Wednesday, February 3, 2016

Beringat Sebelum Kena

Assalamualaikum..

Ni kisah encik husband ni. Dia dalam perancangan nak renovate dapur rumah kat Machang. Sekarang ni dapur rumah tu dapur asal yg pemaju buat dulu tu. Takde kitchen cabinet. Hanya ada sink seketul. So dia ingat nak buat kitchen cabinet L-shape. Sink tambah dua. Kiranya bagi proper lah sikit. Dalam masa sama nak buat tandas sikit dan nak pasang kipas kat setiap bilik and kat dining area. Sekarang ni kipas siling tu ada kat ruang tamu dan master bedroom je.

Husband aku ni dia suka bukak mudah. Kat situla dia dok search tukang buat kc ni. Aku tak amik tahu pun. Tahu2 dia dah call sorang ni siap deal dah nak buat macamana. Charge berapa semua.. Husband bajet around RM10k nak buat semua tu. Oh tambah nak buat awning kat porch. Orang tu dah siap quote harga semua la. Husband kata murah harga dia bagi tu. Kebetulan pulak orang tu kata dia familiar dengan rumah kat taman tu dan sekarang pun dia tengah buat keje kat Machang. So dia kata dah habis keje ni boleh terus sambung buat rumah husband la pulak. Siap cakap nak terus letak barang kat situ dah. Husband pun setuju laa.. Siap bagi kepercayaan kat orang tu untuk beli semua barang sebab kitorang kan duduk jauh jadi takleh nak beli2 barang ni.

Hmmmmm.. aku ada gakla cakap dengan husband jangan percaya sangat dengan orang ni. Especially yang iklan dalam mudah. Kalau tak jumpa 4 mata memang diragui sikitla kesahihannya. Tapi husband tak cakap apa. Dia terus je deal dengan orang tu cuma kali ni husband kata nak jumpa nanti kitorang balik 18hb ni. Orang tu pun setuju..

Kelmarin.. nak dijadikan cerita.. Allah nak tunjuk jugakla kot. Husband kata orang tu mesej dia guna nombor lain. Nombor baru katanya. Henfon lama hilang. Tapiii.. nombor tu husband dah save dah kat hp. Dia amik nombor tu dari satu lagi iklan kat mudah. Cuma dia tak call je. Husband tanya la,eh buat dua iklan ke dalam mudah? Pastu orang tu cakap aah tu nombor dia jugak. Dahh husband pun dah start ragu2 dah. Sebabnya seingat dia yang nombor satu lagi ni iklan atas nama lain dan based pun tempat lain. Yang first based KB, satu lagi ni based Ketereh. Nama pun lain2. Pastu orang tu cakap henfon dia hilang sebab tu tukar nombor baru. Kalau nombor tu nombor baru macamana iklan tu boleh publish lama dah? Pelik sangat kan.

Aku memang dah tak sedap hati terus suruh husband cancel jela yang dah deal dengan dia tu. Bila dah ada rasa ragu2 ni takut jugakla nak teruskan. Bukan apa,kami duduk jauh. Orang kalau nak amik kesempatan boleh sangat. Macam kes penyewa dulu tu. Pastu nak buat renovation ni bukan sikit duit nak bawak keluar. Major project jugaklah kiranya. Kena ada proper supervision seelok2nya. Dari proses beli barang sampaila nak pasang tu. Aku cakap dengan husband bette buat dengan orang yang kita betul2 kenal. Yang kita yakin dia takkan tipu kita. Macam orang ni... bab nombor phone pun dah menimbulkan was2 baik janganla teruskan huu.. beringat sebelum kena. Bukan nak buruk sangka tapi tu lah.. serikla kena tipu. Husband dah mesej orang tu bagitau nak hold dulu. Dia tak reply msg walaupun dah seen. Takpelah. Kalau btul dia tipu dia jawabla sendiri nanti. Kalau tak tipu,maaflah. Mungkin takde rzeki kita nak berurusan.

Yang penyewa dulu tu, teruk dorang tipu kami. Memang aku tak halalkanla huhu.. Dahla 3 bulan duduk free tak bayar sewa. Siap cakap tangki septik rumah tu tersumbat. Busuk bagai. Walhal tak pun. Penyewa sekarang takde komplen pun. Takde masalah langsung pun. Nampak dah kat situ dia menipu. Lepas tu yang paling aku hangin,masa nak keluar tu husband suruh dia settle bil letrik. Dia kata ok nanti dia bayar. Hari anak buah amik kunci dengan dia,dia kata nanti dia wassap gambar bil. Beberapa hari lepas tu husband wassap la tanya. Sekali haaa hamekk dia dah tak guna dah nombor tu. Ciskek sangat. Husband sabar lagi. Pikir positif la orang tu bayar. Sekali tak lama pastu penyewa baru masuk bagitau bil letrik ada tunggakan RM300++. Hohhh terkejut gile husband aku sebab seingat dia bil last sebelum penyewa penipu tu masuk ialah RM0! Husband siap cari lagi bil lama yang time sebelum penyewa penipu tu masuk dan memang betul 0. Maknanya RM300 lebih tu bil penipu tu laaa.. Aku tak taula dorang guna letrik tu buat apa. Duduk 3 bulan sampai RM300 lebih bil. Tu pun dia cakap ngan kitorang dia jarang2 duduk kat rumah tu sebab busuk. Eeeee yang busuk tu sebenarnya hati dia! Sakit hati betul. Terpaksala kitorang yang bayar. Memang aku tak halalkan walau satu sen pun! Sampai hati kan. Atas dunia mungkin boleh lepas. Akhirat nanti tunggu jelah balasannya.

Huhu apa2pun kita sama2la beringat sebelum kena......

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Dugaan betul sbb rumah sendiri jauh..hubs pun rumah dia pnh kena jgj kt penang..tak byr sewa..pastu keluar snyp2 mcm tu je...huhu

    ReplyDelete
  2. Benda gini kena deal 4 mata amal..n kena ada org pantau...xleh on9 je..zmn skg ni rmi terdesak...

    ReplyDelete
  3. Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. betul Amal.. baik back out awal2 dari terkena ..nnt menangis x berlagu kata orang.
    biar lmbt dapat apa kita nak, janji tak menyesal nnt.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...