Saturday, October 22, 2016

Laksa Penang Bikin Sendiri!

Assalamualaikum..

Sape suka makan laksa penang? Me! Me! Sukaaaa sangat. Kalau yang masam masam, pedas ni memang favourite aku la hehe..

Awal bulan haritu birthday adik aku. Dia up gambar makan laksa penang akak aku buat. Eh ehh tergoda pulak. Sekarang pantang tengok orang post makanan sedap sedap. Terliur memanjang haha.. Tapiii aku malas nak buat huhu. Ada je orang kt blok jual. Tapi entahla, nak beli takut tak kena dengan tekak pulak huhu..

Until one day, aku teringin nak makan kerabu megi. So husb gi pasar belila bahan bahannya. Salah satunya ialah bunga kantan. Dia beli 4 kuntum bunga kantan! Hohh nak gunanya sekuntum je.

The next day, aku pikir2 daripada biar je bunga tu layu dalam peti ais baik buat laksa kan. Aku pergi pasar cari daun kesom. Mujur ada. Selalunya payah jugak nak jumpa. Beli juga laksa kering sebungkus.

Mula mula ingat nak buat esoknya tapi biasala, dah rasa nak makan takleh tahan2 haha. Malam tu jugak buat hoho.. Dalam kata tak larat, malas tu terhasil lah jugak laksa penang bikin sendiri!



Resepi ni resepi kakak iparku. Senang sangat! Meh meh iols share. Nanti korang buat ya hehe. Oh resepi ni untuk 3-4 orang makan.

LAKSA PENANG

BAHAN-BAHAN
1. Cili kering terpulang pd korang nak byk mana
2. Bawang besar sebiji kalau besar, 2 biji kalau kecik
3. Ikan bilis segenggam
4. Belacan 1cm x 1cm
5. Ikan selayang 1kg/5-7 ekor
6. Asam keping
7. Bunga kantan sekuntum
8. Daun kesom seikat
9. Laksa kering

CARA-CARA
1. Mula2 korang rebus dulu ikan selayang tu. Jangan lupa masukkan asam keping tu ya. Rebus tu bubuhla garam secukup rasa. Jangan masin sangat sebab nanti nak guna kuah tu. Sambil2 tu juga boleh rebus laksa kering sekali.

2. Blend bahan no 1-4 sampai lumat dan ketepikan.

3. Ikan dah masak dan sejuk, bolehla amik isi ikan tu dan blend sampai lumat. Aku blend dengan kuah ikan rebus tu tadi.

4. Masukkan isi ikan yang diblend tadi dalam periuk. Diikuti dengan bahan blend no 1-4 tadi (cara2 no 2).

5. Masukkan juga asam keping dari kuah ikan rebus tadi. Kalau nak masam lagi, tambahla lagi. Pandai2la rasa hehe..

6. Kalau kuah terlalu likat, boleh tambah air.

7. Dah menggelegak masukkan bunga kantan yang dah dibelah dan juga daun kesom.

8. Garam secukup rasa.

9. Biarkan kuah tu mendidih atas dapur lama sikit dlm 5-10 minit. Api kecik jela. Bagi aku, lagi lama lagi bagus hehehe..

10. Hidang dengan bahan2 sampingannya seperti telur rebus salad, hirisan timun, hirisan lada (kalau nak pedas lagi), hirisan bawang dan limau kasturi. Makan panas panas. Perghhhh sedap oi!

Selamat mencuba! Hehe

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...