Wednesday, June 15, 2011

Entry Lepas Gian

Assalamualaikum,

Husband on duty malam ni. First time dia pegi duty secara live depan aku. Selalunya dia bagitau aku dia duty dalam hp je. Respons aku pon "OK" je. Tapi bila dah depan-depan mata ni nak pegi duty memalam, huwaa sedihnye rasa. Terus respons jadi "KO." Tapi apa boleh buat, tahi kambing bulat, kenala lepaskan dia pergi duty kan. Ceh ngengada anak kuda la Wani ni kan. Baru pegi duty, bukan pegi sailing lelama ponnn.. Eee makin lama makin menyampah dengan diri sendiri hahaha... Manja tak hengat kan! Harap korang pahamla. Saya pengantin baru. Makanya bila ditinggalkan memalam sorang diri, tido pulak sorang-sorang, isk tak best la! ehehe... Haritu gelabah tak tau nak tido cane, sekarang takleh tido sorang-sorang plak. Uihh gedik! :P

Dah dah.. tutup cerita dalam kelambu ehehehe..

Ermm, malam ni makan lauk semalam je. Tengahari tadi pon sama. Husband duty kan, tak balik umah makanla. Aku nak jugak masak untuk dia harini, tapi dia lak macam tak nak susahkan aku masak. Ke sebab aku masak tak sedap ni? Er haritu buat singgang ikan, terlupa bubuh lengkuas. Actually bukan lupa, memang tak tahu pun kena letak lengkuas haha.. Mak cakap barula aku tau. Tapi my pumpkin dah makan dah pon and dia dah puji cakap sedap. So doesn't matterla takde lengkuas ke takde ehe.. Kalo dia saje nak amik hati aku, tak tahulah tuhhh...

Siang tadi tiba-tiba pulak extension kat dapo rosak. So aku amik peluang pegi shopping kat Pernama dalam base ni. Saje je nak jenjalan kenal tempat. Nanti kalau orang tanya dah pegi Pernama ke belum aku bolehla bagitau aku dah pegi kannn ehe.. Takdela banyak sangat kedai dalam tu. Ke sebab aku tak abes pusing? Entahla, malas nak jalan lama-lama sebab sorang diri. Segan jugak rasa. Sampai je terus cari kedai jual extension. Mahal gak rasa huhuh.. Tapi beli ajelah. Tak beli karang, abes cair air batu dalam fridge. 

Esok plan nak pegi Giant. Since my gaji dah masuk bolehla beli barang rumah sikit. Tapiiii.. cane tah nak pegi Giant? huhu.. Kalo tak ke Giant, pegi Tesco jelah senang. Saje-saje jugak nak jalan-jalan sebelum balik Putrajaya Jumaat ni (huuu takmo balik bleh tak?!). Haritu my pumpkin bawak aku ke Taman Paya Bakau aka Taman Monyet kata my pumpkin sebab kat situ banyak monyet. Masa aku pegi tu takde pon lagi. Dah nak balik petang sikit barula ada monyet datang kat tempat parking. Adala yang baik-hati-tak-takut-kena-gigit- ngan-monyet bagi makan kacang. At first my pumpkin macam tak nak bawak aku pegi situ sebab takut aku terkejut tengok beruk-beruk mat yeh bergantungan dan agresif jugak kekadang. Tapi nasib baikla munki-munki tu sume behave. Dia tak kacau pon masa kitorang tengah jalan-jalan atas jambatan kat taman tu. 

