Tuesday, October 12, 2010

Tragedi 10.10.10 - Kemalangan Ngeri di KM 223

Assalamualaikum,

Sedih sangat baca berita dua hari ni. Dasyat, memang sangat dasyat. Tengok gambar-gambar, video, hati ni rasa pilu sangat. Tak boleh nak bayangkan perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak, adik, abang, kakak mereka dalam kemalangan ngeri ni. Akak aku yang kemalangan sikit haritu pun dah buat hati aku gundah, apatah lagi yang meninggal dunia dalam keadaan macamni. Nauzubillahiminzalik. Memang tak tertanggung sedihnye. Buat ahli keluarga mangsa tragedi ni, takziah dan banyak-banyakla bersabar dan berdoa agar mereka semua tenang di sana. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:


•R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
•Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
•Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
•Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
•Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
•Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
•Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
•Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
•Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

•Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
•Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
•Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
•Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Sumber: Berita Harian Online


Gambar-gambar kemalangan korang boleh tengok kat link ni (gambar-gambar agak ngeri, kalo lemah semangat jangan tengok):

http://amazingnara.com/33-lagi-gambar-kemalangan-maut-di-lebuh-raya-plus


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

JADILAH PEMANDU BERHEMAH DEMI KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN.

Thursday, October 7, 2010

Sukan Komanwel New Delhi 2010

Assalamualaikum~

Berita sedih: Maxis dah suspend internet aku! Huwaaaa suspender betul. Baru jek sayang sayang kelmarin, tetiba semalam Maxis dah potong. Hampesssss... Takpe, next week saya bayar yeeee.. Jangan lambat pulak nak activate balik! :D

Semalam serius kebosanan kat rumah. Luckily my nephew demam, kurang bermaya, so dia tak conquer tv. Kalo tak, haremm aku nak tengok tv. Tengok pon terpaksala tengok katun huuuu.. Semalam layan bola, Piala Malaysia. Nak tengok Komanwel, astro rumah akak aku takde sports channel. Sedih~ Semalam pakat ngan mypumpkin, dia update status Komanwel, aku update status bola. Baik punye pakatan ehehehe..

Speaking of Sukan Komanwel, aku actually tak tau pun Komanwel dah start.. Dah lama tak tengok tv kan. Semalam bawak Khalis pegi Klinik Lita Alis kat Precint 8. Sempat tengok live telecast acara berbasikal yang Azizul mula-mula dapat emas then suddenly kena batal sebab ada himpitan. Huu frustnye. Takpe takpe masih ada banyak kategori :)

Anyway, best of luck for all the athletes. Play for our country, not for money! :P [ada baca status sorang kawan kat FB yang tanya, atlit kita ni semangat untuk negara ke untuk dapat duit].

Nak tau latest updates on Sukan Komanwel New Delhi 2010, boleh click sini:

http://www.cwgdelhi2010.org/

Sini pun bleh click kalo nak tengok latest medal yang dipungut oleh semua negara. Updated every hour i think. Boleh tekan refresh kalo nak tau latest :D

http://results.cwgdelhi2010.org/en/Root.mvc/Medals




As of today, for overall medals collection, Malaysia is at number 5 out of 15 countries. Keep it up! :)

Tuesday, October 5, 2010

Maxis Broadband - Jangan Potong!

Assalamualaikum,

Huuuu.. ayat menagih simpati kepada Maxis. Tolong jangan disconnect line bb saye neh. Saya bukan sengaja tak bayar woooo...

Alkisahnye, seblom sblom ni (aku dah guna Maxis BB neh, erm dah setahun lebih kot?) aku selalu dapat bil via email. Aku memang tak nak bil dihantar thru post. Satu sebab kena charge RM5, duanya sebab post box umah aku nih stupidos. Kalo hujan jek mesti abes air masuk dalam tu. Surat-surat pun basahla. So, I prefer the bill to be sent to my email.

On my birthday last July, aku pegi Alamanda. Tengok ada promotion Maxis Broadband kat depan Mc'D Alamanda tu. First time lalu, wat donno jek masa promoter dorang offer. Dengan angkuhnya aku berkata, "never mind, I already have one.." ececece gile belagak kan. Second time lalu promoter lain pulak tego, "Akak akak free Maxis Broadband modem kakk.." Cehs dahla panggil aku akak kan, so aku belagak lagi. "Saya dah ada la. Masyeh jela.." Then dia tanya aku, "akak pakai tu pakej mana?" Pakej yg RM138 sebulan tu ha.." cece belagak tak hengat. Pastu mulala dia bersyarah bagitau pakej tu mahal sangat. 6GB data ape tah bla bla bla.. Rugila akak amik yang tu. Skang dah ada yang murah..Akak pakai sampai 6GB ke blablabla..

