Sunday, January 31, 2016

Shaheem Kena Chickenpox

Assalamualaikum,

Hari Rabu minggu lepas Shaheem pergi sekolah macam biasa. Dah balik dia ok je. Aktif macam biasa. Malamnye tu badannya suam-suam sikit. Bangun pagi esoknya tu dah panas dah. Aku risau jugakla dia demam tu sebab Shaheem ni susah makan ubat. Jelum-jelum lagi laa.. So hari Khamis tu aku tak hantar dia pegi sekolah. Kitorang keluar pegi farmasi di Tuaran. Beli ubat demam Uphamol perisa oren. Dia punya cerewet nak ubat rasa oren je. Kalau tak, tak nak minum. Ngade sangat kan.

Pagi tu aku tak perasan pun ada bijik-bijik kat badan dia. Tengahari baru aku nampak. Cuak jugakla. Sekali tengok memang aku dah rasa tu chickenpox. Mula-mula ingat HFMD sebab kebetulan pagi tu cikgu dia whatsapp bagitau kat sekolah ramai kena HFMD. Tapi bijik yg ada kat Shaheem tu merata kat badan. Bukannya di tangan atau kaki je. Aku tak bawak dia pegi klinik sebab tengok dia ok. Aktif walaupun demam. Bijik tu pun tak banyak lagi. Esoknye hari Jumaat baru aku bawak. Aku pegi klinik berbayar kat Tuaran. Malas nak pegi Hosp Tuaran walaupun dekat je. Sebab aku handle anak sorang-sorang. Klu kat hosp ni confirm orang ramai. Dibuatnya Shafina meragam ke. Hee kuasa la aku nak handle sorang. Apa boleh buat,incik husband kebetulannya bz gila-gila masa tu huhu..

Doktor sahkan Shaheem kena chickenpox. Doc bagi antibiotik,calamine lotion, ubat demam dan mc seminggu (21/1-28/1). Kena la RM45 huhu.. Doc suruh bagi minum air kelapa supaya bijik tu keluar banyak. Malangnye Shaheem takmo minum. Jenuh memujuk. Dia makan puding kelapa je huhu. Okla tu daripada takde langsung kan.

Bila kena chickenpox ni aku paling risau takut berjangkit dengan adik. Tapi alhamdulillah sampai harini Shafina ok je. Takde tanda-tanda dah berjangkit. Harapnya Shafina tak kena la. Tunggu dia besar sikit ke huhu.

Dah seminggu lebih dah Shaheem kena chickenpox. Alhamdulillah getting better. Dah kering dan banyak juga yg dah tanggal. Alhamdulillah juga sepanjang kena ni Shaheem tak menggaru sangat. Aku selalu ingatkan dia kalau gatal Shaheem gosok je. Jangan garu nanti darah. Shaheem ni dahla tak suka aku bubuh calamine tu. Aku lumur kat badan dia time dia tido malam-malam je.

Mc dah habis. Sepatutnya esok Isnin dah kena pegi sekolah. Tapi aku ingat tak nak hantar lagi. Rabu kot baru pegi. Nak make sure kuping kuping chickenpox tu betul-betul takde. Orang kata time ni la mudah berjangkit kan. Tak nak la anak aku jadi punca tersebarnya penyakit tu kat sekolah huhu..





Mujurla bijik tu tak banyak sangat dan kecik-kecik je. Dan harapnya lepas ni tak kena dah la.. Get well soon abam Shaheem!

posted from Bloggeroid

Sunday, January 10, 2016

Rutin Dah Berubah

Assalamualaikum.

Since Shaheem dah start sekolah ni, rutin aku seharian pun dah berubah. Dulu² bangun pagi hantar husb pegi keje (depan pintu je hehe) kalo mengantuk lagi, aku sambung melingkar haha. Sekarang kalau mengantuk pun kena lawan mata huhu..

