Monday, December 21, 2015

Bingka Pandan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harap sihat sihat jela ehh. Aku baik baik saja. Lama menyepi sebab terlalu sibuk. Sibuk buat ape pun tak tau lah hehe.. Ada je halangan bila nak update blog. Ceritanya macam macam. Tapi tu lah.. Sibukkk hehe..

Anyway, mehla iols share resepi buat bingka pandan aka kuih bakar ni.. Alkisahnye yang memula buat tu akak ipar aku. Dia ada periuk Noxxa tu. Sokmola dok buat kat kampung nun. Haihhh... meleleh air liur orang jauh ni tauu huhu.. Aku pun mintakla resepi dari dia. Dalam masa yang sama, search kat Facebook "resepi bingka pandan pemanggang ajaib." Jumpalaaa.. Memang senang sekarang kan. Taip je ape nak hehe..

Terima kasih banyak banyak kepada owner resepi ni. Mohon halal ye saya guna resepi ni..


Alohh.. Senang sangat cara pembuatannya kan. 3 cawan santan tu, 2 cawan santan dan 1 cawan air. Santan guna santan kotak je senang. Kalau takde daun pandan, no worries, beli je perisa pandan dalam botol kecik macam esen vanila tu. Nanti titikla dalam air secawan. Jadila air pandan ihhihi.. Blend je semua bahan. Dah siap masukkan je dalam pemanggang ajaib.. Tabur bijan banyak banyak kat atas.



Bahan bahannya ye puan puan...




Gambar kiri sebelum masak, kanan selepas masak. 


Bakar guna pemanggang ni kena hati hati, api jangan besar sangat. Sekejap je dia masak tu.. Aku buat mula mula haritu hangit rentung kakakaka.. Kesnya api besar kot pastu aku kat depan nyusukan Shafina. Adik manis tu pulak kalo dah nyusu payah nak lepas. Haihhh... Dari luar aku dah bau hangus. Sekali bukak pemanggang memang rentung lerrrr kiki.. Yang atas ni second trial. So dah tau la api nak besar mana dan berapa lama masak.. 




Ni haa yang hangit haritu hihi.. Tapi rasa maintain sedap.

Korang cubala buat ye. Senang sangat!


Wednesday, December 2, 2015

Selesema Untuk Kali Ke Pat Ratus Juta

Assalamualaikum,

Ya Allah... aku tak tahula kenapa dengan aku tahun 2015 ni. Kuat betul selesema! Aku ni pulak jenis kalau dah start bersin tu memang terukla jadinye. Mata berair, hidung sah sah berair. Tekak perit. Kepala berat. Aduii... Tensen jugak kalau dah banyak kali ni..

Tak cukup vitamin C ke badan aku ni? Bila post kat FB ada je kawan kawan yang suggest suruh makan Vitamin C produk S la.. T la U la... Aku ni sebenarnya bab nak makan vitamin vitamin ni payoh skek. Huhu.. Payoh nak istiqamah. Beli memahal last last terbiar camtu je kat kabinet sampai expired. Dah ada dah satu botol Alfalfa produk S terbiar tu hahaha.. Hampeh betul aku ni. Masa beli kemainnn beria nak makan konsisten la ape la.. Hmmm.. Sebab tu aku malas nak beli vits mahal mahal ni huhu...

Husband pulak busy kaw kaw minggu ni. Rasa macam tak cukup 24 jam bertentang mata dengan dia. Takdok sokmo huhu.. Pastu Shafina kuat meragam sekarang. Gigi geraham bahagian bawah, kiri kanan nak keluar. Bengkak gusi dia. Kelmarin paling teruk. Menjerit jerit dia sambil tepuk pipi kiri kanan huhu.. Imagine lah macamana keadaan mama nih. Abah takde. Shafina nangis nangis. Abang Shaheem pulak nak tu nak ni.. Pastu hidung mama pulak srott srott keluar air. Arghhhh seteresssss wuwuwuwu...

What to do?

Saturday, November 28, 2015

A Short Trip to Kundasang

Assalamualaikum,

Ahad lepas kitorang jalan jalan kat Kundasang. My favourite place! Aku suka tempat sejuk. Tak suka pegi pantai ke pulau ke. Sebab nanti muka aku hitam hahaha.. Dahla memang sedia ada hitam. Pergi tempat panas laaaagi bertambah hitam. Uhukhuk tak tau nape, kulit muka aku memang mudah sunburn. So tempat sejuklah jadi pilihan hati kalau nak melancong hehehe..

