Saturday, October 17, 2015

Morning Updates

Assalamualaikum.

Selamat hari Sabtu! Husband keje lagi harini. Dan esok. Sigh. Takpe takpe, Isnin ni habisla keje dia tu. Phewww, btul btul bekerja kuat ni! hehe..

Anak anak masih bergelimpangan tido. Jadi mama bolehla mengadap laptop sekejap pagi ni sebelum start daily routine. Daily routine, normally pagi pagi aku lipat kain. Tengok kerajinan hehe.. Pastu masuk dapur,. Kemas apa yang patut. Pikir nak masak ape. Hahah hari hari jadi masalah nak masak apa. Harini plan nak buat puding roti. Semalam Umie Puan Pinguu share kat facebook. Eh eh terliur pulak rasanya. Resepi pun mudah. Insyaallah akan cuba buat.

Pagi ni goreng nasi je kot. Shaheem suka. Adiknya semua pun makan. Sup kentang+telur balance dinner semalam pun ada lagi. So lunch makan yang tu jela. Petang sikit baru pikir nak masak apa untuk dinner. Selalunya macam tu laaa..

Ermm apa cite lagi ek?

Oh ya.. Semalam anak buah husband dah pegi amik kunci dah dengan orang yang sewa rumah tu. Anak buah sampai je tengok dia tinggalkan kunci kat luar. Saje la tuu tak nak jumpa. Tapi anak buah cakap nak jumpa jugak. So dia datang dan tak banyak cakap pun. Alhamdulillah rumah dia tinggalkan dalam keadaan baik. Barang yang sedia ada sume okay kecuali tilam dia dah bukak plastik. Maknanya dia guna lah tu.. Bab duit nak bayar sewa ke ape memang tak sebut langsung. Husband pun cakap dengan anak buah tak payah mintak,. Kenapa tak mintak? Sebab husband malas nak panjang cerita. Dapat agak yang akak tu sebenarnya ada masalah kewangan. Kalau dia nak bayar, dah laaaaama dia bayar kan. Husband malasla, kalau dia mintak nanti, bertangguh tangguh lagi. Nanti mesti lagi sakit hati. Kalau bayar terus semua takpela. So takpela bab duit sewa tu. Takde rezeki kami. Dan akak tu.. jawabla sendiri esok esok huhu..

Husband dah open balik rumah tu untuk disewa. Tapi prefer students jela lepas ni.. Serik dengan family ni huhu...

Ala Shafina dah bangun. Stop dulu lah. Tata!


Thursday, October 15, 2015

Jalan Jalan Tamparuli

Assalamualaikum.

Ini cerita Sabtu lepas.

Jarak nak ke Tamparuli dari rumah aku ni tak jauh pun. Dekat je. Korang biasa dengar tak Tamparuli ni? Marsha pernah nyanyi lagu Jambatan Tamparuli masa AF dulu.. Kat Tamparuli ni juga ada Rumah Terbalik. Agak famous jugala di kalangan pelancong. Tapi aku tak pernah pegi walaupun hanya sekangkang kera je dari rumah aku hehe..

Hari Sabtu tu husb keje. Dalam pukul 4 lebih dia balik terus ajak pegi jalan-jalan. Dia rasa bersalahla tu sebab sepatutnya weekend adalah hari untuk bersama keluarga. Tapi nak buat macamana, dah tugas kan? Dapat bawak anak (dan bini) keluar jalan kejap pun jadi laaa.. Mula-mula ingat nak gi pantai. Tapi jalan nak ke pantai tu jem pulak. So husb pusing pegi Tamparuli jelah. Kat pekan Tamparuli tu ada satu jambatan gantung tinggi. Jambatan tu la kot yang Marsha nyanyi tu.. 


Sebelum naik, kita bergambar dulu..

Abang Shaheem tu eksyenn.. Masa mula-mula nak naik dia tanya abah dia, "abah takut ke? Jangan takut bah.." Ececece pandai je cakap abah. Ko tengok dia tu. Pegang baju abah kemain kuat..


Haa ni kat atas dah ni. Gayat ooo.. Dahla kat bawah tu sungai. Ada jambatan kecik untuk kereta lalu. Nampak tak motor kat bawah tu? Jambatan tu lah yang kitorang lalu untuk ke pekan Tamparuli. Ada jambatan baru yang lebih besar tapi jauh sikit. Shaheem dah peluk mama kuat-kuat dah masa ni haha..

Satu gambar abang Shaheem je tengok kamera. Satu lagi adik je yang tengok. Mama abah maintain senyum haha.. Abah nampak peloles laa dalam gambar ni kehkehkeh.. 



Pemandangan dari atas jambatan


Kitorang plan nak jalan sampai ke hujung jambatan. Sebab kat hujung belah sana ada tugu jambatan ni. Boleh amik gambar kat situ. Tapi Shaheem takut pulak huhu..


Abah terpaksa dukung dia sebab dia tak nak jalan. Tapi tak sampai hujung husb pusing balik. Dia kata dia pun gayat haha.. Dia gerun sebab dukung Shaheem kat belakang rasa macam tak stabil. Jambatan tu dahla bergoyang-goyang sebab ramai orang naik. Angin pun kuat.


So, tak dan sampai hujung jambatan kami pun patah balik.. Eh tapi tak balik rumah lagi. Husband bawak naik bukit. Kat atas bukit tu ada sungai yang biasa orang main water rafting. Sungai Kiulu. Ce korang google. Famous jugak sungai ni. Tapi kitorang tak naik sampai atas pun sebab masa tu dah pukul 5 lebih..



Bahaya betul budak 2 orang ni. Mujur tak hanyut. Air dahla deras. Pelampung pulak lagi besar dari tuan. Terkial kial jugak dorang nak ke tepi sungai. Haihhhh sabor jela. Berdebar aku tengok..