Hohh aku terkedu sejenak. Memikirkan kebenaran kata-kata dia tu. Aku bayar mahal-mahal aku bukan pakai sampai 6GB pon huuu.. Dia cakap ngan aku, akak tukarla plan, amik yang RM68/sebulan je. Aku dah pelik. Seingat-ingat aku, aku penah pegi Maxis kat Alamanda tu jugak, tanya nak tukar plan. Dorang kata tak boleh. So aku pon tak tukarla. Bila aku bagitau promoter tu dia cakap ngn aku, dealer besela kak. Dorang tak nak buat benda for free. Sebab kalo customer nak tukar plan, dorang tak dapat komisyen. Kalo customer beli pakej mana-mana baru masyukk...Cehsss gitu lak ehhh.. Masa nih aku dah duduk duduk kat booth dia dah ahahaahaha.. Buat malu jek. Tadi punyela jual mahal ngan first promoter tuh. Nak bertentang mata dengan dia pon I malu you huhuhuhu..

2nd promoter ni bagos. Dia tolong check data usage aku every month. Padahal aku leh je check sendiri every month kan. Aku sendiri je yang malas. Perlu ke check? Huhu..Bila dah check, rupa-rupanya usage aku monthly tak sampai 6GB pun. Paling tinggi pun dalam 4GB je.. Huu yela, aku tenet ni bukan buat ape sangat pon. Facebook, Facebook, Facebook lagi.. Itu jelaa. Blogging jarang-jarang. Tengok movie online pun jarang-jarang. Download lagu pun jarang. Memangle tak sampai 6GB. So dia tanya aku, nak tukar tak? Pikir punya pikir, ye jugak kan. Buat apela aku bayar mahal mahal. Padahal aku bukan guna sangat. Last last aku amik keputusan, tukar sajalahhh.. Jadi, tukarla plan dari RM138/sebulan ke RM68/sebulan. Jimatla RM50, bleh simpan wat kawen (wah wah gedik)..

After dah tukar, aku ada dapat satu bil yang dihantar ke email aku. Amount: RM0.00. Tapi tu bil untuk previous package yang RM138. Dah tak payah bayar sebab line dah kena suspend. Tinggal aku kena pegi ke Maxis Centre je untuk return balik modem and terminate line within 3 months. Dah pegi Maxis Centre kat Gardens haritu. Haa kepada customer service Maxis sila take note, Maxis Centre bukannye di midvalley ye, tapi di Gardens, sebelah Midvalley. Beza tuhh.. Wat penat aku pegi Maxis kat Midvalley, padahal yang tu dealer jek. Nasibla tak jauh nak kena menapak pegi Gardens.

Aa berbalik pada cerita tadi. Dah dapat bil tu aku wat donno jela. Macam biasa, tunggu bil the next month dihantar ke email. Tiba-tiba, kat rumah pun ada satu bil sampai (dia tak reti bahasa kot, aku dah uncheck yang send bill via post tu, tp dia tetap hantar. Nasib baik tak charge RM5 tu). Kebetulan haritu hujan and basah kuyupla surat tu. Aku kalo dah basah camtu memang biar je dulu. Tunggu kering baru bukak. Tapi sampai sudah aku tak bukak sebab aku ingat maybe tu bil yang sama sampai ngan email tu.

Itu cerita 2 bulan lepas. Tiba-tiba pada 1 Oktober lepas aku dapat SMS kat Maxis BB neh. Aku wat donno jek sebab kadang-kadang SMS tah pape yang masuk, "Tahniah! Sim Kad anda telah memenangi 1 juta ringgit. Sila hubungi blabla.." Buduh, buang masa aku. So aku bo layan.. Tapi tah macamana semalam  tergerak hatila nak tengok SMS tu. Bukan ape, serabut tengok sampul surat tu blinking blinking. Baca-baca, ini isi kandungannye:


Halamakk.. dah baca terus cuak cuak. Aku tak pernah tak bayar bill on time. Selalu dapat gaji 15hb terus bayar segala hutang piutang. Dah jadi camni terus cuak huuuuu... Aku pelik, aku takde pulak dapat bil lam email. Masa tu teringatla pada bil yang sampai kat rumah tu. Bukak bukak, huhhuhu itula dia bil bulan 8. Aisehhh.. Mana aku tauuu... Tadi sign up my launch pad tuh. Bukak, ada 2 pending invoices. August & September. Total tak bayar lagi RM136. Adehhh...sakit jiwo. Dah kena kuar duit banyak bila gaji masuk minggu depan ni. Sama cam bayar RM138 dulu jugak huuuuuuuuuuu~ Tapi takpe, mujo after this RM68 je. Aku check kat bill delivery options, patutla x dapat email, dekat box send bill via email tu tak tick. And kalo tick pon, email address aku salah. Ada ke dia letak alwani.amalina. Sape tuuu? Tak kenal! Huuu..