Last minute planning sebenarnya tu. Sepatutnya hari Ahad husband keje tapi dapat off sebab Sabtu dah settle semua keje. Alhamdulillah. Ingat pun nak golek golek kat rumah je. Tapi tak tau seru apa yang datang menyeru encik husband itu (hahaha) pukul 11 lebih ajak pegi Kundasang. "Jommmm naik gunung. Kita gi ssejuk tubuh.." katanyaaaa... Aku tanya balik, "betul ke ni?" Bukan leh caya encik husband ni sebab aku sokmo ajak sebelum ni tapi dia buat taktau hahah.. Dia jawab, "betullaa.. Siap cepat. Pegi kejap je, pukul 5 kita balikla..." Haaaa, sepantas lipas kudung acik siapkan diri dan anak anak haritu hahaha.. Mujur Shaheem bangun awal. Kalau tak, harapan jelaa..  Mujur jugak lunch dah siap masak. Makanya, makan dulu siap siap kat rumah pastu baru gerak. Jadi sampai sana takdela kebulur huhu... Husband tolong goreng keropok buat bekal. Nak gi jalan sekejap je kan jadinye tak perlu bekal banyak banyak.

Dalam pukul 1 tengahari gitu kami gerak. Mujurla nak gi Kundasang ni tak jauh sangat dari rumah. Dalam sejam je perjalanannya. Jalan naik tu bengkang bengkok. Aku dok seat belakang. Ya Allah, loyanya Tuhan je tahu haha.. Serius nak muntah je. Kalau dok seat depan takde pulak rasa macam tu... Sekarang mama dah turun taraf, kena duduk belakang. Abang Shaheem pulak jadi co pilot. Eh Shaheem haritu pun nak muntah tau. Dia main game dalam kereta. Aku dah cakap dengan dia, jangan main. Nanti Shaheem pening. Biasala kan, takmo dengar kata. Dok kejap, dia tekup mulut dia, "nak muntah!" dia jerit. Aku panik cepat cepat cari plastik. Tapi dia tak muntah, telan balik kot? haha... Dah tak jadi muntah tu dengan eksyennya dia cakap, "Shaheem tak muntah pun ma. Shaheem tipu jerr..." Ekk elehh tipu konon. Muka pucat lesi tu nak sorok mana? haha..

Kitorang sampai kat pekan Kundasang tu dalam pukul 2 lebih. Sedihnya sampai sampai tu hujan pulakkk.. Lebat jugakla huhu.. Husband parking kat tepi pastu kitorang lepak je dalam kereta. Plannya nak gi Desa Dairy Farm tu tapi dah hujan lebat macamanala nak masuk situ. Dahla jalan situ tak berturap. Confirm jalan tu lecak, becak! Aku dah frust dah mula mula tu. Sebab niat di hati nak makan aiskrim kat situ huhuhuhu...

Oh ye, masa dok lepak dalam kereta tu, ada la heli parking kat padang tepi jalan tu. Husband ngan Shaheem memang suka la tengok. Kebetulan pulak pilotnye pun ada tengah buat ape ntah dalam hujan masa tu. Husband pun bawakla Shaheem pergi. Nak bergambar katanya. Pilot tu pun sporting. Siap tolong amikkan gambar hehe. Husband kata dia ingat nak masuk dalam jugak, nak pakai headphone ke ape namanya tu. Tapi Shaheem pulak tak nak bagi hahaha.. Shaheem dengki..


Suka gambar ni sebab Shaheem comel sangat dia senyum hiihihih.. Helikopyer ni katanya private heli utk bawak orang naik ke Laban Rata. Sewanya ialah RM6000 SEJAM. Hohohoho. Sewa amik gambar, takde. Free saje hehehe.. 

Gambar sekeluarga dalam kereta. Sokmo wefie dalam kereta je sebab senang nak snap hehe.. Shafina tu siap tunjuk tunjuk lagi. Teruja tengok muka sendiri dalam henpon.



