Wednesday, September 25, 2013

Saif Shaheem Cirit Birit :(

Assalamualaikum,

Hmmphh... first time tau Shaheem cirit birit ni. Selama dari kecik dia memang tak pernah lah ada masalah berak-berak ni.. Panik jugak tau nak menghadapinya..

Nak dijadikan cerita, sejak hari Ahad lepas, aku bagi dia minum susu Snow sebab susu Dugro dah habis. So aku pikir, habiskanla dulu Snow ni. Dah habis Snow baru bagi Dugro balik. Aku takde pikir pun perut Shaheem takleh nak terima or whatsoever sebab, dia memang serasi dengan Snow selama ni kan? 

Bermula hari Isnin, Shaheem bangun pagi dan berak. Time minum Dugro poo dia macam taik kambeng. Bulat bulat bulat dan keras sikit. Bila minum Snow ni, pagi Isnin tupoo dia macam lembut sket. Memang selalu macam tu pun. So aku anggap ia adalah normal. Then petang dia berak lagi. Aku anggap normal jugak sebab tak nampak apa-apa yang lain pun. Tiba malam, makin kerap dia berak. Seingat aku, 7 kali kot tukar cd dia.. Time tu dia dah start cirit sikit-sikit. Poo kaler kuning, lembik.. Dan yang paling kesian, everytime dia berak, dia akan melompat-lompat, menjerit-jerit sambil pegang bontot dia. Time nak basuh lagilaa.. meraung dalam bilik air. Rupanya kulit punggung dia dah merah-merah... Malam tu Shaheem tido kepenatan.. Pukul 2 pagi jugakla dia tido.. Takleh nak tido awal-awal sebab dia asyik tercirit je huhu..

Esoknya, Subuh dia tersedar. Menangis-nangis sambil pegang bontot. "Aduiii aduiii.." Dia jerit. Allah.. Aku masa tu, dengar Shaheem jerit aduii tu, rasa macam helpless sangat.. Apa yang mama boleh buat sayang, to ease the pain? Sobs.. Tiap kali dia berak, tiap kali tu lah dia menangis, menjerit-jerit. Time hubby pegi keje, aku handle dia sorang-sorang memang betul-betul mencabarla. Every hour dia berak. Aku basuh dah tak boleh gosok dah, dia tak bagi. So end up aku just spray je, Tu pun kemain dia ngamuk. Berguling-guling dalam bilik air. Nak sapu ubat kat montot pun takleh.. Merah menyala montot dia..

Aku suruh hubby belikan dd (disposable diapers). Memang rugi guna dd sebab banyak kali tukar kan. Tapi terpaksa. Dd lebih kering berbanding cd yang permukaannya sentiasa lembap bila Shaheem kencing. Bila lembap, pedihla montot dia tu.. 

Semalam, abahla yang handle bila Shaheem berak. Abah yang tolong cuci montot dalam bilik air sebab abah lebih gagah nak handle. Serius Shaheem ni kalau dia dah liuk lentokkan badan dia tu, aku memang tak larat nak pegang huhu.. Husband aku buh minyak gamat kat montot Shaheem. Tak sapu ngan tangan dah, main curah je huhu.. Tu pun menangis-nangis jugak Saif Shaheem. Sakit betul agaknya.. 

Pagi tadi dia bangun dengan ceria. Masih berak-berak tapi bila berak dia dah tak meraung. Dah tak pedihla tu.. Alhamdulillah, lega sikit hati mama. Tapi masih runsing sebab dia cirit birit lagi. 

Aku tak bawak dia pegi klinik sebab tahu nanti doktor akan bagi ORS je.. ORS aku dah ada kat rumah dan aku dah try bagi Shaheem. Seperti yang dah dijangka, dia tak nak minum. Susu pulak, aku dah stop bagi Snow dan sekarang dia minum Dugor je. Plannya, harini kalau dia masih berak berterusan, aku akan beli Smecta kat farmasi (as suggested my gojes mummies) ataupun beli soy based milk bagi kat dia. 

