Friday, July 29, 2011

Saya Tak Sekuat Yang Saya Sangka

Assalamualaikum,

Setiap hari rindu dengan my pumpkin. Especially bila dah ada baby dalam perut ni. Yeah baby still small and I don't feel like pregnant yet. Still, I miss my husband and I want him by my side. Selalu fikir macamana la keadaan aku nanti bila perut dah besar. Bila morning sickness datang menjengah. Tak ada suami nak usap-usap belakang kalo muntah.. Takde suami nak tolong urut-urut kaki kalau tetiba cramp.. Takde suami nak tolong amik makanan kalo lapar di tengah malam. Sob sob sedihnye rasa....

I keep telling myself not to think about it too much. Thinking about it will just make things worst and won't bring any help! Makin susah hati ada la kan? Tapi tapi tapi.... buatla ape sekalipun tetap teringat dan terfikir..

I promise my pumpkin to be strong. Hari-hari janji dengan dia dan janji dengan diri sendiri nak jadi kuat. Tak nak ikut perasaan. Tapi semalam saya gagal....... Semalam kan birthday... People keep asking how's your first birthday with your newly wedded husband? Oh, sayunye hati.. I know I know, I shouldn't give a damn with all this question. I can simpy answer them, "alah, macam biasa aje. Maklumle, suami kan dok jauhhh.." and then act like I'm tough. But..... deep down inside, Tuhan saja yang tahu. Aku sedih. Aku pun nak merasa sambut birthday dengan suami. Sambut tak sambut tak kisahla, just that it would be good if he is by my side.. If he could hug and kiss me on my birthday. It would be more meaningful to me.. Tapi sayangnya, dia jauh... I can only imagine it.. Makanya my birthday this year, sama saja dengan birthday tahun sebelum ni. Nothing special. Sedih kan?

Maafkan sayang, abang.. I have let you down.. Sayang terlalu mengikut perasaan. I know if I want to survive long distance relationship, I need to overcome all this stupid feelings. Yeah.. jangan layan sangat kan? I'll try my dear I'll try.. Give me more time.. Give more chance!

Haih, harusla keraskan hati lagi...

Tapi still tak tahan godaan haha. I'm going to Lumut tonight. Naik bas pun naik bas la. My pumpkin suddenly free this week. Don't want to let go the chance to be with him. Lagipun, puasa nanti susah sket nak jumpa cos he'll be very busy with his project. Ni satu lagi sedih. Takleh merasa puasa pertama sebagai suami isteri. Nak appy cuti on Monday, 1 August tapi tak boleh. Sibuk dengan report. Plus keje yang banyak. Tak nakla susahkan colleagues yang lain untuk cover keje aku. Berkorban lah... Sorry sayang. Tak dapat sediakan sahur.. Tak dapat sediakan juadah berbuka... Tak dapat terawikh bersama :'(

Wahai hati, tolongla tabah!

Tolong sape-sape ajar saya untuk jadi kuat. Boleh?

Thursday, July 28, 2011

It's My Birthday Today and..... My Pregnancy Journal :)

Assalamualaikum,

Ye tuan tuan dan puan puan, 28 Julai ialah hari saya dilahirkan. Secara detailnya, saya dilahirkan mak saya secara normal di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada 28 Julai 1985, jam 12.55 tengah hari. Berat saya ketika lahir ialah 4.75kg. Sila tutup mulut ye. Saya tau saya besar dari azali lagi! :P Menurut mak, masa saya lahir tu, kecoh satu hospital kononnye baby giant telah dilahirkan oleh seorang ibu yang kecik molek sahaja... Saya tak sangka, saya kecik-kecik dah jadi celebrity huahua *perasantan*

Saya hari ini genaplah berumur 26 tahun. Muda lagi kan kan kan? Lagi 4 tahun nak cecah angka 3 kat depan. Lambat lagi tuuuuu.. Boleh dapat anak 3 orang lagi seblom 30 huahua (mau rabak perut). Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang pada aku untuk terus hidup di atas bumi-Nya. Untuk terus beribadah kepada-Nya, untuk terus berbakti pada kedua ibu bapa aku dan untuk aku menjalankan tugas sebagai isteri kepada suami yang baru aku nikahi sebulan yang lepas. Alhamdulillah.. Semestinya nikmat usia ni nikmat yang paling berharga!

Terima kasih pada rakan-rakan yang mengucapkan selamat pada aku di Facebook. Banyak sungguh wishes (I love it all!). Insyaallah, aku reply satu persatu nanti :) Doa kalian pada aku amatla aku hargai. Semoga Allah merahmati kalian, insyaallah :)

Itu hal birthday.. Ada satu lagi hal yang aku nak kongsikan dengan korang. Well I guess maybe korang pun dah tahu dah pun sebenarnye ehehe.. Aku dah bagi hint hint kan dalam previous entry.

