Friday, February 8, 2013

King of Baking, Kim Tak Gu

Assalamualaikum,

Aku sekarang tengah tangkap syok dengan cerita ni hihihi.. Actually tahun lepas dah tunjuk dah dalam KBS World. Tapi masa tu aku tengok kadang-kadang je. Bila jarang-jarang tengok malasla nak tahu lebih lanjut kan. Tapi tahun ni bila KBS ulang tayang tah macamana aku tertengok dari awal. Terus layan sampai sekarang dah episod 24 dah kot.. Best!! Hohohoho.. Hubby pun dah terjebak sekali dah. Layan cerita ni sampai menangis ahahaha.. Serius weh, hubby aku nangis! Tapi dia tak ngaku. Kononnye air mata keluar sebab dia menguap. Ahh aku tak percaya! haha.. Sweet pulak rasa my pumpkin nangis sebab layan cerita korea.. Kira hati dia lembut jugakla ek hehehe..


Bestla cerita ni. Banyak bermain dengan perasaan. Hal cinta, keluarga.. Aku suka semangat yang ada pada Kim Tak Gu. A very strong will person! Suke suke suke....

Nah.. baca la synopsis cite ni.. Aku memang tak reti nak karang synopsis sendiri. Kopipes sudahh hehe..

BEWARE! SPOILERS AHEAD!

Kim Takgu is the eldest son of Gu Il Jong, the chairman of Geosung Foods Enterprise, and Kim Misun, his mistress. The Chairman’s wife, Insok, is furious with her husband and shuns Takgu. When his mother is kidnapped, Takgu runs away from home and spends the next 12 years looking for her. Through his journey he enters a baking school owned by Pal Bong, a legend in the baking industry who coincidentally is also the same teacher who taught his father. There he finds Jo Jingu, the man who kidnapped his mother, but he tells Takgu that she accidentally fell of a cliff. Takgu decides to stay at the bakery and learn the art of making bread, like his father did before him. Majun, Takgu’s half-brother is also at the school, hoping to learn about baking in order to win his father’s approval and take over the family business. He is living under an assumed name and never reveals his true identity, still having a hatred for Takgu from their childhood.
It is later revealed that Takgu’s mom is not dead and that she is looking for him. The Chairman, who also spent the past 14 years looking for Takgu, eventually finds out he is at the bakery and is furious at Majun for not telling him. The Chairman wants Takgu, his oldest son, to take over the family business instead of Majun. Majun plots to steal Takgu’s childhood friend Shin Yukyeong and embarrass his family in the process as revenge. Takgu eventually finds his mother, but Insok and her lover (and the Chairman’s assistant) Han plot to rob Takgu of his inheritance so that Majun will take the Chairman’s position. When the Chairman finds out about this, Han goes so far as to attempt to murder Takgu, but he is saved by Jo Jingu. Majun’s plan to embarrass his family works, but it doesn’t give him the satisfaction he expects. He reaches a truce with Takgu and the two agree to let their older sister Gu Jakyung run the company. The show ends with Takgu continuing to work at the bakery with his girlfriend Yang Misun while Majun decides to travel around the world with his new bride Shin Yukyeong. While Manger Han is in prison, the Chairman is happy that his loved ones have found happiness.

Hohohoho dah tau dahla ending dia macamana! Nyesal lak baca sinopsis nih haha.. Takpelah.. Aku memang dah agak pun last last Tak Gu dengan Misun.. Ok ape, they are cute together hehe



Tak sabar nak tengok hari Isnin nanti.. Cite ni setiap hari Isnin-Khamis. Pukul 3.25 petang, KBS World. Ulangan pada malamnya pukul 11.25 malam..Selamat menonton! hehe

Thursday, February 7, 2013

Punoh Punoh!