Tapi, alhamdulillah, harini, last dia berak pukul 12 tengahari tadi. Sekarang petang dah takde. Hopefully betul-betul takde dah la.. Aku akan pantau lagi.. 

Serius cakap, aku memang panik nak handle semua ni. Maklumla first time. Belum ada experience. From experience we learn kan? Mama doakan Shaheem sihat-sihat sokmo lah lepas ni. Tak sangguple mama tengok Shaheem sakit. Lebih-lebih lagi sekarang dah pandai aduii aduii huhu.. Tersiat-siat hati mama ni bila dengar Shaheem cakap macam tu. Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat anakku. Sesungguhnya kepada-Mu sajalah, aku bermohon......

*gambar lama*

Sunday, September 22, 2013

Tukar Susu Shaheem

Assalamualaikum,

Shaheem dari newborn sampaila umur setahun setengah ni dok minum susu Snow. Ikut step la. Memula Step 1 untuk baby 0-6m. Pastu Step 2 untuk 12-18m kalau tak silap. Pastu last sekali step 3 untuk 1-3 tahun. Shaheem memang serasi betullah dengan Snow ni. Berak dari kecik 1 hari 1 kali. Atau 2 kali la time lawas sangat heh. Poo pun comey je. Mama ni memang rajin tilik poo Shaheem haha.. 

Apa yang mendorong aku untuk tukar susu nih kalau dah serasi? Kalau dah serasi elok teruskan jela, betul tak?

Hmm banyak reason sebenarnya. Salah satunya ialah sebab budget. Susu Snow ni harganya boleh tahannn mahal. Setin tu kandungannya hanya 900g dan harganya ialah RM50 lebih. Haa tu pun nasib kat Servay Likas tu jual ikut harga Semenanjung. Kalau kat kedai lain macam contoh Milimewa (ala-ala The Store) atau G-Mart kat Tuaran tu harganya lebih mahal, cecah RM60++. Telan air liur everytime kalau terpaksa beli kat 2 kedai ni haha.. Dahla selalu out of stock huhu.. Tapi alhamdulillah la kat Servay stok selalu banyak dan lebih murah. Shaheem kuat minum susu. Sebulan kadang-kadang 4 hingga 6 tin. Selalu time gaji kitorang akan beli 4 tin dulu. Tengah bulan dah habis 3 tin, so kitorang akan beli lagi 2 tin sementara tunggu gaji masuk. Bayangkanla ek, 6 tin setiap bulan, darab RM50 dah RM300 sebulan huhu...

Tula.. sape suruh beli susu mahal-mahal... Hohoho the husband yang beria-ia sangat nak beli susu ni dulu. Daku follow aje.. Dah dia yang bayar hehehe.. Nasibla bulan-bulan allocate duit untuk susu saja. Kalau pampers lagi nak kena beli memang masak lah hehe.. 

Plan nak tukar susu ni dah lama dah sebenarnya tapi kitorang selalu hold. Sebabnya risau bila tukar susu nanti, Shaheem cirit biritla. Sembelit lah. Takut dan tak sanggup nak hadapi semua tu. Kesiankan Shaheem la sebenarnya sebab dia kecik lagi. Tapi sekarang memandangkan dia dah besar, kitorang bincang-bincang dah boleh dah kot slow slow try susu lain pulak. Dok minum Snow je, bosan jugak kottt...

Satu sebab lagi kitorang tukar susu ni ialah, nak tambahkan selera makan Shaheem. Shaheem kan, kurus sangat sekarang. Dia tak mau makan. Sedih sangat mama nih huhu. Dulu chubby je. Sekarang cekeding. Memangla sebab dia tengah melasak sebab tu kurus, tapi dia memang tak nak makan. Tu yang paling merunsingkan aku. Aku dah cuba masak pelbagai menu. Tapi Shaheem nak bukak mulut punyelah susah. Bukak pun kecikk je. Suap 2,3 sudu pastu takmau dah la. Penat mama kejar. Penat mama paksa. Serius buntu.. Mama masak tak sedap ke huhuhu.. 

