Thursday, April 9, 2009

Kalo ex aku cakap sume2 ni.....

Hi how are ya?
Baikk2....better than ever!

Hey! You wanna go to the mall?!
Tak nak ahh, xde benda nak beli. Lagipon aku geli nak jalan seblah ko...

I LOVE U...
ohoo..i love you NEVER

DO u want some cookies?
Cookies2, biskut2 ni please do not mention depan aku. Berdesingggg telinga...

Can you take me a picture?!?
Bleh2.. (amik kamera dari tangan dia pastu cabut, bawak lariiii....)

Help me in my homework!
Bilelaaa ko nak pandai nii..asyik mintak tolong haku jek nih..

Here's my gift to you...
olololo, masyeh lerrr...aku memang ske dapat hadiah..

Let's just be textmates..
Lets just be nothing...

Do you want me to buy you an ipod?
Watpe beli ipod..kalo ko beli eskrem pon bes, leh aku makan.ipod neh bukan leh wat makan..dah tau aku ni kuat makan kan....

Let's sit together in the bus
Eeeee, ape kelasss naik bas. tolon skett...

Hi baby
you sound gay laa..

Your still handsome/beautiful!
Haruslah, aku kan kuat makan jamu...

I still LOVE you!
bluwekkkkkkkkk.....aku tak bodoh cam ko, x sedar diri orang dah tak nak ko..

Do you have new boyfriend/ girlfriend?
aih sudah terang lagi bersuluh....keliling pinggang boyfriend n girlfriend aku...

Do you love me?
erkkk, xde masa. dem.i.hate.u


---amal: ahah, i never have one ex.......er mungkin ada, tapi dia bukan pakwe aku pon, dia hanyalah kesilapan masa lampau aku....

Wednesday, April 8, 2009

Sebelum tido kita mestilahhh....

JAWAB TAG!!!!!!

Okeh, sebelum masuk tido, dengan sukacitanya saya ingin menyempurnakan tag yang diberikan saudari Shi..

APA NAMA PENUH ANDA?
alwani amalini mustapha

NAMA APA YG ANDA HARAP ITU NAMA ANDA?
tengku amalin aisyah putri hahaha --- nama anak Sultan Kelantan. Suka nama dia, maybe sebab depan tu A,A jugak ngee~~

POST 4 PICTURE LATEST DIRI SENDIRI YG EKSKLUSIF YG XDAK SAPA2 TGK LG..
oho, gambar2 di bawah bukanla latest sangat.dah lama.


--- ahah. gaya gedix masa mula2 dpt tag ---

--- ini gaya solehah haha.baru siap solat, and baca doa, tengok kiri adik amik gambar plak.otomatis sengih cam kerang busuk.oh sy rs sy sgt gediks ---

--- ini acara gedik secara duet. dalam fitting room nak try suar pon bleh menggedik okeh ---

--- ini gedik bersama Cik Bibab ---


APA KENANGAN YG PALING BERMAKNA DLM JIWA RAGA ANDA?
Hmmm kenangan ye? Kenangan ngan family, yang paling aku ingat masa kecik2 dulu, ayah selalu bawak jalan2. Seronok. Kalaulah aku boleh putarkan masa kembali ke zaman aku kecik2 dulu kan bes.

APA PRINSIP HIDUP ANDA?
Xde. Srius. Aku just follow the route. Kalu route nye mcm ni,mcm ni lah prinsip aku. Kalau routenya macam tu, mcm tu lah prinsip aku. Ada sorang laki nih pernah btau aku (dem i hate him), "orang macam awak ni kan macam perahu yang berada di tengah2 lautan yang dihempas ombak besar. yang xde arah tuju sebab tak ada prinsip dan matlamat hidup." Suke suki nak berfalsampah ngan aku. Cuba cermin diri dulu. caittttttttt.....

APA PERANGAI YG PLG BURUK DLM HIDUP ANDA?
Saya baiklaaaa...manade yang buruk2 tentang saye...tapi tabiat buruk ade. Saya dah cakap seblom ni saya suka korek idung di hadapan khalayak ramai. Satu lagi saya baru ingat. Semasa kehadiran adik saya, saya suka cabut bulu ketiak saya depan dia. Tak tau nape, ada dia je mesti rasa cam nk cabut bulu ketiak. Buruk kan?Saya pasrah...

