Thursday, May 7, 2009

Dan Pemenangnya Adalah..............


Weeeeeeeee~~~~~~~ Dapat award!!!!!!!!
Terima kasih Encik Eazy di atas pemberian ini eheh...
Tapi sebelum sah dapat award ni, aku kena bayar tol dulu hehehe..


Mengapa, kenapa, why.. saya memilih blog ini sebagai blog ikutan saya.. Apa yang membuatkan saya jatuh hati pada blog ini?
  1. Tuan rumahnya hensemmmmm MyEm0.Com
  2. Penulisannya bersahaja. Sempoi gitu.. MyEm0.Com
  3. Dia perkenalkan saya pada movie Twilight. Kalo dulu harem nak tengok, tapi bila dah terbaca entry dia pasal Twilight [sini] terus tergerak hati nak tengok. Dan sekarang aku dah menggilainya hehe... MyEm0.Com
  4. Dia rajin menjenguk blog tahapehape aku ni dan rajin juga meninggalkan komen. Jadi, aku pun kenala selalu ke blognya kan hehe.. Dan aku tidak kesal!
  5. Suka membaca kisah hidupnya yang menarik. He seems nice, well he got 100 people following him tau!!

Tol dah bayar, jadi Mr. Eazy, saya dengan sahnya boleh memiliki award ini kan??? Yahoo000!!!

"Pertama sekali..sobsob..maaf, saya sangat terharu. I'm speechless. MyEm0.Com Ahhh, sesak rasa dada ni. Tak sangka, akhirnya dapat jugak saya merangkul award ini. Lihatlah doniaaaaaa....I'm the bestest follower, oh! Terima kasih kepada penaja, especially Mr. Eazy, The most cool guy on earth kerana mempercayai saya sebagai follower anda. Saya berdiri di atas pentas ini pada hari ini kerana anda. Saya sayang kamu dan blog kamu! Teruskan memblogging ya, saya support anda! Terima kasih sekali lagi. Oh, terharu!"

---Amal: Tahniah Eazy kerana telah berjaya menulis 100 entri dan memiliki 100 orang pengikut. Keep up the good work. Will always be your loyal follower. Thanx again for the award! =)

Pekerjaan Yang Halal Lagi Bermanfaat

Habis study on May 2008, aku keje as a nanny. Bukan nenek ye tapi pengasuh. I babysit my not-so-baby niece and nephew. Nephew aku si Khalis tu marah betul kalau aku panggil dia baby.

Dia mesti cakap, "Bukannn...bukan baby, Khalis!!"
Aku pon sakat dia balik, "Ohhh, baby Khalis....."
Dan dia lagi nak cakap, "Bukannnn....bukan baby, Khalis!!!"
Dan aku pun sakat lagi... (ah cukupla tu, bukan benda ni yang aku nak cerita..).

Anyway, I consider this as a work also sebab my sister ada jugak hulurkan duit. Mulanya tak nak amik tapi disebabkan aku miskin tapi mahu bergaya jadi aku amik jela. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Pegang kata-kata itu, okeh. Keje as a nanny ni tak susah. Cuma perlu sediakan makan, minum serta pakaian dan juga sanggup untuk membasuh berak dan kencing serta muntah anak kecil. Tidak lupa juga sanggup menonton kartun 24/7. Tak boleh tukar channel ye, nanti ada suara begini,

"Makcik don't changelaaaaa..."
" Alaaaaa, nak tengok Dibooooo....."
"Cite makcik tak beshhh, Khalis nak tengok Little Einstein, changelaaaaaaa...."

Selain itu, aku juga perlu rajin mengemas rumah (walaupun sebenarnya sangatlah malas). Mengutip segala mainan yang menyakitkan kaki apabila terpijaknya dan mengvacuum segenap sudut rumah yang penuh dengan biscuits crumbs especially bawah kusyen. Si Khalis tu kalau makan biscuits gayanya macam Cookie Monster ni haa.. berterabur. Jadi sayalah yang mengemasnya (hanya jika bulan mengambang dan saya pun bertukar menjadi rajin).

[source]

Selain itu, aku juga perlu bergerak lincah dan aktif mengejar Khalis terutamanya di shopping complex yang luas lagi besar. Ah budak tu, memang memenatkan aku. Tak pasal-pasal hilang sket lemak kesayangan aku ni. Paling aku tensi, terpaksa mengejarnya pada hari bendera merah dikibarkan. Aduh, pinggang dahla bagai nak patah, kena pulak kejar dia ke sana dan ke mari, memang sungguh mencabar.

