Tuesday, March 26, 2013

Kek Coklat Kukus! :D

Assalamualaikum,

Yeayyy, aku dah ada periuk kukus dah ekeke.. Hadiah daripada bonda tercinta balik kampung haritu. Terima kasih mak!!

miahaha
Abaikan dapurku yang comot momot itew


Aku dah rasmikan dah. Mula-mula haritu buat puding gula hangus/ puding karamel. Aku ikut resepi Kak Ana Suzana - Cahaya Cintaku. Resepi puding karamel kak Ana memang simple je. Bahan pun tak banyak. Tapi aku ada ubah sikit la bahan hehe.. Kak Ana guna fresh milk. Aku guna setin susu pekat manis. Dah tak guna gula dahla.. Aku tak buh esen vanila (sebab takde kat umah) and aku guna 5 biji telur.. Aku kukus selama lebih kurang sejam. Alhamdulillah menjadi. 

Maaf takde gambar nak tunjuk sebab keadaan puding selepas dikeluarkan dari loyang adalah buruk hahaha.. Alkisahnya, aku takde loyang. So aku guna periuk tu je haa. Bila dah masak, aku lorat sangat kot. Tak sabar nak tengok hasil. Masuk kejap je dalam peti ais. Puding tak cukup keras lagi hehe.. Bila letak atas bekas kek, terhancur sikit kat bahagian tepi. Hoho.. Tapi masih boleh dimakan. And hubby loved it. Cuma dia kata manis hehe.. Memangla kannn..

Ok, puding karamel pass with flying colours! :P

Next project ialah kek coklat kukus! Resepi daripada memberku Nor, bukan memberku Hawa ye hehe.. Thank you Nor sebab share resepi. Mudah sangat-sangat I tell you!

Bahan-bahan:
Telur 2 biji
Gula 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Serbuk koko 1 cawan
Air 1 cawan
Gandum 2 cawan
Minyak masak 1 cawan
Soda bikarbonat 1 sudu besar

Haa senang kann.. Bahan yang memang sedia ada di rumah. Kecuali serbuk koko. Aku beli serbuk koko biasa je. Jenama ape tah. Beli kat kedai Pakistan depan blok rumah ni je. Cawan tu pulak, guna cawan minum teh biasa tu je. Pastikan guna cawan yang sama untuk semua bahan tu ye.Supaya sukatannya lebih kurang sama..

Aku kan, takde mixer.Takde juga pemukul telur tu. So, apa aku buat, aku bubuh je semua bahan ni dalam blender pastu aku blend! Haha.. sebelum masukkan dalam blender tu make sure takde bijik-bijik cili la ye. Kang jadi kek coklat bercili pulak hihi.. Blend lama-lama sampaila adunan tu kembang dan sebati. Kalau guna mixer biasanya kita pukul dulu butter dengan gula kan biar hancur.. Tapi aku campur je semua one shot. Kihkihkih..

Lepas tu masukkan dalam loyang. Sebelum tu loyang tu sapu-sapu la sikit dengan minyak. Supaya kek tu tak melekat dan mudah nak dikeluarkan apabila dah masak. Masa ni aku dah beli loyang dah :P

Kukus selama lebih kurang sejam. Ataupun cucuk dengan pisau. Kalau keluar bersih, maknanya dah masakla tu. Ermm aku kukus lama jugakla haritu.Sejam lebih kot. Sebab tiap kali aku cucuk,mesti pisau keluar tak bersih haha.. Ada je melekat. Tapi dah lebih sejam tu aku dah tak sabar, tutup je api. Tawakal jela hehehe.. Aku memang bukan pakar buat kek.Tak reti pon. Cincai cincai je. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak jadi, errr cuba lagi! :D



Tadaaaaaaaa...
Inilah hasilnya!!!
Nampak yummylicious tak?? hehehe

Aku buh topping jugak tu. Tapi topping tak berapa nak menjadi. Serbuk koko ada lebih sikit. Nak guna habis untuk buat kek rasa macam dah banyak sangat dah. Nak simpan macam serba salah je.. Bila kek dah masak, tengok plain je, aku pun buatla topping. Topping ni buat dengan cara double boiling. Aku follow resepi yang aku google.. Err aku dah tak jumpa link yang aku google haritu hehe.. Erm caranya, cairkan butter 2 sudu, pastu masukkan secawan susu pekat & serbuk koko. Kacau-kacau hingga koko jadi likat. Aku buat ni tak berapa nak menjadi sebab aku takde mangkuk yang tahan panas. Aku double boil dalam mangkuk free Colgate tu je kihkih.. Takut mangkuk pecah, bila dah panas sikit tu aku terus tutup api. Kacau-kacau ala kadar.. Jadila yang macam kat atas ni.... 

