Wednesday, January 27, 2010

Two Is Better Than One....



Alhamdulillah...

Lama tak bercerita pasal pumpkin and me kan?
hehehe bukan ape..kang nanti orang cakap aku ni dahla tak update blog. Pastu tetiba update cerita pasal pakwe lak eh ehehe..
Jangan mareee...

Anyway, kitorang macam biasalah..jumpa 2,3 minggu sekali..atau paling lama 2,3 bulan sekali. Dah dia kat sana, aku kat sini, masing-masing kena banyak bersabarla kan. Aku pun tak nak paksa-paksa dia turun KL every weekend semata-mata nak jumpa aku. Perjalanan makan masa dah, pastu duit minyak, tol, penginapan lagi. So, daripada bazirkan masa, wang ringgit tu, tak jumpa selalu pun takpelah. Jarang jumpa pun elok jugak kan.. Kekadang takut kalau diri ni terlagho.. Nauzubillah, semoga Allah melindungi aku dan dia daripada godaan syaitan..

Bila nak kawen?
Itu soalan paling famous di alam semesta ini eheh..
Erm..aku sendiri pun tak tahu bile sebenarnye. Kalau ikutkan hati memang nak kahwin dengan segera je..
Tak tahan ni ahahaha..
But we're planning slowly..Nak bina masjid ni bukan benda senang. Banyak perancangan kena buat. Aku takdela nak buat majlis besar-besar. Simple je tapi simple pun kena rancang dengan baik kan?
So, Insyaallah, ada jodoh, kahwinla kami..
 Doa-doakanla :)



Ok dah.. takleh panjang-panjang..takut korang rasa menyampohs ehehe..


Tuesday, January 26, 2010

Saya Tak Bersalah!

Curi-curi menaip......
Amponkan aku, dah gian sangat ni hehehe..

Tension melihat tajuk cerita menarik kawan-kawan tapi aku tak dapat membacanya..
Tension melihat blog aku tak berupdate, bersawang bagai...
Tension melihat jumlah pengunjung yang.. KOSONG!... ='(

Sedih jugak rasa.. Tapi apakan daya.. Aku takleh paksa orang datang berkunjung ke blog aku neh.. Sape suruh aku tak update kan?? huhuhu... Tapi bukan salah sayeeee.. Laptop yang buat hal :( Pape pun, tima kasehhhhhh daun keladi kepada kawan-kawan yang masih sudi bertandang...hehe anda memang terbaeeeekk!!

But honestly and seriously i tell u guys kan, hidup tanpa internet memang membosankan! Semalam ada dengar dalam FLY FM.. Katanya, semalam, 25 January 2010 is a 'No Internet Day.' Ramai jugak yang call bagitau dorang memang tak boleh hidup tanpa internet. Ada yang sebab dorang ni terlalu obses dengan Facebook, You Tube, Twitter etc etc.. Bagi aku.... hidup without internet ni memang seriously membosankan!! Dah 2 bulan dah ni takde internet kat umah. Opis ade, tapi berpada-pada la kan.. Lagipon busy memanjang kat opis ni. Kecuali pagi ni, saya dah terlampau gian! ahahaha..

Anyhow, aku biasanya online untuk.. BLOGGING! That's the main reason.. Then, I loo00oove reading other's blogs. Suka membaca kisah hidup orang. Macam-macam cerita menarik. Sometimes we could learn something from their writing. Facebook, Friendster jatuh nombor 2 dan 3.. Jarang jugak sebenarnya bukak laman web sosial neh.. Then, download lagu! ahaha.. Favourite dari time study dulu lagi... So now, almost 2 months without internet, huh, bosan tak terkata. Aku kat umah, tergolek tido jela....

Hmm..laptop belum sembuh.. Masih dalam wad. Semalam doktornya tak datang, tak dapat aku bertanya khabar, ape cerr laptop busuk ku itu. Hari ni aku akan cuba terjah doktornya. Oh yes, itu keputusan saya, baiki laptop dulu baru kereta :D

Nantikan kemunculan semula saya ye? (Bunyi macam artis veteran nak kembali ligat dalam persada hiburan je ekekeke)

Thursday, January 21, 2010

Hidup Segan, Mati Tak Mahu.......

Assalamualaikum! :D

Hacoooommmmmmmmm!!~ Haa..petanda blog bersawang dan berdebu dengan haibatnye. Haih, blog ni macam hidup segan mati tak mau dah.. Sorry all, lama aku tak update. Lama aku tak jenguk blog korang. Kat ofis skang ni, aku busy gileeeeeee.... Last week, hari-hari balik petang. This week pun ada je keje yang datang..so, nak jenguk-jenguk blog korang pon tak sempat..Laptop plak masih belum dibaiki. Entah bile nak bawak p kedai. Masa dan WANG amat mencemburui aku :(

Bulan ni sepatutnye kena servis kete.. Tengah pikir-pikir ni, nak guna duit yang sikit tu untuk servis kete ke servis laptop?? Aku dah rasa tertekan ni takde laptop. Takleh online lama jugak dah ni. Dok bayar free free jek Maxis BB tu bulan-bulan. Kereta pulak, baru 5 bulan after last service. Bese 6 bulan kan? Kalo ikut mileage memang dah kena bawak pergi servis. Tapi aku takde plak rasa macam kereta tu bermasalah. So, rasanya, aku postpone servis kete to next month and fix the laptop this month lahh.


Wajarkah keputusan ku ini??? huhuhuhuh..

Thursday, January 14, 2010

Buat Tatapan Umum

Ada cerita tapi tak sempat nak bercerita.. Jadi, untuk elakkan blog ni bersawang lagi hebat, aku tempek la gambar-gambar kucing ni dulu ye..

Kucing ni kucing kat rumah mak ayah and rumah abang.. Rumah mak ayah ada 12 ekor and kat umah abang ada 10 ekor.. Gile banyakk!!  Semuanya terjaga dengan elok, cukup makan dan cukup minum :)


 muka pasrah kena kurung ahaha





 motam tengah cari port nak beranak


 takde nama lagi..


motam 2 days before givin birth..perut moncet!


macam perut ular sawa...


congek paling restless kena kurung hihihi


ibu putih yg tgh bg susu ni dah mati..kena langgar kete :(


yang besar pon sebok jeeee..





abang & adik bergurau senda





tido atas batu pun bes!








adik beradik yatim piatu..mak dah mati :(








paling pemalu...


2 Januari 2010 - Motam gave birth to 3 lil kitties. Ayah cakap dah celik mata dah.. Gemuk-gemuk :)


Lagi wajah tension ahahaha





Spark





Monday, January 11, 2010

Laptop oh Laptop!

Assalamulaikum..

Anyone misses me? Oh, I miss you all badly!

Seriously bosan weekend haritu. Just duduk terperap kat umah, golek-golek atas katil, tengok kartun kartun kartun.. Nak keluar malassssss, berat bons ahaha.. No la..actually, takde duit nak pergi beronggeng. Gaji blom masukkk.. Cepatla 15hb!

Laptop masih rosak =( Tah bile nak pegi baiki. Hopefully, gambar-gambar, lagu-lagu yang tersimpan dalam Local D masih boleh diselamatkan. Aku tak sanggup kehilangan semuanya!Tak boleh guna laptop, tak boleh online, rasa macam hilang satu tangan je ehehe.. Hidup memang bosanla. Kalo laptop ok, 24/7 aku online. But now, aduhai..bosan!

Insyaallah, dapat gaji nanti aku bawak laptop ni pegi berubat. Then after dah ok, bolehla aku jenjalan kat blog korang. Really miss blog walking +_+

Take care all! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...