Alhamdulillah, dalam pukul 3 lebih camtu hujan pun berhenti. Kami naik jugakla ke Desa Dairy Farm. Bayaran masuk RM5 kalau tak silap.

Kat sana just amik gambar je. Ada jugak pergi tempat kandang anak kambing ngan lembu tu tapi takde ape pun hehehe.. Nak bagi makan dan susu kat dorang pun boleh tapi bayarla. Kitorang just tengok je. Pastu ku kempunan nak makan eskrim hukhuk.. Elok beratur, sampai turn aku, staff dia cakap, "maaf kak, aiskrim habis sudah. Esok ada.." Huahuahua.. kalaulah Desa Dairy Farm tu sekangkang kera je dari rumahku, bolehla ku beli aiskrim tu esok. Ye dak? huhuhu.. Takde rezeki. So, aku beli susu jela. Beli yang 1 liter 2 kotak (harga dalam RM5.60 kalau tak silap, sekotak) dan yang 500ml 2 kotak untuk minum kat situ.





Dah puas amik gambar, dalam pukul 5 camtu kitorang pegi beli sayur kejap. Tak beli banyak pun. Memandangkan dorang jual 3 jenis sayur RM10, aku amik 3 jenis jela. Kailan, broccoli+caulilflower dan carrot. Pastu aku amik kulat, RM8 sebungkus. Sekilo rasanya sebungkus tu. Ada banyak sayur lain, memang boleh rambang mata melihatnya hehe.. Tapi sebab yang nak makannya aku dan husband saja jadi beli sikit dahla.. Beli pun yang biasa makan.

Then, kitorang ke Masjid Kundasang. Solat asar pastu zasssss segera pulang ke rumah.

On the way balik tu gunung nampak clear sangat. Kitorang excited sampai sanggup berhenti tepi jalan sebab nak amik gambar hehe.. Excitedla sebab dari sampai tu hujan, gunung berkabus so tak nampak ape. Ni gunung jelas. siap kaler merah lagi, kena cahaya matahari yang dah nak terbenam masa tu. Subhanallah. Cantik sangat kan? So magnificent! Putih putih kat gunung tu kesan runtuhan masa gempa bumi haritu. Sedih tengok huhu..


Korang kalau datang melancong ke Sabah wajib pegi Kundasang tauu :)

Sunday, November 15, 2015

Suri Shafina 1 Year Old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, anak perempuan kesayangan dah genap setahun dah semalam, 14 Nov 2015. Ya Allah, serius rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je beranakkan dia, baru je mengharung air banjir (genap 40 hari masa tu), baru je ikut husband balik Sabah. Alih alih dah setahun dah dia huhu... 



Teringat ingat lagi detik nak melahirkan dia tu. Bermula dengan masuk wad sebab dia kurang bergerak dalam perut, pastu doc bukakan jalan sebab nak suruh beranak before due date (sebab mama ada kencing manis semasa hamil), menahan contraction dari pagi sampai ke tengah malam. Masa nak beranakkan dia pulak hujanselebat lebatnya. Maklumla musim tengkujuh masa tu. Mama masuk LR HUSM pukul 3 pagi, pukul 4.30 pagi, alhamdulillah Shafina selamat dilahirkan. Lahir lahir je doktor letak Shafina atas dada mama. Perasaan masa tu Allah je yang tahu.. Boleh baca kisah penuh kelahiran Shafina kat sini.

Lepas siap dibersihkan, nurse bagi kat mama untuk menyusu. Di HUSM ni selagi baby tak menyusu selagi tu tak boleh keluar dari LR. First time mama susukan Shafina, mama dalam posisi berbaring. Nurse letak kat tepi mama.. Alhamdulillah Shafina menyusu dengan baik sekali. Both sides. Pandai anak mama. Huhuhu nak keluar air mata. Cos I never had that experience with abang Shaheem... Since Shafina dalam perut lagi, mama dah niat, mama nak susukan Shafina dengan susu mama. Mama akan cuba sedaya mungkin. Mama berdoa Allah murahkan rezeki susu untuk Shafina. Alhamdulillah, hingga sekarang, Shafina masih breastfeeding. Susu mama takdela meriah sangat tapi mama tahu ia cukup untuk Shafina.



