Saturday, January 12, 2013

Sabtu!

Assalamualaikum,

Selamat hari Sabtu :) Pagi ni melepak je kat rumah sebab hubby balik dari duty pukul 8 pagi pastu balik dengan kaki berbalut sebelah. Hadeii suamiku.. Tergeliat masa main takraw petang semalam. Semalam dah urut. Bangun pagi ni dah bengkak. Nak pijak lantai pun tak boleh. Terus pegi hospital dalam base. Isnin ni nak kena x ray. Dia kata masa kaki dia terpelecok tu ada bunyi meletup. Huh ape la yang meletup tu. Hmm hopefully nothing bad.

Kaki berbungkus hehe

Actually sebelum dia main tu dia ada bagitau aku, petang nanti nak main takraw dengan budak ofis.Aku masa dengar tu dah rasa tak bes.Yela,takraw ni kan main libas-libas. Dok terbayang time dia nak melibas tu jatuh ke ape. Tapi aku diamkan je.Tak mau cakap. Sekali bila jadi macam ni terus rasa, "eh betulla instinct aku tu..." Lain kali  kalau aku tak suka, aku patut cakap je kan... 

Insyaallah lepas Zohor nanti nak keluar pegi mengurut and singgah kedai beli susu Shaheem sekali. Tinggal setin je lagi tak bukak..  Now, dua-dua hero tengah tido hehe


Hamboii anak terunaku.. tido siap silang-silang kaki hehehe


Friday, January 11, 2013

Hola!

Assalamualaikum,

Entry first tahun 2013. Peh lamanye kutinggalkan blog. Dah takde moodla. Kenapa kenapa kenapa? Dahla ada 2 blog nak kena maintain. Nyesal  lak aih buat 2 blog hihihi.. Erm aku dah buat keputusan.. Nak maintain satu blog je. Nak update blog Amalini's Diary ni jah. Yang pregnancy tu biar berkubur. Bila pregnant lagi baru update yang tu pulak. Haha entah bila la tu kan nak pregnant lagi. Insyaallah bila ada rezeki :) Kenapa aku pilih blog ni sebab this is my main blog. Dari tahun 2009 aku create after aku kuburkan yang lama. Haa dah banyak blog rupanya aku. Start blogging dari tahun 2004 ke 2005 lupa dah. Tapi masa tu blogging bodoh-bodoh. 2009 baru create Amalini's Diary ni and sayangla nak kuburkan yang ni. Banyak hasil income Nuffnang datang dari blog ni. Hahaha banyakla sangat kan..

Anyway, hello hello. Please welcome me back everybody. Mood blogging please lah datang dan jangan pergi lagi. Rindu tau nak update blog, blogwalking etc tapi tak tau kenapa mood tak mari. Semenjak ada cik Shaheem ni la. Jadik malas... Doakan aku tak hangat-hangat taik ayam lagi ye uhuhu.. Sayang woo blog tak berupdate. Dah berhantu ke ape blog aku nih...

Pasni segala cerita mengenai Shaheem aku update kat sini la ye.. Shaheem dah besar!! 10months old already. Haih cepat sungguh masa berlalu kan? Nak setahun dah dia. Rasa macam baruuu semalam beranakkan dia. Dah boleh dah ni kalau nak ada adik. Aku dah panggil dia abang dah haha.. Prektis awal-awal :P Gedik nau mama. Anak sorang ni tak terlarat nak jaga, ada hati nak tambah lagi dalam masa terdekat huhuh.. 

Ok dah dah la membebel. Dah 6.30pm. Sabah dah maghrib dah ni :D 

Happy new year kawan-kawan mama!
Err masih belum terlambat nak wish kan? hehe




Wednesday, November 21, 2012

Pray for Gaza

Assalamualaikum,

Korang tengok news tak? Aku tak sanggup sebenarnya nak menonton berita. Especially world news. Tak sanggup nak tengok penderitaan rakyat Palestin. Ya Allah beratnye dugaan buat mereka. 

Sakit sangat hati aku bila tengok anak-anak kecil menjadi mangsa kekejaman Yahudi laknatullah. Badan yang terkulai layu, tubuh yang cedera, darah sana sini.. Allah Allah.. *nak nangis* Bila tengok semua tu terus tengok Shaheem. Terbayang kalau yang terkulai layu tu adalah anak aku.. Terbayang kalau yang cedera berdarah tu saudaraku.. Allahuakbar, tak tertanggung rasanya.. Nauzubillahiminzalik.. Bagaimana keadaan ibu-ibu anak-anak yang tak bersalah tu. Tentu hati mereka sangat cekal. Semangat mereka sangat kuat. Anak mereka syahid. Syurga tempat mereka, insyaallah...

Yahudi tak henti-henti, dengan ego yang sangat tinggi mengatakan mereka tak serang civilians. Dan sekutu-sekutu dorang pun menyokong. Ape ke bodoh bangangnye dorang ni? Children, women, men, tu bukan civilians ke? Konon nak mempertahankan diri daripada serangan Palestin. Apa lah yang rakyat Palestin ada.. Palestin serang dengan lontaran batu dan kau serang dengan lontaran roket dan peluru. Bodoh juga Yahudi ni. Yang pasti mereka ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Sanggup membunuh anak-anak kecil sebab bimbang anak-anak ini akan bangkit satu hari nanti untuk menentang mereka. Pengecut dan penakut kan tu. 

