Friday, October 10, 2014

PREORDER: FROZEN STUFF

Assalamualaikum,

STICKY POST UNTIL 10 OCT 2014
PLS SCROLL DOWN FOR LATEST STORY FROM ME :)

Hai kengkawan! Iols ada buka preorder untuk Frozen stuff. Sekarang kan tengah musim demam sejuk beku Frozen hehe.. Macam-macam barang Frozen orang jual sekarang ni. Aku pun nak test market jugakla ni haha.. Kalau sudi mehla beli :D

Item semua preorder ye. ETA EARLY OCTOBER, insyaallah. Preorder ni kalau supplier cepat hantar, cepatla sampai. Kalau ada sangkut kat kastam ke, sangkut kat port ke, lambatla sikit. Kena banyak-banyak bersabar tau :D

Semua item ni boleh bayar deposit je dulu. Barang dah sampai baru bayar balance.

Aku tak letak harga kat sini, so kalau korang berminat nak order boleh contact aku ye ;)

PM: www.facebook.com/messages/slpumpkin
SMS/WHATSAPP: 014-8224228
EMAIL: alwani.amalini@gmail.com


FROZEN PLUSH DOLL: BABY ANNA & ELSA
Tinggi: 32cm
Berat: 300g


FROZEN PLUSH DOLL: ANNA & ELSA
Size:
Anna 50cm
Elsa 45cm

FROZEN PLUSH DOLL: KRISTOFF
Size: 53cm

FROZEN PLUSH DOLL: OLAF
Size: 45cm

FROZEN 9 BIN STORAGE
Berat - 8kg**
Ukuran - 64X29X68.5CM


Saturday, September 27, 2014

Jom Shopping Men Shoes di ZALORA!

Assalamualaikum,

12 September lepas birthday husband aku. Alkisahnye aku belum hadiahkan ape-ape untuk dia huhu.. Aku bukan ape, aku ni kalau bab nak membeli barang untuk lelaki mesti pening kepala. Tak tau nak hadiahkan ape kat dia.

Sehinggalah.... aku bukak web ZALORA and kebaboom!! Dapat idea nak belikan kasut untuk my darling husband hehe.. Kenapa kasut? Well kasut ni kan memang benda wajib yang dipakai setiap hari. Perfume, baju, jam semua tu macam dah common sangat. So why not this time kita tukar pulak pada kasut.

Orang lelaki ni sebenarnye dorang ni pun sama macam perempuan. Suka berfesyen. Fesyen pulak of course kena follow trend terkini. Husband aku tak terkecuali la. Dia kalau membeli memang cari yang up-to-date punye. Barula smart hehe..


Aku kan, suka dengan gaya pemakaian pelakon Hollywood, Zac Efron. Korang kenal tak? Ala yang berlakon jadi Troy dalam filem High School Musical tuu.. Dia punya fesyen tu memang smart habis, from top to toe. 

Contohnya macam dalam gambar ni, dia padankan kasut kulit berwarna coklat gelap bersama basic t-shirt dan seluar jeans, nampak santai je tapi dalam masa yang sama menonjolkan imej maskulin. Oh smart! Tengah membayangkan incik husband pakai camni. Lebih hensem dari Zac Efron kot! HAHA..

Haa ni satu lagi contoh terbaik daripada Zac Efron. Time bersukan atau bersenam pun kita kena make sure kasut yang kita pilih tu sesuai dan selesa dipakai. Pakai kasut sukan Nike dan padankan dengan singlet sukan lelaki dan seluar pendek. Ok, HOT!! (I’m imagining my husband ok :P ). Hmm, boleh juga hadiahkan husband kasut sukan ni. Dia memang suka bersukan. Navy kan, memang wajib kena stay fit selalu.

Here’s another style from Zac Efron. On top of t-shirt biasa, pakai denim jacket. Barula nampak menarik and ada perubahan la sikit dari style biasa. Pakai pulak slip on shoes. Kalau tengah rushing nak pegi mana-mana memang senang pakai slip on shoes. Husband aku pun memang suka style kasut macam ni. Senang kalau pegi shopping, nak singgah surau solat kejap, just bukak kasut macam tu je. Tak perlu susah-susah nak bukak dan ikat tali bagai.


