Saturday, June 18, 2016

Flower Pillow utk Mak Tersayang!

Assalamualaikum..

Mother's Day bulan lepas aku buat surprise kat mak nunnnn di kampung. Aku hadiahkan mak sebuah bantal bunga. Bukan bantal berbentuk bunga tapi bantal yang ada lukisan bunga di atasnya. Haa unik sangat ok.

Masa parcel tu sampai, mak yang terima. Mak cerita mak bebel2 kat adik aku haha. Mak cakap apa lagila yang adik aku beli online ni. Pastu ayah tengok kat slip pos tu nama penerima mak aku. Ayah suruh mak bukak. Tapi mak tak berani. Alamat pengirim guna alamat Umie (tokey bantal bunga ni). Dari Miri pulak tu. Lagi mak aku tak kenal dan takut nak buka haha. Gelak besar aku masa mak cerita. Dia kata tunggu adik aku balik baru bukak. Dah buka mak pun nampakla wish atas bantal tu. I love you Mak. Terus tau aku yang hantar sebab takde dah anak lain yg suka hantar benda2 gini haha.. Aku mintak jugak Umie selitkan kad ucapan utk mak.




Cantik tak??? Lukis tangan tauuu.. Alhamdulillah mak suka. Mak memang suka bunga2 ni. Mak cakap cantik sangat lukisan tu. Kemas. Dia kata dia sayang nak buka plastik hehe. Simpan elok2 dalam bilik. Takut cucu2 jumpa habisla dikerjakan dorang haha..

Aku tak pernah buat surprise utk mak. Bagi hadiah pun jarang. Terima kasih banyak Umie, create hadiah yang sangat unik dan menarik ni. Sesuai sangatla untuk diberikan hadiah kepada yg tersayang. Tak kira apa occasion.

Korang nak bantal macam ni jugak bolehla follow Instagram @happyartbyumie. Ada banyak benda lagi umie buat. Antaranya tote bag dan doodle pillow. Semua lukisan tu adalah lukisan tangan. Kreatif dan berseni sungguh umie ni haa..



posted from Bloggeroid

Wednesday, June 15, 2016

Pyjamas Ready Stock

Assalamualaikum

Ni ready stock pyjamas yang masih available. Sepasang normal price RM25 exc pos. Tapi sempena Ramadhan ni aku buat promo sikit. RM23 sepasang. Beli 5 pasang RM100 FREE POS Sabah sahaja. Semenanjung dan Sarawak add RM5.

Saiz 2y hingga 7y.
Cutting kalau utk anak aku normal cutting sebab dia kurus. Kalau nak pakai lama aku suggest better amik 1-2 size bigger dari umur anak.
Material kain 100% cotton. Lembut. Tak tebal sangat, tak nipis sangat. Aku jamin memang elok kualitinya. Warna pun x mudah luntur. Basuhla banyak kali pun.

WHATSAPP 014 8224228 utk order ya. Tenkiu kawan2.








posted from Bloggeroid

Sunday, June 12, 2016

5th Anniversary!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 4 Jun 2016 cukuplah 5 tahun rumah tangga daku dan husband dibina. Baruuu 5 thn! Hehe.. 5 thn pun dah macam2 kami lalui. Asam garam berumahtangga kan. Ada masam. Ada manis. Ada tawar. Ada pahit. Macam2 rasa. Bergaduh berselisih pendapat tu biasa. Kalau xde gaduh2 x best jugak kan hehe. Tapi kalau gaduh pun takdela lama..

Utk anniversary haritu takde buat apa yg special pun. Every year memang kami tak celebrate beria hehe. Just bangun pagi and wish each other. Cuma haritu sbb tarikhnya jatuh pd hari Sabtu maka kami pun plan nak piknik kat pantai. Lagipun Shaheem hari2 dok ajak pegi pantai.

Kami ke Pantai Rangbulan di Kota Belud. Actually minggu sebelumnya kami dah pegi dah. Masa pergi week before tu best gile air sebab tenang, x dalam dan clear jugakla. Owner private beach tu bagi pinjam goggle. Husb suruhla aku snorkelling. First time try. Excited gila dpt tengok ikan. Siap menjerit2 dalam air hahaha. Tapi yang kitorang pegi masa anniversary tu tak best.. air tengah surut dan keruh. Mungkin sebab hujan lebat sebelum kitorang sampai tu. Frustrated jugakla. Tapi takpelah. Dapat bawak budak berdua tu berendam kejap pun jadi lah.

Malasla nk cerita panjang. Layan gambar jela eh hehe

Ni gambar kitorang prgi seminggu sebelum anniversary


Shaheem paling puas hati berendam. Berani pulak tuu


Ni masa anniversary. Pantai yg kitorang selalu pergi tu tutup sebab ada event. So kitorang pegi sebelah. Sewa chalet utk tukar2 baju. RM25 je kalau x bermalam. Chalet cantik mengadap pantai tapi sayang takde tandas. Ada tandas awam yg ermm agak kurang selesa. Pastu tak sesuai utk bermalam kot sebab nyamuk byk gila bila hari dh mlm. Kesian Shafina kena hurung dengan nyamuk. Sampai bengkak bibir dia.


Bawak bekal nasi goreng
Kitorang balik lepas maghrib so dapatla tengok sunset. Cantik yang amat!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas rahmat dan kurniaan-Mu kepadaku. Suami yg bertanggungjawab & penyayang, anak2 yang baik, penyejuk hati kami. Rahmatilah dan berkatilah keluarga kecil kami ini. Aminn aminn..


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...