Tuesday, November 15, 2016

Suri Shafina 2yrs Old

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Semalam 14 November 2016 my one and only daughter (buat masa sekarangla hehe) dah pun berumur 2 tahun.



Alhamdulillah Shafina sihat2 je. Ada la jugak demam, selsema, batuk jarang jarang.

Semalam pegi klinik timbang, berat dah 13.1kg. Perghh patutla berat gileeee mama dukung dia. Yep, mama masih kena dukung dia esp time naik turun tangga. Dia tak nak jalan sendiri. Pandai sangat ni. Makin sado dah lengan mama ni..

Semalam juga patutnya kena cucuk vaksin booster dtap. Tapiii stok vaksin kat klinik tu dah habis pulak. So nurse suruh aku try tanya klinik lain. Husb tanya HAT dalam base, dorang ada stok. So esok kena masuk base lah cucuk.

Tidoooo. Pagi2 hantar abang Shaheem pegi sekolah dia mesti tidur. Berat tau mama nak kena dukung..

Mama saaaaaayang Shafina 😘😘

Alhamdulillah, daku berjaya susukan dia sampai umur 2 tahun ni. Walaupun aku rasa 2,3 minggu ni susu aku dh kering. Tapi dia tetappp jugak nyonyot. Haha. Ntah bila la nak wean off betul2 ni. Dia dah jarang jugak dah sebenarnya hisap. Selalu time nak tido la dia cari. Atau time dia nampak mama relax2 depan tv. Haa mulala dengki kan. Datang menempek. Takpelah dik.. mama layan jela dulu ni.

Umur 2 tahun banyak jugak dahla perkataan dia boleh sebut. Tapi dia pelat gakla. Tak macam abang Shaheem. Mama, abah, abe, adik clear dia sebut. Yang lain tu kena dengar betul2 baru boleh paham. Kadang2 dia macam nak bercerita. Siap dengan ekspresi muka. Tapi habuk mama tak paham haha. Mama layang jela angguk2 iyekan apa dia cakap tu hehe. Takpelah slow slow kan. Nanti bolehla cakap elok2. Yang penting kita kena selalu berkomunikasi dengan dia.

Adik dengan abang pulak erm sekejap ok. Sekejap tak ok. Time ok seronokla berkawan. Lari sana sini berjemaah. Time gaduh esp berebut barang, aduh sakit kepala mama. Adik ni boleh tahan ganas dan kuat provoke abg ni haha. Abg Shaheem pernah gakla menangis sebab adik buat.

Masa ni dia tolak abang suruh tepi. Nak amik gambar sorang2

Shafina ni jugak macam2 perangai dia. Memang lain dari abangnya.

Tak reti duduk diam. Tengokla tu dia pose macamana.

Dinding rumah ni penuh dengan hasil contengan dia. Kadang2 sampai ke lantai dia buat hasil seni. Abang dulu tak macam ni tau huhu. Jenuhla nak kena sental sebelum keluar rumah nanti.

Bab makan nombor 1. Kuat makan ni.



Tak memilih makanan. Semua pun dia bedal hehe. Bagus2. Cukupla mama pening dengan abang Shaheem sorang bab makan ni hehe..

Alhamdulillah. Semoga Shafina membesar dengan baik, sihat2 selalu. Terus menjadi penyejuk hati mama dan abah. Adik yang baik untuk abang, kakak yang baik utk adik2 hehe.. Mama sayang Shafina lebih dari segalanya! 😘😘

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Allhamdulillah... memang nampak besar Shafina ni, tak nampak macam umur dua tahun pun sis... semoga menjadi anak yang soleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg besar. Semua org igt dia 3y atau 4y. Tq sis 😊

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...