Saturday, February 23, 2013

Fenomena Air Merah Beracun di Sabah (RED TIDE)

Assalamualaikum,




FENOMENA AIR MERAH [RED TIDE]
Perairan Sabah terutamanya di kawasan Labuan memang sudah lama terkenal dengan kejadian air merah atau lebih dikenali ‘Red Tide’ disebabkan oleh Cochlodinium polykrikoides.Namun pada penghujung tahun 2005 dan awal tahun 2006 sejenis lagi penyebab air merah yang dikenali sebagai Pyrodinium bahamense var compressum mula muncul.Dinoflagelat Pyrodinium bahamense var compressum yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan ‘Paralytic shellfish poisoning’ [PSP] yang mempunyai lebih 20 derivatif.

Punca Fenomena Air Merah Beracun [Red Tide]
Fenomena air merah beracun [Red tide] di Perairan Sabah terutamanya di Perairan Labuan berlaku secara bermusim iaitu di penghujung tahun dan awal tahun.Diramalkan bahawa fenomena ini biasanya berlaku pada musim kemarau selepas berlakunya hujan lebat dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.Semasa fenomena,air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.

Mengapakah sebilangan sahaja hidupan laut yang menjadi toksik?
Ini disebabkan keunikan hidupan laut tersebut yang mempunyai sistem pemakanan secara penapisan.Plankton yang bertoksik akan terkumpul dalam tisu dan organ dalaman semasa penapisan makanan.Hidupan laut yang berkenaan adakah seperti berikut:
i. Semua jenis kerang-kerangan
ii. Ikan tamban
iii. Ikan selar
iv. Ikan selayang
v. Ikan kembong

Tanda-tanda keracunan
i. Peringkat Awal
Pada masa 30 minit pertama,mangsa akan terasa kebas pada bahagian bibir,kemudian ke bahagian muka terus ke leher.Mangsa juga akan terasa seperti dicucuk jarum di bahagian hujung kaki dan tangan,sakit kepala,pening,muntah-muntah,cirit-birit dan loya.
ii. Peringkat Bahaya
Bagi kes yang teruk,mangsa akan mengalami kelumpuhan otot,sukar bernafas dan rasa tercekik.Dalam kes yang sangat serius,kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.

Langkah-langkah keselamatan
Setakat ini,belum ada lagi penawar atau antidot yang khusus untuk rawatan keracunan kerang paralitik.Oleh itu,langkah-langkah keselamatan seperti yang berikut haruslah dititik-beratkan:
1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
2. Elakan dari memakan semua jenis kerang-kerangan dan ikan-ikan yang berkenaan.
3. Ikan-ikan lain haruslah dibuang insang,organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.
5. Elakan daripada memakan ketam dan udang kera dalam kuantiti yang banyak.
6. Sekiranya keracunan,dapatkan rawatan segera.Jangan minum alkohol. Di kawasan terpencil dimana rawatan segera tidak mudah diperolehi, minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut


Source: http://www2.dof.gov.my/labuan/ms/tracker/redtide

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, fenomena ni dijangka akan berakhir Julai nanti.. 

Pada kawan-kawan yang akan datang melancong ke Sabah, hati-hati makan seafood ya. Jangan makan kerang. Udang make sure kepala dibuang dan dibersihkan dengan baik. Sama juga dengan sotong, ketam dan udang kara. Jangan makan banyak sangat tau! Dengar-dengar dah ada penduduk tempatan yang meninggal disebabkan fenomena ni.

Aku sendiri pun memang dah laaaaama sangat tak makan seafood. Udang memang lama dah tak beli. Ikan basung/selayang pun tak beli walaupun berlambak kat pasar dan murah gileee.. RM1 je sekilo haritu kat KK. Kalau beli ikan, aku selalu beli ikan aya/tongkol. Tu pun basuh banyak-banyak kali sampai aku yakin memang bersih. Sekarang banyak makan ayam, daging je.. Balik kampung nanti baru pulun makan seafood hihihi..

Take care tau!

Shaheem Makan Ape Ni???!!!

