Friday, October 9, 2009

Psst psst...


syyyy...jangan bagitau sape-sape..ahkakk blogging kat opis nehh..senyap-senyap dahla ehh...

alaa..janganla kecoh-kecoh ek. Aku sepatutnya dah balik umah ni. My working hours end ermm, 50 minutes ago..sepatutnya dah kena chow ni. Tapi hari ni ada General Assembly pukul 3. Kebiasaannya aku tak stay pun untuk GA nih hihii.. Tapiiii, hari ni ada makan-makan. Ada kek!! Makanya, aku kenala stay. Makan punye pasal. Perut I mulala berjoget-joget ahahaha..

Uols janganla marah.. I kan (nak ngungkit neh muahaha) selalu beli kek untuk orang.Tapi I tak pernah dapat makan. Sedih tau. Berpeluh I pegi beli. Bawak berat-berat. I bukanla mengharap sangat. Tapi kalau ada yang simpankan sedikit untuk I, uh, I berbesar hati sangat! muahaha tetiba I, I lak..geliii...

Petang ni nak pegi tengok G-Force! Nantikan review ya..

Take care all :D

Thursday, October 8, 2009

Panas! Hot!

Haloo00ooo00 uols! (molot kasi moncong lebey aaaa...)

Apa kabar semuanya?sehat-sehat kah? Aku mmm.. a bit better than yesterday.. Hari tu agak moody sket. Nanges nanges.. wah, macam baby! Masih dalam mo0d kesedihan sebenarnya.Tapi cuba untuk tidak terlalu memikirkannya.. Kisah kerja, hmm..entahla, be strong Wani! Small matter jek ni.. I just need to learn more..  Aku kan still newbie! (suka-suka declare diri sebagai newbie. Padahalnya dah setahun dah kat sini uhuhuhu).. Kisah cinta....(get ready to puke!!) I LOVE mypumpkin. Full stop. Jadila apa nak jadi, we will always be together! (oo yes, u can start to puke now if u want to!ngeee~)

Haa..anda anda semua perasan tak aku dah tukar layout  blog neh. Wah, saya dah pecahkan dara blog tahapehape ini miahahahaahahahha (keji tak ayat??).. Semalam tetiba angin monsun barat daya meniup aku.. Aku redah segala website yang menawarkan template-template yang sesuai dengan blogspot. Jumpala yang ni. Nice, plain, simple but so sweet! Bukan senang nak tukar layout ni. Aku dahle tak berapa nak reti..Nasib baik jadi jugak.. Cuma masalah sekarang, aku nak tukar 3 thumbnails kat atas tu..'HOME', 'ABOUT ME', 'CONTACTS'. Aku nak personalizekan thumbnails tu. Tapi tak reti. Bro Framestone ada gak tolong tadi. Tapi tak jadila bro uhuhu..Tak taula silap kat mana. Coding tu kot. Sok bro ajar lagi eh!! :)

Today, pepagi buta dah dapat berita from mypumpkin pasal kebakaran Kapal KD Seri Inderapura. Ada 2,3 keping gambar dia MMS.. Quite dasyat jugak katanya. Ini kali kedua kapal ni terbakar. Punca kebakaran masih belum diketahui. Aku baca kat internet ni, macam-macam spekulasi la orang buat. Ape-ape jelah.. Alhamdulillah, tiada yang tercedera dalam kebakaran ini. Itu yang lebih penting!!

Pastu terbaca kisah dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Johor terbakar. Khabarnya budak sekolah bakar dewan peperiksaan sebab tak nak amik PMR. Adoiyaiiiiii... makin kreatif budak-budak sekarang ni ye.. Ape nak jadi.. Aku hanya mampu gelengkan kepala jela.. Doa aku, anak aku esok-esok, tak akan buat perkara begini.Amin.....


Panas!? Hot!?

Oh patutla.. aku tak mandi lagi rupa-rupanya muahahaha... *totop hidung*

Wednesday, October 7, 2009

Adila Amilin turning 18..Gosh, she has grown up!!