ORANG YANG ANDA INGIN TAG?
orang2 yang gian nak jawab tag cam aku jugak.....



---amal: Shi, cukup gedik tak gambar2 tuh???eheh..

16 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang alwaniamalini

--- ye, saya alwaniamalini ---



Perkara Satu
Lahir pada 28 Julai 1985, jam 12.55pm dengan berat 4.75kg. Tolong jangan terkejut. Ye, saya seberat itu semasa mak saya melahirkan saya. Sayalah baby giant pada hari itu. Mak cakap kecoh satu spital (ape lah jakun sangat dorang ni..). Aku sebesar itu bermakna aku sihatla kan? Hebat kan aku, time baby pun dah obes waaa...Sekarang, aku maintain besar. Bes ape jadi orang besar?? Aku ada tengok video yang dia payah gile nak culik orang berbadan besar. Untungkan aku. Aku bangga aku sebesar ini.........And by the way, my p******g mantap okehh...


Perkara Dua
Aku sangatla hitam. Kalo diletakkan muka aku sebelah bontot kuali hitam legam itu, pasti wajah aku yang tenggelam. Korang akan perasan kehadiran kuali tu dulu daripada aku. Aku kecik2 dulu, kuat derak (terjemah: merayap). Suka round satu kampung, naik basikal BMX abang aku. Pastu suka lari2 g kedai runcit yang dekat dengan rumah aku, beli megi ngan asam. That's whyla i gelap dan hitam. Letak foundation banyak2 pon tak guna. Wat muka aku bertompok ade laaa..Orang selalu ingat aku ni asal Penang. Anak Mami. Hellooooo, aku asal Kelate. Anok mok dehh.. Asal gelap je anak mami...asal gelap je....ahh lu pikirla sendirikkk..


Perkara Tiga
5 tahun dulu pernah pakai braces. Gigi aku sangatla tak teratur. Kicik2 dulu malu nak senyum. Masuk Maahad, ramai member pakai braces. Aku pun dengan beraninya nak pakai jugak. Padahal masa tu takut gile nak jumpa dentist. So, sejarahnya, tahun 2000 aku stat pakai braces. Sampaila tahun 2004, braces dibuang, pakai retainer plak. Huh 4 tahun pakai, seksa wa cakap lu..Mulut sure slalu berdarah...Air liur selalu tersembur2 masa bercakap..Wire penah patah sebab aku makan kopok keras pastu sekali lagi patah sebab aku gigit tulang ayam dengan rakusnya. Pernah diejek, BETTY masa kat SMK KL. Sampai skang aku ingat muka budak tuh. Balasannya dia ditibai dengan hebatnya oleh member aku, Fahmi. Pastu tak pasal2 pulak aku kena panggil ngan cikgu disiplin. Cikgu tanya aku, 'awak dengan Fahmi ni ada ape2 ke sampai dia sanggup belasah orang sebab awak?" Hoh, tebal muka aku. Maluuuuu....Pastu, aku dah tak tego Fahmi. Aku malu. Dan semuanya kerana braces.cehss..Ape2hal pon, masyeh ye Fahmi hehe.. Sekarang gigi dah bebas braces, dah berani senyum, in fact suke sangat sengih cam kerang busuk skang nih. My self confidence is higher compare dulu2..Banyak dah berubah, kecuali satu. Air liur ku masih tersembur2 bila aku bercakap. Jadi kalo nak cakap ngan aku, jarakkan diri sket ye eheh..



Perkara Empat
Pernah belajar di sekolah arab tersohor di Kelate. 4tahun je,tapi macam2 aku belajar. Tapi yang kurengnye, aku x reti langsung bahasa Arab. Rugi kan???


Perkara Lima
Pernah belajar taekwondo. Sampai blue belt. Pastu dah kuar dari Maahad x join dah. Masuk UPM join balik. Ingat bleh sambung je blue belt dulu, leh trus naik red..pastu black (eceh berangann..). Tapi tak boleh, kena amik white balik (cehss..)..Mula2 rajin, dah lama2, dah masuk 2nd sem malas dah. So sampai tahap yellow je masa kat UPM. Tah kat mana dah baju aku sume. Belt pon tah ke mana2.Padahal beli mahal tuu huhu..Jadi jangan wat jahat ngan aku ye. Aku bagi turning back kick kangg...



