Tuesday, February 2, 2016

Bila Tak Dapat Contact....

Assalamualaikum

Hmmm.. husband belayar harini. Dari pagi sampai sekarang takde kabar berita. Aduii.. aku kalau takleh contact macam ni mulala nak menggelupur. Uhukuhuk.. macamanala makcik2 navy yg laki selalu sailing jauh2, lama2 tu.. takleh contact. Tak tahu ape cite kat laut tu. Kuatnya hati dorang..

Aku ni baru sehari semalaman. Masa dia dok KD Perak dulu aku dok kat kampung. Jadi takdela terasa sangat sebab ada family kan. Ni duduk rumah dengan anak2 je. Anak2 pulak sikit2 tanya,bila abah nak balik ni?? Shafina tu tadi berdiri kat beranda pastu dia nampak orang balik keje dgn moto. Dia ingat abah dia. Dia jerit abah bahh bahh.. Orang tu wat donno la kan. Berjalan masuk rumah dia. Menangisla anak dara tu huhu.. Mama pun mulala touching sekali. Anak2 rindu,mama pun rindu jugak. Husband pulak kebetulannya busy these few days. Jumaat lepas baru balik outstation seminggu kt Stesen Lima. Sabtu Ahad keje pakej tak balik rumah. Isnin semalam dia balik awal. So sempatla anak2 main dgn dia. Mama je tak sempat kahhhhhh.. Haihh takpelah,tak lama dah nak cuti balik kampung. Pulunlah dulu.. mama dan anak2 sila cekalkan hati.


Jaga dia untukku Ya Allah

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Alaa sedihnya Amal, shafina tu intai ingt ayah dia balik.

    Bertabahlah mak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...