Haritu pegi klinik ada mintak vitamin. Doc bagi lah. Tapi sama jugak, mana dia nak makan vitamin tu.. Dia amik buat main ada la.. Pastu jiran aku pulak bagi vitamin yang syrup punya. Shaheem punyala buat muka masa aku bagi tu. Sebab rasa dia memang tak sedap pun. Aku try aku sendiri pun nak muntah haha..

Last last aku dan husband discuss maybe it's about time for us to change his milk.. Cuba cari susu yang ada perisa sket. Mana lah tau bleh bangkitkan selera dia. Orang kata susu Snow tu mengenyangkan. Sebab tu dia nak minum susu je, takmau makan sangat.. Wallahualam la.. 

Jadi, lepas dok survey suvey, aku amik susu Dugro Fruit & Veg. Memula nak try Dutch Lady. Tapi entahla, aku lebih berkenan dengan Dugro ni hehehe.. Ngade kan mama.. Macam mama lak yang minum :P

Dah seminggu testing, alhamdulillah Shaheem minum elok. Walaupun memula tu dia buat-buat nak muntah haha.. Bau dan rasa susu Dugro ni memang lainn sangat dari Snow. Kalau Snow memang bau susu jela. Dugro ni bau dan rasa dia manis-manis macam vanilla sket.. 

Yang aku perasan selepas minum Dugro ni kan, Shaheem macam sedikit berselera. Bila aku nak suap nasi dia nganga sungguh-sungguh. Alhamdulillah. Dia makan lebih sikitla daripada biasa. Happy sangat tau! Ada sekali aku masak sayur bayam tu. Punyela banyak dia makan. Ohoii mama sukee mama sukeee hehe.. Maybe Dugro sedikit sebanyak membantu kembalikan selera dia. Mana tau kan.. Alhamdulillah. Semoga berterusan.. 

Dia punye poo pulak, ermm sedikit keras berbanding masa minum Snow dulu. Tapi takdela dia sembelit, teran beria tapi tak keluar pape. So far ok lagila aku rasa.. Aku assume poo dia keras sikit sebab dia dah start makan macam-macam. Sebelum ni kan tak makan sangat.. 


Say hello to Dugro Fruit & Veg!
Harga murah sangat berbanding Snow. 900g RM27.55.

Goodbye Snow Neokid-Plus!
Eh sebenanrnya dalam tin ni ada banyak lagi haha.. Belum habis. Sengaja tak habiskan sebab kalau kata Dugro tak sesuai untuk Shaheem at least ada setin Snow untuk backup hehe.. 
Tapi sekarang aku gilir-gilir Snow dengan Dugro. Takpe ke ek? huhu.. Shaheem ok je minum.. 

Saturday, September 21, 2013

Cheesekut

Assalamualaikum,

Hihihihi malu pulak rasa nak up entry pasal cheesekut ni.. Sebabnya rasa macam dah habis musim. Haritu punyela meriah orang dok buat tapi aku tak join sebab tak jumpa-jumpa cheese kat kedai. Last week baru jumpa hehe.. Iols tertinggal keretapi daa.. Takpelah yang penting dapat jugak buat sendiri dan rasa sendiri kesedapan cheesekut yang menjadi bualan nih.. 

Resepi asal sila rujuk blog Nadt aka Mama Saif (eh eh nama anak kita sama! hehe) ye:



Bahan-bahan nak buat cheesekut ni ialah seperti di atas. 

1) Biskut Hup Seng Deluxe Crackers. Biskut ni dia rasa masin-masin lemak sikit. Sedapp.. Aku beli tu yang vegetable kesnya dekat CKS takde jual yang biasa. Vege pun vege lahh... 

2) Cream cheese jenama Philadelphia 250g. Tak kisah sebenarnya jenama apa pun. Asalkan cream cheese. Yang aku jumpa haritu kat Servay Likas jenama Philadelphia ni.. 

3) Susu pekat manis 1/2 tin. 

4) Fresh milk. 