Perkara Enam
Sayang kucing. Suka kucing. Gilakan kucing. Suka bercakap2 dengan kucing aku. Aku gelarkan diri aku mummy mereka hehe.. Aku sanggup buang najis mereka, sanggup buang muntah mereka. Sanggup riba mereka walaupun mereka berkurap. Aku sayang kucing, suka kucing, gila kucing..



Perkara Tujuh
Benci tikus. Tak suka tikus. Geli dengan tikus. Erghhhh, makhluk inilah yang paling aku tak suka. Serius. Dulu, kini dan selamanya. Geli, ekor dia yang panjang tu, eeeyuuuuu..Nasib tak berapa baik mungkin, rumah kat kampung banyak tikus. Selamba tikus je dia lalu depan kitorang masa tengah syok2 tgk tv. Menjeritla akuu..eeeeeeeeeeeeee....Kucing aku pun wat bodo je ngan tikus2 tu. Punyela tak energetic punya kucing. Pnat bagi makan ikan berkilo2.Mypumpkin tau aku x suka tikus jadi, masa birthday aku last year, dia bagi tikus sekor. menjeritla aku.Huh wat malu jekkkk...Dan balasannya, aku cubit dia secukup dan sesedap rasa..


Perkara Lapan
Adehh..baru perkara lapan ke? Lapan benda lagihh saya kena fikir..


Perkara Sembilan
Anak nombor lima. Mak ingat aku bongsu. Sekali adilaamilin lahir ke dunia ini, merampas title anak bongsuku. Tapi takpe. Saya sayang adik saya. Dia teman sejati saya.


Perkara Sepuluh
Sekarang tinggal di Putrajaya bersama kakak dan anak2nya. Dulu aku pengasuh mereka, sekarang aku dah keje, dah x larat nak mengasuh dah huhu...Terus terfikir sejenak, macamana nak jaga anak sndiri nanti?? Balik keje penat.. So, saya terpaksala jadi suri rumah tangga sepenuh masa dah kawin nanti lalala~~

Perkara Sebelas
Kat UPM blajar Env Sc. 3 tahun.Tapi skang keje jauh terpesonggg dari bidang tersebut.

Perkara Dua Belas
Saya belum iron baju nak gi kerja lagi. Malas.



Perkara Tiga Belas
Saya bahagia dengan hidup saya walaupun banyak onak dan duri perlu saya tempuhi. Keluarga saya bermasalah but yet we are strong together. Aku dan mypumpkin hubungan kami jalannya sukar. Tapi kami pilih jalan ini dan kami akan tetap melaluinya. Masa depanku belum dapat kuramal. Aku tidak mahu meramal masa depan. Datanglah apa jua dugaan, akan aku jalaninya dengan hati yang terbuka. (Ahh ape aku merapikk nehh)..



Perkara Empat Belas
Ade ke orang baca ni? Saya konfius.



Perkara Lima Belas
Saya dah tak sabar nak tunggu Perkara Enam Belas



Perkara Enam Belas
Saya dah takde perkara yang nak dikongsikan.



Itulah serba sedikit perkara mengenai alwaniamalini. Sekian, terima kasih..




--amal: ....... tak tau nape aku taip sume nihh..

Aktiviti 2,3 hari ni - punyela xde benda nak post..

--- Jalan-jalan dengan my niece kat JJ Equine Park ---


--- Makan cheese baked rice dkat Pizza Hut dengan rakusnya, smpai licin gituu ---


--- Makan2 dengan adik guards ku (eheh) kat Johnny's Times Square ---


--- Inilah nasiknye, nice....Makan hingga menjilat pinggan ---



---amal: Ye, alwaniamalini dan makanan tidak dapat dipisahkan. Tidak syak lagi...

I'm out of order~~

Assalamualaikum y'all........

