Sunday, March 14, 2010

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI FOLLOW BLOG AKU, SUDI SINGGAH MEMBACA KISAH TAHAPEHAPE AKU..
KORANGLA YANG MEMBERI SEMANGAT UNTUK AKU TERUS MENULIS...

I'LL BE BACK, SOON!

=)

@ Kampung

Assalamualaikum semua :)

Apa kabar? Hoping u all sihat-sihat belaka.
Aku kat kampung sekarang ni. Sorry Shi, tak dapat jumpa kamu.. Kalau Kelantan & Putrajaya jaraknya hanya 5km dah lama kita dapat jumpa ni eheh.. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lain kali okay?

Bertolak pulang dari Putrajaya semalam, Sabtu pagi. Dari Putrajaya hingga ke Gua Musang, ayah aku yang drive. Dah sampai Gua Musang, aku pulak take over. Kasi can kat ayah rehat. Cuaca pun sangat baik. Hujan lebat sangat bile dah masuk Pulai Chondong. Hujan berlarutan sampaila ke tengah malam. Huh, tido memang terbaekkla semalam :D

Balik kampung memang seronok. Dapat jumpa keluarga, dapat jumpa kucing-kucing yang berbelas-belas ekor tu. Tapi tak syoknye, cuti aku sekejap je. Selasa nanti dah nak balik Putrajaya. Kalaula boleh cuti lama-lama.....

Cuti sekolah ni, 2 orang kawan sekolah aku dulu kahwin. Siti Nurul Aisyah aka SNAP & Fatin.. Tahniah korang...semoga berbahagia. Aku mintak maaf aku tak dapat hadiri majlis korang.

Oklah, till next entry.. tata ;)

Thursday, March 11, 2010

Totally Still Here

Assalamualaikum ahli blog! :D

Waduh waduh.. lama jugak aku menghilang ye? Aku tak kemana-mana, ada je kat area-area sini eheh.. Cumanya terlalu sibuk dengan urusan kerja hinggakan blog ni pun terabai. Oh ye, laptop masih rosak T_T, salah saye yang tak bersungguh-sungguh nak membaikinya. Tunggulah, sampai masanya, saya akan kembali aktif berblogging macam dulu :)

Cuti sekolah akan datang ni ramai jugak member-member lama akan melangsungkan majlis pernikahan dorang. Jeles dow! Jeles jeles.. Tapi itu rezeki dorang, dah sampai jodoh..dah sampai seru.. Aku? Belum lagi :). Ape-ape pun aku tumpang happyla dengan dorang. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah.. Dah kawin tu, banyak tanggungjawab yang nak kena pikul. Baik isteri ataupun suami. Isteri kena taat pada suami, suami pulak kena pandai didik isteri. Bercakap pasal isteri taat pada suami ni kan, pernah satu hari tu, aku bersembang dengan seorang rakan sekerja yang berlainan bangsa dan agama daripada aku. Dia bagitau aku, "kamu orang Islam ni, anggap suami sebagai Tuhan kan? Kalau nak bagi dia minum, kamu kena melutut dan tunduk kepada dia kan?" Haa..terkejut beruk aku mendengar soalan dia tu.. Zaman mana dia hidup nih?? Huaaa.. Kat manala dia belajar semua ni. Aku cakap dengan dia semua tu mengarut. Tuhan kami hanya satu iaitu Allah. Suami bukan Tuhan. Suami memang kita perlu taati dan hormati, tapi tidaklah sampai nak kena melutut. Ini bukan zaman jahiliah, bukan zaman firaun! Pening sekejap kepala aku dengan orang macam ni..adehhh.....

Oklah, till next entry..oh, sebelum menutup tirai, cuba korang tengok gambar kat bawah ni, n ikut arahan dia..apa yang anda nampak?? :D


ajaib tak??



p/s nape aku rasa lepas dah lama x blogging, ayat-ayat aku pon jadi skema? adehssss..

Thursday, February 11, 2010

See You Later..

Assalamualaikum..

Oh, lamanya saya menyepi.. Sorry semua, tak berniat pun nak biarkan blog ni tak berpenghuni, tak dikemaskini.. Laptop masih belum dibaiki, kerja di ofis pulak makin banyak. Tak sempat-sempat aku nak jenguk blog ni, nak jenguk blog kawan-kawan yang lain. Kadang-kadang I just be a silent reader, tak sempat nak komen ape yang patut. Sorry sangat-sangat, ada masa nanti aku jenguk plus tinggalkan komen ye.