Lepas pegi sungai tu kami terus balik. Abang Shaheem tidur dalam kereta. Tapi terjaga masa sampai kat parking rumah. Mengamuk pulak, tak puas berjalan. Mama pun ajakla pegi playground kat belakang blok. 


Biar dia main puas puas sampai nak dekat Maghrib. Pastu balik rumah mengamuk tak nak mandi. Grrrrrrr.... 


The end...

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru Islam kawan-kawan. Alhamdulillah, tahun 1436H semuanya baik-baik. Semoga tahun ini juga semuanya baik untuk kita. Sihat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan, insyaallah. 

Harini Sabah pun cuti., Aku ingat tak cuti hehe.. Tapi sedihnya, encik suami kerja huhu.. Dia sekarang tengah busy handle kapal tengah work up ke ape ntah istilah dia. Ikut jadual 2 minggu programnya. Semalam husb kata harini cuti. Tapi sekali bangun pagi ni dapat info kerja pulak. Aduii frust frust,, Start keje pukul 4 petang tapi husb terpaksa pergi awal pagi sebelum Shaheem bangun. Saif Shaheem ni still peel nak ngikut abah dia. Kalau husb nak keluar memang susah sangat sekarang. Kena tunggu dia tido. Tapi masalahnya dia siang hari tak tido. Malam pulak pukul 1 pagi baru tido. Agaknya Shaheem ni masih ada rasa takut abah tinggal kot. Yelah, setahun abah tinggal dia kat kampung. Bila balik kejap kena hantar balik gi airport. Dia trauma lagila kot. Huhu susah anak manja dengan abah ni. 

Dalam pukul 9 lebih husb siap-siap nak gi keje. Shaheem tidur lagi masa tu. Kesian suamiku huhu.. Masa dia peluk, kiss Shafina & me, keluar air mata dia.. Sedih katanya sebab dah set in mind nak bersama keluarga je hari ni. Dia mintak maaf dengan aku sebab tak dapat spend time bersama. Dah seminggu lebih dia asyik keje. Weekend lepas pun keje jugak. Dia nangis, opkosle aku nangis jugak. Aku kan hati tisu huhu.. Aku cakap dengan dia takpe, nak buat macamana. Dah tugas. Settle semua ni nanti okla... Aku faham keje dia. Aku dan anak-anak akan sentiasa ada di sisi dia. Dia sedih sebab Shaheem la, selalu nangis rindu dia, nak ikut dia.. Huhu takpela bang. Anggap tu pengorbanan kita sekeluarga pada tahun baru ni.. 

Dah memandangkan ketua keluarga bekerja makanya kami 3 beranak (me, Saif & Suri) duduk terperap dalam rumah jela. Tengok Astro Ceria dari cerah sampai gelap hehe.. 

Harini aku masak nasi ayam. Special untuk anak bujang yang susahhhhh sangat nak makan huhu.. Masak simple je. Sebab yang nak makannya kami 3 orang je. Alhamdulillah Shaheem makan baaanyak! Senang hati aku. Suri Shafina tu toksah cakapla. Yang tu memang kuat makan haha.. Dia la yang setia dok depan aku, siap nganga mulut tunggu aku suap hehe,,



Shaheem tu tak berenti tanya, bila abah nak balik ni mama? Lambatnya abah balik. Abah balik malam ke? Bila aku cakap abah balik esok, meraung pulak dia. Sabarrr jela.. Nak bagi dia happy sikit aku bagi dia makan aiskrim. Semalam pegi Daiso kat 1B tu, belila bekas buat aiskrim tu haa..  Tu first time aku masuk Daiso sebenarnya. Heran, kenapa laaaa dorang ni tak letak tag harga kat barang. Hangin betul, Nasib baik tak sempat tanya pekerja dia dah nampak sign, semua berharga RM5.30. Hahahaha buat maluuuuu je..

Mama buat aiskrim milo je ponggg hehe..

Oh ni gambar semalam la ni. Kami pergi 1B, amik henpon aku yang lama betul baiki. Nantila aku cerita pasal tu. Ni tengah makan donut kat Big Apple. Saif Shaheem berjaya mengepau abah. Beli train pulak. Selalunya pau Hot Wheels tapi semalam kitorang tak masuk Giant. Dia nampak train ni kat Daiso. Beli 3 bijik RM15.90 la totalnya. Harini dok berzikir, lambatnya abah balik. Nak pegi beli jalan ketapi ni dengan stesyen dia... Huhu macam macam..

Untuk adik mama beli sandal. Yeayyy.. Since adik dah boleh jalan sikit sikit mama belila sandal muroh ni hehe.. Jadila ekk.. 

Kat Parksons 1B tu tengah buat sale. Aku belila sepasang baju ni untuk Shaheem. Lama dah tak beli baju baru untuk dia, walaupun dia sebenarnya tak pakai baju pun kalau kat rumah hehe.. RM21 sepasang. Oklaa tuu...

Aku kalau keluar je mesti akan cari barang untuk anak. Apa apa mesti anak comes first. Dah jadi mak ni memang macam tu la kot. Dah lama tak beli barang untuk diri sendiri. Plan nak beli purse baru sebab yang ada sekarang tu dah tanggal dah kulit dia. Huu lama dah purse tu, 3 tahun dah umur.. Memang wajib tukar baru dah. Tengokla nanti..

Dok rumah seharian ni memang mengadap anak jela. Kalau ada husb dia boleh tolong tolong jugak esp handle abang tu. Abang suka buat adik. Sepak la.. pukul la. Aduii.. Tak tau macamana nak buat. Aku marah dia merajukla. Tak nak kawan mama.. Tak nak cakap dengan mama.. Tapi pastu datang balik kat aku. Suruh tengok dia. Dia buat muka sedih. Minta maaf mama. Shaheem rindu mama.. Tu la yang dia selalu cakap bila nak pujuk aku huhu.. Terpadamla sikit api kemarahan mama tadi. Tapi tak lama lepas tu dia buat lagi. Haihhh..