Dah lama x mengupdate blog. Anyone miss me??? (Hikkk, prasan...)
Quite busy these days. Busy dan juga kepenatan (TOTALLY PENAT)...
This week ada visitors from our Amsterdam office, Director of Communication kot. Agak tinggi jugakla jawatannya. Jadii, office perlu berada dalam keadaan neat and tidy, and its my jobla kan... Itu keje hari2, sampai visitors tu pulang ke Amsterdam..

Hari ni aku ke Bukit Bintang. Settlekan keje kat sana. Terima kasih diucapkan kepada Yana, Cayam n Rosie sbb sudi jadi bodyguard aku..eh adik guard aku hehe..First time drive jauh gile hehe..Macam2 benda jadik. Satu, sesat. Dua, aku nak kencing. Tiga, minyak dah nak habis. Huiii, yang part kencing tu aku leh tahan lagi, part minyak dah tinggal sket tu yg wat aku panik sket huhu..Dahle sesat tah kemana2, minyak pulak xde..Dalam KL mana nak cari stesen minyak. Nasib baik sampai ke tempat yang dituju dengan selamatnya. Nak balik tu aku tanya pakcik guard dkat situ mana stesen minyak terdekat. Nasib baik ada..Kalo tak nayeeeee....Nak isi ngan air kencing??hahahaha..karang punah jahanam kete aku hehehe...

Kemudiannya, bawa mereka makan2 kat Times Square. Sayang xleh dok lama sbb aku nak balik ofis lagi..Walaubagaimanapun, nyesal seyhhh balik ofis. Masuk je dalam ofis, melambak2 keje. Bos aku cakap, "Waniii, u spatutnya terus balik. Ini u datang lagi, memangla takkan dapat balik.Keje tak pernah habis.."
Aku bukan ape,aku fikir kalo aku balik, kang nanti ada benda2 yang x settle aku jgak yang kena. Nanti ada yang akan cakap, "You sepatutnya kena settlekan sume keje dulu baru balikk.." Aku pernah ditegur macam tu and aku dah serik dah...Tak nak lagi kena tegur macam tu. 2,3 hari aku stress.. Jadinya, aku sanggup keje lebih masa asalkan keje aku semuanya settle. Barulah balik pun dengan senang hati. Tido pon lena je....Inipun rasanya ada yang belum settle huhuhuh...

Penat keje admin ni..Macam2 nak kena buat untuk kesenangan semua pihak. Especially staff la kan...Semuanya nak kena cukup, semuanya nak kena in order, semuanya nak kena segera. Semuanya nak kena ikut kehendak mereka. Tapi mereka ini bukannya seorang. Mereka ini bermaksud ramai. Jadi nak menjaga kehendak dan kemahuan ramai ni memang susah. Yang ni kata ok, yang ni kata tak ok..So yang mana satu aku harus ikut??? Bagi contoh mudah pasal biskut la kan (aku memang tension pasal biskut nih).. Aku bawak turun biskut kering (dah sah2 orang tak suka kan), ada yang mintak tukar. Dia cakap orang tak suka biskut kering ni, dorang suka biskut coklat. Aku pon take note. Next biskut, amik yang coklat, orang suka. Pastu bila dah amik biskut coklat, ada pulak orang cakap tak suka. Dia kata tak bes, suka biskut jem. Tapi ada pulak yang suka tadi kan? Then aku amik biskut jem, ade pulak yang tak suka...Kesimpulannya, nak memenuhi kehendak semua orang ni susah..Seriously susah. Aku nak jaga hati semua orang, tapi semua orang tu kena pahamla. Bukan dia sorang je yang duduk dalam ofis. Dan bukan semua orang ada citarasa yang sama. Jadi kena tolak ansur sikitla kan..Janganla banyak sangat komplen. Kalau benda tu salah, komplenla.. Ini benda kcik macam ni pun nak komplen (yesss, ada yang komplen)..Dorang ni kan, nasib baik orang sediakan..Kalo x sedia langsung baru tauuu huhh...

Kalau ikutkan hati banyak benda aku nak luahkan.....Tapi aku simpan je....Malasssss...Biarla dorang sedar sndiri. Tapi kalau dah melampaui batas memang aku xleh sabarla kann....

Sudah2la tu membebel alwaniamalini...


---amal: Tolongla jangan buli admin anda. Sekian, terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...