Thursday, December 31, 2009

Adios 2009, Hola 2010!

....dah selesai berfikir

2009, ape yang aku dah buat?

Satu -- Kerja baru! Lepas graduation on October 2008, aku keje kat Cyberjaya ni.. At first, contract je. Then, dorang offer aku for permanent job. Takkanla nak lepaskan peluang kan? Working hours very odd.. 5.30am to 2.00pm. Mencabar jugak nak bangun awal (normally 4.00am dah bangun dah). Tapi kalau nak berjaya, semua cabaran perlu ditempuhi kan??

Dua -- Beli kereta! With my own money.. Right after dapat offer kerja tu, aku terus buat keputusan nak beli kereta. Nak naek moto tak reti kan ehehe.. Actually tempat kerja aku sama ngan akak aku. Cuma akak aku keje time besela, 8.00 to 5.00pm. Takkanle dia nak bangun seawal 5.30pg nak hantar aku kan. Abes tu takkanla aku nak stay sampai 5.00 petang baru balik.. So, aku belila Cik Bibab. Setakat ni, aku bayar dengan duit aku sendiri. Hopefully, aku dapat bayar tanpa bantuan sape-sape sampai la tahun 2015 nnt :D

Tiga -- Dah takde kot? 

Ahahaha punyela tak produktif, kreatif dan inovatif aku ni kan.. I did nothin on 2009! Nothing special la.. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Cuma yang istimewa ialah, aku masih hidup, masih berpeluang untuk terus menjalani hari-hari sebagai insan biasa di bumi Allah ni..Juga dapat bersama keluarga dan orang yang tersayang.. Alhamdulillah.....

What to expect on 2010?

Satu -- on July, I'll turn 25! Wohohohoho.. rasa macam dah tua dan wajib kahwennn ahahaha.. Gatai! Tapi benar.. Target aku actually nak kawen masa umur 25..26 pun okay.. Tapi 25 tu cam cantekk jek.. So, are we going to see a wedding on 2010? Kita tunggu dan lihat lah :)

Dua -- aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik tahun ni. Insyaallah..ni macam azam tahun baru jugakla ni. Tahun 2009 ni rasa macam lintang pukang, tunggang langgang je perancangan kewangan aku. To be honest, aku rasa aku gagal! Duit sentiasa tak cukup, in fact, aku selalu  rasa stress bab bab duit ni. So 2010 ni, aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik... Tak nak lagi stress stress pasal duit. Sakit jiwa!

Tiga -- kurus kurus kurus.. This has been my resolution since er dunno when. Hari-hari pun cakap nak kurus. Tapi tak pernah jadi. Susahnye nak control nafsu makan. I love eating! Macamana nak buat tu.. Aku tau aku kena jaga badan. My mom slalu pesan, "dulu, masa mak ngandungkan Wani, mak ada diabetes. Wani ada risiko nak dapat jugak. Salah satu punca is obesiti. So, jaga badan! Jangan makan banyak sangat..." mypumpkin pun dah warning, " baik jaga badan dari sekarang.. dah kawen, ada anak nanti lagi susah nak exercise ape sume.." Okeh okeh, saya paham! Saya pun nak kurus.. Akan saya usahakan.. dan akan saya pastikan saya tidak hot hot ciken shaittt!

Empat -- Tak nak cakap lebih-lebih, takut ape yang diexpect tak menjadi..

Ape-ape pun, aku harap 2010 will be a great year.. Semoga tahun ni murah rezeki korang.. Dan segala-galanya baiklah!


HAPPY NEW YEAR!

Ape Ye?

Hari ni broadband good boy! Eh jap, check jantina.. whateverla, good boy ke good girl, aku tak jumpa lak jantina dia katne ehe.. Ape-ape pon, dia sangat baik hari ni.. Smooth jek.. Takde sangkut-sangkut. Mungkin tempat saya online ni banyak line kot.. Hujung katil. Semalam tengah-tengah katil. Aih, memilih tempat pulak dia ye..

Erm, saya selesema.. Lagi? Aduh, kenapala kerap sangat. Saya salahkan aircond bas yang sangat sejuk. Dan saya salahkan Congek yang busuk! Semalam pegang dia, pastu cium-cium perut dia yang gebu tu.. Terus lepas tu hacoom hacoomm.. Sah, salah Congek! Alhamdulillah, dah makan sebijik ubat selesema (baru ye..bukan 2,3 bulan lepas punye stok eheh), dah lega dah.. hingus dah kering! Boleh bernafas dengan lega dan suara juga tidak lagi sengau.

Eh eh.. hari ni dah 31 Disember 2009. Esok dah 1 Januari 2010.. Cepatnye masa berlalu kan... Apela yang aku dah buat selama 12 bulan ni.. Ape?? Ape???


Sedang berfikir...............

Wednesday, December 30, 2009

Salahkan Line! Jangan Salahkan Saya!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah..saya kini dah berada di rumah mak dan ayah terchenta.. Sampai pada jam 6.00 pagi tadi.