Eh eh panjangnye membebel. Pokoknye nak bagitau kat Maxis jangan suspend line saye je ehehe.. Insyaallah, next week, 15hb gaji masuk. Akan saya bayar segera! Sekarang takde duit nemore huhuh..

Sesambil menaip ni riso gak sebenarnye. Takut taip panjang-panjang pastu bila nak publish, line disconnected. Maxis dengki suspend line masa aku tengah syok bercerita huwaaaaaa~ Tapi tidak, Maxis baik, korang dapat baca post ni, bermakna, Maxis BB saya masih bernyawa ehehehehehe.. Saaayang Maxis! (Bodek baeeeek punyeeee muahahaha)

Sunday, October 3, 2010

Perut Buncit? Mari Kempiskan!


Korang ada masalah ni tak? To be honest, aku memang ada masalah perut buncit! Huu... dulu rasa macam takde (perasan slim) tapi sekarang boncet kemain (bukan boncet buatan orang yeee..). Aku makan banyak sangatlah ni hohoho.. And another thing is, aku memang ada masalah angin dalam perut. Susah nak berak, susah nak kentut. Even nak sendawa pon susah! Orang len lepas makan senang jek burppp burpp lepas makan. Tapi aku?? Susah susah.. Sebab tu aku rasa segenap badan ni penuh je dengan angin and paling banyak lam perutla aku rasa.

Harini pegi Midvalley with my sis. Masuk MPH, tertengokla majalah Rapi yg latest (cover Dynas). Ada pulak artikel on amalan pemakanan elak perut buncit. Terus aku beli hahaha.. According to Rapi, here's what you can practice (selain daripada bersenam) untuk mengatasi masalah perut buncit - musuh utama wanita!

1. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gasnya akan berkumpul di dalam perut.

Hohoho nasib baik aku bukan penggemar air gas sangat. Tapi minumla jugak kadang-kadang. Memang after minum air bergas perut pun rasa lain macam. Sekarang kena totally stoplah minum. Huuu~

2. Jangan  makan sambil berjalan atau sedang melakukan pergerakan besar kerana pada masa yang sama anda turut akan menelan udara. Ini boleh menyebabkan masalah perut kembung.

Ini kalo bukan sebab nak perut buncit pun memang kena amalkan. Mana leh makan sambil berjalan. Tak nikmat! Dan juga tak senonoh ehe.. Makanla hanya di meja makan ye.. Atau atas kusi depan tv. Itu bukan pergerakan besar. Tu tak bergerak langsung namanya :P

3. Lupakan sejenak sayur-sayuran seperti kubis dan kubis bunga kerana ia boleh menyebabkan angin dan perut kembung.

Halamak, ini favourite sayur aku nih huuu..Aku makan sayur lain tapi xdela banyak sangat makan. Yang aku selalu dan suka makan, 2 jenis sayur ni. Nak perut kempis ke tak??? Nakkk.. Jadi kenala reduce huhuhu.. Tata kobis. Tata kobis bunga. :'(

4. Cubalah teh pudina, chamomile atau jintan hitam. Ia baik untuk mengatasi masalah perut kembung.

Aku tak pernah minum teh pudina. Google google dapatla resepi buat teh pudina. Tapi blom dapat kebenaran tuan punya blog nak tempek resepi dia kat sini. Dah dapat permission aku tempek ehe.. But actually simple aje, wat air teh '0' atau susu pon bleh pastu letakle daun pudina 2, 3 helai. Tau tak daun pudina camne rupanye? Aku pon tak tau sebenarnye (muahaha kantoi).. Tahu makan je tapi tak tau pon yang aku makan tu daun pudina ehehe

 Ni ha dia daun pudina atau dalam bahasa Inggerisnye, peppermint leaves. Nak senang, korang pegi pasar, tengok tempat jual sayur tu, petik satu-satu pastu hidu. Kalu ada bau bau cam ubat gigi tu, haa itulah yang kita cari! Daun pudina :P

Ini pulak chamomile tea. Bunga chamomile ni tak sure la plak ada tak dijual kat pasar. Tapi aku tengok bunga macamni banyak je kat padang padang huuu.. Korang jangan pegi petik bunga tu pulakkk.. No worries, famous brand BOH  ada jual uncang teh chamomile ni. 
Jadi tak payah susah-susah, pergi je Tesco/Carrefour/Jusco atau mana-mana kedai carila teh ni. Balik rumah, masak air panas pastu celup-celup je :)

Yang ni pulak jintan hitam atau nama arabnye Habbatus Sauda. Baru aku tahu habbatus sauda tu rupa-rupanya jintan hitam (ish ish jahilnye rasa). Menurut satu website ni (http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/shakinah.html), cara untuk mengurangkan perut kembung ialah dengan meminum jintan hitam dengan susu masam. Susu masam I assume yoghurt drink. Mungkin bleh tumbuk-tumbuk jintan hitam ni dan campurkan sekali dalam susu masam tu. Whatever it is, I'll google more and let you guys know the right way ya? :)  

5. Periksalah label sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Produk yang mengandungi 'sorbitol' atau 'mannitol' perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan kesan laksatif atau dalam erti lain menyebabkan angin dalam perut.