Cara-caranya..

1) Mula-mula kena pukul dulu cream cheese sampai dia kembang. Aku tak ada mixer jadi aku guna blender.


Potong kecik-kecik konon bagi mudah blend. Tapii.. tekan-tekan suis tak bergerak weh haha.. Berat sangat.. Jadi terpaksa derhaka dengan resepi asal. 


Aku campur je sekali cream cheese 250g, susu pekat manis 1/2 tin dan fresh milk lebih kurang 3/4 cawan.
Fresh milk tu kena tengok jugak. Jangan terlalu sikit nanti adunan jadi pekat dan jangan terlalu banyak nanti adunan jadi terlalu cair pulak. So kena agak-agak biar sedang-sedang je adunan tu..
Dah campur semua barulaa bergerak blender tu ekekeke


Jadila macam ni... Lama jugak aku blend. Bagi cream cheese tu btul-btul sebati dengan bahan lain.
Itupun 2 kali kot aku blend sebab macam kurang fresh milk, adunan aku pekat.. 


Next step, amik biskut, celup dalam fresh milk pastu susun dalam bekas. Habis susun satu layer, tuang adunan cream cheese tadi atas biskut. Pastu sekali lagi layer dengan biskut yang dah dicelup dalam fresh milk. Buatla sampai adunan cream cheese tu habis. Oh ye biskut tu jangan celup lama sangat. Kalau lama nanti dia kembang dan lembik. Just celup-celup sekadar untuk basahkan dia..

Err aku tak amik gambar aku susun biskut tu sebabb aku susun tak cantik haha.. Blame bekas tu ok. Aku guna bekas aiskrim Walls tu. Dia ada curve, biskut pulak segi empat sama. Jadinya tak cantiklah bila susun huhu..

Ini dia... 

Dah siap susun dan layer layerkan ia, kita masukkan dalam peti ais dan sejukkan seelok-eloknya semalaman.. Tunggu dia keras barulah boleh makan...

Tadaaaaaa...
Ini hasilnyaaaa..
Comot momot hahaha.. Susunan aku tak cantik huhu..

Tak kisahla, yang penting rasanya sedapp hehe.. First time buat kan, nanti boleh buat lagi lain kali.. Buat dengan lebih baik. Eh yang penting, husband suka, alhamdulillah :)

Thanks Nadt for the recipe!

Friday, September 20, 2013

Update Potty Training Saif Shaheem

Assalamualaikum,

Umum sudah tahu aku sekarang tengah potty train anak terunaku yang seorang itu. Apa itu potty train? Potty train ialah mengajar anak kecil untuk kencing dalam bilik air instead of in their diapers. Aku start 31 Ogos haritu. Harini dah 20 September. Jadi dah lebih kurang (jap kira hari hehe) 22 hari aku train dia. Tapi ada on off jugakla. Time aku malas aku pakaikan cd jugak haha..

Satu je aku leh cakap, SUSAHHHHHHHHHH!!

Serius babe, susah. Awal-awal tula sangat susah.. Susah sebab Shaheem belum pandai cakap dan belum pandai tunjuk signal yang dia nak kencing atau berak. Peristiwa terkencing terberak dalam seluar memang normal pada seminggu awal tu huhu.. Nangis mak. Kena lap dan mop lantai setiap hari! Aku banyak kali jugakla hilang sabar, rasa macam nak give up je. Tapi aku cuba cekalkan hati. Dah ajar ni takkan aku nak stop tetiba kan. Susah dulu, pasni mesti senang kan kalau Shaheem dah pandai. Dok pujuk-pujukla hati ni huhu.. Jadi aku teruskan jugakla....

