Tuesday, August 16, 2016

Shopping at Zalora!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah rezeki berblogging, aku dapat RM100 voucher dari Zalora. Tq la Zalora sebab sudi bagi walaupun blog daku ni picisan sajo huhu.. Anyway, ni kali kedia aku dapat voucher ni. Tahun 2014 dah dapat tapi aku tak terus guna sebab masa tu kat kampung. Susah nak online ape sume. Then datang pulak banjir besar melanda. Kalut ribut ape sume terus terlupa dengan voucher tu. Sampaila expired huhu. Sayang sangat! So bila dah dapat second time ni aku terus bukak web Zalora and shopping! Haha.. tak buang masa langsung.

Rambang mata masuk Zalora ni. Tak tau nak beli apa. Baju2 lawa tapiii aku tau aku siapa haha.. Tak mampu nak beli baju yg berpesen2 sebab u know.. aku gemok so rasa macam tak sesuai je. Pastu aku memang bukan reti sangat nak berfesyen ni. Aku tengok baju muslimah. Ada la 2,3 helai yang menarik perhatian. Aku amikla satu yang rege RM49.90.

Then aku tengok beg. Aku kan memang tak pernah beli beg. Handbag ke apa. Dok usungla beg Anakku tu walaupun x berjalan dengan anak haha. Selekeh btul. Pastu nak balik kampung haritu beg Anakku tu koyak. Kat kampung aku pinjam beg adik. Bawak balik umah mak mertua. Sekali beg adik aku tu tercabut tali. Kena pulak nak gi kenduri masa tu. Terrrpaksa pinjam handbag mak mertua. Sadis btul rasa hahahaha.. Pastu ada satu hari, kitorang gi Machang. Ada la kat tepi jalan pakcik jual beg bundle. Banyak jugakla. Aku pun belila satu beg bundle. RM15 regenye. Usungla beg tu pulak. Bundle pun bundle lahhh.. Dalam hati memang ada keinginan nak pakai handbag lawa2, classy sikit ke. Tapi serius aku bukan reti. Aku sebenarnya suka sling bag. Pastu beg tu mesti besar, boleh muat pampers dan baju anak. Haa senang sumbat semua dalam tu. Jadinya bila dah ada voucher Zalora ni aku survey la beg yang kena dengan citarasa aku tu. Alhamdulillah ada and harganya pun RM49.90. Total dengan baju tadi dah jadi RM99.80. Kira ngam la tu..

Tapi.. aku gatal tangan nak beli lagi haha.. Aku amik shawl Aidijuma satu lagi.. Aku silap sebenarnya. Aku ingatkan tudung tu empat segi. Sekali sampai tengok2 shawl. Haa mampus nak belit2 haha.. Aku dahla tak reti. Lantaklah huhu..





Baju tu best. Lembut je. Husb pun approved. Dia kata drpd beli beg baik amik baju 1 lagi. Dia bising aku asyik pakai baju sama je hahaha. Katanya duit dah bagi tiap2 bulan tapi baju tuuuu jugak yg dipakai. Kihkihkih aku bab barang sendiri memang susah nak beli. Tapi kalau barang anak, lajuuuu.. Iyela bang, next time kalau dapat voucher lagi (aminnn) saya beli baju tu 5 helai!


Esoknya keluar terus pakai. Tak basuh2 hahaha.. Tengokla aku pakai shawl tu. Tah pape. Rasa nak tercabutla, tak kemasla. Macam2. Selekeh amat. Haa tu la beg bundle RM15 tu.. Beg Zalora belum guna. Sayangg haha..

Korang terjahla web Zalora. Banyak jugak items on sale. Happy shopping and thanks again Zalora!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...