Sunday, January 20, 2013

10 Tip Mengajar Bayi







Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)

Hat-hati dengan Produk Beracun!


Petikan daripada akhbar:

"Bagaimanapun selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna."

"Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor."

" 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan. 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur steroid dan antihistamino"

Baca senarai produk yang disenaraihitam tu, banyak jugak yang familiar kan. Selalu nampak iklan dalam majalah atau tv..

Baby Feeding Cues

Assalamualaikum,

Informasi yang saaangat berguna untuk ibu bapa :)


Update Sesaje...

Assalamualaikum

Cik Shaheem dah tido and cik pumpkin on duty. Jadi boleh update blog laju-laju hehe..Shaheem tido dari pukul 10 tadi. Kena buat semua kerja dengan perlahan. Jalan pun kena jalan slow-slow. Pijak semut pun tak mati. Sebabnye Shaheem ni telinga lintah. Takleh bising sket mesti terjaga. Dan kalau dia terjaga, aaaa masakla mama nak kena teman dia main malam-malam buta huhuh

Shaheem dah boleh melangkah 2,3 langkah tau. Alhamdulillah. Shaheem ni aku tengok sorang yang berani, tahan lasak dan kuat semangat. Dia berani nak melangkah walaupun dia tau dia akan jatuh...Bila dah jatuh dia tak give up.Dia bangun dan cuba lagi.. Memang dia ni pun tahan lasak la. Kalau ikutkan bila jatuh tu memang tersangatla sakit kan sebab lantai rumah tiles. Tapi dia ni alah bisa tegal biasa. Relax je hehe.. Haih dah besar dah dia.. Rasa macam baru semalam lahirkan dia huhuhu...

Esok jadual pack. Nak jumpa customer di Tanjung Aru, COD barang. Pastu nak ke Likas. Nak massage massage. Hehehe seriously aku perlu berurut. Sakit sangat dah badan ni.. Takleh nak duduk bersila lama-lama nanti lutut sakit. Berdiri pun takleh lama.Sakit pinggang, belakang. Kaki ni pulak, kalau tidopastu bangun buat susu ke ape, sangatla sakit. Nak jalan pun sakit. Ni lah bahana tak berpantang elok-elok. Badan dah masuk angin rasanya ni.. Masa dalam pantang haritu aku berurut 3 kali je. Pastu takde dah. 

Dah lama dok cari-cari orang yang pandai mengurut kat KK ni.. Geram jugak nak pergi kedai-kedai yang offer massage tu kan. Tapi takut. Sebab penah dengar orang cerita. Dia pergi berurut kat situ sekali diberikannya "benda". "Benda" tu buat badan dia selalu sakit and selalu nak berurut kat tempat tu.Tak maula camtu kan huhuhu...

Alhamdulillah, ni ada jumpa tukang urut yang pandai. Suami isteri, dah berumur dah pun. Lebih tua daripada mak ayah aku. Orang Kelantan tapi dah 40 tahun dok Sabah. Haritu hubby berurut dengan dia. Alhamdulillah, cepat ok kaki dia. Hubby berurut dengan yang laki. Isteri dia pun pandai gak mengurut. Dah ramai yang pergi tempat dia. Especially yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat.. Tak sabar nih nak di massage massage hehehe
Dah takde pape nak update. Tu je. Sekian terima kasih :P


Wednesday, January 16, 2013

Keje Paling Malas Nak Buat

Assalamualaikum,

Satu keje yang aku paaaling malas nak buat ialah.. lipat kain T__T

Ye, walaupun saya suri rumah, kain tetap juga menimbun tak berlipat heh.. Ikhlas tak pengakuan aku? hehehe.. Kumpul seminggu baru lipat biasanya. Tapi biasala, bila makin tinggi timbunan makin malas. Haih ape nak jadi... Bila dah lipat cantik-cantik suka plak mata memandang.. Lepas tu malas lain pulak yang timbul. Malas nak angkut buh dalam almari. Haha dasar pemalas sungguhlaaaa.....

Timbunan baju aku, hubby & Shaheem dann timbunan cd Shaheem


Ni CD yang dah siap dimasukkan insert dan dilipat.
Cantik le pulak berlipat kemas kann.. Nak lipat tu yang bencinta...


Siap lipat.... Baju seminggu lepas basuh baru nak lipat kekeke


Korang rajin tak lipat baju? Mesti malas cam aku jugak kan? :P


Mommies!!!
Saya nak kasi clear ini  Calvin Klein sleepsuits
Murah sajo, RM17 sehelai.
Beli 3 helai ke atas dapat FREE POS.
Mari mari beli...
Sedap pakai malam-malam ni sebab dah ada sarung kaki..
Takyah dah buh stokin..
Kain pun lembut. Selesa lah untuk baby anda.
Nak order, email me at alwani.amalini@gmail.com
Atau PM je kat fesbuk,

Masyehhhhhhhhhhhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...