Saturday, September 3, 2016

Shaheem's 1st Sport's Day Experience

Assalamualaikum.

Sabtu, 27 Ogos hari sukan tadika Shaheem. Ololo cutenya rasa haha.. Dah besar anak mama sorang ni. Dah ada sport's day bagai. Last week seminggu tak belajar. Praktis bersukan je. Seronokla abang tu..

Masa mula2 dapat tahu tarikh hari sukan tu cepat2 check dengan husb dia outstation tak masa tu. Dia kata 25hb dia pegi pulau. 26hb balik. So insyaallah dia boleh join. Aku dah ada keraguan di situ haha. Rasa macam ada kemungkinan dia balik after 26hb. Mana lah tau kan. Aku tak letak harapan tinggi. Tapi at the same time doa banyak2 mintak dia ada. Sebab aku tak tau macamana nak handle Shafina sorang2 kalau dia takde. Byk dah pengalaman join event sekolah aku kena handle sorang. And it was not easy. Seksa! Huahuahua..

Dannn seperti yang dijangka.. husb last minute kena gi pulau on 26th. 27hb balik. Urghhh stress gila rasa. Nak marah semua rasa ada. Tapi apa boleh buat. Kena turut perintah dan bini ni kena sedia berkorban la kan. Aku sedih tapi terpaksa redha huhu.. Dalam pada redha tu doa2 la jugak mintak cancel haha..

Nak pendekkan cerita, husb tak jadi pergi. Yahooooo.. Dah pergi sebenarnya tapi sekerat jalan. Patah balik sebab cuaca buruk. Hujan dan ribut. Heli tak berani nak masuk. Husb g dgn Nuri. Paham2 jela Nuri tu macamana keadaannya. Heli lama huhu. Katanya bergegar2 heli. Kena fly rendah je sebab kat atas ribut. Dia kata dia dah mengucap siap2 huhu.. Alhamdulillah dia selamat pulang.

Ok kembali pada cerita sport's day Shaheem. Event tu diadakan di sebuah padang kampung. Luas tempatnya. Padang pun cantik. Memang sesuai untuk buat sukaneka. Tadika sewa khemah putih yang besar tu so takdela kepanasan sangat. Makanan pulak potluck. Dalam surat tadika mintak bawak makanan berat. Tapi aku tak perasan. Haha.. Aku beli air kotak dengan kek Apollo tu je. Mujurla laku keras hehe. Budak2 sukala kan. Makanan banyak. Ada nasi, ada mi, ada kuih2. Aku tak sempat makan sangat sebab kalut mengejar cik Suri. Okla jugak sebab tengah diet sebenarnya sekarang ni..

Mula2 sukaneka start dengan warming up dulu.. Comel je budak2 ni haa hehe..





Lepas tu barula start acara sukan. 4y start dulu. Ada 3 team. Shaheem team merah. 1st game tajuknya Bola Berwarna. Cikgu tabur bola pelbagai warna atas padang. Then cikgu bagi arahan supaya ambil bola warna merah contohnya. So kanak2 kena lari, amik bola warna merah dan masukkan dalam bakul. Kemudian patah balik pada team dan kawan yang seterusnya pulak pegi cari bola merah. Sampai habis. Lepas tu cikgu bagi arahan untuk amik bola warna hijau pulak contohnya.. Ulang lagi sekali. In the end, team yang dapat kumpul paling banyak bola dia menang. Team Shaheem menang tempat pertama! Hebat hebat hehe.

Oh itu abahnye yang jadi pengadil terjun hehe..

2nd game pulak kanak2 kena lari sambil bawak baton. Lari pusing kon pastu bagi baton pada kawan seterusnya. Team yang habis dulu dia menang. Andd yess team Shaheem menang lagi! Juara keseluruhanla kiranya hehe


Dapat gold medal! Hehe.. Kenangan ni. Kena simpan medal tu.. sebab tu medal pertama Shaheem.. Tahniah Shaheem! Mama rasa happy dan bangga sangat sebab boleh nampak kesungguhan dia tu. Mama selalu underestimate Shaheem. Selalu pikir boleh ke anak aku ni? Dia faham ke arahan cikgu? Dia nak ke join? Bila tengok sendiri depan mata baru tahu, dia memang boleh. I just have to believe in him dan bagi support yang sepenuhnya. Lagipun kenapa nak expect tinggi2. Dia baru 4y kottt..

Dah settle games utk 4y, giliran abg kakak 5y & 6y pulak. Abah kena jadi pengadil so mama jugakle yang kena handle cik Suri tu. Allah budak kecik tu kannnn.. tak duduk diam! Dia nak berlari seluruh padang tu. Tak kesah dah masa tu matahari betul2 atas kepala. Dia nak lari2 tu takpela. Yang aku risau kat padang tu ada tompok2 taik anjing. Haaa kalau terpijak tu naye.. Menjerit2 mama kalau nampak dia nak pergi ke tempat yang ada taik anjing tu.

Budak nak kena rotan!

Lepas habis semua games untuk anak2, ada pulak games untuk parents. Aku daftar jugak nama nak join tapi tak dapat nak main sebab cik Suri tu laaa. Husb je yang main. Gamenya bertajuk Taji Ayam. Kena ikat belon kat kaki pastu kita kena pijak belon orang tu sampai pecah. Yang last tu menang. Husb tak menang sebab belon pecah kena rumput haha.. Kalah tak bertanding kikiki..

Cabutan bertuah pun ada. Banyak jugak hadiahnya. Ada minyak masak, ada sabun Daia, ada beras, ada hamper. Tapi aku tak bertuah sobsob. Sanggup ni tunggu sampai habis acara tapiii tak jugak panggil nombor aku. Nombor aku 105. Yang dia panggil 104, 106. Cisssss..ke nombor aku tercicir ni?hehehe.. Takpelah, takde rezeki huhu.. Husb je dapat hadiah saguhati jadi pengadil. Bekas bekal yang ada compartment tu dan beberapa sachet nescafe 3 in 1. Alhamdulillah. Daripada takde pape kan hehe.. Yang penting kami enjoy haritu. Seronok tengok anak2 happy.

Insyaallah tahun depan kita join lagi sukan ni. Masa tu mama sibuk kejar anak no 3 pulak.. Eh ehhh 😛

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...