Macam tadi, dia buat adik. Aku marah. Dia jeritjerit. Tak nak kawan mama! Mama, jangan tanya Shaheem. Shaheem malas dah nak jawab mama. You know what, tu sebijik ayat yang aku selalu cakap kat dia kalau aku marah huhu.. Selalunya kalau dia mengamuk aku memang buat derkk je sampaila dia datang minta maaf. Tapi tadi, aku tengok dia dah tido dah. Sobbssss sedihla pulak rasa sebab dia tido dalam keadaan tengah sedih. Tengah marahkan aku.. 

Shaheem, mama minta maaf tau. Mama marah sebab mama sayang. Mama nak Shaheem jadi abang yang baik untuk adik. Mama nak Shaheem kawan dengan adik. Sayang adik. Mama tahu mama selalu marah Shaheem. Garang garang dengan Shaheem. Mama minta maaf ye sayang. I guess, in this new year, mama kena berubahla. I have to control my temper. Bila jadi macam ni, Shaheem tido sebelum mama minta maaf, mama rasa sedih sangat. Rasa macam something is not right. Something is not done. Sorry ye sayang........

Being a mother, a parent, memang tak mudah. Banyak sangat benda yang perlu dipelajari. Especially bab nak mendidik anak. Semoga Allah berikanku kekuatan. 


By the way, 14th Oct 15, genaplah umur Shafina 11 bulan. Allah.. cepatnya masa berlalu! Next month cukup setahun dah. Alhamdulillah dia sihat. Demam jarang jarang. Dah boleh jalan tapi masih jatuh jatuh lagi. Bambam sangat kot dik, sampai tak balance haha..  Masih breastfeeding, alhamdulillah. Makan banyak! Mulut tu memang nak mengunyah je. Dah ada  6 batang gigi dan baru tadi aku perasan ada 2 batang lagi nak tumbuh kat bawah. So total 8 batang dah la. Heee mama kena rajin gosok gigi dia. Mama doakan adik sihat selalu. Sentiasa dilindungi Allah SWT. Mama loves u Shafina!

Buah hati pengarang jantung. My Suri :)

Sunday, October 11, 2015

Ragam Penyewa Rumah

Assalamualaikum.

Husband ada sebuah rumah kat Machang. Betul-betul belakang UiTM Machang. Rumah teres 3 bilik tidur, 2 bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan, dapur yang agak luas juga.

Rumah tu sebelum ni husband bagi student UiTM sewa. Lama jugakla. Dah 4 tahun kot. Every new sem bertukar penyewa. Tapi alhamdulillah tak pernah ada masalah. Kalau tak silap aku sewa husb letak RM600 sebulan. Husb sediakan TV, peti ais, washing machine, dapur gas, tilam dan bantal. Student ni bayar sewa lump sum satu sem. Contohnya kalau satu sem tu 4 bulan jadi total dorang bayar RM2400. Students ni biasa menyewa ramai-ramai. Jadinye sorang sikit jela bayar.

Sepanjang dorang menyewa tu memang jarang husb pegi tengok. Sekali dua je kot. Maklumla duduk jauh. Sehinggalah yang last menyewa keluar. Bulan 4 ke 5 haritu aku tak ingat. Husb suruh aku pegi tengok rumah macamana. Bersih-bersihkan sikit sebelum iklankan untuk sewa lagi...

Aku pun pergila dengan Ayah aku. Bawakla penyapu, mop, pencuci tandas etc. Dalam kepala bayang rumah tu berhabuk sikit-sikit jela sebab penyewa baru je keluar. Sekali ko tahu... Rumah tu macam tongkang pecah! Mengucap panjang aku bila masuk huhu.. Dengan sampah sarap bertimbun-timbun. Mostly buku dan baju. Spender pun ada huhu.. Tandas aduhh teruk gila macam tak pernah sental. Dapur lagi dasyat. Peti ais busuk gila! Siap ada bekas air yang tak tau dari zaman bila. Tengok keadaan tu Ayah aku cakap dorang ni hidup macam takde tamadun huhu.. Macamanala boleh duduk dalam keadaan kotor gitu. Oh penyewa ni sume student lelaki. Student perempuan tak pernah sewa.

Aku bagitau husb yang masa tu kat Sabah. Dia kata jangan buat apa-apa. Tunggu dia balik nanti dia ajak anak buah dia bersihkan rumah tu. Kebetulan husb balik tak lama lepas tu. Dia la yang pergi bersihkan satu rumah. Buang segala sampah. Penuh satu Triton sampah tu. Washing machine pun rosak so husb buang je. Tilam bantal semua pun buang. Dah takde rupa tilam dah pun huhu.. Yang tu memang expected dan husb memang nak beli tilam baru sekali dengan katil.

Husb beli katil 2 tingkat letak di setiap bilik. Washing machine pun dia beli baru. Dah kemas cantik-cantik dia iklankan dalam Mudah.my. Alhamdulillah memang cepat je orang respon. Ramai yang tanya nak sewa. Kalini ramai student perempuan yang call. Dan ada satu family. Yang family ni macam serious sikit nak sewa. Husb masa tu kat Sabah. Aku kat kampung. So yang discuss tu husb jela. Dia ada tanya aku, ok ke kalau bagi sewa kat family? Aku awalnya rasa macam berat hati jugak. Tak tau nape. Maybe sebab sebelum ni biasa bagi kat student. Bila family nak duduk ni lain pulak rasa. Tapi bila pikir-pikir ok jugak. Mana lah tahu kalau family ni dorang jaga rumah dengan baik sikit. Aku serah pada husb je untuk buat keputusan.