Ingat, Allah ada untuk membalas segala perlakuan mereka. Allah ada untuk membela nasib rakyat Palestin yang sekian lama tertindas. Allah ada untuk melindungi rakyat Palestin daripada terus dizalimi. 

Sama-sama kita doakan semua ini akan berakhir. Doakan rakyat Palestin akan hidup bebas. Doakan Yahudi ini akan dilaknat Allah dan akan diberikan seksaan azab yang paling dahsyat......


Senarai Pegawai dan Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan 2013

Senarai Pegawai dan Pemain TRW 2013 [RASMI] :

Ketua Jurulatih/Pengurus: Bojan Hodak
Pen.Pengurus: Wan Badri Wan Omar

Pen. Jurulatih I: Kamarudin Muhammad
Pen. Jurulatih II: Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit
Jurulatih Kecergasan: Rueben Jude
Fisioterapi: Zainudin Zakaria
Fisioterapi: Faris Musa
Kit Man: Pok Ronggg

Ketua Pasukan : Badhri Radzi
Pen. Ketua Pasukan : Indra Putra Mahayuddin

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Matt Rose
3) K.Nanthakumar (BARU)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani
8) Shakir Shaari
9) KIV **Tiga Hari Lagi
10) Norfarhan Muhammad
11) Abd. Aziz Ismail
12) Izuan Salahudin (BARU)
13) Faiz Subri (BARU)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badhri Radzi *Ketua Pasukan*
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat (PG)
20) Keita Mandjou (import BARU)
21) Norhadi Ubaidillah (BARU)
22) Tuan Faim *dari Piala Presiden*
23) Indra Putra Mahayuddin
24) Zairul Fitree
25) Aris Zaidi *dari Piala Presiden*
26) *KIV* IMPORT yg bermain dengan negara ranking 100 kebawah.
27) Mijo Dadic (import BARU)
28) S.Subramaniam *Injury ACL*
29) Emmenuel Okine (import)
30) Danny Antwi (import)

**Pemain no.9 dijangka pemain tempatan. Bekas pemenang Piala Malaysia. Pemain no.26 ialah import dr negara ranking 100 keatas. Ghaddar masih dalam rundingan (50%-50%)





**Cilok dari facebook. 





**Saya memang minat bola. Harap maklum :P

Monday, November 19, 2012

My Version of Ayam Penyet

Assalamualaikum,

Petang tadi dah selamat makan ayam penyet buatan sendiri for dinner. WEhe.. Hubby kata menjadi! Dia makan bertambah dan pinggan pun licin. Puas hati la kan hihihi.. Bila hubby suka aku pun suka. Walaupun sebenarnye aku rasa sambal kurang menjadi. Sebab aku blend, tak tumbuk. Bila blend kena buh air sket, kalau tak, blender tak jalan. Aku tak tumbuk sebab takmo tangan panas terkena lada. Kan nak pegang Shaheem. Kesian lak dia kalau terkena panas lada tu.. Next time la try tumbuk pulak.. Mungkin lebih menjadi. Sambal tu aku just blend cili padi (dalam 10 tangkai) ngan tomato sebijik. Bubuhla garam, gula secukup rasa. Aku bubuh jugak ajinomoto. Tapi sikit jela. Niat di hati tak nak letak sebab aku memang tak reti masak buh aji, tapi hubby suruh letak. Katanya nanti lebih umpphhh.. So aku pun bubuhla sikit.. Aku bubuh jugak belacan. Sikitttt je..

Sup pulak, aku rebus ayam 2,3 ketul dengan bawang putih dan halia. Kalau ikut jiran aku, dia kata just rebus air, bawang ngan halia pun dah cukup. Pastu tambahla kiub pati ayam tu. Tapi aku takde kiub tu, sebab tu aku rebus dengan ayam.. Biar ada rasa ayam. Nak rebus kosong dengan halia ngan bawang putih je, rasa macam tak sedap...

Ulam pulak bunga kantan, carrot, terung dan kacang panjang yang aku celor. 

Ayam goreng kunyit biasa. Aku buh jugak tepung jagung nak bagi rasa rangup. Tapi tak rangup pun. Mungkin sebab aku bubuh sikit sangat. Aku ketuk ayam dengan pisau besar tu.. Ketuk ala kadar je, bagi nampak macam terpenyet. Ketuk masa panas-panas.. Kalau kat kedai biasanya ayam besar an, tapi ayam aku ni masa beli kat pasar semalam hubby uruh orang jual tu potong kecik-kecik.. So makan jela yang kecik macam ni. Next time la makan ayam besar punye ehehe


Cubaan pertama buat ayam penyet.
Ala bukan susah pun kan.
Tang sambal tu je kena sedap 


Bila hubby puji kata sedap dan menjadi, harusla senyum sampai ke telinga kannn hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...