4 hari selepas dilahirkan, kita struggle dengan jaundis pulak. Mama stress, susah hati sangat sebab jaundis Shafina lambat sembuh. Siap masuk wad lagi. Mama sedih sangat bila Shafina kena duduk bawah lampu tu. Bila Shafina nangis, mama tak boleh angkat. Shafina menangis sampai suara pun serak. Stress sebab nurse cakap susu mama sikit, Shafina tak puas menyusu jadi dia terpaksa bagi formula walaupun mama dah rooming in dengan Shafina kat wad. Mama sedih masa dia amik Shafina bawak pegi nursery untuk bagi susu formula tu. Mama nangis sorang diri. Abah ada masa tu,. Tapi mama tak berani nak luahkan rasa sedih pada abah sebab takut abah marah. Bila masuk bilik menunggu tengok mommy lain susukan anak dorang dan Shafina dalam nursery diberi susu formula, hati mama ni bagai disiat siat huhu.... Tapi takpelah sayang. It is not a sin for u to drink formula milk. If it is for the best, then takpelah. Mama redha. Mama serah semuanya kepada Allah dan alhamdulillah, Allah bantu kita. Shafina tak confuse nipple. Botol boleh, susu mama pun boleh. Terima kasih Allah. Terima kasih sayang :') Boleh baca kisah jaundis kat sini.




Then, kita survive bah kuning. Banjir terbesar, banjir terburuk pernah mama hadapi selama 30thn mama hidup! Masa tu Shafina baru genap 40 hari. Mama punya kalut tu macam kucing hilang anak ahaha...  Yela, risau sangat sebab air makin naik. Kalau lambat lambat bertindak nanti sape susah? Pukul  5pagi, kita redah hujan, mengharung air banjir yang sejukkkk sangat sangat, paras peha dah masa tu. Mujurla ada asrama Muwara Tok Ayah tu. Dapat jugak berlindung kat situ. 2 malam kita tido kat situ. Alhamdulillah, Shafina behave sangat. Tak meragam. Tido je. Sampai orang kampung yang tumpang duduk situ pun terkejut tengok ada baby. Dia kata dia tak dengar suara menangis pun. Good girl sangat anak mama. Then kita naik bot bomba pergi ke pusat pemindahan. Tapi mujurla keluarga Mak Tua (mak mentua ku) datang amik bawa balik ke Besut. Tak perlula kita bersesak sesak kat pusat pemindahan. Haihh bila ingat balik, memang nak menitis air mata ni. Harap tahun ni dah tak banjir besar macam tu lagila. 

Ok ok cukup cukupla tu throwback. Dah panjang berjela dah ni hehe. Lets talk about now now now!

Now Shafina dah boleh jalan dah. Masa umur 10 bulan lebih haritu dah start bertatih. Cepat macam abang Shaheem jugakla dia boleh berjalan tu. Sekarang dah laju dah. Tapi still ada jatuh jatuh. Tak balance. Badan berat kot hahaha.. Kuat makan ini budak. Alhamdulillah, dari start makan masa umur 6 bulan sampaila sekarang berselera je dia,.Semoga maintain la selera makan tu. Janganla jadi macam abang Shaheem huhu. Cukupla mama risau kat abang Shaheem sorang je. Last sekali timbang berat bulan lepas, 8.6kg. Nanti minggu depan ke kita gi klinik untuk checkup 1 year, kita timbang lagi sekali. 

Nampak gigi Shafina tu? hehe

Gigi dah ada 8 batang. 4 atas, 4 bawah. Dah besar besar dah. Haritu ada peel menggigit mama sekejap. Sekarang takde dah. Huh lega. Sakit oiii dia gigit. Esp masa menyusu tu. Aduiiii.... Ku tak pernah lagila terpukul atau tercubit dia bila dia gigit tu. Selalunya aku jerit kuat kuat dan cepat cepat keluarkan dari mulut dia. Mama ni kemain menjerit sakit, dia tersengih sengih buat muka tak bersalah huhu..

