Sunday, June 12, 2016

5th Anniversary!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 4 Jun 2016 cukuplah 5 tahun rumah tangga daku dan husband dibina. Baruuu 5 thn! Hehe.. 5 thn pun dah macam2 kami lalui. Asam garam berumahtangga kan. Ada masam. Ada manis. Ada tawar. Ada pahit. Macam2 rasa. Bergaduh berselisih pendapat tu biasa. Kalau xde gaduh2 x best jugak kan hehe. Tapi kalau gaduh pun takdela lama..

Utk anniversary haritu takde buat apa yg special pun. Every year memang kami tak celebrate beria hehe. Just bangun pagi and wish each other. Cuma haritu sbb tarikhnya jatuh pd hari Sabtu maka kami pun plan nak piknik kat pantai. Lagipun Shaheem hari2 dok ajak pegi pantai.

Kami ke Pantai Rangbulan di Kota Belud. Actually minggu sebelumnya kami dah pegi dah. Masa pergi week before tu best gile air sebab tenang, x dalam dan clear jugakla. Owner private beach tu bagi pinjam goggle. Husb suruhla aku snorkelling. First time try. Excited gila dpt tengok ikan. Siap menjerit2 dalam air hahaha. Tapi yang kitorang pegi masa anniversary tu tak best.. air tengah surut dan keruh. Mungkin sebab hujan lebat sebelum kitorang sampai tu. Frustrated jugakla. Tapi takpelah. Dapat bawak budak berdua tu berendam kejap pun jadi lah.

Malasla nk cerita panjang. Layan gambar jela eh hehe

Ni gambar kitorang prgi seminggu sebelum anniversary


Shaheem paling puas hati berendam. Berani pulak tuu


Ni masa anniversary. Pantai yg kitorang selalu pergi tu tutup sebab ada event. So kitorang pegi sebelah. Sewa chalet utk tukar2 baju. RM25 je kalau x bermalam. Chalet cantik mengadap pantai tapi sayang takde tandas. Ada tandas awam yg ermm agak kurang selesa. Pastu tak sesuai utk bermalam kot sebab nyamuk byk gila bila hari dh mlm. Kesian Shafina kena hurung dengan nyamuk. Sampai bengkak bibir dia.


Bawak bekal nasi goreng
Kitorang balik lepas maghrib so dapatla tengok sunset. Cantik yang amat!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas rahmat dan kurniaan-Mu kepadaku. Suami yg bertanggungjawab & penyayang, anak2 yang baik, penyejuk hati kami. Rahmatilah dan berkatilah keluarga kecil kami ini. Aminn aminn..


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...