Assalamualaikum,

Anak bertuah mama.. Aku tak perasan pun dia dah masukkan sesuatu dalam mulut. Yang aku perasan dia dok tengok aku semacam je. Mulut tutup rapat sambil control control senyum. Haaaa memangla ada something dalam mulut dia tu grrrr.. Bila orang nak korek dia akan larikan diri atau palingkan muka. Aku pegang dia kuat-kuat. Dia katup mulut rapat-rapat ni. Bila aku berjaya masukkan jari dalam mulut, dia gigit pulak! Urghhhh.. Tapi mama memang takkan putus asa la.. Korek sampai jumpa. Korek korek, jumpa la ini....

Nampak tak ape tuuuu??

Kita kasi zoom sikett

Anak lipas uolssssss!


Huwaaaaaaaa pitam mama tengok ini yang keluar dari mulut Shaheem. Aduhhhhh.. Dia relax leh senyum senyum. Ini bukan makanan anak oiiii.. Kan mama dah suap nasik dengan sup, nape Shaheem makan anak lipas ni pulak?? Aduila anakkkk...

Lipas dah tak cukup anggota dah. Kepala dah takde, kaki tinggal satu. Yang lain dah selamat masuk dalam perut Shaheem kot huwaaa.. Esok mama kena make sure Shaheem berak and mama akan belek belek taik Shaheem. Mintak mintak keluarla balik huhu.. 

Sebelum ni dia dok kutip semut hitam je buh dalam mulut. Ni da teradvance makan lipas pulak. Kat rumah ni pulak memang ada banyak serangga dua jenis ni. Nak spray spray racun serangga atau letak kapur racun ke apa bahaya pulak kan kita ada anak kecik ni. Habis tu acanerrr... Next week balik kampung. Lagila tinggal rumah 2 minggu. Seronokla dorang ni membiak nanti. Haishhhh.. 

Risau gak ni dia dah tergigit lipas tu. Hopefully takde benda buruk la kan. Tengok dia main ok je. Sekarang dah tido tergolek dah. Esokla tanya hubby nak bawak pegi klinik tak huhu. Takut kan, kalau-kalau lipas ni ada bawak benda tak elok. Erm mintak jauhla tapi.....

Shaheem Shaheem.. mama mampu geleng kepala je. Nak besar ni macam-macam peel kamu ye.. 

Mata overrr sepet sebab baru bangun tido masa ni hehehe

Thursday, February 21, 2013

Shaheem Batuk Batuk

Assalamualaikum,

Dah 3 hari Shaheem batuk. Dia batuk takdela berterusan, bunyi sekali sekala je tapi bila dia batuk tu adui kesiannye dengar. Dah 3 malam jugak dia terjaga dari tido, batuk dan muntah. Muntah yang banyak!! Habis toto tempat tido.. Tak kisahla tu kan. Tapi kesian sangat bila dia muntah tu. Dia muntah sebab kahak. Baby kan tak pandai nak keluarkan kahak. Tersangkut-sangkut dia nak muntah. Macam breathless pun ada. Panik jap mama huhu..Tanpa sedar aku tepuk belakang dia kuat sangat. Lepas tepuk baru perasan ekeke.. Tapi bila tepuk tu senang sketla muntah dia keluar. Senang dan banyak huhu..

Poor baby mama..

So far aku bagi dia makan ubat batuk. Tapi sikit je. And hubby ada beli ubat herba dari kedai sensei. Bagi jugak sikit, buh dalam susu. Fungsinye untuk cairkan kahak... Memang menjadi la sebab selalunya Shaheem akan terbersin. Bila bersin keluar hingus-hingus cair. Dan kadang-kadang bila dia berak, taik dia berlendir. Pssstt aku tak suka sebenarnye dengan ubat herba tu huhu.. Ntahla, rasa macam kesian je baby dah makan ubat tah pape kan. Tapi hubby insist nak bagi. Ikut kehendak hati aku memang takmo. Dah abahnye nak bagi, aku takleh kata ape. Tapi aku selalu bagi time abah Shaheem ada/suruh je. Kalau dia tak suruh aku tak bagi lalalalala....

