Thursday, February 11, 2016

Shafina Pulak Kena Chickenpox

Assalamualaikum..

Hmmm tak lama lepas Shaheem recover dari chickenpox, Shafina pulak kena. Dahla masa tu abahnye busy tak hingat. 2,3 malam tak balik rumah. Stress mama huhu..

Sama macam abang Shaheem, start dengan demam dulu. Esoknya nampak 2,3 bijik air halus halus. Yang aku perasan Shafina ni bijik dia lebih halus dan lebih banyak berbanding abang. Paling banyak kat muka pulak tu. Especially atas dahi dan hidung. Tapi nasib baikla kecik je.

Aku cuma bagi dia ubat demam dan sapu calamine lotion tu je. Nasib baik banyak lagi yang abang punya so tak perlu beli baru. Aku bagi dia minum air kelapa jugak. Tapi budak2 ni memang tak suka. Minum sikit je. Selebihnya aku bagi makan puding kelapa. Kalau ikutkan ayah aku dia tak bagi minum air kelapa sebab nanti parut jadi warna putih katanya.

Aku dah agak dah Shafina akan kena jugak. Sebab dia kan memang 24/7 duduk dengan abang. Mana boleh nak pisahkan. Redha jela huhu.. Shafina takdela meragam sangat. Makan pun berselera macam biasa. Cumanya dia suka menggaru! Grrrr.. Shaheem haritu dia paham takleh garu. Dia gosok2 je kalau gatal. Shafina mana la nak faham. Cakapla sampai berbuih mulut dia tetap garu huhu. Mama la yang nak kena halang. Nampak je dia menggaru cepat2 angkat tangan dia pastu tolong gosokkan. Tu kalau nampak. Kalau tak nampak? Hmmm lantakla nak huhu..

Harini cukup seminggu dah Shafina kena chickenpox. Alhamdulillah getting a lot better. Dah kering dan banyak kuping yang dah tanggal. Ada sikit2 lagi kat tapak kaki yang belum kering. 18hb ni nak balik kampung. Mama risau takut tak dan sembuh sebelum balik. Tapi tengok keadaan sekarang insyaallah sempat. Nanti kita pakai baju lengan panjang, sorok sorok sikit hehe..

latest pic. Getting better

awal2 kena haritu

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...