Macamana aku ajar? Aku bawak Shaheem ke tandas setiap 15 minit. Bawak je dia pegi walaupun dia tak nak kencing. Ada time berjaya, ada time tidak. Kalau dia berjaya kencing tu memang aku punya seronok tu tak payah cakapla. Aku tepuk tangan, sorak-sorak untuk dia.. Shaheem pun dah pandai, bila wee wee dia keluar, dia sendiri yang tepuk tangan hehe.. Dalam masa yang sama juga, every minute, every hour, every second aku akan cakap dengan dia, "Shaheem nak wee wee, nak tencin cakap mama tauuu...." "Kalau Shaheem nak wee wee kena pegi mana?? Pegi bilik air....." Haa selalula aku dok cakap tu dengan harapan dia faham hehe..

Masuk minggu kedua macam dah ada improvement sikit. Shaheem masih tak cakap kalau dia nak kencing, dia cuma cakap bila dia dah kencing. Normal la tu kan.. Bila dia kencing dia akan cakap, "maaa.. syinnn..." Sambil tengok kat bawah, meleleh keluar air kencing dari seluar huhuhu... Even pakai cd pun sama jugak. Bila dia kencing je dia mesti tengok bawah dan bagitau dia kencing.. 

Lagi yang aku perasan masuk minggu kedua ni, dia dah tunjuk body language atau signal nak kencing. Biasanya tengah elok main dia tetiba berdiri dan pegang bebird dia. Haa time tu la aku cepat-cepat bawak dia pegi bilik air and yes, dia memang kencing. 

Sekarang minggu ketiga. Shaheem macam buat perangai sikit. Dia dah pandai marah bila aku nak bawak dia pergi bilik air. Dah tak suka masuk tandas kerap-kerap. Bila aku nak bawak je dia mesti lari, nyorok dalam biliklaa, tertonggeng atas kerusi sambil tutup muka la.. Sungguh-sungguhla dia tak nak. Bila masuk bilik air pun dia akan menjerit-jerit dalam tu. Guling-guling dalam bilik air pun pernah tauu huhu.. Geramnya mama ni haa.. Tapi aku sabar.. Pegang kata-kata, nak potty train anak ni takleh paksa-paksa. Sebab kencing berak ni kan benda natural. Mana leh paksa-paksa. Kalau dia tak nak kencing takpelah.. 

Jadinya, aku kena perhatikan dia selalu. Kalau nampak macam ada tanda-tanda dia nak kencing tu cepat-cepat aku bawak dia pegi bilik air. Improvement minggu ketiga ni, dia dah leh cakap dia nak kencing. Dia pegang bird dan cakap, "syinnnn.." Cepat-cepatla jugak aku angkut dia. Sometimes dia kencing, sometimes tak. Aku rasa dia tahan.. Ape-apapun minggu ketiga ni dah kurangla kekerapan dia kencing dalam seluar.. Kalau dia kencing pun dia akan panggil aku dan tak gerak pegi mana-mana. Bagus bagus, takdela air kencing tu menitik merata tempat. 

Lega sangat bila nampak ada improvement di sebalik dia buat perangai tu.. 

Aku rasa target sebulan nak pt ni tak mungkin berjaya. Takpelah, tak kisahla berapa lama. Yang penting Shaheem boleh diaperless siang hari. Dan aku kena kuatkan semangat lagi huhu...


Oh ya, aku tak beli pun training pants and potty seat. Aku use traditional way ngehngeh.. Kencing je atas lantai bilik air tu. Kang time aku mandi aku sental la. Lagipun air kencing Shaheem ni bukan berbau sangat pun. Kalau poo pun sama, kang nanti aku scoopla masuk lam jamban then flush it away haha.. Geli? Taik anakku sendiri, takpelahhh hehe.. Tunggu dia besar sikit blehla dia pee/poo kat jamban. Sekarang punggung beliau kecik lagi. Duduk atas tu kalu boleh jerlus haha..

Doakanla aku berjaya potty train Shaheem ni ye hehehe...

Sunday, September 15, 2013

12 September: Birthday Encik Husband

Assalamualaikum,

Eh cerita pasal lakiku lagi haha.. Jangan mareee... Baru ada mood nak update blog nih. 

12 September lepas, birthday encik suami. Birthday yang ke??? Ce teka ce teka hehe.. Berapa umur beliau? Yang pasti makin tua la kan, bukan makin muda walaupun muka nampak muda. Muda kerrr haha..