Bes keje jadi Nanny ni. For your information, I am now well prepared to be a mom (huahua). Aku dah tau dah macamana nak jaga budak, dah boleh hafal dah pe'el perangai budak tu macamana. So, itulah keje pertama aku, NANNY.

July 2008, dah penat jadi Nanny aku pulang ke kampung halaman. Minggu pertama, lepak-lepak kat rumah, perabihkan beras mak je. Kemudian bangun pun bila matahari dah tegak atas kepala. So, daripada menghabiskan masa duduk saje-saje, ada baiknya juga aku bekerja. My second job is as a erm apa position tu ek, ermm, sales assistant?(huhu). Actually, aku kerja kat kedai abang aku. Kedai jual topap, photostat.laminate etc, kedai aksesori telefon, alat tulis dan macam-macam lagilah. Akulah tukang topup, tukang photostat dan tukang sapu kat kedai tu. Nak tahu jadual keje aku kat kedai tu boleh klik di sini.

Seronok jugak keje kat kedai tu. Paling bes keje kat situ, kredit habis, bleh topap sendiri hehehe.. Lagi, macam-macam ragam orangla aku jumpa. Penah ada sorang mamat ni datang nak topup. Tengah aku taip2 nombor dia kat handset topup tu, dia cakap, " halusnye jari awak..." Hohh, gangguan seksual kah itu?? Tak sangka pulak masa aku tengah wat keje tu dia boleh tenung aku pulak ye. Dengan renungan gatal dia tu erkkkkk...Semenjak itu, aku selalu suruh abang aku temankan aku dekat kaunter. Takut sehhh... Anyway, tiap-tiap bulan abang aku bagi RM150. Okla tu, tempat tinggal, makan minum semua free....Berbekalkan RM150 tu bolehla orang miskin cam aku ni nak bergaya sikit-sikit.

Itu dua kerja yang aku pernah buat. Macam2 pengalaman juga yang aku dapat walaupun ape sangatlah kejenye kan. Aku tahu macamana nak jaga budak, tahu macamana nak layan kerenah budak ni, masak, membasuh (dah ada gaya isteri solehah ni haha, puji diri sendiri.tak malu.). Aku ada pengalaman macamana nak deal dengan supplier, i know how to handle the photostat machine, aku pandai binding juga haha. Pengalaman. Semuanya nak kena cari. Tak boleh dibeli.

By the way, kerja yang sekarang ni, it's the real job. Real job, real people, real business situation. I'll post another entry bout my current job.



---Amal: Masa belajar, rasa nak cepat-cepat kerja. Bila dah mula kerja, rindu nak belajar pulak. Kenapa ye?

Wednesday, May 6, 2009

Cakap Memang Senang....

I said,

"Romeo save me, they're trying to tell me how to feel. This love is difficult, but it's real."



And then, he said,

" Don't be afraid, we'll make it out of this mess..."







--- Amal: Cakap memang senang. Tapi nak melaksanakannya?
Forgive me for being so pessimistic..

Saturday, May 2, 2009

Dia, Cayam Saya.....

Berchatting dengan my very good scandalous friend, Fairuz aka Cayam. Dari perbualan di bawahlah tercetusnya entry ini.




Dia dilanda masalah. Aku sedih. Sedih tak dapat bantu dia. Sedih sebab dia jauh dari aku. Sedih sebab aku terlalu merindui dia.

Dia soulmate aku. Yes. Banyak rahsia aku dia tahu. Aku kongsi segala-galanya dengan dia. Aku senang dengan dia. Aku harap dia juga senang dengan aku.

Hubungan kami very controversial. Kami pernah tidur sekatil (nasib baik tiada yang jatuh katil), kami pernah berkongsi bantal, kami berkongsi dan melakukan segala-galanya bersama (yang halal). Hubungan kami seakan-akan disalahertikan. Salahkah aku dan dia berkawan rapat? Salahkah kami sentiasa bersama ke mana-mana? Salahkah? Pernah, perasaan aku terguris. Seseorang secara terang, mintak aku jauhkan diri dari Cayam. Bila aku tanya kenapa, dia tak pulak bagitau. Sedih. Terguris naluri kewanitaan aku. Menitis air mata aku. Aku assume dia tak suka tengok aku sentiasa bersama Cayam. Mesti dia ingat aku ni seorang yang tak pandai bawak diri. Asyik nak ikut orang je. Aku malu. Malu dengan Cayam. Aku tiba2 terasa macam aku ni sebenarnya dah mnyusahkan Cayam. Tuhan saja yang tau perasaan aku tika itu. Tapi Cayam mengerti, dia tidak peduli dengan ape orang cakap. And yet, that's what makes our relationship stronger. Thanks Cayam. *Say NO to Kontroversi!!*