Aku try gak natural remedy.. Bakar bawang putih, lenyek-lenyek pastu buh minyak masak sket. Lumur dekat dada, belakang, tapak kaki dan ubun-ubun. Siap, Shaheem PAMA! kihkikih.. Serius bau macam bawang putih bihun PAMA tu. Korang bese makan tak? Tak penah makan? Rugi rugi. Fave aku tu. Sila pegi beli di kedai runcit berdekatan ye hehe.. Erm keberkesanan, aku tak berapa sure hehehe.. Mungkin ada la cuma sebab aku pun ada bagi ubat kan so tak tau batuk dia tu berkurangan sebab ubat atau sebab bawang putih. Wallahualam.. Apa-apapun, tak salah kita mencuba natural remedy ni kan. Ikhtiar orang kata...



Aku sapu jugak minyak penawar habbatus sauda. Beli kat Jaafar Rawas masa Shaheem dalam hari dulu. Orang kat kedai tu kata minyak ni bagus kalau budak batuk atau nak sapu saja-saja pun boleh. Minyak penawar katanye.. Aku belek botol takde pulak tulis khasiat dan kegunaannya. Ada ingredients je. Tapi habbatus sauda memang bagus kan. Aku jarang guna sebab bau dia kurang bes huhu.. Tapi ni sebab nak Shaheem cepat sembuh, aku sapu jugakla kat dada dan belakang everytime lepas mandi.

Vicks pun aku rajin jugak sapu. Buh kat bawah hidung dia. Tak berkelip mata Shaheem menikmati bau dan angin vicks haha.. Suka betul dia..

Kenapa batuk? Mungkin faktor cuaca.. Sabah sekarang kejap hujan, kejap kemarau. Kejap sejuk, kejap panas. Mungkin jugak sebab Shaheem suka mengutip. Macam-macam bendasing dah masuk mulut dia. Yang aku tertengok dapatla aku buang. Tapi kalau tak tertengok? Memang selamatla masuk dalam perut. 

Mama dah ikhtiar macam-macam, sekarang tawakal pada Allah. Moga anak mama cepat sembuh. Tak mau batuk lama-lama! Minggu depan nak balik kampung! (Yeayyyyyy!!)

Saturday, February 16, 2013

Pukul 1 pagi.. Shaheem belum tido T__T

Assalamualaikum,

Huhuhuhu mama dah ngantuk ni tapi Shaheem masih dok ber baa baa baaa menyanyi.. Bermain tak berhenti. Dok menggelek kete mainan.. Shaheem tido maghrib tadi gara-gara keletihan jalan-jalan di Tuaran. Pastu bangun pukul 9.30 malam. Sebab tu la kot mata Shaheem segar je tak mau tido. Seronok lagi dok menyanyi. Padahal mama rasa Shaheem dah ngantuk dah sebenarnye tapi Shaheem lawan mata. Tadi mama bagi susu 5oz dengan harapan Shaheem akan mengantuk dan terlena. Tapi mama silap. Shaheem rupanya makin aktif! Dah isi minyak kan huhu..

Aduhai anak tido la.. Mama berjaga sorang-sorang ni. Abah duty huhu.. Kalau ada abah mama suruh abah je melayan Shaheem.Mama tak bagi abah tido awal macam biasa sebab esok hari minggu, bukan hari keje. Malangnye abah duty pulak harini. Takleh la mama pass baton huwaaaa...

Banyak keje nak buat sebenarnye ni. Nak bilas soiled cd.. Shaheem berak dua kali malam ni tau, ada kat sinki lagi cd, belum bilas. Meja makan pun belum kemas. Tidola Shaheem huhuhuhu...

Dah tak tau berapa kali ni mama menguap....

Friday, February 15, 2013

[VIDEO] Tahi Bintang Jatuh di Russia!



Sesuatu yang biasanya kita tengok dalam filem Hollywood je, kini benar-benar berlaku! ALLAHUAKBAR..

From MyNewsHub:


YEKATERINBURG/CHELYABINSK – Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api  menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.
Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.
Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...