Informasi yang saaangat berguna untuk ibu bapa :)
Sunday, January 20, 2013
Update Sesaje...
Assalamualaikum
Cik Shaheem dah tido and cik pumpkin on duty. Jadi boleh update blog laju-laju hehe..Shaheem tido dari pukul 10 tadi. Kena buat semua kerja dengan perlahan. Jalan pun kena jalan slow-slow. Pijak semut pun tak mati. Sebabnye Shaheem ni telinga lintah. Takleh bising sket mesti terjaga. Dan kalau dia terjaga, aaaa masakla mama nak kena teman dia main malam-malam buta huhuh
Shaheem dah boleh melangkah 2,3 langkah tau. Alhamdulillah. Shaheem ni aku tengok sorang yang berani, tahan lasak dan kuat semangat. Dia berani nak melangkah walaupun dia tau dia akan jatuh...Bila dah jatuh dia tak give up.Dia bangun dan cuba lagi.. Memang dia ni pun tahan lasak la. Kalau ikutkan bila jatuh tu memang tersangatla sakit kan sebab lantai rumah tiles. Tapi dia ni alah bisa tegal biasa. Relax je hehe.. Haih dah besar dah dia.. Rasa macam baru semalam lahirkan dia huhuhu...
Esok jadual pack. Nak jumpa customer di Tanjung Aru, COD barang. Pastu nak ke Likas. Nak massage massage. Hehehe seriously aku perlu berurut. Sakit sangat dah badan ni.. Takleh nak duduk bersila lama-lama nanti lutut sakit. Berdiri pun takleh lama.Sakit pinggang, belakang. Kaki ni pulak, kalau tidopastu bangun buat susu ke ape, sangatla sakit. Nak jalan pun sakit. Ni lah bahana tak berpantang elok-elok. Badan dah masuk angin rasanya ni.. Masa dalam pantang haritu aku berurut 3 kali je. Pastu takde dah.
Dah lama dok cari-cari orang yang pandai mengurut kat KK ni.. Geram jugak nak pergi kedai-kedai yang offer massage tu kan. Tapi takut. Sebab penah dengar orang cerita. Dia pergi berurut kat situ sekali diberikannya "benda". "Benda" tu buat badan dia selalu sakit and selalu nak berurut kat tempat tu.Tak maula camtu kan huhuhu...
Alhamdulillah, ni ada jumpa tukang urut yang pandai. Suami isteri, dah berumur dah pun. Lebih tua daripada mak ayah aku. Orang Kelantan tapi dah 40 tahun dok Sabah. Haritu hubby berurut dengan dia. Alhamdulillah, cepat ok kaki dia. Hubby berurut dengan yang laki. Isteri dia pun pandai gak mengurut. Dah ramai yang pergi tempat dia. Especially yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat.. Tak sabar nih nak di massage massage hehehe
Dah takde pape nak update. Tu je. Sekian terima kasih :P
Wednesday, January 16, 2013
Keje Paling Malas Nak Buat
Assalamualaikum,
Satu keje yang aku paaaling malas nak buat ialah.. lipat kain T__T
Ye, walaupun saya suri rumah, kain tetap juga menimbun tak berlipat heh.. Ikhlas tak pengakuan aku? hehehe.. Kumpul seminggu baru lipat biasanya. Tapi biasala, bila makin tinggi timbunan makin malas. Haih ape nak jadi... Bila dah lipat cantik-cantik suka plak mata memandang.. Lepas tu malas lain pulak yang timbul. Malas nak angkut buh dalam almari. Haha dasar pemalas sungguhlaaaa.....
Satu keje yang aku paaaling malas nak buat ialah.. lipat kain T__T
Ye, walaupun saya suri rumah, kain tetap juga menimbun tak berlipat heh.. Ikhlas tak pengakuan aku? hehehe.. Kumpul seminggu baru lipat biasanya. Tapi biasala, bila makin tinggi timbunan makin malas. Haih ape nak jadi... Bila dah lipat cantik-cantik suka plak mata memandang.. Lepas tu malas lain pulak yang timbul. Malas nak angkut buh dalam almari. Haha dasar pemalas sungguhlaaaa.....
Timbunan baju aku, hubby & Shaheem dann timbunan cd Shaheem
Ni CD yang dah siap dimasukkan insert dan dilipat.
Cantik le pulak berlipat kemas kann.. Nak lipat tu yang bencinta...
Siap lipat.... Baju seminggu lepas basuh baru nak lipat kekeke
Korang rajin tak lipat baju? Mesti malas cam aku jugak kan? :P
Mommies!!!
Saya nak kasi clear ini Calvin Klein sleepsuits
Murah sajo, RM17 sehelai.