By the way, thanks to ahlil Geng Blogger yang sudi menjenguk blog aku yang buruk neh :)
Rasa bersalah dan tak best jugak.. Aku join Geng Blogger tapi tup tup aku senyap, tak update blog. Ampon ya! Keadaan memaksa saya ehehe.. Banyak benda nak kongsi, banyak cerita nak diceritakan. Tapi tulah, masa dan kemudahan yang tiada. Harap maklum ya! ;)

aa..Thanks pada semua yang komen kat last entry aku, 'Aduhai Lelaki' tu.. Entry aku tu tak bermakna aku benci pada semua lelaki. Aku hanya menyatakan aku benci pada lelaki yang berperangai begitu. Aku tak cakap semua lelaki jahat begitu. Hanya segelintir saja yang tidak berhati perut melukakan hati seorang perempuan. Dan, tak dinafikan jugak ada perempuan yang perangainya pun macam ni.. Melukakan hati lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi dia.. Orang kata timbal balik la kan.. Lelaki buat kat perempuan, perempuan buat kat lelaki..

Cuma saya pesan, janganla kita jadi begini dan janganla kita terjebak dengan orang begini. Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam mencari pasangan dan juga dalam hubungan. Tak semua orang kita boleh percaya 101 percent. Yang penting, siasat dulu latar belakangnya ye?  :)

Okeh, take care all.. See you all later :)

Thursday, January 28, 2010

Aduhai Lelaki...



Last night, on the way back from Balakong to Putrajaya, I listened to Fly FM..Kebetulan pulak masa tu Flirty @10.30. Ada sape-sape penah dengar jugak show ni? Anyway this show actually, give chance pada sape-sape yang nak ajak, kawan/gf/ex-gf/bf/ex-bf/secret admire go out on a date. They called Fly FM, bagitau dia nak ajak sape keluar and why etc etc and then the DJs will call that person and ask whether he/she nak keluar atau tidak dengan yang mengajak ni tadi.

So semalam, ada la sorang Indian gal ni call..nak ajak sorang lelaki ni.. Dia kata, dorang dah kenal for 3 years tapi tak pernah bertemu muka. Kenal melalui telefon dan hanya berkomunikasi melalui Friendster, phone..  Katanya, lelaki ni pernah melamar dia last year. Not sure melamar to be as his wife atau as a girlfriend je. But the girl said she never give him her answer. Konon-konon jual mahal kan.. Then dia kata dia penah ajak lelaki ni jumpa, tapi lelaki ni refused. Katanya, ada kerja.

Pendekkan cerita, DJ ni pon call la lelaki tu....

"Hello P***..."
"Hello...."
"This is *** from FLY FM... Have you ever heard about Flirty @10.30?"
"Erm nope.."
"There's a girl here wanna ask you out for a date..."
"Woo.. a date.. Cannot man, I'm ENGAGED!"
"oO..ur engaged..What's your fiance's name?"
"Oh I cannot tell... Who's that girl name?"
"She is J***.. Do you know her?"
"No la..I've never heard that name.."
"She said, you've guys have known each other for 3 years but never met..You just communicate with her thru friendster n phone.."
"Oh really, well, I have also never met my fiance!"
"Oh ok ok...P***, J**** is on another line..Try to talk to her.."
"Hello P**** thanks for everything.. It's okay.."
"Hello helloooo.. I cannot hear u laa.. The reception is very bad.. Helooooo...I heard a woman's voice but I couldn't recognise.. helloo..I'm in urban area la..I cannot hear.."
"J****,keep on talking to him.. he actually can hear you.." The DJ said..
"It's okla..thank you..bye2..."

Hohhhhhh................................

Damn that guy!

Huh marah nii.. Saya memang anti lelaki begini.. Terang-terang dia tipu perempuan tu. 3 tahun tau! Kalo aku jadi perempuan tu, memang aku maki hamun dah laki tu.. Dahla menipu, buat-buat tak kenal pulak dia. Melampau!


Atas sebab ini la, kita perempuan kena lebih berhati-hati dengan lelaki. Lelaki kaki penipu! Kaki meremukkan hati perempuan.. Kawan-kawan perempuan saya, saya nasihatkan, jangan libatkan diri dengan mengenali lelaki melalui laman web sosial/chat room. Melainkan anda dah betul-betul siasat asal usul lelaki tu. Takut nanti dia tu sebenarnya dah berbini empat, tapi masih gatal nak melukakan hati perempuan. Even yang salah-salah nombor, salah SMS tetiba nak berkenalan.. Cetpoooodahh, tolong jangan layan ok!

Ingat kawan-kawan saya, jangan terjebak dengan lelaki begini. Periksa dulu asal-usul dia. Anda punyai hak. Jangan biarkan hati dan perasaan anda dipermain-mainkan.. okkay???



Kalau nak tau bg/gf anda tu setia atau tidak, baik atau jahat, bolehla call Flirty @10.30 ni :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...