Beberapa minggu sebelum raya husb bagitau aku yang family tu dah confirm nak menyewa. Dia akan masuk rumah 2 minggu sebelum raya. Family ni dorang sebelum ni dok kl. Ni nak balik dok Kelantan for good. Yang selalu dok WhatsApp dengan husb ni sang isteri. Dorang husb n wife ni katanya keje sendiri je. Ada anak 3 org. Wife tu sebaya dengan husb. Dorang mintak husb turunkan sikit sewa. And I am not sure why husb setuju. So dari RM600 husb turunkan pada RM500. Deposit pulak husb just mintak sebulan. Aku tak setuju sebenarnya sebab rasa macam sikit sangat. Kalau jadi apa-apa, kita yang tanggung. Kalau amik 2 bulan at least dia pun tak berani buat hal. Tapi husb cakap dia kesian kat orang tu. Lagipun nak dekat raya. Sure banyak nak pakai duit. So okla.. Aku ikut jela.. Aku suruh husb buat proper agreement. Supaya takde hal berbangkit. Husb balik time raya nanti kitorang plan nak jumpa.

As planned, sebelum raya family tu dah masuk. Husb banyakla dok berwhatsapp dengan akak tu. Dia bagitau kerosakan² semua. Husb suruh dia baiki dulu nanti tengokla macamana. Potong sewa ke macamana. Then one day dia inform tangki kumbahan kat rumah tu tersumbat. Katanya sisa kumbahan membuak-buak keluar dari tangki dan masuk dalam longkang depan rumah. Bau busuk so dia takleh nak duduk rumah tu. Dia siap mintak plan rumah dengan husb nak tengok macamana piping untuk sisa kumbahan tu. Sebab dia kata kadang-kadang ada bau busuk keluar dari sinki. Husb macam pelik jugakla kenapa tiba-tiba ada masalah sisa kumbahan ni sebab sepanjang students menyewa dorang takdela pulak bagitau. Husb kata takpe, tunggu dia balik. Nanti dia tengok.

2 minggu lepas raya husb balik. Kitorang pegila ke rumah tu jumpa dengan penyewa tu sekeluarga. Tengok pada gaya macam orang baik-baik. Peramah juga orangnya. Tak berhenti dok cerita pasal masalah tangki kumbahan tu. Dok ulang-ulang bagitau dia takleh nak duduk kalau tersumbat macam ni. Busuk dan geli katanya. Aku dengar pun macam kesian. Yela aku pahamla. Kalau aku pun takleh duduk. Lagi dengan ada anak-anak. Of course tak selesa. Dia kata sementara takleh duduk kat rumah tu dia duduk rumah mak dia. So bincang-bincang husb suruh dia cari org yang boleh baiki. Tentang kos takpe nanti bincang kemudian. Dan memandangkan dia tak duduk rumah tu husb cakap tak perlu sign agreement lagi, tak perlu bayar depo dan sewa lagi. Sehinggalah masalah kumbahan tu selesai. Husb serahkan kat dia 100% la urus pasal tu sebab kami dah nak balik Sabah dah.

Kitorang balik Sabah hujung bulan 7. Tengah bulan 8 ada la husb whatsapp dia tanya progress. Dia kata haritu dah ada orang datang buat tapi masih tak OK. Tapi nanti nak buat lagi. Husb ok jela.. Tak lama pastu macam senyap je. Husb pulak bz. Dia tak sempat nak follow up. Sampaila hujung bulan 9 baru ni. Aku la yang tanya husb macaman dengan rumah tu sebab macam lama sangat je. Aku suruh husb tanyala dah ok ke belum. Kalau dah OK orang tu bolehla start bayar sewa. Kalau tak OK jugak aku rasa better dia serah kunci dan cari rumah lain. Dia tak rugi. Kami pun tak rugi. So husb call la. Tapi tak dapat. Masuk voicemail. Whatsapp pun sama. Ada satu tick je. Aihh kami dah rasa lain macam dah. Takpe relax. Pikir positif maybe takde line sebab dia pernah bagitau husb rumah Mak dia memang line problem sikit. Esoknya call lagi. Masih sama. Lusa pun sama. Aihh memang lain macam. Aku cakap dengan husb ke hp dia rosak? Hilang semua no? Tapi takkanla dia takde catat kat mana-mana no husb. Wallahualam. Aku suruh husb bagi tempoh 2 minggu. Kalau dalam masa tu takleh contact jugak, kena amik tindakanla. Then memang takleh contact pun.

Husb suruh anak buah dia gi tengok. Kalau takde orang dia suruh mangga je pintu rumah dan pagar.

Jumaat lepas anak buah husb pergi. Dia kata orang takde tapi ada kain berjemur. Maknanya ada orang dudukla kat rumah tu. Husb suruh anak buah beli mangga. Hanginla dia sebab haritu beria kata takleh duduk ape semua. Ni tiba-tiba ada kain berjemur siap ni ape cite. Anak buah pegila beli. Bila datang balik kebetulan orang tu dah ada kat rumah.

Anak buah husb tanyala, dah lama ke duduk sini? Dia macam terkejut jugakla. Dia kata baru je. Anak buah husb call husb dan akak tu pun cakapla dengan husb. Dia kata hp dia rosak. Habis semua nombor hilang. Sekarang dah guna nombor baru. Tak tahu nak contact macamana. Dia cuma berharap husb akan hantar orang datang tengok. Dia bagitau dia duduk jarang-jarang je. 2,3 hari sekali. Sebab tangki kumbahan tu tak settle lagi. Husb pun cakapla dia nak kunci balik lah dah kalau tersumbat lagi. Tapi akak tu macam reluctant. Dia kata nanti dia bincang dengan suami dia.

