Sunday, August 14, 2016

Akuarium dan Muzium Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS

Assalamualaikum..

Ni cerita semalam, Sabtu. Kitorang ke Akuarium dan Muzium Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS.

Unplanned sebenarnya sebab semalam kitorang plan pagi nak ke bank. Nak tukar kad ATM tu la. Haritu staf Maybank Alamesra cakap hari Sabtu pun dorang bukak. Kitorang mula2 pergi Inanam sebab senang kat sana ada both Maybank dan CIMB. Bolehla tukar dua2 kad. Tapi bila pergi eh tutup pulak. Dua2 bank. Heran betul. Then husb kata jom try pegi Alamesra. Kotla sana bukak. Sekali pergi tutup jugak! Hmmm.. dah lepas tu tak tau nak pergi mana. Tengahari plan nak gi Penampang. Tapi masa tu baru pukul 10 lebih. So aku ajak husb masuk UMS. Aku ada dengar dalam tu ada akuarium. Syok jugak kalau boleh tengok.

Kitorang masukla dalam UMS cari tempat tu. Akuarium tu letaknya dekat Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS. Hujung2 dekat pantai UMS.



Masa Melawat

Bayaran Masuk. Kanak2/pelajar 4thn-17thn RM5. Dewasa RM10. Warga emas RM5.

Kat dalam tu ada 2 akuarium besar. Rasanya yang menjadi tarikan ialah penyu (tak tau spesis apa) dan 2,3 ekor besar. Husb kata ikan kerapu. Btul atau dia kelentong tak taula aku ahaha..



Aku ada amik video penyu ni berenang2 tapi guna bloggeroid ni tak taula pulak macamana nak tempek kat sini.



Yang hitam tu bukan batu tau. Tapi ikan. Dia dok melekat kat tepi cermin tu..

Shaheem berani tengok ikan besar ni dekat2

Shafina takut hihihi.. Tu muka cuak abes.. Bila abah dekatkan dia dengan akuarium tu cepat2 dia peluk abah. Kemah keming hehe..

Hohh feeling feeling tengah diving la pulakk..

Shafina nak jugakk hehe..

Argggggghhhhh shark!!


Lama jugakla kami kat dalam tu. Tempatnya kecik je. Tapi okla. Yang penting anak2 happy. Tu pun dah cukup puas hati dah..

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. Anak2 sure seronok dapat pergi tempat2 camni kan..;)

    ReplyDelete
  2. Anak2 sure seronok dapat pergi tempat2 camni kan..;)

    ReplyDelete
  3. Saya kerja kat akuarium ums ni.. ada msa dtg lagi laa..😊😁😁

    ReplyDelete
  4. Saya kerja kat akuarium ums ni.. ada msa dtg lagi laa..😊😁😁

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...