Hubby kata sedap. Ok, itu yang paling penting hehe.. 
Bagi sikit kat jiran. Dorang pun kata sedap. Alhamdulillah hihii..

Korang tryla buat ye ;)

Next project - Kek Coklat Karamel Kukus!!

Shaheem's AIO Nappies

Assalamualaikum,

Hehehe CD Shaheem membiak lagi. Ehh dah lama tau tak membiakkk.. Mama berjaya mengawal nafsu shopping hehe.. AIO ni pun beli secara ansuran. HAHAHA sampai macam tu sekali. Mahal maaa..Seketul dah cecah RM70 lebih kurang. Nak beli banyak, terpaksala bayar ansur-ansur kekeke.. Sungguh mak mak kann?

Ape itu AIO? AIO cd ialah cd yang cover dan insertnya dah bergabung bersama. Dah melekat bersama. Tak payah dah nak insert-insert dalam pocket. Jimat masa dan ruang!



Mostly cd AIO ni diimport dari negara luar seperti USA, Australia etc.. Sebab tula harganya boleh tahan mahal. Dalam dollar murah je tapi bila dah convert pada ringgit, kos pengeposan dari US (contohnye) ke Malaysia, cukai lagi jadila mahal. Banyak sangat kos-kos yang terlibat. 

Aku selamani dok pakaikan Shaheem pocket cd je sebenarnya. And pocket pun brand China mali je. Ada jugak AI2 seketul dua. Tiba-tiba (boleh ada tiba-tiba tak tahan tu) datang keinginan untuk mencuba cd AIO pulak. Bila dapat tau bleh bayar secara ansuran, ape lagi kan. Jangan lepaskan peluang hihi. 


Pikapu dari Australia. Basix & Simplex dari USA.

TOP, Left: Simplex 2.0 Monsters
TOP, Right: Simplex 2.0 Elephants
BELOW, Left: Pikapu Navy
BELOW, Right: Basix Swirls


Simplex ni dia ada 2 jenis. Satu jenis OS - one size (satu cd boleh adjust button S-L) dan satu lagi jenis sized  ataupun dipanggil 2.0 (satu cd saiz S, satu cd saiz M, satu cd saiz L). Baca review mommies di MCDP, semua cakap Simplex OS cutting kecik. Kalau baby yang peha tembam memang tak boleh pakai lama. Kalau yang sized ok. So, aku belila saiz L. Peha Shaheem kan peha KFC! Tu pun cuak takut tak muat sebab aku order bulan November tahun lepas lagi. Hujung Februati haritu baru dapat. And hujung Mac baru pakai haha.. Nasib baik muat! :P

Pikapu pulak one size je.. Bleh adjust dari S-XL. Sebab tu dia ada banyak button kat depan tu. Serius cutting besar. Shaheem belum try pakai lagi. Tak tau saiz ape. M kot. Nanti bila dah pakai aku buat review asing yee..

Basix pulak sized je.. Rasa macam takde OS tengok kat website tu. Cutting macam lebih kurang Simplex. Belum try pakai. Nanti aku buat review asing jugak..

Err tu jela kot entry pengenalan.. Hah ada entry lain ke. Over plak ye.. Insyaallah akan catat tentang prewash pulak. Apabila rajin hehehehe...

Take care!

Thursday, March 21, 2013

Pap Smear. Dah Buat Belum?

Assalamualaikum,

Haaa soalan cepu cemas, korang dah buat pap smear belum?? Kalau belum, cepat-cepat pegi buat. Penting tauu buat pap smear ni. Tujuannya adalah untuk memeriksa kesihatan servik korang tuuu hehe.. Oh, pap smear ni hanya untuk orang yang dah kawin tauuu.. Yang belum kawin kalau nak buat jugak, sila kawin dulu ye hehe.. Kenapa hanya orang dah kawin je kena buat ni? Sebabnya, pap smear perlu dilakukan wanita yang pernah dan aktif melakukan hubungan seks. Haa for sure la orang kawin je kan yang aktif buat benda tu. Kalau belum kawin dah aktif, err korang pun kena buat jugaklah!




Aku buat kat KKIA Tuaran je. FREE OF CHARGE! Bawak diri dan IC je.. Aku penah tanya kat klinik berbayar di Tuaran berapa charge untuk buat pap smear. Klinik tu charge RM50. Klinik lain aku tak sure. Hmm RM50 baanyak tu. Baik simpan buat makan hehe.. Pegi je Klinik Kesihatan kerajaan.. Normally tak tunggu lama pun nak buat pap smear ni sebab tak ramai yang buat. Aku tadi tunggu turn 30 minit je. Prosedur amik masa dalam 15 minit je kot (termasuk nurse interview personal details). Sekejap sangat lah!!