Anak buah husb tanya husb, boleh percaya ke dia ni sebab nampak lain macam. Dengan anak buah pun dia banyak cakap belit-belit. Sikit-sikit cerita pasal tangki tersumbat tu. Macam nak tukar tajuk. Ada rasa sangsi sikitla anak buah cakap. Husb dia ada je dalam rumah. Sekejap-sekejap intai kat tingkap. Tak keluar pun tanya kenapa.

Husb bila dengar macam tu terus call balik akak tu dan minta dia serah kunci dalam masa seminggu. Dia tanya husb aku, anak buah nak sewa ke? Husb cakap tak. Lepas ni dah tak bagi sewa sebab tangki tu kan tersumbat. Mana boleh bagi orang sewa. Dia kata takpe. Dia sanggup duduk dan bayar sewa. Pulakkk.. Haritu beria cakap dengan aku takleh duduk. Bau busuk. Geli taik terapung-apung kat porch.

Kalini husb tegas, tak nak bagi sewa dah. Minta serah kunci dalam masa seminggu. Dia minta 2 minggu untuk pindah barang. Husb argue la dengan dia. Kata tak duduk rumah tu tapi kenapa ada barang? Husb agak dia sebenarnya dah duduk kat rumah tu sepenuhnya tapi cakap duduk jarang-jarang. Eh duduk jarang-jarang pun sepatutnya kena bayar sewa jugak kan? And u know what lepas dia setuju nak serah kunci dalam masa seminggu tu dia takde cakap pun nak bayar sewa ke apa. Mula-mula tadi beria kata nak bayar. Husb pun malas nak mintak. Dia tak nak panjang-panjang cite.

Husb frust jugakla dengan kes ni. Malam tu dia takleh tido sebab banyak fikir. Tak sangkala katanya. Dia buat baik dengan orang. Banyak tolak ansur tapi orang buat macam ni pulak. Agaknya tangki kumbahan tu tak tersumbat pun sebenarnya. Yela kan. Kalau dah berbulan tak settle patutnya dia kena la start cari rumah lain. Kan kata tak boleh duduk rumah busuk? Huhu tak tau la aku dorang ni macamana sebenarnya.

Tengokla Jumaat depan nanti macamana keadaannya bila anak buah husb pegi amik kunci. Husb dah suruh akak tu settle bil letrik. Make sure takde tunggakan. Dan make sure juga barang2 kami (peti ais, washing machine dan katil) tak rosak. Dia reply OK je kat WhatsApp. Harapnya memang okla nanti.

Kami sebenarnya tak nak la pikir bukan-bukan pasal orang ni. Tapi bila dah jadi macam ni rasa serik pulak huhu. Husb kata pasni biar kosong jela. Mintak tolong anak buah husb g tengok sebulan sekali ke. Tengokla macamana..

posted from Bloggeroid

Tetengah Malam Je Mesti Lapar!

Assalamualaikum.

Now.. Dah pukul 1 pagi. Yep aku belum tidur lagi.. Melayan anak bujang yang baruuu je tido..




Shaheem sekarang memang boleh dikatakan almost 24 jam tak berbaju kat rumah. Cuaca kat sini sekarang agak panas. Dia pulak selalu aktif lompat sana sini jadi dia cepat berpeluh. Especially area leher. Bila pakai baju dia rasa gatal. So dia lebih suka tak berbaju. Kalau kita pakaikan baju dia pandai buka sendiri. Jadi mama redha jelah. Malas nak argue. Asal dia selesa.

Every night memang dia tido lambat. Selalunya pukul 1 la. Dia selalu bangun pukul 11 pagi. Siang hari memang tak tido langsung. Main je kejenye. Malam-malam aku lah yang teman dia main. Ada sekali haritu aku letih sesangat. Aku tido awal. Abah dia yang biasanya pukul 10 dah tido terpaksa bangun melayan kerenah Shaheem. Dia cakap dia dah kejutkan aku tapi aku tido mati haha.. Ala takpela. Sekali sekala bagi abah pulak layan dia.

Shaheem ni asal tengah malam je mesti nak makan. Dia tak cakap dia lapar tapi dia akan tanya kita, "mama.. shaheem nak makan ape eh ni?" Haaa maknanya dia laparla tu. Aku kalau dia dah tanya nak makan apa tu mesti stress haha. Sebabnya Shaheem ni dia picky eater sangat-sangat. Memang memilih. Nasi ni jarang dia nak makan. Yang selalu dia makan, mi. Macam tadi pukul 12 lebih dia mintak nak makan mi. Aduiiii... Malasnya mama ko ni nak masuk dapo masak mi huhu.. Offer pasta lebih dinner tadi dia tak nak pulak. Nak mi jugak. Adoii..

Aku pujuk dia. Offer makanan lain yang dah sedia ada. "Sosej nak tak?" "Nak.. Nak.. Tapi mama jangan lebus tau. Nanti lambat.." Kalau tak lebus (read:rebus) macamana nak makan nak oii huhu. So aku cepat-cepatla masuk dapur tadi. Masak sosej untuk dia. Dah siap masak, buh dalam mangkuk, bagi dia. Ingatkan terus makan tapi dia amik satu, cium-cium bau. "Masamla mama.. Tak sedap.." Eh eh banyak songeh pulak kan. Aku pujuk lagi suruh dia makan. Pujuk pujuk makanla jugak dia..

Tak lama lepas tu dia macam dah nak tido. Biasa kalau nak tido dia akan suruh garu belakang dia. Aku garu la tadi sambil zikir. Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar.. Dia diam je. Huh lega.. Dah tido agaknya. Aku stop menggaru. Tiba-tiba dia bersuara, "mama.. Shaheem nak makan apa lagi?" Huwaaaaa.. Dia belum tidur dan masih lapar!