It's my lil sis's birthday today!

Adila Amilin, she's turning 18. huhuhu baru 18 rupenya makcik nih. Rupe dah macam umo 20 ahahah.. But, she really has grown up. I can still remember her when she was a lil toddler. Chasing me around the house for bugging her. Oh how cute she was back then. Well, yeah yeah, she's still cute n even more gorgeous now. Susah tau nak jalan-jalan kat public dengan dia. Orang lawa, selalula kena kacau. Buat aku perasan jekk ahahaha.Orang kacau dia, yang perasannya aku eheh...



This is us. Sama tak? Ramai cakap kitorang sama. cam kembar. Nama pun lagi adik beradik kan...

Kitorang beza jauh jugakla. 6 years of difference. Tapi aku memang rapat ngan dia. I share everything with her. Tak pernah rasa malu dan tak pernah rasa segan. Bila balik kampung, aku dengan dia memang selalu berkurung dalam bilik. Bukan buat ape pun, menyembang je keje.. Sampai late at night. Makcik ni memang banyak cakap+banyak cite. Before tidur memang kitorang selalu sembang-sembang. Dia selalu marah aku sebab aku selalu tertidur time dia bercerita. Dia punyela besungguh-sungguh bercerita. Aku kat sebelah ni plak sedap je bedengkur. hihihi sorila Laling...Cakap sorang-sorang lak ehehh..

HAPPY BIRTHDAY LALING! :D

Tuesday, October 6, 2009

Soal Cinta, Soal Kerja, Soal Hati -- Thank you Cik Hani!

Hari ni hari sedih untuk aku..soal cinta..soal keje..soal hati...semuanya buat aku sedih. Tak henti-henti air mata ni mengalir. Dah lama jugak aku tak macam ni. Terlalu depressed, terlalu stress hinggakan aku tak dapat kawal emosi aku.

I am too fragile I guess. Terlalu rapuh hati aku ni. Dah banyak kali aku berusaha untuk kuatkan hati.. Susahnya, Ya Allah, tuhan saje yang tahu. Aku usaha, bukan aku tak pernah usaha.....Ya Allah, kau kuatkanlah lagi hati dan perasaanku ini.. Jangan biarkan aku hanyut dilanda badai perasaan sendiri. Kau berikanlah juga kekuatan untuk menerima segala dugaan dan cabaran ini dengan sebaik-baiknya....

Jutaan terima kasih buat Cik Hani yang mendengar cerita aku. Thanks babe. Thanks jugak sebab susah-susah bagi kad kat aku. Nampak sangat ko tak wat keje kat opis tu..Mana boss ko, aku nak repot nih muahahaha..


card from Cik Hani..hihihi masyeh!!!!

Mesti korang tertanya-tanye, sapelaaa cik hani ni kan. Asyik ada je nama dia kat blog aku ni kan.. Cik Hani ni, aku nak stori sket, sekutu donlod aku masa kat UPM dulu ahahaa..orang len sibuk online sebab nak cari journal untuk FYP. Aku ngan Hani lak sebok online sebab nak donlod lagu hahaha.. Aku rasa kitorang dulu cam berlumba-lumba lak. Ko ada lagu ni? Ko ada lagu tu? Dua-dua sibuk nak mendonlod lagu-lagu terbaru (ayokkk, bleh kena tangkap kita ni weh hihihih)..Aku rasa kalau kita berlumba-lumba dalam mencari jurnal drpd cari lagu2 baru tu kan, tah2 kita tengah wat PhD cam Jojo ngan Eugenie tu la Hani ehehehehe...


sape gumuk, sape kurus? - gambar zaman berhingus ekeke

hahaha..satu lagi, aku ngan Hani ni terlalu obses ngan gumuk dan kurus. Aku selalu cakap diala sekutu gumuk aku eheh..tapi kan, yele2, aku akui, cik hani jauh lagi kurus dari aku laa (ikhlas dari lubuk hati yang suci ni tau Hani!!). Takpe-takpe, siap ko, nanti aku exercise banyak-banyak. sure lagi kurus dari ko hihihihi..

