Sunday, June 30, 2013

Happy 66th Birthday Mak!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah harini, 30 Jun 2013, hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-66. Pagi-pagi dah call mak wish besday hehe... Aku cakap ngan mak, "hadioh besday mak tahun ni, Kelate menang Piala FA.." hahahaha.. 

Dengar suara mak ceria je. Alhamdulillah mak sihat walafiat. Sebelum ni mak uzur jugak. Asyik berdebar-debar, pening-pening. Ulang alik jugakla ke hospital. Alhamdulillah la mak dah beransur sihat. 

Mak cakap harini Kak Anum masak nasi ayam dan beli kek. Dah sambut beramai-ramai dengan abang-abang aku dan cucu cucu dia yang ada kat kampung tu. Yang duduk jauh aku dengan Kak Ayu, akak sulung aku. Wish dari jauh jelaaa... sobsss.. rindu mak!

Sentiasa suka dengan gambar ni.
Mak nampak cute hihihih

With beloved sisters raya tahun lepas. 
Oh yang kecik tu anak sedara aku, Daneen Alissa. Anak kak Anum :D
Perasan tak, dalam 4 orang anak perempuan mak, akula yang paling cerah muahahahaha

Oh makk I miss u!

FOR SALE: QQ BABY CLOTH DIAPERS

STICKY POST
SCROLL DOWN FOR MY LATEST STORY!

Assalamualaikum,

Aku ada a few pcs cd QQ Baby untuk dijual. Nak masukkan new design tapi kena clear yang ni dulu. Almaklum modal tak besar, dok rolling modal sama hehehe *peniaga kecil kecilan cam gini laaa*

CD QQ Baby ni best tauuu.. Aku suke sangat. Cutting besar, maknanya boleh pakai lama. Shaheem sekarang pakai saiz M. Print comel comel.. Insert gebuss.. Inner suede so stay dry. Memang ramai mommies yang suka dengan cd QQ ni. Murah tapi sangat berkualiti :)

QQ Baby Cloth Diapers
Outer PUL
Comes with 2 microfiber inserts
Inner suede
Fit from 3kg-15kg (Size adjustable S-M-L)

RM20/pc
Buy 5pcs for RM110 including postage


Sape nak order boleh email: alwani.amalini@gmail.com


Flowers

Kitty Head

Purple Flowers

Tinker Bell

Tuesday, June 25, 2013

Laksa Penang

Assalamualaikum,

Ini adalah pertama kali aku masak laksa penang. Diulangi dengan menaip huruf besar ye, PERTAMA KALI. Haha.. ada sedikit rasa proud di situ :P Kesiankan, orang lain dah lama pandai masak tapi aku baru terkedek-kedek..  Aku memang budak baru belajar. Dan aku belajar sendiri-sendiri je. Google la yang selalu membantu. Pastu tanya jiran dan kawan-kawan yang pandai masak ekeke.. Dan mak kat kampung!

Macamana boleh termasak laksa ni? Jiran aku laa.. Haritu dia ada bagi semangkuk. Peh sedappp.. Tak pernah aku makan sedap macam dia buat. Niat di hati nak mintak dia buat lagi haha.. Kuang asem jiran ni kan. Tapi segan, jadi aku cuba jaya la buat sendiri. Gigih beli barang kat pasar. Hubby siap warning, "mama beli beli ni jangan tak buat pulakk.." Haha dia pun dah masak dah dengan perangai aku yang selalu je hot hot chicken shit ni..

Disebabkan rasa tecabar dengan warning encik pumpkin tu, makanya hari Jumaat lepas aku pun berketang ketung la kat dapur.. Sesambil bersilat dengan cik Shaheem yang memang tak boleh tengok aku masuk dapur. Dia mesti sibuk nak masak jugak huhu.. 


Hasil air tangankuuuu...
Wahh serius rasa bangga muahaha.. Cite kat mak sure mak bangga gak nihh. 
Untuk hiasan just ada telur, bawang, limau kasturi & cili padi je. Ok le tuu yang penting kuah powerrr

Power nih hehe
Rupa dah ada kan? Bau pun ada.. Rasa.. aku rasa ok laa hehe..
Tengok hubby makan tak banyak bunyi maknanya sedapla. Kot. Dia memang selalu makan tak penah nak cakap sedap ke tak sedap huhu


Aku nak share resepi tapi aku lupa resepinya wakakaka.. Maklumla buat hari Jumaat, harini dah Selasa. Aku lepas beranak ni memang cepat lupa. HAHA alasan kannnn... Nantila aku tulis elok-elok dalam kertas pastu baru aku share kat sini.. Sekarang ni bahan, cara buat semua berterabur dalam kepala otak aku. Buat haritu main bubuh mana ingat. Tak ikut step langsung! Nanti aku update ye..... :P


Monday, June 24, 2013

Shaheem Suka Makan Telur

Assalamualaikum,

Ini favourite food Shaheem. Scramble eggs. 