Aku offer roti telur. Dia suka makan roti telur. Dia jawab, "shaheem nak. Tapi nanti lambat..." Aduhai kesiannya dia lapar sangatla kot tu. Then aku teringat ada jem stroberi dalam fridge. Mujurla dia nak makan..


Makan roti inti jem stoberi sambil tengok The Good Wife

Dah habis makan dia cakap, "Shaheem nak air apa ni mama? Air Milo lah mama.. Mama buatla. Mama kan baik..." Mujurlaaa Shaheem ada mama yang baik huhu.. Ke dapur lagi aku. Buat air pulak..



Sekejap je habis satu mug ni.. Dah habis minum, tanpa disuruh, dia pergi letak sendiri mug tu atas meja. Baaagus abang Shaheem!

Lepas tu dia terus baring sebelah abahnye dan tido.. Phew! Lega mama..... Sweet dreams my boy..

Anak korang ada tak yang macam Shaheem? Asal tengah malam je mesti lapar huhu..

posted from Bloggeroid

Thursday, October 8, 2015

Abang Shaheem Perangai Manyak Cantik!

Assalamualaikum.

Semalam Shaheem main kereta dia dalam bilik. Adik pun of course la nak join sekaki. Tapi abang ni kedek. Tak nak share apa-apa pun dengan Adik. Adik nak tengok je pun tak boleh.

Pastu semalam dia siap tutup pintu sikit tak nak bagi Adik masuk. Adik bukan paham pun. Menyelit jugak. Shaheem marah, dia tolak-tolak adik. Pijak tangan Adik. Acah-acah nak tutup pintu. Huii menyirap darah mama haaa. Risau takut jari adik tersepit kat celah pintu tu. Aduh membayangkannya pun dah cukup buat aku gerun.

Aku marah Shaheem. Aku cakap dengan dia, kalau tak nak Adik masuk, tutup pintu ni rapat-rapat. Main sorang dalam bilik tu. Dia cakap, "tak nak!" Mana la dia nak. Penakut jugak abang ni. Tapi aku insist. Bertegas suruh dia tutup pintu. Kalau tak, jangan main langsung. Mama amik simpan car. Dia diam. Pahtu dia cakap, "OK Shaheem tutup pintu.." Slow slow dia tutup. Rapat.

Aku pun gi duduk depan TV.

Dok sekejap aku dengar macam ada orang menangis. Nangis slow. Siap sedu-sedu. Sambil nangis sambil panggil abah.

Aku bangun bukak balik pintu tu. Tengok Shaheem berdiri sambil nangis. Aku tanya dia, nape nangis? Dia jawab, "Shaheem rindu abah..." Hahahah.. Aku gelak je..

Cepat-cepat dia keluar terus peluk abahnye yang tengah golek-golek depan TV tengok cite Tamil.

Ini budak, manja sangat sangat sangat dengan abah. Kalau kena marah dengan mama memang dia akan nangis panggil abah. Dah macamanala mama tak marah bila dia selalu buat adik. Takkan nak biar kot? Huhuhu..

Time baik bolehla dok dekat macam ni.. Time tak baikkkk.. Hmmm..



Kejadian 2 hari lepas. Dia jatuh dalam bilik air. Bengkak, lebam tepi mata. Aku cakap dengan dia, "tu sebab Shaheem tak dengar mama la tu. Shaheem buat Adik.." Haha jahat tak mama?



Saif Shaheem. Anak soleh mama. Hari-hari adeeeee je benda yang dia buat mama marah. Mama naik angin. Mama marah² tu sebab mama sayang tauuu..


Allah... Kurniakanlah kesabaran yang tinggi kepadaku untuk membesarkan dan mendidik amanah-Mu ni Ya Allah..

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 6, 2015

Peti Ais Baru!

Assalamualaikum.

Perkakas elektrik dalam rumah ni esp yang besar-besar macam peti ais dan washing machine semuanya dari zaman encik husb duduk sendiri. Masa kami awal kawin memang dok guna pakai yang tu. Tak beli baru pun. Buat apa nak beli baru kalau keadaannya elok lagi. Walaupun dah macam outdated ke apa but still masih boleh digunakan.

Peti ais tu satu pintu je. Pastu kalau freezer dah beku, penuh ais, kena tekan defrost. Nanti ais tu cair kena keluarkan pulak air kat bhgn bwh peti tu. Leceh kan? Tapi takpelahh, syukur apa yang ada. Aku memang tak pernah mintak nak beli baru pun. Husb sendiri yang nak tukar. Sebab dia tahu peti ais tu kecik esp freezer. Selalu tak dapat nak beli lauk mentah banyak-banyak sebab tak muat. Ahli keluarga dah bertambah ni jadi dia cakap, it's time to change!






Peti ais lama. Ni dah siap-siap cuci, kasi wangi. Pastu iklankan dalam Mudah.my. Alhamdulillah dah selamat dijual dah pun dengan harga RM200. Aku tak tau berapa usia peti ni. Lupa nak tanya husb. Dah berbelas-belas tahunla kot. Tapi alhamdulillah peti ni memang elok. Sejuk elok lagi. Orang yang beli tu datang tengok dan puas hati. Dia kata memang sejuk dan rak-rak kat dalam tu pun masih dalam keadaan baik. Semoga selamat lah peti ais ni kat rumah tuan baru. Terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada kami. Huhu sedih pulakk rasanya..






Peti ais baru. Beli kat Courts Mammoth. Sebelum beli tu kitorang survey jugak kedai lain tapi Courts paling murah. Amik yang sedang-sedang je. Cukupla untuk kami berempat. Freezer tu memang cukup luas dah. Buh ayam 3 ekor pun lega lagi. Tak nak beli yang besar sangat sebab kami ni kan hidup berpindah-randah. Susah nak angkut nanti. Oh harga peti ais ni ku dah lupa laa.. Around RM1500++ kot. Serious lupa tapi memang tak sampai RM2k. Kiranya within our budget lah.