Aku sebenarnye dah lama dok tangguh-tangguh nak buat. Tangguh tu satunya sebab takde masa. KKIA Tuaran buat pemeriksaan pap smear hanya pada hari Khamis (kecuali Khamis minggu kedua) dan belah pagi je. Kalau nak buat ni aku kena la tinggalkan Shaheem dengan abah dia. Sebelum-sebelum ni hubby keje, kebetulan harini dia off sebab semalam dah duty. So cepat-cepatla amik kesempatan.

Alat yang digunakan untuk pemeriksaan pap smear
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.

Erm aku tangguh-tangguh jugak sebab takut sakit! Huhu.. Tapi serius ye saya nak bagitau ni, tak sakit pon haaa... Prosedur dia lebih kurang sama macam nak check jalan, kena kangkang ape sume.. Tapi nurse takdela seluk dalam-dalam.. Dia just masukkan spekulum (tool plastik yang macam mulut itik tuu..).Pastu dia amik satu berus kecik ni, dia swab la 360 darjah dinding servik kita tu. Tak rasa ape pun. Rasa geli-geli je.. Pendek kata memang TAK SAKIT lah! Yang penting korang jangan kemut-kemut. Relax jee.. Kalau korang relax, sure takde ape punye. Dan paling penting juga, kena ketepikan rasa malu. Pikir buat semua ni untuk kebaikan korang je, okay! ;)

Keputusan nurse kata amik masa dalam sebulan sebab dia cakap sampel akan dihantar ke lab swasta (aku tengok tadi dia akan hantar ke Pathlab). Kalau ada apa-apa masalah pihak klinik akan hubungi. Hmm hopefully semuanya ok lah..

Oh ye, nurse check breast jugak tadi. Lagi satu perkara wajib kita orang perempuan patut buat. Check payudara in case ada ketulan ke ape.. Kalau ada, bleh rawat dengan segera kan. Tadi nurse tolong check dan ajar sekali. Next time boleh check sendiri :) Nanti next entry aku share caranya ye!

Lagi info tentang pap smear. Kawan-kawan yang belum buat sila lah ye. Tak sakit, free & sekejap je..






Tuesday, March 19, 2013

Cerita pasal Saif Shaheem sikit!

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.. Semoga terpublishla entry ini hehehe..

Laaama tak tulis satu entry hanya tentang my boy Shaheem kan.. Mehla nak story mory ape kesahnya dia sekarang.

6 Mac lepas,genapla setahun. Alhamdulillah. Udah besor panjang. Boleh tak tadi terpikir nak potty train dia dah? Hahaha sabar sabar. Awal kot lagi.. Tunggu 2 tahunla baru potty train. Tak puas lagi nak pakaikan cd kat Shaheem nih hehehe..

Umo setahun dah layak panggil toddler. So mama dah kena get ready dengan perangai toddler. Dan Shaheem sememangnya dah menunjukkan perangai toddlernya!! Adoi, kalo sehari dia tak buat benda-benda yang boleh menaikkan amarah aku memang tak sah la huhu..

He's a good boy really. Kalau dengan orang yang dia tak kenal atau jarang jumpa, dia jadi pemalu. Elok-elok tengah cergas dia boleh tetiba terlentok di bahu aku, atau tetiba datang sorokkan muka belakang aku. Malu la kununnnnn.. Dulu masa kicik-kicik, bila pergi rumah orang dia diamm je atas riba. Tengok jela anak-anak orang tu main. Tapi sekarangggggg.. Dia pun sama naik!! Tak reti dok diam! Siap boleh rebut mainan orang lagi. Mainan orang tu nakk, mana bleh rebut sesuka hati huhu. Haritu pegi rumah jiran, dia dok pegangla kereta merah ni. Tak lepas-lepas. Sampai nak balik pun tak lepas. Aku nak amik tak bagi. Jiran aku pun cakap, "amik aje lah.. Abang Acap (anak dia umo 3 tahun) dah tak mau dah yang tuu.." Huhu... nasib abang Acap tak nampak Shaheem amik. Kalau dia nampak, mau mengamuk gak tuh hehe.. Shaheem Shaheem.. Dah jadi hak milik dia dahla kereta tu. Pegi mana-mana dok pegang tu je. Sampai tertidur haa main kereta orang huhu..