Ape-ape pun, thanksla Hani for everything that u've said to me today. Akan aku pikir-pikirkanla ehehehe..


Amal: Tak mau sedih-sdih lagi. Saya penat bersedih. Saya akan tempuhi apa jua cabaran. Kena marah pun tak kisahla..Saya takkan lari daripada menghadapi kesilapan yang telah saya lakukan. Soal cinta? Saya terima dia seadanya. Pendek cite, aku pasrah lah! (jawapan standard artis bak kata Hani hehe).

Suratan atau Kebetulan?

Hari ni aku terbaca satu artikel dalam Berita Harian online mengenai misteri persamaan di antara 2 Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Menarik juga fakta-fakta yang diberikan. Buat aku terfikir, semua tu memang betul-betul tersurat untuk terjadi di antara mereka ataupun hanyalah kebetulan semata-mata. Aku ringkaskan persamaan tersebut untuk korang baca (kalau ada nak baca la eheh)..

In case ada yang tak berapa nak cam wajah 2 presiden ini, kat bawah ni aku tempek gambar mereka :D


Abraham Lincoln - Presiden US ke-16


John F. Kennedy - Presiden US ke-35


Misteri pertama:
Lincoln menjadi anggota Dewan Perwakilan pada 1846, manakala Kennedy pula mendudukinya genap 100 tahun kemudian pada 1946. Malah, Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860, diikuti Kennedy 100 tahun selepas itu.


Misteri kedua:
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy, manakala setiausaha Kennedy bernama Lincoln.


Misteri ketiga:
Kedua-duanya pernah mengalami kematian anak di White House. William Wallace Lincoln meninggal dunia pada usia 11 tahun ketika bapanya menjadi presiden, manakala Patrick Bouvier Kennedy meninggal dunia ketika berusia dua hari pada 9 Ogos 1963, tiga bulan sebelum Kennedy dibunuh.


Misteri keempat:
Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala pada Jumaat. Lincoln ditembak oleh John Wilkes Booth, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.

Misteri kelima:
Lincoln ditembak di sebuah teater dinamakan Ford's Theatre, kemudian pembunuhnya melarikan diri ke sebuah gudang.
Kennedy pula ditembak dalam kereta Lincoln buatan syarikat Ford dan pembunuhnya lari dari gudang dan menyembunyikan diri di teater.

Misteri keenam:
Selepas kematiannya, Lincoln digantikan Naib Presiden Andrew Johnson yang dilahirkan pada 1808, manakala Kennedy digantikan naibnya, Lyndon Johnson, yang lahir pada 1908.


Misteri ketujuh:
Kedua-dua presiden itu seolah-olah dapat meramalkan kematian mereka dengan Lincoln dilaporkan memberitahu isteri dan rakannya mengenai mimpi dia ditembak oleh pembunuh beberapa hari sebelum kejadian, manakala beberapa jam sebelum dibunuh, Kennedy memberitahu isteri dan rakannya pasti mudah bagi pembunuh menembaknya di tengah kesesakan jalan raya.
 
Misteri kelapan:
Lincoln mempunyai dua anak lelaki yang dinamakan Robert dan Edward, begitu juga Kennedy yang mempunyai dua saudara lelaki dengan nama sama. Bezanya, anak Lincoln, Edward mati ketika masih muda dan Robert hidup lama tetapi saudara Kennedy, Robert meninggal dunia pada usia muda dan Edward meninggal dunia ketika berusia 77 tahun pada 25 Ogos lalu.


Misteri kesembilan:
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland dengan rakannya, manakala seminggu sebelum Kennedy menemui ajal, dia dilaporkan bersama simbol seks Hollywood, Marilyn Monroe, yang didakwa wanita simpanan presiden itu.
 
 
9 peristiwa yang kebetulan di antara 2 Presiden ni. Pelik kan? Pelik tapi benar.. Very interesting!


p/s: Klik sini untuk membaca artikel tersebut sepenuhnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...