Next husb kata kumpul duit nak tukar mesin basuh pulak. Nak amik mesin auto yang besar gedabak, boleh basuh toto. Tak payah hantar dobi dah. Dobi kat sini kalau toto dia kira kilo. RM5/kg. Haritu basuh toto 2 bidang kena RM35 hoho.. Tu husb kata baik beli mesin basuh yang besar terus pastu buat bisnes dobi toto hihi..

Tapi aku cakap dengan dia nanti jela beli. Aku suka mesin basuh sekarang. Semi auto. Senang aku nak basuh cloth diaper hehe.. Lagipun mesin tu elokk je lagi walaupun fizikalnya dah uzur. Pintu atas dah takleh tutup so terbuka macam tu jela. Shaheem suka tengok kalau ada baju tengah basuh. Masa baju tengah pusing-pusing tu dia akn cakap, "mamaaaa... Lemasla baju Shaheem ni. Kesian diaaa.." Hahaha.. Anak oh anak!

posted from Bloggeroid

Monday, October 5, 2015

Puding Kastad Berkuah

Assalamualaikum.

Ini hasil daripada dok tengok resepi hari² lalu lalang kat newsfeed Facebook. Aku pulak memang suka dessert puding memuding ni. Lebih² lagi yang ada kuah kastad tu. Perghhh sedap. So aku tryla buat.

Ini resepinya. Tapi banyak betul aku derhaka hahaha


credit to the owner of the recipe


Agar-agar aku guna yang stripes sebab tak jumpa serbuk agar-agar yang clear. Sume berkaler. Sebenarnya aku fail buat puding tu haha. Tak tau la mana silap, bila masukkan tepung kastad dia jadi berketul keras pulak kastad tu. Aku rasa sebab aku tak larutkan betul-betul kastad tu dengan air dan sebab aku tak kacau cepat-cepat bila dah masukkan dalam susu yang tengah panas atas dapur. Masa tu kalau tak silap, aku gi amik Shafina yang mengacau abah dia solat Asar. Huhuhu sebab tu sebarang keje kena buat time anak tido kan?

Dah tak jadi tu nak buang sayang sebab susu setin dah guna. So aku tapis jela. Buh dalam bekas. Dengan harapan dia akan mengeras jugak sebab ada agar-agar kan. And yessss alhamdulillah memang keras pun. Aku buh dalam peti ais semalaman. Tengok keras elok jadi okla tu hihi..

Awal pagi tadi time both anak masih lena tido, aku bersilat buat kuah dia pulak. Untuk kuah ni aku derhaka tang kastad tu. Dalam resepi kata 1 sudu besar je. Aku tadi bubuh dalam 4 ke 5 sudu besar gitu. Kesnye buh satu tak pekat-pekat pulak kuah tu. Sebab tu aku tambah sampaila mencapai consistency yang aku nak. Gitewww consistency kauu haha.. Ada gaya Anna Olson tak huahuahua..

Tadaaaaaaaa...










Buah tu kalau letak hirisan fresh fruits mesti lagi sedapppp.. Kiwi, strawberries, grapes, blueberries.. Sebab puding ni kan manis, kalau letak buah yang masam-masam sedapla. Nanti balance la rasa masam manis tu..

Dah siap tu kita masukkanla dulu dalam peti ais. Kasi dia chill dulu. Petang karang kita ngapppp.. Aku pun tak try lagi ni. Hopefully sedap dan kena dengan tekak la hehe..

Oh bekas-bekas tu reuse bekas kek cheese leleh yang aku suka sangat beli. Ada jugak gunanya..

Selamat mencuba korang!

posted from Bloggeroid

Aidiladha 2015

Assalamualaikum.

Aduhai dah nak habis dah bulan Zulhijjah. Aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya haji kami haritu. Takde cerita apa sangat pun tapi catitla sikit untuk bacaan pada hari tua huhu..

Pagi raya tu supposedly husband kena solat raya di masjid dalam base. Sebab lepas solat kena gotong royong lapah daging korban pulak. Tapi Saif Shaheem bangun awal pulak dah haritu. Kalau dah bangun tu susahla sikit abah nak keluar. Confirm dia mengamuk! So husband solat di masjid kat rumah jela. Shaheem ikut sekali. Ni kali kedua dia ikut abah solat kat masjid. Sebelum ni solat Jumaat. Husband cakap dia OK je. Good boy sangat. Alhamdulillah.







Ni juadah pagi raya kami. Rasa macam nak tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah sebab berjaya masak rendang sendiri hahaha. Serious aku tak pernah buat sendiri. Tolong Mak pun macam tak pernah je kikiki..

Resepi macam biasa Google. Aku ikut resepi rendang ayam mudah by Kak Azrine. Ada la aku alter sikit-sikit. Nanti online kat laptop aku tempek resepi and link blog Kak Rin k. Nasi impit tu beli Adabi punya, lemang husband beli dengan kawan dia. Jual depan Politeknik KK.

Alhamdulillah menjadi jugakla rendang tu. Husband kata sedap. Hahaha nak jaga hati ke apa tak tau la tuuu.. Makanlah menu tu dari pagi sampai ke malam.

Raya pertama, pukul 12 tengahari tu kitorang 4 beranak tidooo haha. Shaheem demam. Mama penat masak rendang (wekk). Pukul 2 kot baru bangun huhu.. Husb suruh siap² sebab nak pegi rumah kawan dia buat open house. Dekat je rumahnya. Makan sup gear box kerbau. Sedap hehe.. Pastu balik semula sebab Shaheem demam kan.

