Tuesday, January 5, 2016

Saif Shaheem Goes to School!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah anak sulung aku dah sekolah dah. Sekolah=tadika je baru hehehe. Sebak sedih happy semua rasa ada. Sedih sebab all this time Shaheem duduk ngan mama je. Then suddenly takde kat rumah walaupun sekejap je rasa macam sunyi sangat huhu. Mujurla ada Adik buat teman hehe. Sebak sebab anak dah besar! Rasa macam baru je tengok dia merah², baru lahir dulu. Alih² dah sekolah dah? Aduui cepatnya masa berjalan. Happy cos Shaheem dapat berkawan, main, belajar.

Tujuan aku hantar Shaheem ke sekolah ni bukanla sebab nak dia cepat² pandai ke apa. Aku cuma nak dia ada kawan. Nak dia bersosial. Nak dia duduk di dunia luar. Kalau tak, dia just duduk rumah mengadap mama, mengadap TV. Aku ada la jugak ajak ajak melukis dan mewarna kat rumah. Tapi kadang² dia takmo ikut pun. Kalau kat sekolah mesti dia nak sebab ada kawan2, ada cikgu. Biasala budak kan, klu dengan family sendiri mesti macam² alasan dia bagi. So tu lah reason sebenarnya aku hantar dia ke sekolah. Nak dia berkawan. Tak nak duduk bawah ketiak mama je. Lagipun dia baru 4 tahun. Kalau pandai baca, ngaji dengan cepat alhamdulillah. Bonusla tu utk budak umur 4thn.. Yang penting pergi sekolah utk seronok² je dulu.

Aku hantar tadika biasa² je kat Tuaran tu. 10 minutes drive je kot dari rumah aku. Tapi kadang² kete banyak nak gi Pekan Tuaran so up 30 minit hehe. Tak jauh pun. Tadika tu aku dapat tahu dari sorang member fb. Dia hantar anak dia kat situ. Katanya tadika tu bagus. Anak dia cepat pandai membaca dan mengaji. Masa aku gi daftar time cuti haritu jumpa kawan sekolah aku dulu. Dia hantar anak kat situ jugak. Pastu husband jumpa kawan dia. Hantar kat situ jugak. Dua² cakap sekolah tu ok. Yuran pun affordable. Registration RM580. RM220 monthly. Kelas mula pukul 8 pagi hingga 2 ptg.


Semalam 1st day. Alhamdulillah Shaheem semangat nak pergi. Bangun awal pagi. Tapi tak mandi. Haha pecah rahsia. Mama suruh breakfast dulu pun tak nak. Nak makan kat sekolah katanya. Ramai parents hantar anak² semalam. Macam² ragam boleh tengok. Shaheem relax je masuk kelas. Masuk je terus main walaupun mula² tu dia malu. Mama cakap mama tunggu kat luar pun dia OK je.




Aku tunggu sampai pukul 9 pagi. Tunggu kat luar. Shaheem dalam kelas. Masa tu ada lagila budak nangis, lari keluar dari kelas. Sebelum balik aku ingat nak jumpa Shaheem. Nak bagi air kotak Milo kat dia. Aku pun pergila kat kelas dia. Masa tu cikgu dia tengah pegang sorang budak meronta² nak lari. Aku intai tengok Shaheem relax duduk atas kerusi. Diam je. Tapi bila dia nampak aku dia terus jerit, "mamaaaa.." Cepat² dia datang kt aku pastu menangis kuat gila. Huwaaaa.. Dia pegang kaki aku. Aku bagi dia Milo and cakap aku tunggu kat luar. Dia meraung sekuat hati. Jerit nak ikut nak ikut. Aduiii.. Menyesal mama pegi tengok. Ingatkan dia OK je. Terpaksala aku tinggalkan dia meraung tu. Cikgu pegang dia. Kesian cikgu. Dahla Shaheem tu kalau mengamuk dia akan menjerit kuat². Dia akan tendang² orang. Semalam dia tendang pintu. Nasib baik tak roboh pintu kalau tak masak mama nak mengganti haha.. Aku tinggal dia camtu jela semalam huhu..

Balik rumah tak senang duduk. Teringatkan Shaheem. Dia kalau ngamuk biasanya lama. Pukul 12 aku call sekolah tanya dia macamana. Sebab kalau kata dia mengamuk lagi, aku nak pegi amik. Tapi cikgu kata dia baru lepas round semua kelas. Dah takde budak menangis katanya. Legala sikit hati huhu.. Pukul 2 aku amik dia. OK je. Dah tak nangis. Dia cuma sebak sedih sebab dia pijak air kotak milo yang aku bagi tu. Menyesal la kononnya. Tu la. Mengamuk lg. Kesian air milo jadi mangsa amukan hehe.. Masuk dalam kete tak sampai 5 minit dah tertidur. Hehe penat sangatla kot 1st day rutin baru.

Harini 2nd day dia buat perangai tak nak pegi sekolah huhu. Aku kejutkan dia pukul 6.30pagi. Macam² alasan dia bagi. Shaheem ngantuk. Shaheem nak mimpi. Tak nak gi sekolah. Tak suka sekolah. Stress jugak aku pagi tadi. Tapi tak paksa dia. Malas nak paksa². Harini baru 2nd day kan. Dia belum biasa lagi dengan rutin baru. Selalunya pukul 9,10 baru bangun. Tiba² nak kena bangun awal memang payahla. So takpela. Aku biar jela walaupun sebenarnya aku sedih huhu.

Pukul 9 pagi tanpa dikejutkan, dia bangun sendiri. Bangun² je dia cakap, Shaheem nak gi sekolahla mama.. Ehhh terkejut mama haha. Aku pun cepat²la suruh dia mandi apa sume. Shaheem pun good boy. Ikut je. Tak mengamuk ke ape. Makan pizza sekeping. Minum Milo segelas. Masuk kete pun ceria je. Bila tanya kenapa pagi tadi Shaheem tak nak gi sekolah? Dia jawab Shaheem tipu saja.. Hahaha geram betul mama. Nasib baik mama sabar hehe.. Takpela pegi sekolah lewat sikit. Yang penting pegi kan. Cikgu pun tak cakap apa hehe. Dah masak kot dengan perangai kanak² ribena ni.




Jap lagi nak pegi amik dia. Tak sabar nak dengar dia bercerita hehe..

Shaheem oh Shaheem. Mama sayang Shaheem tau. Semoga Shaheem happy je kat sekolah. Ikut apa yang cikgu ajar. Main elok² dengan kawan².


Gambar sebelum pergi sekolah semalam




Semalam abah terpaksa dukung bawak pegi bilik air haha. Anak manja abah.




Yang ni pagi tadi. Abang sedap tido. Adik pegi kacau hehehe

posted from Bloggeroid

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...