Friday, November 11, 2016

Lok Kawi Wildlife Park 2016

Assalamualaikum

Why kena ada 2016? Sebab dah pernah pegi on 2013. So ni yg 2016 punya cerita hehe.. 2013 abang Shaheem baru berumur 1y plus. Tak reti apa lagi pun masa tu. Tahun ni 2016 dah 4y plus. Ingatkan dah besar sikit, teruja la dapat tengok haiwan. Apeeee sama jugak. Tak excited langsung. Asyik ajak balik je. Peluhla.. gatal nyamuk la.. pffttt.. Adik Shafina yg umur 1y plus tu jugakla yg teruja lebih..

Anyway.. kitorang pergi hari Sabtu lepas. Malam sebelumnya kemaib plan nak turun awal la.. Nak breakfast kat luar. Sekali pukul 11 jugak baru gerak. Bukan sebab bangun lewat tapi sebab nak layan Train to Busan haha. Aku langgan kat Astro First. Husband nak tengok sampai habis katanya. Tak nak tengok sekerat sekerat walaupun boleh tengok lagi nanti.. Udah driver cakap gitu, takpelah.. Cuba kalau I yang lewat gerak, mau berjam jam bebel haha..

Ermm malasla nak cite banyak banyak huhu.. Layan gambar jela eh. Tu pun tak banyak yang aku snap. Shafina abah back carry dia dalam carrier Patapum tu. Berjasa sangat carrier RM180 tu haha. Tak knee to knee dah sebenarnya bila dia dalam carrier tu. Tapi no hal lah. Nampak selesa je dia. Mujur abah sado dikk. Tapi bila balik ada jugak dia mengadu lenguh bahu haha..

Entrance. Abjad pun ada dah yang hilang. Monyet curi kot hehe



Orang Utan. Masa ni dah penat berjalan. Shaheem pun sibuk ajak nak balik.

Harimau. Sekor ni je. Pastu tidoooo je. Baru lepas makan kot. Kekenyangan.



Gajah ni tak senonoh. Dia masuk dalam kolam air tu pastu berak. Memercik2 air haha. Besor2 lak tu taiknya. Pastu masa pusing nak balik singgah lagi tengok gajah. Ada 'free show' la pulak kahkahkah. Gile tak senonoh. Jangan tanya 'free show' apa haha. Husb paling galak nak tengok. Aku cepat2 tarik dia sebab geli hahaha. Ngek nate gajoh ni. Tunggula malam sikit hahaha..

Mujo masa wefie ni tak nampak sangat gajah tu tengah ..... hahaha

Ostrich. Ada sekor ni je rasanya. Masa kitorang lalu tu tiba2 dia datang dekat pastu patuk2 pagar tu. Menakutkan haha. Risau aku dia panjat pagar tu keluar..

Rusa eh ke nama apa ntah. Lupa. Abah mithali. Tengah sapu minyak TYT kat Shaheem sebab takut nyamuk gigit.

Tengok burung. Abang Shaheem masa ni dah takde mood. Nak balik nak balik. Nak tengok cite zombie katanya pfftt..

Ni jela gambar berempat yang ada. Nak balik dah masa ni. Muka berminyak2!

Acah2 naik train. Train rosakkk..

Bayaran untuk masuk



Overall lawatan kami ke Lok Kawi Wildlife Park ni not badla. Bolehla untuk kenalkan anak2 kepada haiwan kan. Tak banyak sangat haiwan sebenarnya. But okeyla. Sambil2 exercise naik turun bukit huhu. Rasanya pergi kalini better dari 2013. Masa pegi dulu banyak tempat tutup sebab renovation. Tapi pergi kalini dah bukak so banyak sikitla tempat untuk pergi.

So kalau korang datang Sabah, tak tau nak gi mana, bolehla datang sini. Cuci2 mata tengok haiwan. Jangan tertengok gajah tuttt macam aku sudahh haha..

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. amal...julia pernah pergi sini ada entry juga mengenai lok kawi...seronok...puas hati pi sabah jejak kaki ke zoo sini seronok!

    ReplyDelete
  2. macam best je kat sana amal. nature. harga pun tak mahal.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...