Thursday, December 8, 2016

Ke Kundasang Lagi!

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas kami ke Kundasang. Husband ada kerja sikit. So mama dan anak anak menempel la sekali.. Harusla ikut kan sebab Kundasang is my favourite place kat Sabah ni hehe..

Last pegi Kundasang hujung tahun lepas kalau tak silap. Kami ni bukan selalu berjalan. Almaklum, encik husb tu busy sokmo huhu. Tahun ni la, outstation manjang. Inipun sebenarnya short trip selepas dia 2 minggu os. Seminggu di Labuan, seminggu di Sandakan. Bersambung-sambung. So, nak menebus masa dengan isteri dan anak2 dia bawakla sekali ke Kundasang ni sambil menyetelkan urusannya.

Malam sebelum tu kemain lagi plan nak turun awal la ape la, sekali.. pukul 10 lebih jugak baru kitorang gerak haha. Sebabnya masing2 lepas Subuh sambung tido balik 😛 Husb tu kepenatan sebab dia baru balik dari Sandakan. Aku pun malasla nak paksa2 dia bangun. Bagi dia betul betul rehat dulu.

Pukul 11 naik bukit nak ke Kundasang tu hujan renyai renyai. Gunung memang tak nampak langsung. Berkabus je. Sedih huhu..

Kami sampai pekan Kundasang dalam pukul 12 lebih.

See see.. Tak nampak gunung pun..

Sampai je aku dan anak anak pegi ke KFC while husband jumpa dengan kawan dia kat kedai lain. Settlekan urusan dia tu. Masa tengah makan tu hujan turun dengan lebat selebatnya.

Selfie dulu seround dengan cik Suri. Nasib baikla anak dara ni memang suka bergambar. Saif Shaheem tak layan mama bergambar huh..

Dah makan kenyang kenyang kami ke Masjid Jamek Kundasang, solat Zohor. Ya Allah air kat masjid tu sejuk beku weh. Ketar ketar nak amik wudhuk haha.. Lepas solat husband ajak balik. Sebab dia kata macam tak best nak berjalan sebab hujan kan. Tapi masa tu dah tak hujan sebenarnya. Shaheem insist nak pegi ladang lembu. Ngamuk ngamuk dia bila abah kata nak balik haha. Anak kesayangan abah kan, so abah turutkan jela walaupun sebenarnya dia berat hati. Katanya mesti jalan nak naik le ladang tu lecah sebab hujan.. Ahh alang2 dah sampai Kundasang ni, redah jela abg oii..

Sebelum tu, kami bergambar dulu kat roundabout pekan Kundasang. Ni kalau cuaca elok boleh nampak gunung kat belakang..






Pegi ladang lembu tu mak aihh ramai betul orang! Masa tu dah pukul 3 kot. Suasana sejuk jugakla bila ada angin. Kalau takde angin tak sejuk pun haha.. Aku rasa macam Kundasang dah tak sesejuk dulu. Dulu kalau bercakap boleh keluar asap tu haa. Ni takde pon..

Sampai sampai je, husband dan anak2 pegi tengok lembu. Masa tu time perah susu. Aku pulak beratur nak beli susu. Panjangg sangat barisannya. Lama jugak tunggu turn. Aku beli sikit je. Susu 1L 2 kotak (fresh milk & chocolate), 500ml 3 kotak (coffee, fresh milk, chocolate). Total RM27+ kot. Lupa dah. Yang 500ml tu kitorang minum kat situ.

Aiskrim takde sebab mesin rosak. Beratur nak beli waffle, waffle habis. So aku beli sosej je untuk anak2 makan. Tapi tak makan pun. Agaknya kenyang lagi makan KFC.

Ni je gambar yang aku amik kat sana. Sebab masa tu dah start hujan renyai renyai dah. Kalau tak bawak anak memang redah je bergambar dalam hujan. Tapi bawak anak ni takut demamla pulak kan..

Sempat selfie. Gambar last sebelum hp kiok habis bateri. Masuk kete baru dapat charge.

Turun dari ladang tu kami terus je balik. Masa tu dah pukul 4 lebih. Tak singgah beli sayur pun sebab husb dah beli masa dia balik dari Sandakan tu. Ingat nak singgah jugak beli buah untuk kudap kudap dalam kereta. Tapi sebab hujan, kitorang terus balik jelah. Tak best sebenarnya berjalan dalam cuaca hujan ni huhu. Nak buat macamana.. Nasib kitorang pergi time hujan.

On the way turun bukit tu hujan lebat gile! Sampai satu tahap tak nampak apa pun. Gerun betul. Aku asyik pesan kat husb drive slowly.. Jalan memang licin dan ada kereta yang terbabas masuk parit tepi jalan. Bahaya betul.



Anak anak kat belakang selamat tido. Sampaila ke rumah.

Alhamdulillah kami selamat sampai dalam pukul 5 lebih. Sempat solat Asar di rumah.

Penatttt sangat tapi alhamdulillah. At least dapatla luangkan masa bersama incik husb yang bz sokmo tuuu...

Next trip.. Simpang Mengayau, Kudat. Esok cite, insyaallah..

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...