Assalamualaikum,

Aaaa punoh jahanam plan hujung mingguku..... Baru ingat nak turun KK, jumpa kawan lama. Dah lama woooo tak jumpa. Aku kawen dia tak dapat datang meriahkan majlis. Aku beranak pun dia tak datang jenguk. Haa dia tak tengok Shaheem lagi tau. Shaheem dah nak masuk setahun dah pun huhu... Dia kawan MMP dulu.. Sekarang tengah mengajar di Miri. Husband beliau pulak di Kunak. So cuti raya cina ni dia dia balik Kunak la nak beromantika dengan suami kan hihi.. Sebelum balik Kunak (flight ke Tawau hari Sabtu malam) dia transit KK dulu...


Kenapa aku kata plan aku punah? Meeting AJK ba alif kaf ta tu laaaaaaaa.. Adoiiii.. tetiba puleks last minit ada meeting. Frust oo.. Meeting pulak pukul 3 petang. Kalau aku keluar pagi mananye sempat nak mengejar masa. Paling awal keluar pun mesti pukul 10 pagi. Rumah aku ke KK setengah jam. Nak mengharung jem lagi.. Nak mencari tempat, mencari parking.. Nak makan, nak berbual-bual of course amik masa lama kan.. Ish aku tak suka la kalau keluar tapi terkejar-kejar masa. Tak besh!


Sedih.... bila lagi nak jumpa kawanku ini... Sori Kema :'( Semoga kita ada peluang lagi  untuk bertemu...

Cobaan & happy 11m old Shaheem!

Assalamualaikum,

Harini (6/2) hari yang tak berapa nak happy untuk aku.. Untuk bisnes aku. Ada masalah plak dengan supplier & customer. Aduhh tertekan aku.. Rasa macam Shaheem sedikit terabai harini sebab mama was too busy solving the problems. Nasib baiklah hubby yg on duty balik ke rumah sekejap.. Tapi hubby balik pun, bawak balik berita tak best huahuahua.. Ada ke patut nama aku naik untuk AJK ba alif kaf ta??? Huahuahua.. Sabtu ni meeting nye.. Terrrrrpaksa la pergi. Sabor jelaaaa.. Pastu hubby bawak balik parcel untuk aku. CD Shaheem yang dah berjaman lamanye kutunggu.. Bukak-bukak tengok ada barang tak cukup. Order & bayar untuk 3 packs, dapat 1 pack je. Adoiyaiiii.... Nak marah dan geram jugak tapi disebabkan aku tengah serabut dengan masalah bisnes aku tuh, maka aku KIV dulu kemarahan dan kegeraman tersebut....

Banyak jugak dugaan berbisnes nih.. Bukan senangla... Nasib baikle hubby balik tadi. Dapatla dia tenangkan aku yang tengah berserabut. 

Ok dah tutup buku pasal tu. Malassss nak pikir dah..

6/12/13 Shaheem 11months old. Alhamdulillah dia sihat sokmo. Makin lasak! Pandai bergurau jugak dah hehehe.. 

Aku baru notice.. bila aku nak hampar toto untuk tido, dari dia baby lagi aku suka cakap "tokto tokto!" And dia memang sukeeee sangatla.. Sekarang kan bila aku cakap, "tokto tokto!" dia macam ikut cakap tau walaupun  tak jelas. Bunyi tu ada.. Bangga gila aku ohhh.. Cepat pickup jugak dia hehe.. Goodboy anak mama. He's such a brilliant boy!! Cepat-cepat cakap pulak. Mama nak bersembang hehehe..

Ma sexy boy!

Wednesday, January 30, 2013

VIDEO: Shaheem dah pandai berjalan :)

Assalamualaikum,

Shaheem tengah tido tapi boleh bangun bila-bila masa. Jadi kena update blog laju-laju!