Suka bubuh apeeee sajeee dalam mulut. Urghhhhh... Jumpa makanan atas lantai, kutip, masuk mulut. Jumpa sampah, masuk mulut. Jumpa mainan abang yang kecik kecik, masuk mulut. Aduiiii... Aku boleh cam kalau ada benda dalam mulut dia. Pipi kembung semacam. Pastu dia pandai pulak tengok kat aku. Bila aku suruh bukak mulut, dia senyum senyum. Eeeeeee geram. Macam semalam, aku kat dapur tengah basuh pinggan. Tiba tiba dia datang. Pipi kembung. Air liur meleleh leleh. Kat tangan sebelah pegang lego abang yang halus mulus saiznye tu. Dia senyum senyum tengok aku. Haaa ni confirm ada barang. Aku suruh dia bukak mulut. Aku selalu ajar "aaaaa ngangaaa.." sambil aku nganga sekali.. Kalau takde apa dalam mulut memang dia akan nganga. Ni tak nganga memang sah laaa ada benda! Huuu, tangan aku pulak berminyak, cepat cepat panggil husband suruh korek. Shafina ni kalau kita korek, dia gigit jari kita. Tapi semalam tak gigit sebab lego tu penuh dalam mulut dia. Husband kata dah kebelakang dah lego tu masa dia korek huhuhu.. Mujurla tak jadi pape. Shafina ni kannnnnnnnnnn... Sokmo buat mama sakit jantung huhu.. Terus bebel kat abang Shaheem, "Shaheemmmmm.. kan mamaa kata yang kecik kecik simpan kat tempat tinggi. Nanti adik amik.." Memang kena selalu check la atas lantai tu. Takleh ada barang hatta sezarah habuk pun.



Perangai pun comel sekarang. Suka buat buat nangis. Manja kededek sangat. Tak boleh hilang mama walaupun sekejap. Kalau mama masuk bilik air, dia punya menangis, macam sakit sakit. Bila mama keluar, automatik senyap. 



Suka masuk dapur.. Adoiii ni aku paling stress. Kadang kadang tengah tengah malam tak tido lagi tu pun dia pergi masuk dapur. Main periuk ketung ketang. Aiiii.. penat mama nak angkut dia balik ke depan. Tapi lepas tu dia pegi lagi. Kecik kecik suka masuk dapur. Besar esok tak nak masuk dapur siaplaaaaa... Mama dah order safety gate kat lazada. Tunggu Aunty Eamy bawak balik KK bulan 12 nanti. Tq Aunty Eamy tumpangkan barang huhu..... 




Waktu tidur Shafina pulak biasanya dalam pukul 11 ke atas. Lewat sebab dia kadang kadang tak tido siang tapi selalu tido time Maghrib. Pukul  6ptg tido, dalam pukul 8 malam camtu bangun. Sebab tu nak tido semula tu payah. Tapi kalau dah tido memang sampai ke pagi. Ada la in between terjaga nak susu. Senang breastfeeding ni. Selak sajo hahaha.. Kalau abang Shaheem dulu, adoi malas gila mama nak bangun buat susu. Tapi bangun jugakla walaupun terpaksa heret kaki hehehe.. 

Anywayyyy... sempena birthday semalam, mama takde buat apa apa special pun. Makan tengahari mama goreng ikan dengan sup sayur je kat Shafina haha.. Mama ada la buat kek seketul. Yang overjoy makan opkos abang Shaheem. Shafina pun makan jugak. Mek tu semua makan. And then malamnya abah bawak makan Pizza yang sebenarnya abah yang nak makan tu haha..Pizza ni memang fave husband and abang Shaheem. Aku takdela suka sangat tapi makan jelaaaa.. Shafina makan jugak. Again, dia semua pun makan huhu... Tapi semalam, Ya Allah, takleh duduk diam budak kecik ni. Dok dalam baby chair tu punggung tak lekat. Kejap berdiri, Kejap nak capai pinggan atas meja. Kejap nak keluar dari baby chair. Aduii.. Mulut pun bising. Tak tau apa yang dia bebelkan. 

Ni asalnye kek minyak kukus yang aku share resepi tu. Aku tambah sunquick oren dan choc chips. Pastu bubuh colour oren sikit. Siapppp ekekeke.. Okla tu kan. Nanti nak try buat cheese cake versi kukus tu. Aiii kuat btul makan kek!






