Wednesday, January 30, 2013

VIDEO: Shaheem dah pandai berjalan :)

Assalamualaikum,

Shaheem tengah tido tapi boleh bangun bila-bila masa. Jadi kena update blog laju-laju!

Ni nak share video Shaheem berjalan hehe.. Alhamdulilah umur 10 bulan lebih dia dah pandai bertatih dah.. Tapi belum stabil lagila. Asyik jatuh je. And Shaheem pun tak pandai lagi nak bangun sendiri bila duduk. Mesti kena pegang mana-mana dulu baru boleh bangun. Mak cakap Shaheem ni kira ringan jugakla. Cepat berjalan. Alhamdulillah. Tapi kan, ada anak kawan sekeje hubby, anak dia laagi cepat jalan. 8 bulan dah jalan dah. Pompuan lak tu hehe.. Hebat hebat..



Shaheem dah boleh jalan dari ruang tamu sampaila ke dapur.. Kadang-kadang sampai dalam bilik. Aku tutup semua pintu, tak mau di masuk. Bila masuk, dia senyap-senyap buat keje dalam tu. Bukak lacila.. Habis kain baju dia punggah keluar. Sabar jelaaa..

Terhibur sangat tengok keletah anak ni. Tak sangka dah besar camni dah hehe.. Dulu meraaah je lagi dalam dakapan..

Tuesday, January 29, 2013

Entry Tetengah Malam

Assalamualaikum,

Aku sebenarnye dah off laptop ni awal-awal lagi. Kengkonon lepas tidokan Shaheem aku pun nak tido.. Tapi mata segar pulak selepas pekena kopi 3in1 Indocafe. So aku bilas soiled cd Shaheem, aku kemas-kemas meja makan. Dan teringat pulak nak kena packing cd customer order. Esok nak bagi hubby mintak tolong pos. Masa nak tulis alamat dalam borang Pos Laju tu, baru teringat, alamat nak kena tengok message dalam FB. Cehh.. terpaksala on balik laptop. Dan bila dah on, rugila pulak rasa kalau tak melayari internet buat seketika hihihi.. Alang-alang dah on ni, kita update blog sekali :D

Harini cam penat je rasa. Maybe sebab aku bangun awal... Tetiba pulak rajin harini mengemas dapur, mengemop lantai ape sume..Shaheem sekarang kan, suka kutip bendasing atas lantai pastu dengan pantas dia masukkan dalam mulut. Tak kira dah ape benda pun. Main masukkk je. Aduilaa.. Geram betul aku. Bila kita haippp dia sengih. Ingat kita buat lawak. So mama kena jadi extra cautious. Kena pastikan lantai bebas dari bendasing bendasing. 

Shaheem shaheem dah besar ni makin banyak ragam pulak dia..

Shaheem kan.. sekarang suka main lori.Ada la abah dia belikan lori kecik-kecik. Dia tolak lori tu kedepan, kebelakang. Terbongkok-bongkok dia intai tayar. Kagum maybe bila tengok tayar bergerak. Dia tengok tayar sampai kadang-kadang pipi rapat ke lantai. Khusyuk sungguh hehe. Pastu kalaula tetiba lori tu terbalik (sebab dia tolak kuat sangat) haa nanges la dia! Aduila.. nangis pulak siap keluar air mata. Drama sungguh. Pandai terbalikkan, pandaila betulkan. Ni takkk.. nangis pulak. Geram je kekadang hehe.. Sebab dia sangat comel!

Sekarang dah agak terer berjalan. Dah jauh dah dia melangkah. Dari ruang tamu ke dapur.. dari dapur ke dalam bilik. Kira cepat jugakla kan Shaheem bleh berjalan. Insyaallah esok aku share video dia :D

Aku rindu Shaheem ni huhuhu.. Macamla dia dok jauh. Ada je kat sebelah ni. Tergolek tido. Time dia jaga, aktif main, aku tak larat. Mulut dok suruh dia tidooo je. Sekarang dia dah tido, bosanla pulak huhuhu... Ape daa mama....

Okla, dah nak pukul 1 pagi. Nak sapu masker PMC kejap pastu tido0o0oo... Aku tengah bereksperimentasi dengan PMC sekarang.. PMC ~ Pure Marine Collagen atau rumpai laut Sabah hehe.. Nantila aku cerita lebih lanjut pasal tu dalam entry lain :)

Till then, aku sign off dulu. Selamat malam. Assalamualaikum!~

Monday, January 28, 2013

Gigi Shaheem @ 10m Old

Assalamualaikum,

Nak tayang gigi Shaheem yang sekarang ni dah berjumlah 7 batang. 4 kat atas, 3 bawah..


Hahahahaha

Besar kan gigi kapak dia dua batang tuu.. And guess what, gigi kapak belah kanan tu dah tersopek sikit. Eh ke orang panggil ape eh? Shaheem la, haritu.. dihantuknye gigi tu ke lantai. Takde keje kan. Menangis tak hengat. Bila aku check memang gigi dia yang tu tepi dia macam dah patah sikit. Aduila anak jate ambo nihh... Sabar jelaaaa...

Shaheem tak kuat menggigit. So farla.. Lepas-lepas ni tak tau huhu..

Sekarang mama nak kena pikir cara-cara nak menjaga gigi dia pulak... Any tips?

Friday, January 25, 2013

Crack Your Acne Code!

Assalamualaikum,

Aku amik ni dari Facebook. Tak taula btul ke tak.. 


Do you know what is your acne telling you? Crack the code!

1 and 2: Digestive System — Eat less processed or junk food, reduce the amount of fat in your diet, step up water intake and opt for cooling things like cucumbers.

