Sunday, August 7, 2016

Cerita Pasal Anak-anak Je

Assalamualaikum..

Lamanya tak jenguk blog. Mehla update sikit sebab dengar2 admin geng gojes nk kick ahli yg x update blog. Ayokk tak tahu.. hihihi..

Banyak cerita tapi biasa la.. asal bukak bloggeroid ni je mesti takde idea. Dah takde skill menulis. Eh macam la sebelum ni ada skill kan..

Cerita pasal anak jela eh.. Dah besar dah dorang si Saif dan Suri tu. Saif Shaheem 4thn 5 bulan, Suri Shafina 1 tahun 9 bulan. Alhamdulillah dorang sihat2 saje cuma abg Shaheem je dua hari ni batuk kongkong.. Dah bagi ubt batuk. Hopefully x lama la batuk tu.

Ok meh cite pasal abang dulu.. Shaheem masih rajin ke sekolah. Walaupunnnn pagi2 berdrama nak bangun. Ngantukla.. peningla.. tak laratla.. kaki takleh gerakla.. Banyak betul alasan. Tapi lama2 dia bangun jugakla. Mama kena banyak bersabar huhu. Asyik sampai sekolah lewat je. Org lain pukul 8 dah ada kat sekolah. Kita pukul 8 baru gerak. Selalu sampai sekolah dah pukul 8.30, 8.45. Jalan ke Tuaran tu bleh tahan jem pepagi..

Masih kurang makan macam dulu lagi. Hih tak tau lahh.. Nasi memang sangat jarang dia nak makan. Selalunya yang dia suka pasta dan ayam goreng. Dua benda ni memang licin. Pastu sekarang sebab mama 'on diet', makan oat je, dia pun nak jugak. Okla tu.. Makan oat pun ok kan. Selebihnya dia suka makan biskut, kek.. Semua manis-manis. Harap jangan sampai ke besarla perangai tak nak makan macam ni. Stress mama!

Sangat manja dengan abah. Kena pulak sekarang abah asyik outstation je. Sikit2 rindu abah. Sikit2 tanya bila abah nak balik. Letih mama nak jawab. Menangis-nangis rindu abah.. Mama hanya boleh pujuk jela. Budak kecik mana nak paham.. Tak lama dah abg.. setahun lebih lagi abah pencen weeehuuuu hehe..

Dah pandai kecek Kelate dah sekarang. Hasil balik kampung 2 minggu raya haritu. Kelakar jugak bila dengar haha.. Dengan abah tu sikit2 boh.. demo.. kawe. Pandai pulak dia.. Mama layan jelaaaa..

Dengan adik... kejap baik.. kejap gaduh. Tapi macam banyak gaduh je huhu.. Adik tu pulak boleh tahan suka melawan. Tu yang boleh buat gaduh tu. Fenin mama fenin. Baru dua dah pening ek..

Ok cerita hal adik pulak. Adik tu bru setahun 9 bulan tapi bodyyyy.. hah macam budak umur 3 tahun haha. Tinggi, body kasar. Ada kawan aku haritu terkejut sebab ingat dia dah 2 tahun lebih. Shafina ni ikut aku kot. Body besar.. Dahla dia kuat makan. Perut moncet. Aku suka tekan2 dengan jari haha.. Kalau beli baju wajib beli baju 3y-4y. Saiz 2y sendat macam sarung nangka esp kat perut.

Tak boleh bercakap dengan jelas lagi. Mulut bising tapi bahasa dia la. Setakat ni yg boleh faham dia cakap, mama, babah, ayim (Shaheem), oyong (tolong), yun (turun), apu (lampu), si (kerusi), syey (toksey), asik (nasik), na air (nak air), na ni (nak ni).. Banyak lagi kot. Lupa dah. Okla tu. Slow2. Nanti bolehla bercakap. Tak 2 tahun lagi kan. Chill chill..

Dah tak tau nak cite ape dah haha.. layan gambarla pulok..








posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Shafina tu mmg la.. bdn mmg mcm 3thn.. bru nmpk kt gmbr. Hihi. Prut muncit..

    ReplyDelete
  2. Shafina tu mmg la.. bdn mmg mcm 3thn.. bru nmpk kt gmbr. Hihi. Prut muncit..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...