Ni nak share video Shaheem berjalan hehe.. Alhamdulilah umur 10 bulan lebih dia dah pandai bertatih dah.. Tapi belum stabil lagila. Asyik jatuh je. And Shaheem pun tak pandai lagi nak bangun sendiri bila duduk. Mesti kena pegang mana-mana dulu baru boleh bangun. Mak cakap Shaheem ni kira ringan jugakla. Cepat berjalan. Alhamdulillah. Tapi kan, ada anak kawan sekeje hubby, anak dia laagi cepat jalan. 8 bulan dah jalan dah. Pompuan lak tu hehe.. Hebat hebat..



Shaheem dah boleh jalan dari ruang tamu sampaila ke dapur.. Kadang-kadang sampai dalam bilik. Aku tutup semua pintu, tak mau di masuk. Bila masuk, dia senyap-senyap buat keje dalam tu. Bukak lacila.. Habis kain baju dia punggah keluar. Sabar jelaaa..

Terhibur sangat tengok keletah anak ni. Tak sangka dah besar camni dah hehe.. Dulu meraaah je lagi dalam dakapan..

Tuesday, January 29, 2013

Entry Tetengah Malam

Assalamualaikum,

Aku sebenarnye dah off laptop ni awal-awal lagi. Kengkonon lepas tidokan Shaheem aku pun nak tido.. Tapi mata segar pulak selepas pekena kopi 3in1 Indocafe. So aku bilas soiled cd Shaheem, aku kemas-kemas meja makan. Dan teringat pulak nak kena packing cd customer order. Esok nak bagi hubby mintak tolong pos. Masa nak tulis alamat dalam borang Pos Laju tu, baru teringat, alamat nak kena tengok message dalam FB. Cehh.. terpaksala on balik laptop. Dan bila dah on, rugila pulak rasa kalau tak melayari internet buat seketika hihihi.. Alang-alang dah on ni, kita update blog sekali :D

Harini cam penat je rasa. Maybe sebab aku bangun awal... Tetiba pulak rajin harini mengemas dapur, mengemop lantai ape sume..Shaheem sekarang kan, suka kutip bendasing atas lantai pastu dengan pantas dia masukkan dalam mulut. Tak kira dah ape benda pun. Main masukkk je. Aduilaa.. Geram betul aku. Bila kita haippp dia sengih. Ingat kita buat lawak. So mama kena jadi extra cautious. Kena pastikan lantai bebas dari bendasing bendasing. 

Shaheem shaheem dah besar ni makin banyak ragam pulak dia..

Shaheem kan.. sekarang suka main lori.Ada la abah dia belikan lori kecik-kecik. Dia tolak lori tu kedepan, kebelakang. Terbongkok-bongkok dia intai tayar. Kagum maybe bila tengok tayar bergerak. Dia tengok tayar sampai kadang-kadang pipi rapat ke lantai. Khusyuk sungguh hehe. Pastu kalaula tetiba lori tu terbalik (sebab dia tolak kuat sangat) haa nanges la dia! Aduila.. nangis pulak siap keluar air mata. Drama sungguh. Pandai terbalikkan, pandaila betulkan. Ni takkk.. nangis pulak. Geram je kekadang hehe.. Sebab dia sangat comel!

Sekarang dah agak terer berjalan. Dah jauh dah dia melangkah. Dari ruang tamu ke dapur.. dari dapur ke dalam bilik. Kira cepat jugakla kan Shaheem bleh berjalan. Insyaallah esok aku share video dia :D

Aku rindu Shaheem ni huhuhu.. Macamla dia dok jauh. Ada je kat sebelah ni. Tergolek tido. Time dia jaga, aktif main, aku tak larat. Mulut dok suruh dia tidooo je. Sekarang dia dah tido, bosanla pulak huhuhu... Ape daa mama....

Okla, dah nak pukul 1 pagi. Nak sapu masker PMC kejap pastu tido0o0oo... Aku tengah bereksperimentasi dengan PMC sekarang.. PMC ~ Pure Marine Collagen atau rumpai laut Sabah hehe.. Nantila aku cerita lebih lanjut pasal tu dalam entry lain :)

Till then, aku sign off dulu. Selamat malam. Assalamualaikum!~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...