3: Liver — Cut out the alcohol, greasy food and dairy. This is the zone where food allergies also show up first, so take a look at your ingredients. Besides all this, do 30 minutes of light exercise every day and get adequate sleep so your liver can rest.
4 and 5: Kidneys — Anything around the eyes (including dark circles) point to dehydration. Drink up!

6: Heart — Check your blood pressure and Vitamin B levels. Decrease the intake of spicy or pungent food, cut down on meat and get more fresh air. Besides this, look into ways to lower cholesterol, like replacing “bad fats” with “good fats” such as Omegas 3 and 6 found in nuts, avocados, fish and flax seed. Also, since this area is chock-full of dilated pores, check that your makeup is not past its expiry date or is skin-clogging.
7 and 8: Kidneys — Again, drink up! And cut down on aerated drinks, coffee and alcohol as these will cause further dehydration.

9 and 10: Respiratory system — Do you smoke? Have allergies? This is your problem area for both. If neither of these is the issue, don’t let your body overheat, eat more cooling foods, cut down on sugar and get more fresh air. Also keep the body more alkaline by avoiding foods that make the body acidic (meat, dairy, alcohol, caffeine, sugar) and adding more alkalizing foods like green veggies and wheatgrass juice. Another thing that most of forget – dirty cell phones and pillow cases are two of the top acne culprits and this area is what they affect the most!

11 and 12: Hormones — This is the signature zone for stress and hormonal changes. And while both are sometimes unavoidable, you can decrease their effect by getting adequate sleep, drinking enough water, eating leafy veggies and keeping skin scrupulously clean. Another interesting point: breakouts in this area indicate when you are ovulating (and on which side).

13: Stomach — Step up the fibre intake, reduce the toxin overload and drink herbal teas to help with digestion.

14: Illness — Zits here can be a sign that your body is fighting bacteria to avoid illness. Give it a break, take a yoga class, take a nap, take time to breathe deeply, drink plenty of water and know that everything always works out!


********

Aku selalu ada jerawat kat nombor 3, 6, 9 & 10..

Means that I may have problem with my, liver, heart and respiratory system! Hohhhh... Dasyat bebeno tuuu...

Thursday, January 24, 2013

Shaheem's New Ride :D

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul buat semua saudara Muslimku :) Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Harini my pumpkin cuti so dapatla habiskan masa bersama anak bini.. Bangun pagi aku goreng roti canai frozen je.. Makan 2 keping sorang pun dah cukup kenyang. Sedapp.. 

Lepas makan tengahari (menu harini: Ayam Penyet buatan sendiri hehe), dalam pukul 1, Shaheem tido plak.. Plan nak keluar pegi 1Borneo sebab nak beli buggy untuk Shaheem. Punyela lama dia tido.Dari pukul 1, pukul 3 baru bangun. Itupun aku sengaja kejutkan. 

Masuk 1B terus je pegi Giant. Tak menyinggah ke tempat lain. Oh ye, parking punyelaaa penuh. Lama hubby pusing-pusing cari. Maybe sebab harini public holiday and orang dapat gaji+bonus kan. Sume sakan shopping. Parksons ada buat sale. Geram gak aku nak belek-belek item yang dia lambak tu tapi.... lupekan saje hehe.. Motif ke IB harini hanyalah untuk membeli buggy untuk Shaheem. 

Kenapa nak beli buggy sedangkan dah ada stroller my dear tu? Aku actually mencari umbrella fold buggy. Sebab buggy jenis camni ringan dan senang bawak especially bila travel. Betul tak? Stroller my dear tu besar gedabak dan sangat berat. Memang letak dalam rumah je.. Shaheem nakal-nakal tak dok diam, letak dia dalam stroller tu hehe.. Buggy ringan ni aku nak guna time nak balik kampung hujung bulan depan. Shaheem sekarang dah tersangat amatla berat. So nak dukung lama-lama memang dah tak larat dah mama. Nak guna carrier tollyjoy dia tu dah tak praktikal dah. Jadi solutionnya, nak tak nak kena beli buggy yang ringan tu hehe..

Haritu ada jumpa kawan hubby kat Tamu Kota Belud. Dia bawak anak dia dalam buggy yang macam nih..


Aku berkenanlaaa.. terus tanpa malu aku tanya beli kat mana haha.. Dia cakap beli kat Giant 1B.. Haa tu aku terus ke Giant tadi...

Memang ada jual buggy sebijik camni tapi harganya RM129 huhu.. Aku bajet dalam RM100 je.. Kat sebelah buggy yang ni, ada satu buggy yang lebih kurang cuma nampak macam simple sangatla dan murah hehe.. Memang murah, RM79.88 je... Memang within budget lah! Aku discuss discuss dengan hubby, better amik jela yang murah pun.. Lagipun nak pakai time travel je. Ataupun time pegi jenjalan je. Shaheem pun dah besar kann.. Tak yah spend banyak sangat (mama dengan abah taik idung masin! haha)..

Maka kami belila yang begini lebih kurang....


Ni Shaheem in action hehehe



Shaheem nangis pulak bila dok dalam ni. Tak taula nape. Maybe sebab dia tak biasa dok dalam stroller di tempat orang ramai macam ni. Selalu kami dukung je.. So dia cranky jugakla duduk dalam tu. Boleh nampak dia macam restless kan? hehe.. Takpe takpe nanti kita prektis lagi duduk dalam ni lama-lama.. Yang kurangnya pasal buggy ni, dia tak boleh recline.. Tapi takpelah, as long as Shaheem look comfy dalam tu dah ok dah tu.. Pakai sekejap-sekejap kan. Jadiklaahh.. Berbaloi dengan harga RM79.88 hehehehe...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...