Assalamualaikum,
Beli bulan 1. Bulan 4 punah jahanam! Bukan salah kami tapi salah orang lain. Tu yang buat hati sangat sakit.
Alkisahnya, nak balik kampung hujung bulan 4 haritu, aku suruh hubby je bawak stroller tu. Kitorang kan naik flight asing-asing. Hubby balik sorang, aku pulak balik esoknya berdua dengan Shaheem. Susah nak bawak stroller bila berdua je so aku suruhla hubby yang bawak. Hubby cerita masa check in bag kat KKIA (naik MAS), hubby bagitaula staff MAS tu, stroller nak bawak naik atas. Then staff tanya, baby ada bersama tak. Hubby cakapla tak. Disebabkan baby takde dia tak bagi bawak naik atas. Takut tak lepas masa security check nak masuk departure hall katanya. Dia suruh masuk dalam kargo. Hubby macam reluctantla sebab risau stroller tu patah nanti. Paham-paham sendirila macamana dorang ni handle luggage. Main baling je biasanya. Tapi staff tu cakap dia akan lekatkan sticker FRAGILE kat stroller tu. Hubby still tak confident. Staff tu YAKINKAN hubby, dia cakap, "jangan risau encik, STAFF SAYA TAU BUAT KEJE.. " So hubby pegang la cakap dia..
Selepas terbang 2 jam 30 minit, sampaila ke KLIA. Pegi tuntut bagasi dan stroller, dan jeng jeng jenggggg, the not so big surprise, stroller datang dengan keadaan seperti dalam gambar di bawah
Handle dua-dua patah
Besi dua-dua bengkok.
Dah memang tak bleh bukak dah stroller ni
Sticker fragile yang tak berguna langsung
STAFF YANG TAU BUAT KEJE tu tak nampak kot sticker kecik ni???
Sakitnya hati bila tengok stroller Shaheem jadi macam ni. Stroller ni baru lagi tau. Baru pakai beberapa kali. Aku geram nak maki hamun orang jugak bila tengok stroller ni jadi macam ni. Kalau takde sticker fragile tu lainla kan. Ni ada sticker siap, kenapa dorang tak jaga elok-elok?? Apa gunanya letak sticker kalau macam ni jadinya. Bertambah sakit hati bila ingat staff kat KKIA tu cakap staff dia tau buat keje. Tau buat keje kepala hotakk dia. Haa geram ni...
Kitorang dah buat report dekat MAS. Tapi lambat gile respond. Suruh kitorang email. Dah email lambat pulak nak balas. Memang aku akan push sampaila dapat balik ganti rugi. Senang-senang je rosakkan barang orang, Tak kirala buggy ni murah ke mahal, yang penting dorang ni kena sedar, jangan suka suki nak jahanamkan barang orang.
Anyway, kalau aku jadi hubby la kan, aku mintak tolong je kawan dia yang ada anak kecik, yang terbang sekali dengan dia, bawak stroller tu. Nanti sampai KLIA amikla.. Tapi hubby kata, susahla, nanti jalan tak sama la.. Grrrr geram jugak. Hmm ok ok takpelah, benda dah jadi kan huuu.. Cuba untuk redha. But MAS, YOU HAVE TO PAY ME! Tak kira!!