Tuesday, April 19, 2016

Telinga Tersumbat

Assalamualaikum.



Amaran: Kalo geli dengan taik telinga jangan baca yaa :P

Ni cerita minggu lepas. Aku ni memang sokmo ada masalah dengan telinga uhukuhuk.. Sebelum ni ada bisul dalam telinga. Kali ni telinga tersumbat pulop. Taik tinge banyak sangatla ni hahaha.. 

Kisahnya bermula apabila aku korek telinga dengan cotton buds tu. Telinga kanan aku dah 2,3 hari asyik gatal je. Geram ku korek la. Dah korek bleh tersumbat pulak. Aduii.. Mula mula aku biarkan je. Dengan harapan nanti akan pulih sendiri. Masa tersumbat tu memang sangat tak selesa la. Dengar tak dengar je. Bercakap pun aku rasa macam aku cakap sambil jerit. Banyak kali bagitau husband sorry kalau aku tak dengar atau tercakap kuat dengan dia huhu.. 

Masuk hari keempat telinga ni tak ok ok jugak. Risau takut jadi makin teruk aku amik keputusan pegi klinik. Kotla ada ubat ke ape.. Aku pegi Klinik 1Malaysia di KKIP depan Poli KK. Pergi berdua je dengan Shafina sebab husband kerja. Shaheem sekolah. Pergi pagi pagi so orang tak ramai sangat.

Jumpa dengan MA je. Memula dia check telinga dengan alat dia yang boleh suluh ke dalam tu. Dia check dua2 belah. Telinga kiri clear. Telinga kanan katanya banyak taik telinga sampai tertutup gegendang! hahahaha.. Patutla pekak sebelah :P Agaknya bila aku korek korek tu taik termasuk ke dalam. Huuu padan muka. So dia kata nak kena flush.. Keluarkan taik tinge tu.. Aku cuak jugak rasanya sebab tak pernah buat sebelum ni so tak tahu nak expect apa. Risau sakit je huhu...

Duduk kejap Nurse panggil masuk bilik rawatan. Dia tengok aku dukung Shafina dia tanya ada orang boleh pegangkan tak sebab aku kena baring atas katil. Alamakk... Aku cakapla takde tapi ok kot. Aku umpan Shafina dengan HP. Pasang video Didi & Friends tu. Alhamdulillah Shafina behave sangat. Nurse letakkan dia atas kerusi sebelah katil. Diam je dia kat atas tu hehe..

Aku tak tau nurse tu guna alat apa tapi macam dia spray air dengan laju dalam telinga. Alat dia tu pulak rasa tajam tajam sikit. Dia warned aku awal awal katanya nanti aku akan rasa pening sebab air tu terkena gegendang telinga. Dia spray spray, bila dah rasa pening dia akan stop. Fuhh memang serius pening tau. Aku pejam mata rasa macam berpusing pusing. Nasib baik sekejap je. Risau jugak aku takut lama sebab aku nak drive lepas tu. Kalau kepala pusing2 macamana nak drive kan? Hasil dari spray tu.. ermmm toksah cakapla kan berapa banyak taik tinge keluar hahaha.. Lepas tu ya Allah legaaaa!! Alhamdulillah dah dapat dengar dengan baik. Clean and clear hihihihi...

So pengajarannya kawan kawannnn... JANGAN korek telinga! Sebabnya telinga ni boleh bersihkan diri dia sendiri. Kalau gatal pun toksah la gatal2 korek huhu.. Garu kat luar je. Dalam telinga jangan sekali kali korek. Macam anak2 aku sebenarnya aku tak pernah korek telinga dorang. Aku cuma bersihkan bahagian luar je. 

Baca ni http://www.mmgazette.com/berapa-kerap-saya-perlu-membersihkan-telinga-dr-ahmad-nordin/ . Detail dia explain pasal korek telinga ni. 

Kebanyakkan dari kita yang sedang merasa gatal telinga, merasa ianya satu kemestian untuk mengorek telinga untuk menghilangkan rasa gatal tersebut. Perlu diingatkan bahawa semakin anda menggaru dalam telinga, semakin teruk dan semakin kerap rasa gatal tesebut. Ia akan menjadi satu kitaran gatal-garu-gatal yang tidak berhenti. Ia cuma akan berhenti bila anda menahan rasa gatal tersebut & berhenti mengorek telinga 
Tip saya, yang pernah diajar oleh pakar ENT senior saya- garu berulang kali bahagian tulang rawan telinga luar yang berbentuk segitiga anda (tragus) ke dalam salur telinga. Ini akan mengurangkan rasa gatal tersebut buat sementara. Anda akan perasan apabila anda berhenti menggaru telinga, rasa gatal itu akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda tidak menahan perasaan gian dan menggaru semula telinga anda, kitaran gatal-garu-gatal itu akan bermula dari awal semula.

Tentang cotton buds,

Putik kapas ialah untuk kosmetik, bukan telinga anda!

Kesimpulannya, jangan korek telinga sendiri! I have learnt my lesson well huhu...
 

1 comment:

  1. Betul...lg korek lg ke dalam..just cuci tepi2 lubang telinga je sbb nnt taik telinga tu kuar sendiri

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...