Telur yang digoreng kosong je. Tak tambah garam gula mahupun perasa..

Aummmmm


Mmmmm sedap sangat ni.. Muka stim menahan sedap huahuahuahua

Aiyaaa dah habes ke mama?

Ada lagi tak mama??

Hello hello egg delivery? Tolong hantar kat rumah saya scramble eggs satuuu..
Hello hello guna sudu je tu. Sabar jela. Habis berminyak pipi, telinga, rambut semua lahhh


Eh nak tanya la kan, budak besar Shaheem ni boleh makan telur masak separuh tak??


Tuesday, June 18, 2013

Jeruk Pak Ali Penang Mali!

Assalamualaikum,

Haa sape penah makan jeruk ni?? Yummy kannnnn hehhehe


Maaf tak dapat nak rotate. Nape tahhhh...


Pada suatu hari encik hasben balik dari keje dan dia telah mencanangkan kepada bininya ni tentang betapa sedapnya dia makan jeruk yang anak buah dia bawak dari Penang. Haaaa saje bikin panas la kan. Dahla tak bawak balik rumah sikit..  Terus bini ni mengidam nak makan jugak hahahaha.. 

Aku ada tengok dekat fb, member aku update dia kat Penang. Cepat-cepat aku sms dia, mintak tolong belikan. Huahua sampai macam tu sekali. Memula kawan aku kata boleh je. Aku dah excited habes. The next day dia mesej dia bagitau tak dapat pulak nak beli sebab geng lain tak nak singgah beli jeruk. Lagipun jalan Penang jammed dan dorang dah nak balik KL.. Sobsob takpelah. Aku ok je. Tak maula orang susah-susah sebab aku kan... 

Tapi tetap tak puas hati tak dapat makan haha..

Aku pon bertanya-tanya la kat group Mommy Gojes tu.. Alhamdulillah ada yang sudi belikan. Terharu tauuuu...

Terima kasih banyak-banyak Ros, ummi pada Humaira & Auni :) Terima kasih juga pada husband Ros sebab tolong belikan dan pos :D Untung ada kawan blogger ni. Baik plak tu. Harini Ros tolong aku.. Esok lusa mana tau giliran aku pulak tolong Ros kan.. Insyaallah..

Cakap pasal pos, aku mintak Ros pos guna pos laju. Nak guna pos parcel macam lama sangat nak tunggu sampai seminggu. Kalau dah guna pos laju ofkosla mahal sket kosnye.. Kalau ikut calculator postage di website pos malaysia tu, kalau 2kg, RM25 kos hantar ke Sabah. Aku ok jela.. 

Tapi tak tahula macamana, bila sampai di pejabat pos, lain pulak timbangannya. Jadi 2.1kg pulak. Sedangkan Ros timbang kat rumah dia ngam-ngam 2kg. Dah lebih 2kg, up jadi RM31. Campur-campur tax ape sume jadi RM41. Hamik ko, harga pos lagi mahal dari harga barang yang dipos haha.. Sabar jela.. Ros cakap staf pos tu kata mahal sebab hantar ke kawasan pedalaman. Hahaha tak tau pulak aku TELUK SEPANGGAR, KOTA KINABALU yang letaknya hanya 30km dari bandaraya Kota Kinabalu dah dikira sebagai kawasan pedalaman :P Orang pos ni memang suka dengki dengan aku ni hahaha..

Takpelah takpelah.. Aku tak kisah pun sebab yang penting aku dapat makan hehe.. Mengidam sangat kan. At first Ros suruh aku cari je dulu kat kedai di Sabah ni. Sebab Umie Puan Pinguu kata di Miri ada je jual. Sebijik yang Pak Ali punye. Tapi aku dan husband adalah pemalas nak cari ekeke.. Pastu nak yang bau Penang jugak. Tak kira! Gedik kannnn...

Alhamdulillah, dapat jugakla merasa. Memang sedap. Manis masamm.. Bila letak dalam peti ais lagi sedap makan. Sejuk sejukk.. 

Eh mengidam teruk bebenar ni dah ada orang baru dalam perut kah?? Nehi nehi jangan buat spekulasi. Acik tengah bendera merah sekarang ni tauu hehe.. 

Thanks again Ros! Bertuah saya kenal anda hihihi.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...