Smart kan style Zac Efron ni? You know what, kat ZALORA ada semua jenis kasut ni. From casual to sport to slip on shoes dan banyak lagi! Kasut-kasut di ZALORA terdiri daripada pelbagai saiz, warna dan datang daripada pelbagai jenama yang terkenal.  Harga pun sangat berpatutan. Paling best korang just boleh klik klik je then they will send directly to your doorstep. Tak perlu susah-susah nak pergi kedai. Very convenient untuk mak buyong macam aku yang dah tak larat berjalan ni haa..


Nak klik kat mana?? Korang klik je kat sini ok >> SHOES ONLINE MALAYSIA


Okey acik nak sambung survey kasut untuk laki acik ni.. Rambang mata haa tengokkkk...

Thursday, September 25, 2014

Mad About You!

Assalamualaikum,

Oh I miss me husband so much! Padahal baru je jumpa haritu. Tapi entahla... rindu wehh.. 

Maybe sebab tengah pregnant kot. Emosi tak berapa nak stabil. Asyikla rasa macam nak nangis bila teringatkan dia. 

Ni kali kedua PJJ dalam jarak masa yang panjang. Dulu masa pregnant Shaheem, awal-awal tu PJJ jugak. Tak tahan jugak masa tu sampaila aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Pregnant kalini tak boleh ikut dia. Terpaksa jugak hadap. Rasanya pregnant kalini yang susah sikit. Sebab dah sarat baru duduk jauh. Sedangkan time sarat ni la aku rasa sangat-sangat perlukan dia di sisi. Hmmm... Tapi takpelah, mujur juga aku duduk kat kampung sekarang ni. Ada jugakla yang tolong tengok-tengokkan. Walaupun tak sama huhuhuhu....


Ohoii sama-sama bulat!
HAHA


Pokcik Guard saye hehehe..


Semoga hati ini terus tabah dan tabah dan tabah......

Tuesday, September 23, 2014

Quality Time with Incik Husband

Assalamualaikum,

Last week encik husband terchenta pulang ke kampung. Cuti seminggu. Jadi laa, buat hilang rindu sekejap hehe.. Husband tumpang kawan dia yang kebetulan nak balik ke Besut. Tapi dia hantar husband sampai Tanah Merah je. Kebetulan haritu mak ayah ada kat sana, melawat nenek aku. Husband sampai kat Tanah Merah tengahari lagi. Tapi sampai kat rumah aku di KB ni lewat petang huhu. Sebabnya pegi hantar adik aku dulu kat Machang. Pastu katanya ada 2 accident. Jalan jem teruk. Sabar jela.. Takpela lambat pun, yang penting, dia selamat sampai :D

Anyway, seminggu dia balik kitorang takde pegi jalan mana pun. Dia balik sini Sabtu. Isnin kitorang balik Besut. Sampai hari Khamis. Kat Besut takde pegi mana. Plan macam-macam. Konon nak pegi mandi air terjunlaa, nak gi pantai laa.. Sekali tiap-tiap petang hujan. Terbantut semua plan. Nak keluar pagi masing-masing bangun lambat haha.. Buruk perangai. Termasukla aku, menantu hantu kehkehkeh... 

Kitorang just pergi Jerteh, beli barang-barang baby sikit. Pegi warung kopi adik husband. Minum teh, makan megi sup. Perghhh sedappp.. Hmm teringat-ingat pulak hehehe.. Pastu selebihnya banyak lepak kat rumah je. Hari Rabu tu husband panjat pokok dokong. Lebat betul berbuah. Dapatla 4 baldi penuh. Err takde gambar plak nak tunjuk hehe.. 

Hari Khamis petang balik KB. Nak dijadikan cerita aku cirit birit haritu. Huarghh. Seksa seksa. Dari Besut nak ke KB singgah 2 masjid, buang hajat besar haha.. Sabo jele. Terketar-ketar aku menahan sakit. Dah rupa nak beranak dah. Puncanya aku rasa sebab makan macam-macam huhu. Dok umah mak mentua memang heaven. Makan tak berhenti! Padanla dengan muka kan..