Cayam, I really miss you. I do. Laling rindu nak sembang-sembang ngan Yam. Lepak dengan Yam sampai pagi dekat foyer. Cuci-cuci mata. Gossiping. Buat Kontroversi sakit hati. Jalan-jalan dekat K5 malam-malam. Dating berdua. Bercerita segala perasaan gundah. Berkongsi segala kegembiraan. Ya Allah Yamm..Ling rindu Yam sangat-sangat ni.

Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yg berbeda
Mungkin kusalah
Mengartikannya
Yang kurasa cinta


Ingat lagu ni Yam? Kita selalu nyanyi sama-sama. Lagu kita kan? Tak tau nape lagu ni yang jadi pilihan hehe.. Ingat kita nyanyi dalam bas masa nak pegi Kampung Berangkok tu? Tah2 satu bas dengar Yam haha... Oh! Memories.... Kampung Berangkok? Uhu..Yam ada contact family Sabah? Ling dah lama tak contact. Aduh, derhakanya Laling. Berdosa sangat rasa huhu..

Yam, apa jua masalah yang Yam hadapi sekarang, pasti ada penyelesaian. Like I said, you just have to trust yourself. I know you can do it. Tiada yang mustahil dalam dunia ni Yam. Dengan izin Allah, apa yang Yam citakan pasti termakbul. Yang penting effort. You must have the effort. Yam jangan risau. Yam ada ramai kawan di belakang Yam. Mereka sedia membantu. I know. Be strong dear, don't easily given up trying.

Yam, thanks for always being a good friend to me. Ling sayang Yam. Seriously. Ling senang dengan Yam. You listen to me, you're always with me. Through thick and thin. Thank you very much dear. Yam dah banyak tolong Ling. I appreciated it the most. Laling minta ampun dan maaf di atas segala silap dan salah sepanjang 4 tahun lebih dah kita berkawan.

Thanks again for being a great friend and I'll try my best to be a great friend to you too.

Cayam, Laling miss you.........

Friday, May 1, 2009

Jumaat yang emmm OK lah!

Petang tadi, mak cakap, "pegilah keluar jalan-jalan. Dok terperap dalam rumah je....." Makanya, dengan izin bonda tercinta, aku, ayahanda dan kakanda keluarla berjalan-jalan, makan angin, menghirup udara Putrajaya.
First stop ke Pasar Tani yang diadakan setiap Selasa dan Jumaat kat Precint 1. Tak ramai orang, jalan tak jam, parking pun banyak. Kami beli durian 2, 3 bijik (sedappp!), timun batang (ketot-ketot jek), ikan kembong sekilo (RM 11.50 sekilo, mahal! Kata ayahanda, kat Kelantan RM8 je sekilo), ayam sekor (kecik je, tapi oklah), udang sekilo (RM15 setelah di"bargain"), dan ketam sekilo (RM29, 5 ekor, nanti nak buat curry.yummmyyy!!).
Then, setelah settle membeli belah di pasar, aku bawak ayahanda dan kekanda ke err Putrajaya ape tah Water Sports Centre eh?uhuu....


Ayahanda dan kekanda - My Heroes

The View - Nice Nice! Sejuk mata memandang..


PICC


Pukul 7 malam, "Wani ingat jalan nak gi Kamdar?" tanya bonda. "Ingat.." aku jawab..
"Haa kalau macam tu, jom pegi Kamdar malam ni. Mak nak beli kain langsir la.." Makanya, aku, bonda, ayahanda dan kakanda pun pergilah ke Kamdar yang letaknya di Precint Diplomatik. Sampai pukul 9mlm, we are the only customers. Terus menuju ke tempat langsir. Sesambil mak memilih kain tu aku sempatla menggedik sedas dua das.

Masa snap pic ni, mamat Bangla jual kain kat Kamdar tuh tgk je. Mesti dia kata aku gedik terlampau



Ya, membeli belahlah di sini, Memang Berbaloi~ Iklan tak berbayar

---amal: Menunggu hari esok. Nak ke Kelana Jaya. Jumpa sape agaknya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...