Waduh waduhhh, seronoknye balik kampung. Dapat tido atas katil yang empuk, berselimutkan comforter yang tebal lagi lembut lagi comfortlah! Dapat makan nasik yang mak masak. Yumm yumm, heaven!

Yang hell nya kat sini ialah..... line maxis broadband yang wuttahekkkkk..GPRS saje????? Sedih betul. Nak bukak blog ni, nak baca komen, nak reply komen, nak bukak blog lain, pengsan pastu sedar balik 50 kali pun belum tentu dapat. Aihhhh, sabar jela aku.....So, kalau dalam 2,3 hari ni saya diam seribu bahasa, blog bersawang, bersarang labah-labah, harap semua pahamla..

Kat umah saya ni, even line phone, celcom and maxis pun nyawa-nyawa ikan je. Hidup segan mati tak mau gayenye.. 2, 3 bar sahaja.. Yang penuh hanyalah Digi.. Tetiba terfikir, pedalaman sangat ke kampung saye ni? Rasa macam tidak, sebab kat sini ada McD siap drive thru lagi. So, mana mungkin ini kawasan pedalaman? Hihi... saje nak promote McD Wakaf Che Yeh yang baru dibuka tu. Tak percaya lak rasa. Dulu kat situ tapak kilang getah yang sangat busuk! Sekarang dah jadi McD dah? Kagum!!! :D :D


P/S: 
Cik tedi, serius kah kamu nak saya belikan kain batik basahan??? Berapa seriuskah kamu??
       Sory, x dapat nak bukak blog kamu T____T

Tuesday, December 29, 2009

Balik Kelate - Weehuuuuu!~

Nok kecek kelate lah hari ni..doh mugo kawe nak kelik kelate male nih..

(ekeke ni ada yang nak baling kasut kat aku ni kan..)

Ye, tuan tuan dan puan puan, abang abang dan kakak kakak serta adik adik sekalian..

Saya amik cuti 2 hari dan I'm off to my sweet hometown, negeri Cik Siti Wan Kembang (macam aku jugak kembangnyeee..)

Ada sape-sape nak pesan buah tangan dari Kelate?
Budu?
Kain Batik?
Kepok gote?
Nasik kerabu? (Tak bleh tak bleh..nanti sampai KL dah basi)
You name it, I bring it for you..
(Tak baik aku ni kan, memberi harapang palsu kepada korang semua hihihi)

:D


p/s: Saya sekeluarga balik naik bas malam ni. Doakan keselamatan kami ya!

Love Hurts but Very Sweet

Howdy howdy!!

Kabare semuanyaaa? Hopefully u guys sihat walafiat. Aku pun sihat-sihat aja.. Makan berselera, mandi pun basah habes laaa (apa relevannya tu)..

Anywhooooo..tenkiu pada semua yang memberi nasihat kepada saya mengenai permasalahan chenta saya (ecece).. Insyaallah, saya akan terus bertahan! Bukan mudah nak hadapi hubungan jarak jauh ni. Yang paling penting kena ada  3K, kesabaran, kepercayaan, kejujuran kan? Susah memang susah bila memikirkan kami hanya berkomunikasi melalui phone.. Bersua muka, 2, 3 bulan sekali. Jeles memang aku sangat jeles la bila melihat kapel kapel lain berdating, bercanda mesra (ewah ewah..)..Jeles tau! Tapi takpe, aku tahan je. Mungkin ada baiknya kami berjauhan macam ni.

Well, jauh-jauh pun, dah 2 tahun kitorang bersama. Lama jugak tu kan? Setahun pertama memang lovey dovey, feeling-feeling, romantik romantik gitu.. Dah masuk 2 tahun ni, lantak la kan.. Nak kentut depan dia pun takpe ahahah (takde takde, saya masih senonoh).. Apa yang penting, kasih sayang tu maintain..... Dalam hubungan pasti ada pasang surutnya. Ada time memang sangat bahagia, ada time memang rasa cam nak baling segala periuk belanga. Normal la tu.. Kalau bahagia je sepanjang masa, tak pernah berselisih pendapat walau sedikit, tak pernah bertegang urat, erm bagi aku, tak normal tu.. Yang gaduh-gaduh tula sebenarnya menguatkan lagi rasa kasih dan sayang. Ini asyik bahagia aje, busan la jugak huhu..

Aku ni takat gf je lagi.. Dah nak emo emo..Kalo dah jadi isteri, lagila kena kuatkan semangat dan bersabar kan. Kena pulak kalo dah ada anak berderet (askar besenye anak ramai, tul tak?hihi).. Bayangkan macamana perasaan isteri-isteri anggota tentera kita yang berada jauhhh dari tanah air. Mesti lagi sukar. Tak boleh aku bayangkan. Nak jaga anak lagi, nak ingat suami lagi..isk..I suspek sama mereka!!!

So, if they can do, why can't I?

To those who is in the same boat as me, kuatkan semangat oke! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...