Monday, September 26, 2016

5 Tahun di Sabah

Assalamualaikum,

September 2016 genapla 5 tahun kami bermastautin di Sabah negeri bawah bayu ni. Sekejapnya dah 5 tahun..

Aku ni memang berjodoh dengan Sabah kot ahaha.. First time jejak kaki ke Sabah tahun 2008. Masa tu join Bakti Siswa di Kuala Penyu. Dalam 2 minggu duduk sana. Then kali kedua tahun 2010 datang holiday dengan kawan-kawan. Husband masa tu bf pun join jugak. Jun 2011 kawin, September 2011 husb kena draf ke sini. So jadilah kali ke 3 aku ke Sabah dan terus duduk sini dah 5 tahun haaa..

Alhamdulillah..

Apa perasaan duduk di tempat orang, jauhhh seberang laut? Jujurnya masa awal2 dulu memang susah nak sesuaikan diri. Ala biasalah.. tempat baru kan. Kena amik masa adjust bagi selesa. Yang ketara mula2 rasanya bab timing. Sini kan awal sejam. Pukul 6 pagi dah cerah macam 7 pagi di Semenanjung. Malam pulak pukul 6 petang dah gelap. Kalau Semenanjung 6 petang tu baru turun nak beriadah hehe..

Bab makan.. aku ni jenis suka makan. Tak cerewet sangatla bab makan. Cuma kadang2 nak marah gak kalau minum air kat kedai haha.. order teh atau nescafe mesti tak kena ngan tekak aku. Sebab tak kaw. Cairr je. So kalau order aku akan cakap siap2, buat kawww eh.. so nanti dia buh teh atau nescafe lebihla sikit hehe.. Kat KK ni sekarang dah ramai dah orang Semenanjung bukak kedai makan. Takdela terasa sangat rindu masakan Semenanjung. Dah duduk Sabah belajar jugakla makan soto, bakso. Eh paling heaven of coursela seafood kan. Fresh dan murah pulak tuuuuu.. Haih dah blik Semenanjung nak cari yang murah payoh sikitla kot..

Satu lagi yang aku suka kat sini, banyak tempat jalan2 yang view memang meletop kebabom. Paling aku suka Kundasang la. Sejukkkk. Dapat tengok Gunung Kinabalu dati jarak dekat. Magnificent sangat.


Dari rumah aku pun bleh nampak.

Balik Semenanjung nanti memang aku akan rindula dengan gunung huhu.. Pantai2 kat sini pun lawaaa..


So far yang paling cantik aku pernah pegi kat Tip of Borneo nun di Kudat. Dengan air biruuu.. pasir putih.. Serius lawa. Kalau dapat pegi pulau lagi best. 5 tahun dok sini kitorang tak penah lagi pegi pulau sebab bimbang dengan keselamatan anak2 time naik bot tu. Selalu cakap tunggu anak besar. Sekali dah besar si Shaheem tu, Shafina pulak kecik lagi. Bila Shafina besar ada adik kecik pulak. Ehhh haha. So KIV dululah trip ke pulau tu.. Insyaallah one day kita pergi..

Orang2 Sabah yang aku jumpa so far semuanya baik2. Peramah dan hormat orang. Alhamdulillah.. rezeki jugak tu dapat kenal orang baik2..

Kenangan paling manis duduk Sabah of coursela kenangan melahirkan Shaheem kat Hospital Likas tu.. Ada la sorang anak wakil ic nombor 12 hehe.. Sorang lagi lahir kt Kelate tapi conceive kat Sabah ok hahaha..



Mac 2018, husband akan bersara. Cukup 21 tahun berkhidmat. Rasanya memang akan pencen kat sini je. Selama 5 tahun duduk sini husb dah berkhidmat di 4 unit termasuk yang sekarang. Dok laut, dok darat semua dah rasa. Husb tu sebenarnya kalau ikut hati dia tu walaupun dah pencen dia still nak duduk Sabah. Nak buat bisnes kat sini. Katanya suka berniaga kat sini. Lagipun dia ada ramai kawan orang Sabah. Tak taulah macamana nanti hehe.. Setahun lebih je lagi.. Kita tengoklah macamana. Insyaallah...

Selalu cakap dengan husb, nanti kalau dah balik Semenanjung mesti susah dah nak datang Sabah kan. Nak datang saje2 utk holiday tu mesti pikir 3,4 kali sebab banyak nak kena belanja. Sekarang ni kira beruntung sangat sebab dah duduk sini, boleh jalan2 bila2 masa. Insyaallah ada peluang nanti aku nak pergi sebelah timur sana, ke Sandakan dan Tawau. Tak pernah pegi lagi.. Teringin nak pergi. Insyaallah..

Korang kalau ada duit lebih tu mehla jalan2 ke Sabah ni. Sekali datang pasti nak datang lagi hehe..



Tinggi tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi sayang sama kamu..
Biru biru hujung Kinabalu..
Tengok dari jauh, hati saya rindu....

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. dalam banyak banyak tempat aku pergi, aku mmg suka sabah. siyes kalau baca entry cuti sabah, bergenang air mata rinduuuuu.....bestlah kau sbb senang pergi ke kundasang bahhh...kami semenanjung nk ke sana kena saving setahun lol. wey, aku pergi trip pulau maira 7m. so takde alasan okkkkk....baik pergi sekarang...

    ReplyDelete
  2. amal, ciknaa teringin sangat nak pegi sabah..doakan tau! hehe. & semoga cepat balik semenanjung.boleh join family day..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...