Monday, March 21, 2016

What I've Been Up To

Assalamualaikum,

Haiiii. Aku masih di sini. Cewaahh.. Apa nak cite eh?

12 Feb haritu balik kg 2 minggu. Kat KB seminggu. Besut seminggu. Dah ada 2 kampung ni kena pandai2 la bahagi hari.

kitorang siap tanda mcm ni lg dalam kalendar haha. Pink kt Besut. Hijau kt KB. Fair and square katanya.

Balik kampung haritu takde pegi jalan mana pun. Round2 KB dan pegi Rantau Panjang je. Kat Rantau Panjang aku just beli selipar utk Shafina, husband beli jogger pants utk Shaheem dan aku bli periuk kukus akak aku kirim. Ohh my lil sissy belanja blouse selai. Oh tq my dear! Yela si adik bongsu dah keje. Dah pegang duit sendiri. Wajibla belanja kakak yg x keje ni kan hahaha.

Sempat juga buat barbecue. Kebetulan masa aku balik haritu abg aku yg dok Sungai Petani tu pun balik. Dapatla gathering adik beradik. Cuma x lengkapla sebab Kak Ayu nun di Putrajaya tak cuti.





Balik Besut pulak aku banyak dok kat kedai kopi adik husband. Heaven weh. Minum air tea beng sokmo haha.. Shaheem lagi heaven. Tak nak balik rumah langsung sebab nk kawan dgn sepupu dia. Husband pulak sepanjang dok Besut tu sokmola keluar jumpa kawan2 sekolah dia dulu. Aku ada jugak ikut dia join gathering. Inilah masanya nak kenal kawan2 dia kan. Kawanmu kawanku jua kekdahnya..



Sempat jugakla ke Pantai Bukit Kluang. Angin kuat sangat! Tengokla budak2 tu. Siap bergolek2 ats pasir. Kepalanya Saif Shaheem la. Haihhhh sabar jela..

Cuti 2 minggu rasa macam sekejapppp je huhu. Tak puas weh! Rasa macam xnak balik Sabah. Tapi tapi.. takkan nak tinggal husb sorang2 kt sini. Takkan la ank nak kena berpisah dengan abah dorang. Huhu takpelah. Redha. 2 tahun setengah je lg husb nak pencen. Pastu dh boleh balik dok kg dah insyaallah.

So sekarang aku kat Sabah... Cite hal Sabah pulak.

6 Mac 2016. Cukupla 4 tahun umur anak sulung aku tu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Shaheem ni dia petah sgt bercakap. Kalah org tua hehe. Kdg2 org ingat dia ni umur 5,6 thn. Dahla tinggi. Tak nampak mcm 4 thn hehe. Selalu buat mama dan abah geraaaammm dengan perangai dia yg maciam maciam sgt huhu. Apa2pun dialah penghibur di kala suka, penawar di kala duka.

Birthday dia mama abah blanja makan pizza je. Kek pun tak buat or beli. Nape ntah mama malas sgt ni huhu.. Ni muka happy sgt2 dpt surprise gift dr abah. Masa tgh mkn abah senyap2 pegi ToysRUs beli mainan. Dapatla seketul kereta. Rege bleh tahan tapi tak sampai seminggu dah tercabut spoiler dgn side mirror haha. Sabar jela.

Lagi apa cite eh. Haaa introducing my new baby. Gitewww haha.. Aku rindu sgt nak jual baju budak2. So start semula lah. Bajet ciput so kita bwk masuk barang sikit2. Ada pyjamas Tobot, Didi and Friends, Robocar Poli and coming soon pyjamas Boboi Boy. Comel2 je. Marilah beli haha sempat lagi promote kikiki

Lawa takk?
Sedang berkira2 nak bawak masuk baju melayu untuk baby ni. Jumper baju mlayu pun ada. Geram sangat. Jap kira duit dulu hehe
Jemput like FB page SLP Kids Closet ya sayang2 semuaaaa..

Oklah. Dah tengahari dah. Nak siap2 amik abg Shaheem kt sekolah. Harini amik awal sikitla sbb pagi tadi nak masuk kelas dia nangis. Rindu abah dan mama katanya haha.. Anok jantan hati tisu :P

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...