Hari Jumaat aku ajak mak ayah pegi pantai. Husband ada beli swimsuit untuk Shaheem. Ni lah masanya untuk merasmikannya hehe.. Kitorang pegi Pantai Geting, Tumpat. Huii meriah betul kat sana. Maklumla nak mengundi tak lama ni kan. Macam-macam aktiviti ada. Orang BN buat, orang PAS pun buat hehe.. Hari kitorang pegi tu kat pantai ada ceramah agama dari PAS. BN pulak buat pertandingan lumba kuda. Banyakla kuda kat situ. 









Kitorang sampai kat pantai dalam pukul 8 pagi. Dah panas dah masa tu. Tapi apeadehal. Main je haha.. Masing-masing dah hitam. Nak risau apee.. Abang aku pun join sekali, bawak anak dia 3 orang. 

Seronok betul Shaheem main. Main pasir dia macam tak suka sangat. Dia nak masuk dalam air. Dah masuk dalam air siap tak nak abah pegang tangan dia. Nak lari ikut suka hati. Berapa kali dia terselam dalam air. Tapi tak serik! Anak orang laut kan, mana takut dengan air laut hehe.. Naik atas sekejap-sekejap je. Bila aku offer air minum, dia jawab, "toksey. nak air sana, main.." sambil tunjuk kat air laut. Amboi sangat ni.. Tapi mujurla time balik dia tak merajuk ke ape. Agaknye sebab dah betul-betul penat. 

Eh lupa pulak, hari Ahad aku pegi wedding kawan sekolah aku dulu. Masa awal-awal dia jemput dulu aku memang niat nak pergi. Sebab lama sangat dah tak jumpa dia. Ingat bolehla pegi dengan adik aku. Nak pegi sendiri ngan Shaheem memang payah. Tapi adik aku dah masuk asrama pulak dah time tu huhu.. Aku dah cuak-cuak pikir kena pegi sendiri. Aku dahla tak tau jalan. Tapi alhamdulillah husband dapat cuti. Dengan segera aku bagitau nak pegi wedding tu. Sebelum dia bagitau plan dia haha.. Alhamdulillah husband on je. Lagipun dia kenal jugak kawan aku tu hehe..

Selamat pengantin baru Shida! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)
Husband Shida tak bergambar sekali sebab masa ni dia dah tukar baju. Panas katanya haha..
Tapi memang panas pun. Masa tu dah nak pukul 5 dah hehe..

Budak ni nak bergambar jugak. Nak naik atas pelamin malu. Jadinye duduk jela atas tangga tu hehe

Mama & Shaheem
Abah jadi photographer tak bertauliah hehe


Tu jela cerita sepanjang husband balik seminggu. Rasa macam tak puas je huhu.. Shaheem la yang paling sedih. Nampak abah naik bas terus nangis teresak-esak sambil cakap, "jumpa lagi abah.." Huhu dengan aku sekali sebak.. Sabarla Shaheem. Abah pegi work kejap je. Nanti cuti abah balik lagi. Tu jela aku dok pujuk dia.. Sambil-sambil pujuk hati sendiri. Sobssss.... 



Thursday, September 11, 2014

Homestay di Kota Bharu, Kelantan



Rumah Tamu dan Asrama Muwara


Ingin melawat Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang?

Kami menawarkan penginapan yang memenuhi keperluan percutian anda.

Jimat! Hanya RM200 semalaman (Rumah Tamu - 3 bilik) dan RM8 seorang - minimum 10 orang (Asrama Muwara).

Ruang yang cukup luas, bersih dan selesa serta lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan.

Boleh menampung 20-40 tetamu – sesuai untuk rombongan pelancong/perkahwinan dan percutian keluarga.

Sarapan pagi disediakan atas permintaan – masakan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan kuih-muih.

Lokasi yang sangat strategik – hanya 5 min ke Pasar Borong & Pasar Malam Wakaf Che Yeh, 15 min ke bandar Kota Bharu, 30 min ke Pengkalan Kubor, 45 min ke Rantau Panjang.

Tempat letak kereta turut disediakan.

Alamat: Wisma Muwara, Lorong Pakat 1, Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi:

Haji Mustapha (019-944 8746) / Hajjah Wan Rahimah (013-940 4847 / 016-933 3488).


RUMAH TAMU













ASRAMA




Jemput like FB Page kami :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...