My pumpkin takut sangat aku terkejut tu sebabnya hari kitorang nak gerak balik Lumut hari Ahad lepas, kitorang singgah Rantau Panjang kejap. Nak dijadikan cerita, masa kitorang tengah syok-syok tengok jersi Red Warriors, tetiba tuan kedai cakap, "Weii loh, besarnye tikus dok kat kaki diaaa..."  Aku tunduk tengok kat kaki, Ya Amponnnnnnn tikus besar gileeeee kat kaki akuuuuu! (Menaip sambil rasa ngeri-ngeri).. Aku nih memang sejak azali geli dengan tikus and my pumpkin pon tahu. Cepat-cepat dia tarik aku ke belakang. Masa tu aku memang dah terkejut gile dah. Terkejut sampai nak jerit pun tak keluar suara. Lebih dramatik lagi, tikus bengong tu ikut sekali!!! Aaaaaa masa tu memang aku rasa macam nak melompat dah. Boleh rasa my pumpkin pon angkat aku (Sian dia, sure sakit pinggang angkat aku yang berat haha). Dah terbayang dalam kepala tikus tu nanti naik merayap kat badan aku huwaaa... Dan-dan tu lah air mata ni keluar. Nangis cam budak kecik. Dan-dan tu jugakla aku peluk my pumpkin erat-erat. Depan orang ramai pon tak kisahla, eh dia laki aku, ada aku kesah?? eheh.. Amik kesempatan jugak tu sebenarnye ekekeke...  But seriously aku terkejut gile laa.. Disebabkan tulah my pumpkin macam a bit reluctant nak bawak aku taman monyet tu. But because I insisted, dia turutkan jugakla ehehe.. Terima kasih sayang. Esok orang tanya honeymoon kat mana, blehla syg jawab kita honeymoon kat taman monyet hihihihih...

Dah panjang membebel. Orang lain buat entry Wordless Wednesday. Aku nih Wordmore Wednesday dah ni hihihih.. Lepas gian update blog panjang-panjang sementara hubby takde.

It's windy here now! Sejuk! Tak bestnye tido sorangggg huahuahua..

Nyte all :D

Believe It or Not, I am Now a Wife

Assalamualaikum :)

Blogging kat Lumut sekarang ni. My dearest husband dah pegi keje. Sedih kan, baru lepas kawin dah kena keje huhuh.. Tapi takpe, aku paham, dah memang tugas dia. Lagipon keje bukan sampai tak balik rumah. Petang karang balikla dia kan kan.. Takleh berenggang langsung, nyampos rasa ehe.. Biasalah, dah kawin nih, lain pulak feelingnya haha.. Nak dia sentiasa ada di sisi. Dok tercongok kat depan kita je pon takpelah. Yang penting dia ada depan mata. Haih.. takleh bayang macamana rasa bila aku dah balik Putrajaya nanti. Huu takmo pikir!

Aku still ada rasa tak percaya yang aku dah kawen. My pumpkin yang dulunye hanya seorang pakwe kini dah jadi suami aku! And I still called him pakwe bila bersembang dengan kawan haha.. "Pakwe aku kan.. eh pakwe lak, somi laa hikhik.." Asyik tersasul je.. Even dia pun sama. Masa jenjalan dengan dia kat Sitiawan tempoh hari, sembang-sembang dalam kete macam biasa. Then dia cakap, "abang rasa macam kita ni still bercinta je.. macam dulu-dulu. Macam time jadi kekasih dulu je. Padahalnye dah jadi laki bini." Hehehe...

Yelah, macam unbelievable je dah kawin. Senang sangat rupanya nak kawin ni. Sekali lafaz, dah, ko dah sah jadi isteri orang. But actually ada juga bezanya bila dah kawin. Masa bercinta dulu jumpa kat luar rumah je. Jumpa-jumpa pakai smart smart. wangi wangi. Sekarang ko dah duduk serumah dengan dia. Haa macam-macam pe'el la bleh nampak kan. But so far, my pumpkin baik-baik aje ehe Oh saya sangat beruntung! Pastu lagi dulu tido sorang-sorang, sekarang dah berdua. Dengan lelaki plak tu! Ehem first night, aku gelabah nak masuk bilik tido haha.. Sebab tak tahu macamana nak tido dengan lelaki kat sebelah kuikuikui... Fyi, aku pe0d masa kawin jadi tidak ada babak 18sx pada malam pertama muahaha..

