Thursday, September 15, 2016

Aidiladha 2016

Assalamualaikum..

Selamat hari raya haji korang.. Tahun ni tahun keempat aku beraya di Sabah sobsob.. Lama dah tak jumpa daging korban haha.. Sabar jela. Sini nak makan daging kena beli daging import. Sebab tu aku jarang masak daging. Selalu makan ayam ikan je..



Kalau tanya apa pengorbanan aku sepanjang hidup ni rasanya yang paling susah ialah datang ke Sabah ni. Aku korbankan kerja aku, korbankan masa dengan mak ayah. Tu yang paling sedih huhu.. Rindu sangat dengan mak ayah. Duduk jauh ni macam2la pikir. Dorang pun dah tua kan. Selalu doa mintak Allah jaga dan lindungi dorang. Kalau duduk dekat takpela jugak. Weekend atau cuti panjang bolehla drive balik. Ni dok seberang laut, tiket pun ribu2, tak mampula. Aku bukan orang have have huhu.. Takpelah, Insyaallah 2018 husb pencen, kami balik duduk Semenanjung.

Anywayyyyy.. 9 Zulhijjah, 11 Sept haritu alhamdulillah aku berjaya puasa sunat Arafah. Mula2 mcm tak larat jugak tapi kugagahi jua. Sayang nak tinggal. Banyak kelebihan dia. Allah dah bagi chance kan. Alhamdulillah. Moga puasa dan doa yg kusubmit haritu dimakbulkan. Aminn aminn..

Hari raya, kami duduk rumah je sebab kami buat open house. Haa ni aktiviti wajib setiap tahun hehe. Kecuali tahun 2014 tak buat sebab aku kat kg masa tu, tunggu masa nak bersalin Shafina. Tahun lepas buat, masak nasi minyak. Tahun ni menu kami nasi briyani & nasi impit kuah kacang. Semua kubuat sendiri from scratch. Kecuali nasi impit tulaaaa, beli yg segera je hehe. Ape2pun rasa banggala jugak sebab dapat masak hihi.. Aku ni bukan pro pun bab masak memasak. Belajar sendiri2 je. Semua pun follow resepi yang mak bagi atau google. Kalau jadi alhamdulillah. Tak jadi errrr.. masuk tong sampahla jawabnya huhu..



Semua ni buat sendiri malam raya tu. Kecuali nasi dan dalca pagi2 raya tu aku masak. Kalau sebelum2 ni buat makan, aku sokmo kalut ribut. Tido sampai pukul 2,3 pagi buat preparation. Tapi kalini tak. Semuanya lebih teratur. Ohh acar tu husb yang buat semua. 3jam dia duduk potong timun, bawang, carrot tu semua haha. Husb tu klu buat keje jenis teliti sket. Potong pun satu2. Sebab tu lameeeee.. buat acar satu tu pun dah sakit pinggang takleh buat keje lain dah pfffttt.. Tapi takpela, at least 1 less work for me hehehe.. Tq abanggg *insert a kiss there hehe* Aku buat jugak dessert. Puding koktail berjagung dgn puding trifle. Lupaaaa nak amik gambar.

Husb jemput kawan dia tak ramai pun.. Ada dalam 5,6 orang datang dengan family. Alhamdulillah makanan pun ngam2. Aku risau tak cukup je sebenarnya. Tapi alhamdulillah semua ngam. Tinggal kuah kacang kelabu asap tu je ada lebih. Tu ada lagi dalam fridge.. nanti boleh makan lagi.

Ohh.. husb cakapkan.. aku masak sedap. Kahkahkah.. kembang sekejap. Ehh ko tauu, dia nak puji tu punyalaaa susah. Dia cakap, "tadi lepas solat Zuhur, abang pikir nak cakap ke tak.. nak cakap ke takk.. beratnya mulut nak cakap ni." Aku dah cuak dah masa tu. Ape bnda la dia nak cakap ni. "Sedapla sayang masak.. nasi jadi. Kuah kacang pun jadi. Sedapla di tekak abg. Dah terer eh syg skrg.." kakakakakakaka.. org lelaki ni memangkan. Susahhh btul nak puji bini sampai kena pikir dulu nak cakap ke tak hahahah.. Aku gelak jela sambil cakap "well u know me.." hahaha.. Tocey la abang. Pujianmu membuatku terbang di awangan haha.. Harapnya para tetamu pun rasa sedap jugakla ye..

Seronok sebenarnya jamu orang makan ni. Esp kalau makanan tu air tangan kita sendiri. Rasa puas lain macam. Alhamdulillah. Walaupun simple2 je kan. Yang penting niat utk jamu orang makan tu ada. Insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh buat lagi..

Semalam, terus tak terbangun aku haa.. Tiba2 pulak diserang selsema. Huhh.. Dahla tengah batuk2. Tercungap2 nak bernafas. Dugaann.. Hopefully harini okla sikit.. banyak lagi tak kemas kat dapur tu huhu..

Oh takde gambar raya sekeluarga sebab tak pakai baju raya pun semua hehe..

Ni je gambar ada. Yg lelaki tu sepupu husb. Study kt UMS.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...