Aku tak bagi hadiah pun. Bagi hadiah kasih sayang je hehe.. Husband pun tak kisah tak dapat apa-apa hadiah. Katanya, " tak payah bagi laa.. tak nak jadikan sebagai kebiasaan.." Dia cakap macam tu sebab birthday aku pun dia tak bagi ape. Siap pakej tak ingat lagi haa! haha... Orang laki kan, meme!

Eh aku haritu pun nyaris-nyaris lupa birthday dia kuikui.. Aku tak perasan dah pukul 12 tengah malam. Tengok kawan dia wish kat facebook baru aku ingat. Jadilah aku orang kedua yang wish hehe.. Dia duty malam tu so aku just wish thru Whatsapp je..

Aku tak buat kek untuk birthday dia. Just buat simple caramel pudding. Kegemaran beliau dan juga aku dan juga Saif Shaheem! Haritu dia konvoi ke Kundasang ada la bawak balik strawberry sikit. Daripada buruk dalam peti ais aku pun hirisla nipis nipis, kasi susun atas itu puding.. Nampak lebih wow la konon hehe

Sori gambar kurang berkualiti


Malamnya hubby ajak dinner kat luar. Birthday boy belanja muehehe.. Pegi 1Borneo je. Makan Kenny Rogers. Tak sempat nak amik amik gambar makanan. Laparrr..

Lepas makan kitorang bagi can Shaheem jalan-jalan dulu. Punyela puas hati dia dapat lari-lari. Tempat luas kan. Tapi kena tengok jugak Shaheem ni. Takleh lepas dari pandangan. Sebab kalau dia lari dia memang betul-betul lari. Dah tak ingat mama abah dah. Suka hati nak pegi mana-mana. Bahaya bahaya.. So end up mama atau abah (abah selalunya) kena dukung..

Then hubby cakap nak beli kereta kat Shaheem. Ala bukan kereta mahal-mahal pun, nak yang boleh tolak-tolak dengan kaki tu je. Apa orang panggil eh? Ride on? Eh entah la hehe.. Tengok kat kedai toys kat 1B tuh, ada satu tu moto, biasa-biasa jek pun tapi harga RM150. Hubby tanya ape keistimewaan motor ni, pakai bateri ke? Promoter tu jawab, "oh tidak. Pakai kaki jak, tolak-tolak.." Cehs rege kemain mahal kan tapi tolak dengan kaki jugekk..

Nampak motor yang guna bateri tu pulak. Harga tak sure berapa tapi mahal sudah pasti. Ada budak tengah test drive. Shaheem dah wowww wowww.. Kagum sangat. Dok sebut to too tak berhenti. To tu moto sebenarnya hehe.. Abah cepat-cepat bawak lari Shaheem haha..

Masuk dalam Giant. Ada banyak pilihan ride on ni. Harga pun bleh tahan huhu.. Semuanya RM70 ke atas. Survey survey, pilih pilih yang elok, akhirnya kitorang beli erm, moto ke kereta ntah. Ada steering macam kereta tapi body macam moto. Entahlaa hehe.. Harga RM89.90. Buleh tahannnn...

Helmet tu dapat sekali. Too big for Shaheem.
Ni gambar budak baru bangun tido terus cari to. Siap pakai helmet tu.
Hehe suka betul dia. To ni agak tinggi untuk Shaheem. Dia takleh nak tolak dengan kaki lagi. So Shaheem guna to ni untuk duduk tengok tv hehe.. Dah macam Bob The Builder dah mama tengok haha

Abah punya birthday, Shaheem yang dapat hadiah haha..
Untonglaaa....


Sebelum aku akhiri entry ni, terimalah video aku & Shaheem nyanyi lagu happy birthday. Aku la yang terover hehe.. Comel je Shaheem mmmmuahhh kat abah hehe..




Happy birthday abang. Selamat panjang umur, murah rezeki dan selamat semuanya di dunia dan di akhirat insyaallah. I love you!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...