Apa-apa pun, aku rasa bersyukur sangat-sangat, I am finally a wife to a man that I love the most. Bersyukur sebab keluarga aku dapat menerima dia seadanya dan keluarga dia juga dapat menerima aku dengan seadanya. Alhamdulillah :)

Semoga masjid yang kami bina ini akan sentiasa memperoleh kerberkatan dan kerahmatan daripada Allah dan semoga Allah mengurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam rumah tangga kami. Aminn...


Monday, June 13, 2011

Indahnya Alam Perkahwinan *senyum*


Rindu nak update blog tapi belum ada masa.
Terima kasih pada semua yang menyinggah :)

Tuesday, June 7, 2011

Dengan Sekali Lafaz....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aku kini sudah sah menjadi isteri kepada sang kekasih tercinta. Tanggal 4 Jun 2011, akan sentiasa menjadi ingatan, insyaallah. Hari paling bersejarah dalam hidup aku. Menandakan peralihan baru dalam hidup. Dulu sorang diri, sekarang dah berdua. Berdua pulak dengan seorang lelaki yang akan memimpin aku di dunia untuk mendapat keredhaan di akhirat nanti, insyaallah...

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat majlis akad nikah kami berlangsung dengan baik. Despite of many problems before that. Bukan problem ape pun, problem buat keje last minute. Aku lah tu, esok nak akad nikah, malam ni baru nak pegi cari tudung. Dan macam-macam lagila keje last minute. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli keluarga yang banyak membantu sedangkan dorang pun ada keje sendiri. Terima kasih. Jasa baik kakak-kakak, abang-abang, adik, mak dan ayah takkan Wani lupakan. 

Ada lagi problemnya, on the day itself. Tok Imam yang nak nikahkan kami tu datang lambat. Janji pukul 11 pagi, pukul 12 tengahari pun tak nampak batang hidung lagi. Padahal dah remind dah tu. Tapi biasalah tu. Musim orang kawin, Tok Imam pun sibukla. Lagipun kitorang adakan majlis kat rumah, jadi mungkin amik masa jugakla untuk Tok Imam tu sampai. Aku tak risau sangat Tok Imam lambat sampai sebab pengantin lelaki dah ada kat luar haha.. Tok Imam lambat takpe, jangan pengantin lelaki lambat sudeyyy huhuhu..

Alhamdulillah, alhamdulillah, pengantin lelaki pun steady je. Sekali lafaz saja maka sah la kami sebagai suami isteri. Macam tak percaya jugak. Bertahun-tahun bercinta (takdela bertahun-tahun pun. Baru je ni), berbulan-bulan merancang, tapi hanya dalam masa beberapa minit je kitorang dah sah kawin. Ish memang senang ajelah! Preparation je yang pening hehe.. Seriously, bila my pumpkin (my husband now) lafaz nikah then saksi pun kata sah, Tok Imam pun bacakan doa, fuhhhhh.. lega beb! Rasa macam terlepas segala beban yang dipikul selama ni.

Dah habis baca doa, mak peluk aku. Ingat lagi masa peluk tu mak cakap, "Wani dah jadi isteri dah sekarang. Jadilah isteri yang baik..." Pehh, sebak :'( Termenangis jugakle. Then peluk mak mentua, adeh lagi sebak. Nasib baik tak menangis lebih-lebih. Aku ni ratu air mata gak ni ehehe.. Takleh nangis lebih-lebih, kang uduh lak mekap :P

Panjang membebel.... pendekkan jela ek. Saya cuma nak cakap, saya dah jumpa ketenangan yang saya cari selama ini. Alhamdulillah Ya Rabb.. :)


Saturday, June 4, 2011

My Marital Status

Bukan bujang, bukan in a relationship and it's complicated. Tetapi...


And I am so happy.
Alhamdulillah.
Thanks all for the prayers.
A new chapter of my life has begun.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...