Bangun pukul 5 pagi. Solat ape sume, masuk dapur prepare breakfast. Setakat ni buat yang biasa² je macam sandwich ke, french toast ke. Shaheem x makan sangat. Aku biasa buh dalam bekal dia. Kadang² dia makan. Kadang² tak. Pening jugakla kepala mama pikir nak masak apa untuk Shaheem huhu.. Husb memang tak breakfast kat rumah.

Aku kejutkan Shaheem pukul 7 pagi. Sementara tu aku kemas² dapur, masukkan kain dalam washing machine. Kalau Shafina bangun, aku kena susukan dia dulu. Ada sekali haritu, Shafina terjaga kul 6pg. Aku susukan dia, dengan aku sekali terlelap hoho. Sedar² dah pukul 7 lebih. Kelam kabut bangun sebab aku belum mandi, belum masukkan bekal Shaheem dlm beg. Mana nak kejutkan Shaheem lagi. Dahla dia macam² drama sebelum bangun tu huhu.. Terlewatla sikit pegi sekolah.

Sekarang ni tambah satu lagi tugas aku setiap hari - hantar dan amik Shaheem sekolah. First day haritu cuak jugak nak drive. Lama dah tak drive sendiri. Dahla kat sini banyak kete besar². Kebanyakannya 4x4 mcm Hilux, D-Max tu. Laju² plak tuh. Seram oii.. Aku selalu bawak slow² je. Paling laju pun 60-70km/j je. Jalan ke Tuaran tu 1 lane je. Pastu kete kadang² banyak. Slow² jela ikut kete kat depan. Jalan nak pegi ke umah aku 2 lanes. Situ la yang serem sikit hehehe. Aku memang kena hati² la drive sebab bawak anak kan. Dan kena hati²/sebab bawak kete husb haha. Ada sekali haritu nak keluar dr parking aku salah bajet cemana ntah, terpanjat divider kat tepi kahkahkah.. Cuak kejap. Risau takut tayar pecah. Nasib takde pape. Ada kesan putih kat tayar je. Ingat nak diam² je. Sekali petang husb balik keje, Shaheem terus ngadu hahaha.. Terkantoila. Sabar jelaaa..

Seronok sebenarnya dengan rutin baru ni sebab boleh keluar rumah hehe. Tapi penat jugakla. Naik turun tangga, dukung Shafina. Dahla sekarang ni panas yang amat huhu... Ni anak baru masuk tadika. Kalau dah sekolah nanti mesti lagi pack jadual.

Semoga Allah beri kekuatan...

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 5, 2016

Saif Shaheem Goes to School!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah anak sulung aku dah sekolah dah. Sekolah=tadika je baru hehehe. Sebak sedih happy semua rasa ada. Sedih sebab all this time Shaheem duduk ngan mama je. Then suddenly takde kat rumah walaupun sekejap je rasa macam sunyi sangat huhu. Mujurla ada Adik buat teman hehe. Sebak sebab anak dah besar! Rasa macam baru je tengok dia merah², baru lahir dulu. Alih² dah sekolah dah? Aduui cepatnya masa berjalan. Happy cos Shaheem dapat berkawan, main, belajar.

Tujuan aku hantar Shaheem ke sekolah ni bukanla sebab nak dia cepat² pandai ke apa. Aku cuma nak dia ada kawan. Nak dia bersosial. Nak dia duduk di dunia luar. Kalau tak, dia just duduk rumah mengadap mama, mengadap TV. Aku ada la jugak ajak ajak melukis dan mewarna kat rumah. Tapi kadang² dia takmo ikut pun. Kalau kat sekolah mesti dia nak sebab ada kawan2, ada cikgu. Biasala budak kan, klu dengan family sendiri mesti macam² alasan dia bagi. So tu lah reason sebenarnya aku hantar dia ke sekolah. Nak dia berkawan. Tak nak duduk bawah ketiak mama je. Lagipun dia baru 4 tahun. Kalau pandai baca, ngaji dengan cepat alhamdulillah. Bonusla tu utk budak umur 4thn.. Yang penting pergi sekolah utk seronok² je dulu.