Raya kedua, turn kitorang pulak buat open house. Hari Jumaat tu Navy sume cuti. So bolehla ajak kawan-kawan datang makan. Aku masak nasi minyak, kari ayam, sambal dan acar je. Dessert aku buat puding koktel ngan kek milo. Kek milo hampeh tak jadi haha. Benci aku bila ingat-ingat balik.





Yeayyy makan-makan kalini dah ada proper bekas. Tak guna bekas aiskrim dah haha..

Masak simple je. Harap tetamu semua puas hati la huhu.. Aku bukan pandai masak tapi cuba jugakla. At first husb kata nak tempah nasi dagang. Tapi aku insist nak buat sendiri. Rasa macam lebih seronok dan puas hidang masakan dari air tangan sendiri. Jimat pun jimat.

Ermm tu jela aktiviti raya haji kami. Rindu kat keluarga di kampung. Huhu takpela, insyaallah tahun depan ada rezeki kami balik.

Al-fatihah buat jemaah haji yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram dan rempuhan di Mina. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 4, 2015

Happy Sunday!

Assalamualaikum.

Happy Sunday uols!

Aktiviti kitorang hari ini ialah duduk diam-diam di rumah saja. Husband keje harini. Dok unit baru ni bz ngalahkan duk kapal katanya. Hihi sabarla bang. Berbaloila dgn gaji yang dapat setiap hujung bulan tu kan.

Anak-anak bila duduk rumah ni apa lagi kannn.. Sepahkan rumahla huhu. Tak tau berapa kali dah mama sapu lantai, lap lantai. Biscuit crumbs everywhere!







Hadeiiii tepuk dahi jap. Lantokla anok². Mama tak kisah. Yang penting korang happy. Ni kalau abahnye ada ni mesti dia membebel-bebel haha. Husb tu dia takleh tengok sepah macam ni. Mesti dia stress. Kalau Shaheem makan tumpah sikit pun dia dah marah-marah. Sebab tu aku biasa calm him down. Takpe bah, biasala tu anak² tak reti lagi nak makan betul². Yang penting dorang makan. Nanti mama lap la yang tumpah tu.

Rumah aku ni takde barang sangat. Jadi ruang tamu nampak luas. Bila anak buat sepah sikit pun nampak macam teruk benar. Biasanya petang time husband nak balik tu aku akan suruh Shaheem cepat² kemas. So bila abah balik mata dia nampak terang je. Lepas tu nak sepah balik sepah jelaaa hihi.. Tengah malam kang mama kemas semula.

Inipun mainan Shaheem aku dah sorok dalam bilik. Tinggal kete hot wheels dia yang kecik-kecik tu je.

Ni gambar semalam. Saif dan Suri bergabung sepahkan baju yang mama belum lipat. Pastu diselongkarnya pula CD yang mama dah simpan elok² dalam box.


Huhuhu usap dada jela mama...


Kerenah anak nak membesar kan. Turutkan saja lah.



posted from Bloggeroid

Thursday, October 1, 2015

Bisul Dalam Telinga!

Assalamualaikum.

Huhu percaya atau tidak.. Aku dok sakit-sakit telinga tu rupanya ada bisul! Patutla melampau sangat sakitnya.

Semalam aku langsung tak boleh tido. Sakit sangat. Berdenyut-denyut. Terasa bengkak di rahang turun ke leher. Bila tido mengiring ke kiri dapat rasa macam ada air keluar.

Pukul 3, pukul 4, lastly pukul 5 pagi aku bangun capai phone terus WhatsApp husband. Mintak dia balik awal harini. Tak tahan dah aku. Nak pergi klinik jugak.

Husband balik tengahari tadi kitorang terus pegi Tuaran. Pegi klinik berbayar. Malas nak gi hospital. Takut lama sangat menunggu.

Doc suluh-suluh, intai-intai. Katanya ada bisul! Bisul dalam telinga ni sama dengan bisul dalam hidung. Memang menyakitkan huhu..

Doc prescribed antibiotics, ubat surut bengkak/tahan sakit dan ubat titis dalam telinga. Ubat titis tu katanya kena keringkan dulu air dalam telinga baru boleh titis. Dia kata takut terlalu banyak air dalam telinga nanti makin tak dengar pulak aku. Masa mandi pun takleh bagi air masuk dalam telinga.







Sakit oiii telinga ni. Husband leh gelak-gelak bila aku cakap dalam telinga ada bisul. Dia kata haritu masa dia ada bisul kat lutut aku gelakkan dia. Eeeee manade aku gelakkan dia. Geram btol!huhu..

Doakanla aku cepat sembuh ya. Tq kengkawan. Muahh cikeddddd chopp chopp

posted from Bloggeroid

Sakit Telinga

Assalamualaikum.

Erm dh seminggu dah telinga kiri ni sakit. Mula-mula telinga macam tersumbat. Pastu keluar air. Aku dah pegi Hosp Tuaran. Doc suluh dalam telinga. Dia kata ada infection. Tak pasti macamana boleh dapat infection tu. Maybe sebab haritu telinga aku gatal-gatal. Pastu aku korek. Aku korek kuat sangat kot. Doc cuma bagi antibiotics untuk seminggu. Dia kata kalau after a week masih sakit dia akan refer pada doktor telinga. And now dah seminggu, antibiotics pun dah habis, telinga masih sakit. In fact makin sakit. Pegang pun tak boleh. Sakit sangat. Nampak gaya esok nak kena pegi hospital semula ni.

Erm seksanya sakit telinga. Masa telinga tersumbat tu, rasa pekak sebelah. Sangat sangat tak selesa. Bila tido mengiring belah kiri, keluar air.. Tak selesa wey!

Erm baru tau macamana rasanya bila Allah tarik nikmat mendengar. Allahu. Semoga kesakitan ini kaffarah buat menghapus dosa-dosaku selama ini.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...