Yep, I'm having a baby! :) :)

Sorry for not telling you guys earlier. Bukan sengaja nak merahsiakan. Benda baik buat apa rahsia-rahsia kan.. It's just that it's still early. Usia kandungan baru masuk 7 minggu.. So aku ingat nak tunggula lama-lama sket. Tunggu baby besar sket baru spill the beans. But sebenarnya aku pon tak sabar nak cerita hahaha.. So don't want to keep as secret anymore lah!

I'll share my pregnant stories in this blog.
Feel free to visit!
http://www.amalini-pregnancyjournal.blogspot.com/

Well, this is indeed the best birthday present I ever had. Dah jadi isteri kepada suami yang amat dicintai dan insyaallah March 2012 nanti, jadi mama pulak. Life has been very good to me! Thank you Allah for all Your blessings :) 

Thanks to you guys as well! :)

Wednesday, July 27, 2011

Perut Meletup-letup!

Assalamualaikum...

Lambatnyelah nak balik rumah. Perut dah meletup-letup ni. Kang lepas sedas kanggg huahuahua..

*Seksa menahan angin kentut*

Hehehe sorile korang kena baca luahan hati aku yang tak berapa nak senonoh ni. Kat mana nak bercerita kalau bukan kat blog sendiri kannnn?


Hishh.. jangan jadi macam ni sudah!


Tuesday, July 26, 2011

Seksanya Hidup Tanpa Cik Bibab!

Assalamualaikum,

Ye.. hidup memang agak tersiksa tanpa Cik Bibab di sisi. Rasa macam kalo berjalan pun tempang jek kaki ni.. Pada yang baru follow blog aku (hehe gedik je bunyinye tu) Cik Bibab ialah kereta aku. Viva 1.0 warna Sapphire Blue. Haa amik keterangan penuh detail ehe.. Gambar takdela pulak nak tempek tempek.

Cik Bibab sekarang berada di kampung aku yang indah permai di Kota Bharu, Kelantan. Aku jugak yang tinggalkan dia kat sana. Huwaa sori Cik Bibab! Now I know how hard life is without you.

Pagi-pagi kena bangun awal pegi keje sebab carpool dengan kakak. Dia nak kena hantar anak dia sekolah. By 7am dah kena gerak. Huwaa awalnye.. Kalau Cik Bibab ada, pukul 7am tu baru nak mandi kot.

Petang-petang pulak, by 4.30pm kakak aku dah paging: Let's go home! Waa awalnye. Keje tak settle lagi nih. Almaklumla buat keje sambil blogging muehehehe.. Tapi terpaksala balik jugak. Dah nama carpool kan. Abes kalo tak balik sekali nak balik ngan sape pulak? huhuhuhu... Kalaulah Cik Bibab ada. Pukul 8, 9, 10 malam baru balik pun takpeee..

Takde Cik Bibab di sisi, aktiviti meronggeng bersama rakan-rakan sebaya turut terbatas. Kalau dulu, asal bosan je turun Serdang, bosan je pegi UPM. Tak pon ke Alamanda.. ke The Mines.... Tapi sekarang dah kena bergantung harap dengan rakan-rakan untuk datang pick up aku. Ah susahnye! :(

Nak keluar membeli belah barang keperluan sendiri pun agak susah. Yela, boleh follow akak aku kalo dia pegi shopping. Tapi.. sometimes no privacy. Kadang-kadang aku nak jugak masuk kedai lingerie sexy sexy nak beli selai dua untuk pakai depan laki kan? Muahahahaha.. Pendek cite, susahla kalau Cik Bibab takde. Secara otomatis saya malas nak kuar shopping. Eh goodlah kan? Jimat duit!

Haa lagi satuuu.. kalau ada Cik Bibab, tanpa rasa syak wasangka, Jumaat petang je pasti saya akan memecut ke Lumut! Tapi Cik Bibab takde ni, macamana nak pegi. Naik bas adalah sangat dasyat. Very bumpy! Jalan dari Teluk Intan - Lumut is like HELL. Lopak dan lobang merata-rata. MB Perak, please take note ye huhuh.. Kesian saya dan yang paling penting kesian baby dalam perut saya. Melompat-lompat dia. Eh ehh ehehehe..

 Hmmmm.. Cik Bibab oh Cik Bibab.. I miss you like crazy...............


Monday, July 25, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...