Aku hantar tadika biasa² je kat Tuaran tu. 10 minutes drive je kot dari rumah aku. Tapi kadang² kete banyak nak gi Pekan Tuaran so up 30 minit hehe. Tak jauh pun. Tadika tu aku dapat tahu dari sorang member fb. Dia hantar anak dia kat situ. Katanya tadika tu bagus. Anak dia cepat pandai membaca dan mengaji. Masa aku gi daftar time cuti haritu jumpa kawan sekolah aku dulu. Dia hantar anak kat situ jugak. Pastu husband jumpa kawan dia. Hantar kat situ jugak. Dua² cakap sekolah tu ok. Yuran pun affordable. Registration RM580. RM220 monthly. Kelas mula pukul 8 pagi hingga 2 ptg.


Semalam 1st day. Alhamdulillah Shaheem semangat nak pergi. Bangun awal pagi. Tapi tak mandi. Haha pecah rahsia. Mama suruh breakfast dulu pun tak nak. Nak makan kat sekolah katanya. Ramai parents hantar anak² semalam. Macam² ragam boleh tengok. Shaheem relax je masuk kelas. Masuk je terus main walaupun mula² tu dia malu. Mama cakap mama tunggu kat luar pun dia OK je.




Aku tunggu sampai pukul 9 pagi. Tunggu kat luar. Shaheem dalam kelas. Masa tu ada lagila budak nangis, lari keluar dari kelas. Sebelum balik aku ingat nak jumpa Shaheem. Nak bagi air kotak Milo kat dia. Aku pun pergila kat kelas dia. Masa tu cikgu dia tengah pegang sorang budak meronta² nak lari. Aku intai tengok Shaheem relax duduk atas kerusi. Diam je. Tapi bila dia nampak aku dia terus jerit, "mamaaaa.." Cepat² dia datang kt aku pastu menangis kuat gila. Huwaaaa.. Dia pegang kaki aku. Aku bagi dia Milo and cakap aku tunggu kat luar. Dia meraung sekuat hati. Jerit nak ikut nak ikut. Aduiii.. Menyesal mama pegi tengok. Ingatkan dia OK je. Terpaksala aku tinggalkan dia meraung tu. Cikgu pegang dia. Kesian cikgu. Dahla Shaheem tu kalau mengamuk dia akan menjerit kuat². Dia akan tendang² orang. Semalam dia tendang pintu. Nasib baik tak roboh pintu kalau tak masak mama nak mengganti haha.. Aku tinggal dia camtu jela semalam huhu..

Balik rumah tak senang duduk. Teringatkan Shaheem. Dia kalau ngamuk biasanya lama. Pukul 12 aku call sekolah tanya dia macamana. Sebab kalau kata dia mengamuk lagi, aku nak pegi amik. Tapi cikgu kata dia baru lepas round semua kelas. Dah takde budak menangis katanya. Legala sikit hati huhu.. Pukul 2 aku amik dia. OK je. Dah tak nangis. Dia cuma sebak sedih sebab dia pijak air kotak milo yang aku bagi tu. Menyesal la kononnya. Tu la. Mengamuk lg. Kesian air milo jadi mangsa amukan hehe.. Masuk dalam kete tak sampai 5 minit dah tertidur. Hehe penat sangatla kot 1st day rutin baru.

Harini 2nd day dia buat perangai tak nak pegi sekolah huhu. Aku kejutkan dia pukul 6.30pagi. Macam² alasan dia bagi. Shaheem ngantuk. Shaheem nak mimpi. Tak nak gi sekolah. Tak suka sekolah. Stress jugak aku pagi tadi. Tapi tak paksa dia. Malas nak paksa². Harini baru 2nd day kan. Dia belum biasa lagi dengan rutin baru. Selalunya pukul 9,10 baru bangun. Tiba² nak kena bangun awal memang payahla. So takpela. Aku biar jela walaupun sebenarnya aku sedih huhu.

