Sunday, October 30, 2016

Pantai Rang Bulan Lagi!

Assalamualaikum.

Pantai Rang Bulan di Kota Belud ni dah jadi our fave beach dah hehe. Nak mandi pantai mesti pegi sini.

Last week husband dapat off 2 hari, Isnin dan Selasa sebab 2 minggu sebelumnya dia outstation 2 minggu. Hari Isnin tak kemana sebab Shaheem sekolah. Ada sesi bergambar so sayangla nak tinggal. Ponteng hari Selasa je hehe.. pegi mandi pantai.

Malam sebelumnya plan nak turun awal pagi. Hampehh semua tido, bangun lambat haha. Sudahnya lepas Zohor baru gerak. Mujurla cuaca haritu ok. Tak panas sangat.

Sampai sana dah pukul 2 ptg kalau tak silap. Kitorang sewa chalet untuk makan, tukar2 baju dan solat. Oh haritu takde orang langsung kat pantai tu. Kami berempat je. Seronoklaa hehe.

Sampai2 makan dulu. Aku bawak bekal nasi goreng je. Ikan bakar tu beli tepi jalan.

Lepas makan baru masuk air. Air takla dalam sangat, ombak pun tak besar. Dah nak masuk pukul 4 tu baru terasa air dalam sikit dan ombak besar. Nak pasang dah kot masa tu.


Dah penat berendam naik makan pulak. Pastu main pasir. Build sand castle.




Aktiviti yang boleh dibuat di sana





Kitorang bertolak balik dalam pukul 5 kalau tak silap. View kat sana memang cantikla.. Tak berhenti memuji kebesaran Allah sepanjang perjalanan.

Kami sampai rumah dah Maghrib dah. Alhamdulillah. Walaupun sekejap je tapi seronokla dapat spend time bersama selepas 2 minggu kena tinggal dengan encik husband tu hehhehe..

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...