Suri Shafina, sayang mama... Alhamdulillah, dah cukup setahun dah umur kamu sayangku. Mama doakan Shafina sihat selalu, happy selalu. Semoga Allah sentiasa jaga anak mama ni. Mama sayang Shafina. Mama akan didik Shafina sebaiknya. I may not be the best mother but I will give my all for u to have the best in your life. Insyaallah.. 

Friday, November 13, 2015

NO TV!

Assalamualaikum..

Rumahku sunyi dah dari bunyi lagu "Ceriaaaaaaaaa...." Hahahaha.. Abahnye sudah mengamuk! Hari Selasa kot, lupa dah aku. Dia angkut tv tu, buh dalam kotak, simpan dalam bilik. Katanya pada Shaheem, "TV rosak! Rosak sebab Shaheem asyik tengok Ceria je.. Pastu Shaheem tido lambat. Lama sangat TV tu terpasang.. Rosak dahlaa..." Shaheem cebik sedih. Awal awal tu dok ulangla mengadu kat aku, "mama... sian tv takdok..."



Memang wajar pun husband simpan tv tu. Korang tau, hari Isnin kot eh, lupa laagi, Shaheem tido pukul 4 pagi! Buat ape lagi? Melayan kartunlaaa huhu... Aku dah tido dah tak sedar ape. Dia kejutkan abah dia pukul 4 pagi tu. Nak makan tu, makan ni. Nak minum milo la.. Macam macam. Bengangla abahnye. Tu mengamuk tu huhu..

Mek ni pun minat jugak tengok Ceria ni


Shaheem semenjak asyik sangat dok melayan Ceria ni, jadual tido dia dah kelaut. Selalu tido lewat malam pastu siang liat nak bangun. Kalau nak keluar pergi mana mana mesti susah. Macam macam alasan dia bagi sebab tak nak bangun. Selalunya pukul 1 tengahari baru bangun. Itupun bangun je terus mengadap Ceria. Haihhh seteresssss aku. Bila larang meraung pulak. Dahla dok rumah flat ni. Malu kat jiran huhu..

Nah sekarang takde tv, setakat 3 hari ni aku notice, malam malam pukul 10, 11 dah tido. Bangun awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi. Okla kan gituuu.. Bila bangun pagi macam macam boleh buat. Aku cuba jugakla plan aktiviti untuk dia. Colouring, sorting items ikut colour, menyanyi eh macam macamla. Untuk hilangkan rasa boring dia tu. Kadang kadang datang jugak rasa kesian kat dia, takleh tengok Tobot tu. Tapi takpelaahhhh... Mama lagi suka macam ni.. Rumah pun bersepah macam tongkang pecahla bila dah takleh tengok tv ni hahah.. Balas dendam ekkkk... Takpe. Rumah bersepah takpe. Mama boleh kemas. Jangan mata asyik dok melekat kat tv je dahla...

Semalam. Around 10.30pm dah tido dua dua.. 

Takleh tengok tv, kita makan jelaa haha.. Tengok kat belakang tu, kotaknye, plastik pampersnye. Tak tengok dalam bilik lagi. Nak berjalan pun tak boleh haha

Lepak kat beranda

Tido petang! Ini adalah sangat sangat jarang berlaku kalau ada TV. 


Husband kata nak simpan tv tu seminggu. After seminggu tak tau la macamana.. Dia dok cakap kat Shaheem nanti tv dah ok, Ceria takde tau. Dah rosak. Haihh tak taula macamana penerimaan dia nanti. Rasanya lepas ni kena ada jadual la. Time mana boleh tengok tv dan time tak boleh. Aku dengan husband pun kena take part jugakla. Jangan time tu dia tak boleh tengok tv tapi kita sesedap je tengok. Not fair la kan. Kesian dia.. Nantilah bincang lagi dengan husband. 

Anyway aku lebih suka keadaan sekarang. Free from TV. Sebab aku nampak bila takde tv ni dia lebih rapat dengan adik. Sebelum ni asyik nak bercakar je. Sekarang pun ada jugak bergaduh cuma ada time dia boleh duduk rapat dan bergurau dengan adik. Sebelum ni takleh langsung tauu. Agaknye sebab boring sangat kot sebab tu dia layan jelaaa adik tu haha.. 

Ujian anak dah besar. Macam macam peel! Moga kami sabar dalam mendidik mereka. Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...