Menurut Wikipedia, Sorbitol is a sugar substitute. Atau terjemahannya, bahan pemanis pengganti gula. It is often used in diet foods (including diet drinks and ice cream), mints, cough syrups, and sugar-free chewing gum. Hoh, nasib baik aku tak makan chewing gum (lepas pakai braces sampaila sekarang aku bukan penggemar chewing gum. Selalu rasa macam makan taik gigi sendiri kalo makan chewing gum. Yikes! Sori pada penggemar chewing gum :D ) Sorbitol ni jugak sebenarnye digunakan dalam ubat gigi dan mouth wash. Yang ni takpe, kita bukannye telan ubat gigi and mouth wash tu kan?
Mannitol  is sugar alcohol. In food mannitol is used as a sweetener for people with diabetes, and in chewing gums (lagi). Since mannitol has a positive heat of solution, it is used as a sweetener in "breath-freshening" candies, the cooling effect contributing to the fresh feel. The pleasant taste and mouthfeel of mannitol also makes it a popular excipient for chewable tablets.

Jadi berhati-hatila dengan makanan yang ada 2 jenis gula ni. Macam chewing gum tu, tak salah makan, tapi janganla banyak sangat. Kang penoh angin lam perut tu :)



So that's it. 5 amalan pemakanan untuk elak perut buncit courtesy of Majalah Rapi. Ada banyak cara nak kempiskan perut buncit ni. Before it goes worst, marilah kita elakkan dulu. Later I'll share more tips to get rid of that evil fat in belly.



Pesanan untuk diri sendiri, Buat, jangan cakap je! :P

Friday, October 1, 2010

Sahara+Sabah = Sabahara yang Memeningkan!

Assalamualaikum~

Update blog sementara menunggu maghrib. Lepas maghrib nak ke bilik Yana di UPM.

Apakah itu SAHARA? Sambutan Hari Raya sebenarnye :) Few months ago, aku dengan gatal-gatalnye mengutarakan cadangan nak organize sambutan hari raya dengan ex-coursemates di UPM dulu. Niat aku suci dan murni. Nak berjumpa dengan kawan-kawan lama sambil makan ketupat dan rendang. Lama tak jumpa kannnn... 2 kawan baik menyokong, Yana dan Hani. Maka serta merta dorang dilantik jadi co-organizer muahaha..

Kitorang berusahala nak kumpul sume orang supaya join. Yana post event, post macam-macamla. Tapi sedih tak banyak respon. Sedih! Kalo aku yang post lagi takde orang respon. Agaknye aku nih tak famous di kalangan coursemates dulu. Cuba aku famous cam Siti Nurhaliza ke, kompem 101 orang alumni BSAS dulu akan join. Tapi sayang, dek organizernye kurang femes, yang datang pon bape kerat laa.. Total total 23 orang sahaja out of 101. sobsob..

Ape apepon, terima kasih banyak banyak pada yang  akan hadir esok dan pada yang tak dapat hadir, takpe. Kitorang paham. Jumpa di reunion yang lain. Apa yang pasti aku takmo dah organize! muehehe.. Dah cukup pening. Dengan nak cari tempat makan lagi, bajet lagi uhuhu.. Kalo sume support takde masalah sebenarnye. Everything will be very well arranged. Tapi dah ramai yang tak respon, tak boleh datang, kitorang mampu buat ala kadar sajela.

Sabah pulak kenape? Insyaallah Januari 2011 nanti, aku dan 12 other friends akan bercuti di Sabah. Tiket dah book. Tinggal nak fly je. Jangan kitorang lupa sudah. 3 bulan lagi nih eheh.. Memula pening nak book tiket, sekarang pening nak cari tempat tinggal. Huuu.. hari-hari pening! Sape-sape tau budget stay kat Kota Kinabalu, Sabah tolongla bagitau ye. Kalo boleh nak duduk 14 orang dalam satu apartment atau rumah. Apartment memang ada banyak, tapi sumenye maximum 6 persons in one unit. Tak nak amik 2 unit, tak syok. Anybody knows a place that can accomodate 14 people in one place, silalah bagitau saye ye! :)

Okeh, dah maghrib dah. Till then, adios and take care! :)

p.s Oh, Happy October! Pantas sungguh masa berlalu. 2010 dah tak lama lagi dah nak berakhir hmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...