Pukul 9 pagi tanpa dikejutkan, dia bangun sendiri. Bangun² je dia cakap, Shaheem nak gi sekolahla mama.. Ehhh terkejut mama haha. Aku pun cepat²la suruh dia mandi apa sume. Shaheem pun good boy. Ikut je. Tak mengamuk ke ape. Makan pizza sekeping. Minum Milo segelas. Masuk kete pun ceria je. Bila tanya kenapa pagi tadi Shaheem tak nak gi sekolah? Dia jawab Shaheem tipu saja.. Hahaha geram betul mama. Nasib baik mama sabar hehe.. Takpela pegi sekolah lewat sikit. Yang penting pegi kan. Cikgu pun tak cakap apa hehe. Dah masak kot dengan perangai kanak² ribena ni.




Jap lagi nak pegi amik dia. Tak sabar nak dengar dia bercerita hehe..

Shaheem oh Shaheem. Mama sayang Shaheem tau. Semoga Shaheem happy je kat sekolah. Ikut apa yang cikgu ajar. Main elok² dengan kawan².


Gambar sebelum pergi sekolah semalam




Semalam abah terpaksa dukung bawak pegi bilik air haha. Anak manja abah.




Yang ni pagi tadi. Abang sedap tido. Adik pegi kacau hehehe

posted from Bloggeroid

Monday, January 4, 2016

Selamat Tahun Baru 2016!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru dah kita. Babaiii twenty fifteen. Hello twenty sixteen.

Aku tak taula apa jadi tahun 2015 hehe.. Lupa hehehe.. Takpelah, lupakan jela yang lepas kan. Kita fokus untuk tahun baru ni.

Tahun ni rutin harian aku berubah dah. Shaheem dah start sekolah. Tadika je pon hehe Sekarang kena bangun awal pagi. Prepare breakfast, urus Shaheem siap ke sekolah. Hantar dan amik dia. Haa pasni hari hari la drive. Lama gila dah rasanya tak drive sendiri kat Sabah ni. Nantilah aku cite kat lain entry pasal Shaheem sekolah tu..

Azam tahun baru... nak menabung. Nak simpan duit. Nak urus kewangan dengan lebih baik, insyaallah. Aku dah start menabung dengan husband since November. Dah dapat kumpul almost 1k. Duit tu kitorang guna pegi jalan jalan cuti Maulud and new year haritu. Best pulak rasa hehe.. Nanti aku cerita dalam entry lain jugak ye pasal menabung tu. 

Lagi.. nak khatam Al Quran at least 2 kali tahun ni. Tahun lepas berjaya khatam sekali. Alhamdulillah. Masa habis baca tu rasa sebak sangat huhuh.. Lama aku tinggal Quran. Bulan 9 haritu tergerak hati nak baca balik. Lepas solat kalau anak anak ok, aku baca at least 2 muka surat. Pagi lepas subuh aku baca banyak sikit sebab anak anak tidur. Alhamdulillah, tengah bulan 12 haritu berjaya khatam. Tak taula nak cakap macamana, tapi kan, bila dah baca sekali, rasa macam nak baca lagi dan lagi. Rindu sangat nak pegang Quran. Rindu nak baca terjemahan ayat Quran. Tahun ni semoga Allah tetapkan juga iman aku, untuk baca Al Quran, insyaallah. Jom sama sama baca korang. 

Basically azam tahun ni nak banyakkan amalan buat bekal di akhirat nanti. Jomla berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum ni. Umur dah 30 oiiii.. Tahun ni 31. Huuu tua sudah.. 

Semoga tahun ni baik baik saja untuk kita semua. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Sihat tubuh badan, murah rezeki, sejahtera dunia dan akhirat. Insyaallah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...