Beli 3 helai ke atas dapat FREE POS.
Mari mari beli...
Sedap pakai malam-malam ni sebab dah ada sarung kaki..
Takyah dah buh stokin..
Kain pun lembut. Selesa lah untuk baby anda.
Nak order, email me at alwani.amalini@gmail.com
Atau PM je kat fesbuk,
Masyehhhhhhhhhhhh....
Saturday, January 12, 2013
Sabtu!
Assalamualaikum,
Selamat hari Sabtu :) Pagi ni melepak je kat rumah sebab hubby balik dari duty pukul 8 pagi pastu balik dengan kaki berbalut sebelah. Hadeii suamiku.. Tergeliat masa main takraw petang semalam. Semalam dah urut. Bangun pagi ni dah bengkak. Nak pijak lantai pun tak boleh. Terus pegi hospital dalam base. Isnin ni nak kena x ray. Dia kata masa kaki dia terpelecok tu ada bunyi meletup. Huh ape la yang meletup tu. Hmm hopefully nothing bad.
Selamat hari Sabtu :) Pagi ni melepak je kat rumah sebab hubby balik dari duty pukul 8 pagi pastu balik dengan kaki berbalut sebelah. Hadeii suamiku.. Tergeliat masa main takraw petang semalam. Semalam dah urut. Bangun pagi ni dah bengkak. Nak pijak lantai pun tak boleh. Terus pegi hospital dalam base. Isnin ni nak kena x ray. Dia kata masa kaki dia terpelecok tu ada bunyi meletup. Huh ape la yang meletup tu. Hmm hopefully nothing bad.
Kaki berbungkus hehe
Actually sebelum dia main tu dia ada bagitau aku, petang nanti nak main takraw dengan budak ofis.Aku masa dengar tu dah rasa tak bes.Yela,takraw ni kan main libas-libas. Dok terbayang time dia nak melibas tu jatuh ke ape. Tapi aku diamkan je.Tak mau cakap. Sekali bila jadi macam ni terus rasa, "eh betulla instinct aku tu..." Lain kali kalau aku tak suka, aku patut cakap je kan...
Insyaallah lepas Zohor nanti nak keluar pegi mengurut and singgah kedai beli susu Shaheem sekali. Tinggal setin je lagi tak bukak.. Now, dua-dua hero tengah tido hehe
Hamboii anak terunaku.. tido siap silang-silang kaki hehehe
Friday, January 11, 2013
Hola!
Assalamualaikum,
Entry first tahun 2013. Peh lamanye kutinggalkan blog. Dah takde moodla. Kenapa kenapa kenapa? Dahla ada 2 blog nak kena maintain. Nyesal lak aih buat 2 blog hihihi.. Erm aku dah buat keputusan.. Nak maintain satu blog je. Nak update blog Amalini's Diary ni jah. Yang pregnancy tu biar berkubur. Bila pregnant lagi baru update yang tu pulak. Haha entah bila la tu kan nak pregnant lagi. Insyaallah bila ada rezeki :) Kenapa aku pilih blog ni sebab this is my main blog. Dari tahun 2009 aku create after aku kuburkan yang lama. Haa dah banyak blog rupanya aku. Start blogging dari tahun 2004 ke 2005 lupa dah. Tapi masa tu blogging bodoh-bodoh. 2009 baru create Amalini's Diary ni and sayangla nak kuburkan yang ni. Banyak hasil income Nuffnang datang dari blog ni. Hahaha banyakla sangat kan..
Anyway, hello hello. Please welcome me back everybody. Mood blogging please lah datang dan jangan pergi lagi. Rindu tau nak update blog, blogwalking etc tapi tak tau kenapa mood tak mari. Semenjak ada cik Shaheem ni la. Jadik malas... Doakan aku tak hangat-hangat taik ayam lagi ye uhuhu.. Sayang woo blog tak berupdate. Dah berhantu ke ape blog aku nih...
Pasni segala cerita mengenai Shaheem aku update kat sini la ye.. Shaheem dah besar!! 10months old already. Haih cepat sungguh masa berlalu kan? Nak setahun dah dia. Rasa macam baruuu semalam beranakkan dia. Dah boleh dah ni kalau nak ada adik. Aku dah panggil dia abang dah haha.. Prektis awal-awal :P Gedik nau mama. Anak sorang ni tak terlarat nak jaga, ada hati nak tambah lagi dalam masa terdekat huhuh..
Ok dah dah la membebel. Dah 6.30pm. Sabah dah maghrib dah ni :D
Happy new year kawan-kawan mama!
Err masih belum terlambat nak wish kan? hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)