Nampak kereta kecil warna merah itu?


Kalau jalan-jalan kat luar, dia behave gakla. Dalam kereta duduk diam-diam atas car seat. Dia tidur je selalunya hehe.. Aku tak kuasa nak riba. Sebab kalau riba memang dia tak dok diam! Tapi kalau pegi Tuaran, dekat-dekat tu aku riba ajela. Sebab dekat sangat. Tak sempat dia nak membuas ekeke.. Jalan-jalan shopping complex, letak je dia dalam buggy. Tapi kalau dia boring dia mengamuk gak huhu.. Terpaksa dukung. Berat oo.. Hubby yang selalu dukung. Aku tak larat nak pegang lama-lama. Sebab Shaheem kadang tak dok diam jugak bila dukung. Hmm nyesal tak beli ssc.... Takpelah, next baby beli k :P

Dalam flight balik kampung haritu pun, alhamdulillah Shaheem baikk sangat. Tak meragam.Walaupun memula tu dia tak dok diam jugakla. Sebok nak main leaflet dekat pocket seat tu. Nak bukak meja. Nak amik tu, nak amik ni. Dahla seat sempit. Dia macam restless. Ada gakla dia menjerit-jerit huhu.. Aku dah risau dah takut nanti selama 2jam 30 minit flight KK-KL tu dia akan mengamuk atau buat perangai. Tapi bila dah take off, dia terus tido! Otomatis! Haha.. senang hati. Flight KB-KL pun sama.. Tapi lengan la lenguh memangku dia huhu..

Sempat bercamwhore dalam flight kehkehkeh..
Oopsie muka abah sekerat. Maaf, mama dengan Shaheem je dapat enterpremm :P
Gambar ketiga, tengok Shaheem tido sungguh-sungguh hehe.. Masa tu dah sampai KL dah.. 


Kat kampung haritu, pertama kali dalam sejarah hidup, Shaheem warded hohoho.. Alkisahnya pada suatu hari kat rumah parents in law di Besut, Terengganu, cuaca sangat panas. Maka aku pun togelkan Shaheem. Pakai cd je heh.. Dia macam biasa la main main main.. Then malam tu pukul 7 lebih dia dah tido. Sebelum tido lepas mandi aku perasan ada bintik-bintik merah kat perut dia, macam kena gigit semut/nyamuk. Aku pun sapula TYT. Pukul 9 lebih kot, dia bangun. Dia aktif jugak main. Sambil tu dok garu-garu perut. Tengok macam makin banyakla gatal-gatal tu.. Tunjuk kat mak mertua dia kata kelopak garam kot... Aku pun tak taula nape dia jadi macam ni. Ada gak terpikir dia alergik dengan ape-ape. Dalam fikiran masa tu ingat dia alergik dengan sabun Dynamo. Aku basuh baju dia dengan Dynamo masa kat kampung. Aku pun bukakla baju dia. Tido togel jugak, hanya bercd malam tu. Sebelum tido, gatal-gatal banyak kat area perut dengan kaki je. Dalam pukul 2 pagi, Shaheem nangis-nangis. Masa tu gelap, aku ingat dia nak susu la. Aku bagi susu. Pastu dia nangis-nangis lagi. Aku tukar cd pulak. Sebab ingat punggung dia basah ke ape. Tapi dia still sama. Merengek, menangis, hentak-hentak kaki, guling-guling. Aku pun suruhla hubby bukak lampu. Bila bukak, haaaa barula nampak, dah sampai ke muka dah merah-merah gatal tu! Oh noooo.. panik gakla aku huhuhuhuhuh...

Terusla siap-siap bawak pegi emergency Hosp Jertih. Masuk je dalam bilik kecemasan tu, doc tengok terus cakap, "hah allergic ni... masuk wad!" Huhuhu.. Shaheem kena inject dengan Hydrocort kot nama ubatnya. Tu yang aku dengarla.. Doc tanya Shaheem allergy dengan ape. Sampai sudah aku tak tau.. Serius tak tahu. Sebab Shaheem sebelum ni mana pernah kena macam ni. Tetiba je. Shaheem discharge esok petangnya pukul 5 lebih. Masuk wad sebab Hydrocort tu kena inject 4 dos. So kena habiskan. Shaheem dok dalam wad melasak jugak! Lepas inject tu otomatik bintik-bintik tu sume hilang. Dia pun tak gatal-gatal dah. Legaa.. Tu yang dia melasak tu. Nak berjalan sana sini. Satu wad dia round huhu.. Aku dukung dia menjerit-jerit tak mau...

