. Beranda tu guna pagar besi masa tu. Masa bila tah tetiba abang aku Dili menjerit mengaduh. Tengok-tengok kaki dia dah berdarah dah. Dia terkena besi karat pagar tu huhuhuhuh.... Ngeri weh!! Darah merah atas mozek. Ayah bawak dia pegi klinik ke spital tah, kenala jahit tah berapa jahitan. Sampai sekarang ada parut kat kaki abang aku. Padan muka, nakal sangat. Dok diam-diam pon leh kena. Tak paham betul aku :P

- Dek derhaka dengan mak, mak pernah tarik aku, letak luar rumah. Malam-malam lak tuuuu huhuh... Nangisla kau! Masa derhaka tak takut dosa. Dah kena letak luar baru tau takot. Hoho mak, ampon! Tak mau derhaka lagi!

- Masa kecik-kecik memang manja dengan mak. This is before Dila came into the picture huh... Aku suka main ngan perut mak muahaha. Cane eh nak cakap, aku suka kiss belly button mak. Nape tah ahaha.. Pastu masa mak lepas solat, masa tengah baca doa tu, suka menyelinap masuk dalam telekung mak, main nenen! Hahaha.. jangan kata korang tak pernah buat kayyyyy :P

- Aku dah lupa bila aku diajar untuk solat dan mengaji. Memang dari kecik lagi la. Paling takut bila belajar mengaji dengan ayah. Ayah garang woooo.. Pasti ada babak menangis bila ayah yang ajar huhuh.. Kalo dengan mak pulak asyik nak tergelak haha.. Korang pernah tak, time ngaji tu nak tergelak je hihihih... Setan la ni kaco! Time solat pun pernah kan.. Hish!

- Cakap pasal solat, masa kecik dulu aku suka sangat la bangga-bangga aku solat semua waktu. Padahal masa tu aku tak baca ape pon. Mulut je kumat kamit ahaha.. Masa tu still very small la.. Belum baligh lagi ye ehehe.. And then dulu, rumah aku selalu blackout. TNB kurang efisen lagi kot time tu. Nak dijadikan cerita, aku tengah solat sorang-sorang dalam bilik smbahyang. Itupun setelah disuruh beribu-ribu kali oleh mak. Solat Isyak kot. Sekali masa solat tuh, blackout. Haa gelap gelita kau. Terkejut jugak aku. Cuak-cuak dan takut-takut dah. Tapi aku belagak cool walaupon semayang cepat gile ahaha.. Baca pon tah baca ape. Pastu dah siap semayang, seminggu gakla aku dok belagak ngan orang, "Hari tu, masa blackout pon Wani semayang. Wani tak takut..." hahaha pigi dah. Belagak. Padahalnyeeeee..... :P

- Dulu kecik-kecik tak suka breakfast. Sebabnya selalu bangun tido lewat. Bila bangun dah tiba masa untuk makan tengahari dah ehehehe..

- Kenangan mak mengandungkan Dila, I totally forgot. Tak ingat langsung! hehe.. Tapi aku ingat masa mak nak bersalin tuh. Aku kat rumah dengan abang aku Dili. Ayah bawak mak pegi hospital. Kitorang tunggula sampai ayah balik. Masa tunggu tu, aku dengan abang menggila kat rumah haha.. Kitorang pasang radio kuat-kuat. Masa tu ada radio kaset je. Takde CD player lagi. Kitorang pasang lagu Dr. Alban. Haha korang kenal ke Dr. Alban? Abang aku la ni. Gile betul dengan Dr. Alban. Pastu pasang kaset Exist. Dengar lagu Oh, Ibu. Syahdu wey! Dahla masa tu mak tengah bersabung nyawa nak melahirkan si Dila yang montel tuh (jangan mara haaa :P).. Ayah balik dah tengahari kot. Bawak balik uri. Tanam kat belakang rumah bawah pokok jambu.

- Bila Dila dah ada, selalu gaduh dengan dia la pulak huhu.. Dulu dengan abang aku Dili. Dila Dili, dua-dua suka cari pasal dengan aku huhuhu..

- Dila garang wooooooo.. Kekadang aku suka cari pasal dengan dia haha.. Suka bila dia mengamok! Aku penah kena sebat dengan tali sangkut langsir tuh. Sakit wooo! Abang aku pon penah kena kejar dengan dia sebab abang aku kacau dia. Kejar bukan sebarang kejar. Kejar dengan senduk tu ahaha.. Abang aku pon tau takut, masuk bilik menyorok. Super monster Dila nih. Eh eh ni kenangan aku ke kenangan Dila? ehehehehe..


Tu jela setakat ni kenangan masa kecik-kecik yang aku masih ingat. Kang kalo ada yang terlintas, tambah lagi ehehe.. Bes pulak rasa mengimbas kenangan lalu. Boleh buat aku tersenyum :)

Korang ingat lagi kenangan korang masa kecik-kecik dulu?

