Saturday, October 1, 2016

Gulai Ayam Mudah

Assalamualaikum..

Hai hai.. happy long weekend kawan2. Jalan2 mana? Kami duduk rumah diam2 je. Save tenaga save duit hehe..

Harini nak share resepi gulai ayam yang paling mudah paling simple. Amboi sangat.. resepi gulai ayam pun nak share jugak haha.. Takpelah, buat modal update blog huhu..

Gulai ayam.. or kari ayam kot biasanya orang sebut. Aku ore Kelate kata gulai ayam hehe.. Ni fave dish abang Shaheem ni. Last week 2 hari berturut2 aku masak gulai ayam. Atas permintaan dia. Shaheem ni picky eater. Selalunya jarang nak makan nasi. Tapi kalau masak gulai ayam ni bertambah2 dia makan. Alhamdulillah.. kena dengan selera dia lah tu kan..

Makan nasi dengan kuah je pun sedap katanya

Adik semua pun dia makan..

Okey2 mari nak share resepinya..



*Bahan-bahan*
1. Ayam beberapa ketul ikut berapa orang nak makan
2. Bawang merah 3, 4 biji
3. Bawang putih 3, 4 biji

4. Halia agak2 hujung jari **
5. Rempah kari ayam & daging ikutla brand apa pun. Aku biasa guna Adabi atau Baba's
6. Santan 2 cawan
7. Sedikit air
8. Garam/gula sebagai perasa
9. Ubi kentang
10. Minyak untuk menumis

*Cara-cara masak*
1. Blend/tumbuk/hiris halus2 bahan bertanda **
2. Panaskan minyak dalam periuk. Minyak tu buh lebih sikit.
3. Tumis bahan blend/tumbuk/hiris tadi.
4. Bancuh rempah kari 1/2 sudu+ air sampai jadi pes
5. Bila bahan tumis dah kuning2 dan naik bau masukkan pes kari tadi
6. Biar sampai garing dan pecah minyak
7. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Gaul2 bagi sebati dgn pes kari
8. Masukkan air sedikit. Biar mendidih sampai ayam dan kentang empuk. Kalau air kering, tambah lagi.
9. Masukkan garam sikit.
10. Bila nampak ayam dah empuk bolehla masukkan santan.
11. Kalau nampak pekat sangat boleh tambah air sikit. Adjust2la ye kepekatan kuah tu.
12. Biarkan ia mendidih dalam 10-15 minit..
13. Rasa. Kalau tawar, tambah gula/garam.
14. Dah sedap, boleh tutup api dan hidang panas2.

Mudah je kannnn hehe. Ni style aku. Aku ni bukan reti masak pun. Asal boleh makan je hehe.. Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...