Gambar 1 .. gedis gedis dengan mama dalam wad hehe
Gambar 2 .. ketiduran selepas kena cucuk jarum kat tangan huhu, jarum untuk masuk ubat. Kuat betul Shaheem meraung. 2 kali inject tapi tak jumpa urat sebab tangan Shaheem terlalu gebu huhu.. Mama tak sanggup nak tengok, tak sanggup nak dengar Shaheem nangis, tapi apakan daya sayang, it's for your own good..
Gambar 3 .. Abah anak ketiduran.. Sama pesen je hehe.. Hubby demam sebenarnya masa ni. Panas sangat. Tapi terpaksa gagahkan diri huhu.. Nasib baik mama sihat walafiat. Kalau mama pun demam sama, tak tahu laaaaa...


Actually esok paginya (sehari selepas keluar wad), Shaheem naik balik gatal-gatal tu huhu.. Pukul 5 pagi pegi emergency. Doc dah tak inject tapi dia bagi ubat makan. Hmm memang tak taula dia alergik dengan ape huhu.. Aku suspect hama kot. Sebab rumah in laws ada banyak burung, ayam.. Mana lah tau nak terkena kan. Donno lah! Yang penting, janganla jadi lagi pasni huhu

Banyak lagi cerita pasal Shaheem ni. Nantila sambung lain kali. Publish yang ni dulu hehehe...

Tata! :D







Sunday, March 17, 2013

Lama menyepi, ada yang rindu? :P

Assalamualaikum

Hey heyyy kenapa malas sangat update blog ni???!! Huhu..

Awal bulan haritu balik kampung. Memang tak sempat langsung nak online. Dah balik sini pun tak sempat. Shaheem meragam sikit. Nak mengikut mama je. Susah betul nak buat keje huhu.. Nak kencing berak pun payah. Bangun je dia bergayut kat kaki. Pastu sekarang kuat nangis. Nangis pulak macam sakit-sakit. Aku rasa dia sunyi la. Balik kampung haritu kan ramai kawan. Ramai yang melayan. Balik Sabah dah takde orang. Ada mama abah je. Eh abah pun jarang ada kat rumah sebab sekarang sibuk jaga base. Laagila bosan dia.. Shaheem nak adik eh? Huahua mama gedis.

Eh Shaheem dah setahun tau. Alhamdulillah :)  6 Mac haritu genapla dia setahun. Haih seriusla sekejap je masa berlalu. Rasa macam aku baruu je lahirkan dia. Setiap memori nak bersalin tu masih segar dalam ingatan. Even rasa sakit tu pun aku boleh ingat lagi. Dulu dia kecik, merah-merah, lembik lagi. Sekarang, dah besar! Dah gagah, dah macam-macam pe'el.. Terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu yang sangat berharga ini. Mama sayang Shaheem sepenuh hati mama..

Balik kampung haritu dapatla celebrate birthday Shaheem. Kat Besut rumah parents in law, kitorang buat barbecue. Seronok jugak makan ramai-ramai. Kat rumah family aku, hubby beli kek Secret Recipe. Mak pulak buat nasik beriyani. Huh sodapp hehe.. Yang penting sume happy :) Hadiah untuk Shaheem aku tak beli ape-ape pun lagi. Plan nak beli jugak something. Biar ada barang la kan. Nanti boleh buat kenangan, cakap ni birthday present Shaheem setahun :D

Niat di hati nak beli basikal roda tiga yang boleh tolak macam ni.. Tapi tak tau Shaheem nak duduk ke tak kihkihkih..



Tak tau mana nak cari kat Sabah ni. Kat Servay Likas ada kot.. Nantila bila hubby off ajak dia pegi sana usha usha.. Hopefully tak mahal juga huhuhu

Balik kampung haritu tak berjalan ke mana pun. Sebabnya hubby demam panas & Shaheem pulak masuk wad semalaman huhu.. Hubby demam tu sebab main moto! Haha dia baru beli moto scrambler tu. Balik dok ligan yang tu la. Sampai demam haaaaa.. Sabar jelah. Mungkin jugak sebab perubahan cuaca.. Shaheem pulak masuk wad sebab alergik. Tak tau alergik dengan ape. Habis satu badan sampai ke muka naik bintat merah. Gatal pulak tu. Kesian dia takleh tido. Bawak pergi emergency terus doc suruh masuk wad. Nantila aku cerita di lain entry (kalau rajinlaaa hehehe)...

Erm dah takde mood nak menaip haha.. Publish yang ni dulu la. Kang sia-sia taip panjang last last tak publish sebab malass hehehe.. Esok esok kalau rajin, aku update lagi. Daa!~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...