Bas Terbabas Ketika Menuruni Bukit Jalan Ranau-Tamparuli

Assalamualaikum,

Selak surat khabar Harian Metro Online tadi dan terbaca berita ni

Bas hilang kawalan


Pic from here 

TAMPARULI: Kegembiraan 12 pelancong warga Korea selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu terencat apabila dua daripada mereka patah kaki selepas bas pesiaran dinaiki terbabas lalu merempuh lereng bukit di Kilometer 9.5 Ranau-Tamparuli, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke hotel di Kota Kinabalu selepas turun dari gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dengan menaiki sebuah bas bersama dua pemandu dan pemandu pelancong warga tempatan.

Kedua-dua pelancong terbabit yang masing-masing berusia 30 dan 40 tahun patah kaki akibat terhantuk pada kerusi bas, manakala yang lain cedera ringan selepas bas yang dalam perjalanan dari Taman Kinabalu di Kundasang dekat Ranau itu terbabas sebelum melanggar tebing bukit di kiri jalan.



Difahamkan, bas yang bertolak dari bandar raya jam 7 pagi itu terbabas selepas breknya tidak berfungsi ketika menuruni bukit di lokasi kejadian.

Pemandu pelancong, Jas Lezra, 27, berkata dia terkejut apabila menyedari bas dinaikinya seolah-olah terbang dan terhentak dengan kuat.


“Ketika itu saya duduk di depan bersama seorang rakan saya yang juga pemandu pelancong dari Korea. Kami hanya mampu menjerit dan memeluk kerusi, manakala yang lain menjerit meminta tolong.

“Beberapa saat kemudian, bas itu berhenti dan saya melihat rakan saya tersadai di tempat pemandu. Ketika itu saya tidak mampu bergerak kerana tangan kiri saya cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jas berkata, ketika kejadian, bas dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit, namun mereka bernasib baik kerana tidak bertembung dengan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Kami bersyukur kerana kemalangan ini tidak menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, siasatan awal polis mendapati, bas pesiaran yang membawa 15 penumpang termasuk dua pemandu itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit.


“Akibatnya, dua penumpang cedera parah manakala yang lain cedera ringan. Dua yang cedera itu kini dirawat di Pusat Perubatan Sabah (SMC) manakala yang lain menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, setakat ini polis belum mengambil keterangan daripada pemandu bas terbabit kerana masih dirawat di hospital.


xxxxxxxxx

Alhamdulillah, tiada nyawa yang melayang, cuma ada yang cedera. Aku pernah melalui jalan tersebut semasa ke Sabah bulan lepas. Jalan dia memang berbukit, bengkang bengkok, berkabus dan lori-lori besar pun ada. Memang bahaya kalau yang memandu tak biasa dengan jalan tersebut. Alhamdulillah, masa kitorang pergi, perjalanan kami selamat, pergi dan pulang. Pada awalnya nak drive sendiri je. Rosie yang beria-ia suruh cari driver sebab papa dia cakap jalan nak ke Kundasang tu memang bahaya, Nasib baeklaaa... Simpang malaikat 44, tak maula benda-benda ni terjadi kat kita dan ahli kelurga kita.. Jadi, berhati-hatilah ketika memandu dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Jalan nak ke Kundasang.
I took this when we went there last month.
Pretty scary kan?

Pesan Maybank Kepada Pelanggannya di Johor

Assalamualaikum,

Memandangkan ada beberapa kawasan di Johor telah dilanda banjir, Maybank dalam laman sesawangnya telah membuat satu pengumuman seperti berikut. Sila ambil perhatian ye pelanggan-pelanggan Maybank di Segamat:



Dear valued customers,

Please be informed that owing to the floods in the Southern Region, the following branches are currently not operational until further notice.
  • Maybank Segamat Auto Finance Centre (Jalan Genuang)
  • Jalan Genuang Service Centre
Customers of these affected branches may, however, undertake their banking transactions at any other Maybank branch or self-service terminal.
Alternative Maybank branches are located at:
  1. PALOH SERVICE CENTRE
    2 Jalan Temenggong
    86600 Paloh
    Contact : 07-781 2767
  2. BATU PAHAT BRANCH
    32-4 Jalan Rahmat
    83000 Batu Pahat
    Contact : 07-434 1441
  3. TANGKAK BRANCH
    10-11 Jalan Muar
    84900 Tangkak
    Contact : 06-978 1269
  4. MUAR BRANCH
    104 Jalan Abdullah
    80400 Muar
    Contact: 06-952 1545
Customers may also use Maybank ATM facilities located at the North-South highway rest areas and petrol stations (including those located at trunk roads) between Tangkak and Yong Peng.
Kindly note that clearing of cheques deposited at the affected branches during the last weekend may be delayed.
You may also contact the Maybank Group Customer Care Centre at Tel:1-300-88-6688 for any further assistance.
We regret any inconvenience caused and thank you for your understanding.

xxxxxxx

Harap maklum daripada saya yang cuma tolong menyampaikan setelah terlihat berita ini dalam Maybank2u.com semasa mengintai baki wang terkini dalam akaun yang dah tinggal sikit. huwaaa.. lambatnye 15hb :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...